Sambungan dari
Kembara Trans Sumatra : Bukit Tinggi - Danau Toba (Part 4)
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Bas yang dijanjikan petang itu untuk membawa kami dari Bukit Tinggi ke Parapat tidak kesampaian. Ada juga penumpang lain menunggu bas yang sama di Stesen Aur Kuning ini. Hari hampir gelap dan masuk waktu Maghrib, kelihatan sebuah bas tiba di stesen. Gua agak inilah bas yang dikatakan tu. Drebar bas turun dan bersembang-sembang dengan penjual tiket tadi. Tak nampak bas akan bergerak dalam waktu terdekat. Gua tak pasti apa yang dikatakan dan gua syak bas ni akan bergerak lambat lagi. Tak lama kemudian datang pulak trafel (minivan). Si supir trafel menjerit-jerit "Medan ! Medan !" dan bertanya kami adakah mahu ke Medan. Gua katakan kami akan ke Parapat dengan bas.
Si penjual ciccin tadi masih berlegar-legar di sekitar kawasan stesen bas. Sekejap dia sembang dengan penjual tiket, sekejap dia sembang dengan supir trafel. Gua syak macam ada sesuatu ni. Jam 8.00 malam si penjual tiket panggil gua masuk ke pejabat, ada benda nak dibincangkan katanya. Katanya bas ke Parapat tak dapat bergerak buat masa sekarang kerana mengalami masalah teknikal. Pilihan lain adalah naik trafel yang telah sedia menunggu di luar tadi. Gua berkeras tetap nak naik bas. Katanya kalau nak naik bas mungkin akan bertolak jam 2.00 pagi nanti. Si penjual cincin pada masa yang sama cucuk-cucuk menambah perisa. Gua dah agak dah dari tadi, ada konspirasi puak-puak depa ni nak kenakan kami kaw-kaw.
Kami diminta membayar untuk sebanyak Rp 50,000 seorang untuk menaiki trafel. Jika tidak terpaksa menunggu hingga ke pagi baru bas dapat jalan. Kalau gua sorang memang gua tunggu sampai ke pagi. Geram pun ada dengan puak-puak ni. Dah la bas tak dapat naik, kena pulak bayar lebih lagi untuk naik trafel. Gua syak si penjual cicncin dapat komisyen sorang sikit sebab dia yang bersungguh-sungguh lobi sana-sini. Nak tak nak kena la bayar jugak sebab adik gua dah bersungut. Tu yang leceh bawa orang lain tu.
Trafel terus berangkat dari Stesen Aur Kuning setelah kami naik. Pada mulanya hanya kami berdua, gua dan adik gua. Trafel ni dia akan pergi jemput penumpang lain di sekitar Bukit Tinggi, dari rumah ke rumah. Penuh la satu van dengan tujuh orang penumpang dan seorang drebar (supir). Ada pulak budak kecil seorang bersama keluarganya yang turut menaiki trafel menuju ke Medan malam ini. Dah penuh satu van, trafel berhenti di pejabatnya hampir sejam atas urusan-urusan tertentu. Kesempatan itu digunakan untuk solat di Stesen Pertamina berhampiran. Jam 9.00 malam baru trafel bergerak membelah kedinginan malam menuju ke Medan.
|
Berhenti rehat di salah sebuah rumah makan dalam perjalanan menuju ke Parapat. |
|
Seperti RnR, penumpang trafel lain turut berhenti berehat di rumah makan sekitar jam 2.00 pagi. |
Trafel yang kami naiki tiada penghawa dingin, cukup dengan tingkap untuk menyejukkan penumpang. Jalan yang dilalui memang sangat-sangat teruk dengan lopak. Bergegar habis satu badan. Gua lepak di kerusi belakang sekali manakala adik perempuan gua duduk di sebelah supir. Kerusi belakang pulak duduk berhimpit tiga orang, berpeluh satu badan dibuatnya. Dah la tak boleh bersandar kerana tiada tempat untuk bersandar (kusyen paras bahu semat-mata), ditambah dengan jalan yang berliku dan bergunung-ganang. Memang rasa nak muntah kalau siapa yang tak dapat tahan. Bukan sekejap-sekejap pulak tu, sampai ke pagi jalan berselekoh naik bukit turun bukit yang tak habis-habis.
