Iklan

15 April 2014

Urban Ride Kuala Lumpur : Grafiti Sungai Klang

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Sesaja tiba-tiba nak kayuh basikal sekitar Kuala Lumpur petang semalam. Tak ada lokasi khusus, mengikut saja tayar bergolek. Sedar-sedar dah sampai kawasan Pasar Seni. Tetiba rasa nak kayuh basikal di tebing Sungai Kelang untuk melihat kehidupan di bawah jambatan dan grafiti menarik di sepanjang Sungai Kelang. Sekarang ni ada projek 'River of Life' di Sungai Klang bagi mencantikkan kawasan sungai sekitar Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan bdul Samad.

Moh layan gambar !


Kayuhan di tebing Sungai Kelang.

Pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Di sinilah bermulanya kota  Kuala Lumpur.

Menara pencakar langit kota Kuala Lumpur.

Ada geng pancing dan pakcik teksi melepak di bawah sini.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Sungai Kelang yang agar kotor.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang. Gambar Tuan Guru Nik Aziz.

Hero Malaya.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang yang menarik.

Kehidupan di bawah jamabatan Sungai Kelang.

Melinat kehidupan dari sisi berbeza sekitar Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.

Grafiti Sungai Kelang.


Menara Daya Bumi tersergam indah.





Berlatar belakang Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Berlatar belakang Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kena temuramah journalist dari Sweden. Berbelit lidah cakap Inggeris.




14 April 2014

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 6 : Hoi An (Day 2)

Sambungan dari Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 5 : Hoi An

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari ini merupakan hari kedua kami di kota pelabuhan Hoi An. Masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu menuju ke Hanoi. Jarak dari Hoi An ke Hanoi lebih kurang 800 KM lagi. Kami akan menaiki open tour bas menuju ke sana. Pagi-pagi lagi kami telah siap berkemas. Bas dijadualkan pada jam 1.00 petang. Sementara itu, pagi itu kami meronda pasar basah sekitar Hoi An dulu. Usya-usya orang dan awek. Hiks.

Balik hotel, sempat lagi kami masak nasi, buat lapik perut berikutan perjalanan Hoi An menuju ke Hanoi lebih kurang 16 jam. Sehari semalam jugaklah perjalanan dengan menaiki bas. Kami check-out hotel jam 12.00 tengahari dan berjalan kaki menuju ke pejabat open tour bus tidak jauh dari hotel. Kelihatan 2-3 orang pelancong lain juga sedang menunggu bas. Semuanya Mat Saleh. Jarang atau memang tak ada langsung jumpa orang Malaysia atau orang Melayu khususnya di Hoi An ni.


Ruangan melepak dan membaca di Thien Trung Hotel, Hoi An.

Tokong Buddha berhampiran Thien Trung Hotel tempat kami menginap di Hoi An.

Basikal dan motorsikal menjadi mod pengangkutan utama di Hoi An, Vietnam.

Menunggu bas di hadapan pejabat syarikat open tour bus di Hoi An.

Mamat Perancis memainkan lagu untuk seorang nenek sementara menunggu bas.

Hentian rehat pertama setelah merentasi kawasan pergunungan Hoi An.

Perjalanan masih jauh menuju ke Hanoi.

Geng-geng traveler lain yang menaiki bas bersama kami dari Hoi An ke Hue.

Melintasi kawasan pergunungan yang menarik pandangan.
Pemandangan menarik laluan keretapi di pesisir pantai Vietnam.

Pakcik jual pau di pekan Hue. Geng -geng ni beli 2-3 biji seorang buat bekal dalam bas.

Sampai di Hue, kami dicampakkan di suatu kawasan sementara menunggu bas lain tiba untuk membawa kami ke Hanoi.

Keadaan di dalam bas tidur Vietnam dari Hue ke Hanoi.

Kenyih kerana perjalanan yang selesa dengan sleeping dari Hue ke Hanoi.

Sesi beramah mesra di dalam sleeping bus Vietnam.

Pagi di Hanoi.
Menghampiri Hanoi.


Dari Hoi An, bas akan melalui bandar Da Nang dan juga Hue. Dari Hoi An ke Hue mengambil masa selama 4 jam. Bas akan mengambil penumpang di bandar Da Nang dulu sebelum menuju ke Hue. Di Hue, bas akan berhenti sekali lagi. Ada pelancong yang akan singgah bermalam di Hue dahulu sebelum menyambung perjalanan ke Hanoi. Kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Hanoi. Sebelum itu, kami diturunkan di tepi bahu jalan sebelum datangnya sleeping bus lain menuju ke Hanoi. Waktu pada itu senja menghampiri malam. Ada 5 pelancong lain bersama kami yang turut serta ke Hanoi. 

