Iklan

11 Mac 2014

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 5 : Hoi An

Bersambung dari Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 4 : Mui Ne (Day 3)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Kami tiba di pekan Hoi An awal pagi. Bas berhenti di suatu kawasan lapang di tengah kota Hoi An. Terpinga-pinga kami bangun dari tidur. Turun bas, buka peta untuk tengok kawasan mana yang ingin dituju di Hoi An ini. Ada juga pakcik-pakcik motor yang menawarkan perkhidmatan membawa pelancong ke guesthouse yang dipilih. Kami tidak mempunyai apa-apa tempahan guesthouse di sini. Jadi kami berjalan pusing-pusing mencari guesthouse yang bersesuaian untuk menginap di Hoi An malam ini.

Apa yang menarik di kota pelabuhan Hoi An ini adalah ianya seperti kita berada di negeri Melaka. Dahulunya kota ini dikenali sebagai Faifo, sebuah kota pelabuhan Kerajaan Cham. Sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO sama seperti di Melaka dan Georgetown, bangunan-bangunan lama terpelihara dan tersergam indah. Lorong-lorong kecil dipenuhi dengan kedai-kedai menjahit pakaian. Bagi yang bercadang untuk menempah suit atau baju, di sinilah tempatnya. Boleh siap dalam satu hari sahaja.

Sedang kami merayau-rayau, ada seorang pakcik melambai dari jauh bertanyakan adakah kami mencari hotel. Gua cakap ya dan lantas bertanya berapa harga untuk semalam. Kata pakcik tu " Cheap ! Cheap ! $10 USD per night ! . Dalam pikiran gua boleh sangat lah tu. Memang dalam bajet kami macam tu pun. Kami pun ikut la pakcik tu, katanya tak jauh dah dari situ. Jalan punya jalan ada la 15 minit. Dekat sungguh la pakcik oi ! Kami diperkenalkan dengan Thien Trung Hotel. Tengok dari luar macam gah. Kami pun masuk dan tanya. Kata receptionist bilik paling murah berharga $12 USD. Sah kena kencing dengan pakcik tu ! Kami pun tinjau la bilik yang dimaksudkan. Bilik agak suram dankelihatan kurang menarik. Ada 2 katil, bilik air di dalam dan TV. Yang kurangnya tak ada penyaman udara. Panas ! Disebabkan masing-masing malas nak cari hotel lain, kami pun bersetuju untuk menginap di Thien Trung Hotel ni.

Gua sempat baca review Tripadvisor selepas check-in di Thien Trung Hotel ni. Perkhidmatan Wifi memang ada disediakan tapi agak lambat. Apa yang mengejutkan, kebanyakan memberikan review kurang bagus atau buruk kepada hotel ni. Dikatakan sesiapa yang menginap di sini selalu kehilangan barang berharga walaupun bilik dikunci. Suit yang ditempah pun boleh hilang. Risau sungguh macam ni. Sebelum keluar meronda, kami angkut semua barang-barang penting dan berharga. Tak boleh percaya kat orang hotel ni.

Sewa basikal dari hotel ni jugak di Hoi An. Yang pelik kunci basikal ni dia pi potong ! Kunci hilang kot.
Kami mengambil keputusan untuk menyewa basikal bagi meronda kawasan sekitar Hoi An ini.
Meronda dengan basikal sekitar bandar Hoi An.

Jamnatan yang menghubungkan pulau di Hoi An.

Kota pelabuhan Hoi An.


Kawasan-kawasan perumahan di pulau Cam Nam.

Pasar.

Bermacam jenis buah-buahan ada.

Pasar basah Hoi An


Bot yang berulang-alik dari pulau-pulau sekitar Hoi An.

Muatan basikal dan motor.

Waktu budak-budak sekolah balik.

Pisang kandar. Sempat kami beli seikat. Mahal la jugak.


Bangunan-bangunan lama Hoi An


Restaurant di atas bot di pelabuhan Hoi An.





































































































Japanese Covered Bridge, Hoi An.