Tak cukup dengan azab itu, pak supir pulak boleh selamba pasang lagu minang kuat-kuat untuk hilangkan rasa mengantuknya. Memang dia tak pikir penumpang lain dah masa tu. Budak kecil yang naik dengan kami pun tak dapat tidur, menangis sepanjang malam. Gua cuba gagahkan juga untuk bertahan dalam keadaan sedimikian. Jam 1.30 malam, trafel berhenti rehat di salah sebuah rumah makan. Suasana di sekeliling agak gelap dan yang ada hanya rumah makan di kawasan itu. Sebelum itu semasa dalam perjalanan, trafel kami telah melanggar sesuatu, kucing kalau gua tak silap. Yang gua perasan, trafel tak dapat mengelak kucing tersebut yang sedang melintas. Pak supir trafel memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba selepas melanggar kucing tersebut. Di tengah-tengah hutan yang gelap gelita itu, pak supir mengambil plastik bag dan mengutip semula bangkai kucing yang telah digilisnya tadi di tengah jalanraya ! Bangkai kucing tersebut dengan selamba dicampakkan ke dalam van.
Di rumah makan tadi, pak supir segera membawa turun bangkai kucing yang telah dilanggarnya. Tokey kedai tadi semacam sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Si tokey kedai menghulurkan cangkul dan menyuruh pak supir menanam bangkai kucing di belakang kedainya. Kalau kita di Malaysia, kalau dah gilis kucing memang tak akan kutip la bangkai kucing tu. Di Indonesia lain, respect jugak kepada si supir trafel ni. Mungkin pantang diorang kalau dah langgar apa-apa kena kutip dan semadikan elok-elok. Gua pun tak tahu.
Tak cukup dengan peristiwa kucing, dah nak masuk waktu subuh tayar trafel pulak pancit di tengah-tengah hutan. Gua dah boleh agak dah sebab si supir ni merembat semacam je van Suzuki dia ni. Lubang ke apa ke dia terjah semacam je. Bergegar kepala otak kalau siapa yang duduk di belakang van tu. Dia berhentikan trafel di tepi jalan dan tukar tayar belakang sebelah kiri yang pancit. Tak ada siapa pun tolong. Semua pakat tidur. Gua yang tak boleh nak tidur pun buat-buat tidur. Nasib baik dia tak kejutkan geng-geng lelaki tolong tukar tayar. Jahat.
|
Hentian rehat seterusnya di awal pagi. |
|
Rumah makan Padang di Jalan P.Sidimpuan-Medan. |
|
Rumah makan yang menjadi persinggahan trafel dan lori-lori yang menuju ke Parapat dan Medan. |
|
Sarapan Pop-Mie dan teh manis (Teh'o dipanggil Teh Manis) |
|
Buah salak yang banyak dijual di hentian rehat dan rumah makan. |
|
Trafel yang berulang-alik setiap hari dari Medan ke Bukit Tinggi. |
|
Tandas di bahu jalan. |
|
Jalan sempit yang menghubungkan bandar-bandar besar di Sumatera. |
|
Di setiap hentian mesti ada jual buah salak. |
|
Buah salak segar dari Sumatera. |
|
Tak sempat tanya berapa harga buah salak di sini. Tengok makcik-makcik beli 2-3 beg sekali macam murah. |
|
Trafel kami yang pancit subuh tadi. |
|
Dilarang berak di sini. Buang air kecil saja tau ! |
|
Tandas di seberang jalan, kedai makan di seberang sini. Elok. |
|
Suasana di dalam trafel. Makcik yang elok-elok pakai tudung malam sebelumnya dah tanggal habis. |
|
Hentian seterusnya di Pertamina untuk solat. |
|
Dah tak kira dah laki perempuan. Mana awal masuk dulu. Surau pulak kongsi laki perempuan. |
|
Sesi ramah mesra dengan makcik yang naik satu trafel. |
|
Jamah Pop-Mie lagi tengahari. |
|
Keluargaku pengundi BN. Eh bukan. Satu keluarga ni naik trafel yang sama dengan kami. |
Dari lepas Isyak semalam hingga ke waktu Zuhur hari berikutnya trafel yang membawa kami masih lagi belum tiba ke destinasi iaitu ke Parapat. Perjalanan memang agak jauh dari Bukit Tinggi ke Parapat, ditambah dengan kondisi jalan yang sempit, bergunung-ganang dan berlopak. Sepanjang perjalanan, hampir 4 kali kami berhenti rehat. Ada yang berhenti di rumah makan dan juga stesen minyak Pertamina. Pak supir mula menunjukkan tanda-tanda keletihan bila masuk waktu Zuhur. Manakan tidak hampir sepanjang malam beliau memandu. Kami berhenti merehatkan badan di salah sebuah stesen minyak Pertamina, di mana pak supir melelapkan mata seketika manakala kami mengambil keputusan untuk bersolat di surau yang disediakan.
Jam 4.00 petang, kami tiba di pekan Parapat. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami selepas Zuhur tadi. Kelihatan banyak angkutan kota yang beroperasi di pekan Parapat ini. Pak supir membunyikan hon memberi isyarat kepada salah sebuah angkut yang memotong trafel kami. Pak supir memberhentikan penumpang yang ingin turun ke Parapat di bahu jalan besar. Angkut tadi menunggu kami di tepi jalan. Hanya 3 orang sahaja yang turun di Parapat, selebihnya meneruskan perjalanan ke kota Medan.