Bas yang ditunggu tiba untuk ke Hanoi. Ruang masih banyak yang kosong di dalam bas. Tidak seperti sebelum ini seperti perjalanan Nha Trang ke Hoi An yang penuh seperti tin sardin. Kami mengambil tempat masing-masing, dan kali ini lebih selesa. Ada geng mat saleh kebanyakannya pelajar bersembang rancak di dalam bas. Waktu perjalanan dari Hue ke Hanoi mengambil masa lebih kurang 12 jam dan ada 3 hentian rehat. 7.00 malam mula perjalanan dari Hue dan tiba di Hanoi 7.00 pagi keesokkan harinya. Namun, perjalanan tidak terasa terlalu lama oleh kerana kebanyakkan masa dihabiskan dengan tidur.

Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 7 : Hanoi


// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //


13 April 2014

Penang - Sik Bikepacking : Kampung Tupai, Sik


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Makan dah kenyang. Tenaga dah cukup. Solat pun sudah. Tunggu apa lagi, masa untuk mula berkayuh keluar dari Pulau Pinang. Jam menunjukkan tepat 2.00 petang. Matahari dah terpacak atas kepala. Peluh bersimbah-simbah. Panas sungguh. Gua naik feri untuk kembali ke tanah besar Butterworth dari Pulau Pinang. Tiada bayaran dikenakan sewaktu pulang. Tunggu feri dalam 15 minit dan terus bergerak menuju ke Butterworth.

Sewaktu pulang, bilangan kereta yang menaiki feri lebih kurang separuh sahaja. Tak penuh seperti waktu pagi. Mungkin dengan kehadiran Jambatan Kedua Pulau Pinang, pengangkutan feri semakin dilupakan. Bagi gua naik feri ni benda wajib kalau ke Penang. Menggamit nostalgia. Tak lengkap berkunjung ke Pulau Pinang kalau tak naik feri rasanya.

Sampai-sampai Butterworth, kayuhan dimulakan untuk pulang ke Kampung Tupai, Sik Kedah Darulaman. Jarak mengikut Google Maps lebih kurang 90 KM. Baru tahu erti penyesalan. Haha. Panas pun harung jugaklah. Melalui Lebuhraya Kulim-Butterworth di waktu panas memang mencabar. Berhenti beli air dulu di Petronas Perai sebelum menyambung kayuhan kembali. Lebih kurang pukul 5 baru tiba di persimpangan Kulim.

Agenda tergendala akibat hujan lebat di Sungai Karangan. Terpaksa melepak di Masjid Sungai Karangan dulu hingga lepas Isyak sebelum meneruskan kayuhan dalam gelap. Ditambah hujan renyai-renyai dan salakan anjing menambahkan lagi cabaran. Cerita-cerita rakyat seperti peristiwa 'Bukit Tiga Beradik' membuatkan hati sedikit gelisah dan meremang bulu roma. Kebun getah dan sawit kiri kanan jalan, jalan yang gelap, sejuk hujan dan kurangnya kereta melalui kawasan kayuhan membuatkan hati terpikir benda yang bukan-bukan. Alhamdulillah tiada peristiwa tayar pancit dan sebagainya. Kalau pancit pun gua tak bawa apa-apa peralatan atau pam, memang itulah sebenar-benar tawakkal malam itu. Gua selamat tiba di Kampung Tupai lebih kurang jam 1.00 malam pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan basah kuyup.

Tunggu feri tiba.

Laluan motorsikal ke feri.

Banyak ruang kosong dalam feri.

Selamat tinggal Pulau Pinang.

Budak-budak seronok la dapat naik feri.

Berehat menikmati bayu laut dari atas feri.


Hentian rehat RnR Penanti di Lebuhraya Kulim-Butterworth. Berhenti rehat.

Kayuhan dari Penang melepasi pekan Kulim .

Jalan ni gua adak seriau. Kereta laju-laju.

Pekena nangka madu dulu tepi jalan.

Perjalanan masih jauh.

Berehat dan berteduh dari hujan di Masjid Sungai Karangan.


Lampu suluh yang dibeli di pekan Sungai Karangan untuk menepuh gelap malam.

Sticker trademark Kampung Tupai.


Kampung Tupai, Sik Kedah. 







Jalan Kampung Tupai ke Kampung Joget.

Penang - Sik Bikepacking Tamat !


// Catatan Travelogue Penang-Sik Bikepacking //

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...