Japanese Covered Bridge, Hoi An. Mercu tanda bila berkunjung ke Hoi An.




Kereta tidak dibenarkan melalui  kawasan ini di Hoi An. Hanya basikal dan motor.

Semua berhenti bukan nak tengok baju, tengok gadis-gadis yang dipamerkan.

Pertunjukan fesyen sempena pembukaan kedai baru di pekan lama Hoi An.

Hotel kami menginap. Thien Trung Hotel. Tak nak rekemen. Lebih baik cari tempat lain bagi yang berkunjung ke Hoi An.





Terasa berada di zaman dahulu kala bila berada di Hoi An ini.























Pelancong pun banyak yang makan-makan di kawasan sekitar pelabuhan lama Hoi An ini.

Pakcik ni pulak menunggu pelanggan untuk dibawa bersiar-siar sepanjang pelabuhan Hoi An di malam hari.

Makcik ni bersungguh promosi tanglung (betulkan saya kalau salah) kat gua.

Sampai ke malam naik basikal pusing Hoi An. Kecil sahaja sebenarnya pekan Hoi An ni.

Nightlife in Hoi An.

Gua suka susaana malam di Hoi An. Meriah.

Malam tu kami pekena kopi ais Vietnam di seberang sebelah pulau Cam Nam. Naik basikal malam-malam ke sana. Ada banyak warung-warung yang menjual makanan dan minuman di Hoi An ni, boleh pilih mana-mana yang berkenan. Kami order kopi ais memang akan siap dapat teh herba percuma. Memang mana-mana pun kami pergi di Vietnam memang akan disediakan sekali minuman ni bila waktu makan. Teh herba tanpa gula. Kopi ais Vietnam memang terangkat. Rasa ketagih nak minum tiap hari. Harga secawan tak mahal pun, kurang dari RM 2.00.

Balik dari minum kopi ais Vietnam, kami meronda lagi kota pelabuhan Hoi An. Memang ramai dan meriah kota Hoi An ni di waktu malam. Lampu-lampu menghiasi kedai-kedai lama dan jambatan. Ada makcik-makcik yang menjual tanglung di tepi-tepi jalan. Restoran-restoran makanan laut pun agak laku dengan kehadiran ramai pelancong luar ke Hoi An. Di pekan kecil pelabuhan Hoi An, memang tiada kenderaan berenjin seperti kereta dibenarkan masuk. Hanya basikal atau pejalan kaki sahaja dibenarkan di sini.

Pulang semula ke Thien Trung Hotel selepas puas merayau dengan basikal di kawasan sekitar pelabuhan Hoi An. Gua ingat basikal yang kami pinjam harus dipulangkan pada keesokkan harinya. Rupanya tidak. Kena pulangkan sebelum pukul 10.00 malam. Kalau nak guna keesokkan hari kena bayar lain. Memang jenis mencekik hotel ni. Kalau tahu macam ni, baik kami sewa basikal di tempat lain. Di luar kawasan hotel, di tepi jalan pun banyak lagi yang menawarkan perkhidmatan menyewa basikal. Yang syoknya hotel ni boleh bagi limit pulak main internet di komputer depan receptionist hingga jam 10.00 malam jugak. Dengan selamba menghalau bagi sesiapa yang ada di situ. Sombong gila. Sumpah tak mai dah Thien Trung Hotel ni. Baru-baru ni gua terbaca berita taufan dan banjir melanda bandar Hoi An. Gambar muka depan berita di internet keluar gambar Hotel Thien Trung ni digenangi air dan terpaksa menggunakan sampan untuk ke kawasan selamat. Padan muka ! ;-)

Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 6 : Hoi An (Day 2)


// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //


5 ulasan:

  1. Salam...best tengok gambar2 kat travelog kau nie...menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. We travel, we discover, we share !

      Padam
  2. emosi gila aku baca part last ni. mmg padan muka. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Cari hotel lain, toksah cari hat jenis ni.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...