Dalam kebasahan kami menaiki angkut menuju ke jeti Tigaraja. Pemandunya gua rasakan orang Batak kerana di corong radio diputarkan lagu-lagu masyarakat rancak. Orangnya ramah dan senang diajak berbual. Tidak sempat berbual lama, kami tiba di jeti Tigaraja. Hujan renyai-renyai membuatkan kami mencari tempat perlindungan di salah sebuah tour agent berhampiran. Tambang angkut adalah sebanyak Rp 3,000 setiap orang. Kami disapa oleh seorang pekerja di situ yang menanyakan aktiviti kami di Danau Toba ini. Kami akan bermalam dua malam di Danau Toba dan akan bergerak ke Medan selepas itu. Katanya dia boleh menguruskan perjalanan kami ke Medan dengan trafel. Sama seperti sebelum ini, setiap trafel dikongsi 7 orang penumpang lain dan seorang pemandu. Bermacam soalan yang kami tanyakan setelah serik menaiki trafel dari Bukit Tinggi ke Parapat.
Setelah berbincang, kami bersetuju untuk membeli tiket trafel ke Medan lebih awal. Beliau tidak memaksa dan katanya setiap hari memang ada sahaja perjalanan dari Parapat ke Medan. Boleh juga dibeli di hari perjalanan ataupun lebih awal. Tiket trafel berharga Rp 50,000 seorang dan nama kami dicatatkan di tour agent. Selesai urusan tersebut, dalam hujan renyai-renyai kami berlari ke jeti Tigaraja iaitu tempat menaiki bot ke daerah Tuktuk di Pulau Samosir. Ada dua jeti di Parapat ini iaitu jeti Tigaraja dan Ajibata. Jeti Ajibata dikhususkan untuk membawa kenderaan menggunakan feri dari Parapat ke Pulau Samosir manakala jeti Tigaraja hanya membawa penumpang sahaja menggunakan bot.
|
Tiba di pekan Parapat dalam keadaan hujan lebat. Naik pulak angkut ke jeti Tigaraja. |
|
Naik angkut dari jalan besar Parapat ke jeti Tigaraja. Tambang hanya Rp 3,000. |
|
Pelancong-pelancong asing berteduh di salah sebuah tour agent berhampiran jeti Tigaraja. Di sinilah kami membeli tiket trafel ke Medan. |
|
Hujan lebat membuatkan suasan sedikit sibuk di jeti Tigaraja. Ada pasar basah berhampiran jeti Tigaraja. |
Di Pulau Samosir, terdapat beberapa daerah seperti Tuktuk dan Tomok. Kami mengambil keputusan untuk turun di Tuktuk kerana terdapat banyak rumah tumpangan dan guesthouse yang terdapat di kawasan tersebut. Di jeti Tigaraja kami menaiki bot menuju ke Tuktuk. Nampak bot yang tertulis Tuktuk kira betul lah tu. Tiket bot berharga Rp 10,000 seorang akan dikutip di dalam bot semasa perjalanan yang mengambil masa hampir 45 minit. Pemandangan semasa perjalanan di Danau Toba memang sangat indah ditambah pulak selepas hujan, berkabus ! Feeling-feeling macam di New Zealand.
Di dalam bot macam-macam orang ada. Kebanyakkan adalah pelancong luar dan penduduk tempatan yang berulang-alik di antara Parapat dan Tuktuk. Ada juga pekerja-pekerja hotel yang berulang-alik setiap hari menggunakan perkhidmatan bot ini. Penumpang boleh duduk di bahagian atas atau bawah bot. Kalau di bahagian bawah ada banyak kerusi dan tertutup manakala di bahagian atas ada ruang terbuka. Banyak pelancong yang suka lepak di bahagian atas menikmati pemandangan, termasuk la dengan gua sekali.
|
Bot atau yang berulang-alik membawa penumpang dari jeti Tigaraja ke Tuktuk dan Tomok. |
|
Salah seorang peniaga di dalam bot menuju pulau Samosir. |
|
Boleh berjalan-jalan di atas feri melihat keindahan Danau Toba. |
|
Danau Toba selepas hujan. |
|
Feeling-feeling luar negara atas bot di Danau Toba. |
|
Pelancong tempatan dan luar negara berrsama menikmati panorama indah Danau Toba di tingkat atas bot. |
|
Tiketbot dari jeti Tigaraja menuju ke Tuktuk berharga Rp 10,000 seorang. |
|
Selamat tiba di daerah Tuktuk di Pulau Samosir. Para penumpang berhimpit-himpit untuk keluar, dan ada penumpang yang nak masuk. |
Sampai di jeti umum Tuktuk, gua dan adik gua berjalan kaki mencari tempat penginapan yang sesuai. Jalan sedikit basah dan lecak di Tuktuk ini selepas hujan. Di kiri kanan jalan terdapat banyak guesthouse dan chalet yang menghadap tasik Danau Toba. Menapak beberapa ratus meter, hujan kembali lebat. Kami sempat berteduh di salah sebuah guesthouse dan hari semakin gelap. Ingat nak survey mana satu guesthouse yang murah-murah di Tuktuk ini tapi tidak kesampaian. Akhirnya kami memilih Rodeo Guesthouse tempat kami berteduh untuk menginap.
Harga bilik di Rodeo Guesthouse untuk semalam adalah sebanyak Rp 150,000. Bilik punya luas dan menghadap ke tasik Danau Toba. Jangan tanya ada penghawa dingin ke tak. Memang tak ada kerana cuaca di sini dah cukup sejuk. Tuan guesthouse pulak berasal dari Jawa dan merupakan satu-satunya keluarga muslim yang terdapat di Tuktuk ini. Seperti sedia maklum kebanyakan penduduk di pulau Samosir adalah masyarakat Batak yang beragama Kristian. Walaupun muka dan bahasanya sama, tetapi untuk mencari makanan halal agak payah di sini. kena pastikan betul-betul muslim baru boleh terjah makan.
|
Kedai makan dan rumah tumpangan sekitar Tuktuk di Pulau Samosir. |
|
Rodeo Guesthouse tempat kami menginap yang dimiliki pasangan Jawa. |
|
Pemandangan menarik menghadap Danau Toba di Rodeo Guesthouse. |
|
Antara guesthouse berhampiran yang terletak di pinggir Danau Toba. |
|
Aktiviti air di Danau Toba pada sebelah petang selepas hujan. |
|
Kelihatan 'banana boat' di tasik Danau Toba. |
|
Sebuah bot dalam pembinaaan. |
|
Senibina masyarakat Batak kelihatan di mana-mana sahaja di Pulau Samosir ini. |
Setelah 20 jam berpeluh di dalam trafel dari Bukit Tinggi ke Parapat, akhirnya dapat la mandi di Rodeo Guesthouse ni. Tuan Rodeo Guesthouse siap bagi sejadah untuk kami tunaikan kewajipan. Petang itu sampai ke senja hanya melepak di kawasan sekitar Rodeo Guesthouse menikmati pemandangan Danau Toba. Banyak chalet-chalet yang menarik di sebelahnya, kebanyakkan mengikut senibina rumah kaum Batak. Pada sebelah malamnya selepas Maghrib, kami menikmati makan malam di restoran milik tuan guesthouse. Nak kata restoran pun tak macam restoran, lebih kepada rumahnya. Menu yang ada hanya nasi goreng telur dan teh manis. Jadilah buat alas perut yang lapar setelah seharian tak jamah nasi.
Malam tersebut merupakan malam minggu penduduk setempat. Kata tuan guesthouse, ada konsert di sebelah bukit sana. Konsert gabungan Mat Saleh dari Austria dan pemuzik tempatan. Patutlah pun jalan di depan guesthouse kami agak sibuk malam tu. Selesai makan, kami saja berjalan kaki ke konsert tersebut. Sampai di konsert, punyalah ramai orang ! Beer dan arak dijual di merata tempat. Rupanya syarikat arak tersebut la yang taja konsert tersebut. Yang nak tergelak, promoter-promoter tu suruh gua rasa 'Beer Bintang' yang ada di situ, lepas nampak adik gua yang bertudung kat sebelah terus depa malu-malu. Rasanya kami je muslim yang kat situ waktu tu. Kami beredar cepat-cepat bila dah tahu macam tu.
Dalam perjalanan balik berhampiran tapak konsert, ada pakcik jual durian berlonggok-longgok. 3 biji Rp 10, 000 sahaja. Kami tak lepaskan peluang nak merasa durian di Pulau Samosir ni. Memang puas hati dan murah ! Sebiji baru RM 1.00 duit Malaysia ! 3 biji pun rasa dah puas makan. Balik guesthouse baru menyesal kenapa la tak beli bawa balik. Boleh jugak lepak di beranda makan durian. Silap percaturan.
|
Ada konsert gabungan pemuzik Batak dan Mat Saleh. |
|
Beranda Rodeo Guesthouse terang-benderang di waktu malam. |
Malam tersebut, gua tidur awal. Awal tak awal tu lebih kurang pukul 11.00 malam jugak lah. Leka melayan Facebook dan Instagram hingga telefon jatuh di muka. Memang dah keletihan dari semalam tak tidur, melayan lenggok trafel. Rancangan seterusnya pada keesokkan hari adalah untuk menjelajah Pulau Samosir ni dengan skuter.
// Catatan Travelogue Kembara Trans-Sumatra //