Iklan

10 November 2017

Trip Snorkeling Balik Hari Pulau Kapas



Cerita ni asalnya adalah dari sambungan cerita Pantai Timur Monsun Solo Ride yang abang buat cuti Hari Deepavali hari tu. 

Tapi malangnya cerita 'solo ride' tu abang tak sempat karang lagi. Jadi abang cerita dulu lah mana yang patut. Dia macam cerita Star Wars jugak, bukan ikut turutan.

Maka dengan itu abang ingat nak cerita pasal trip snorkeling balik hari Abang ke Pulau Kapas ni dulu.




P/S: Catatan ini mempunyai banyak gambaq. Tinggalkan jika anda tak cukup data & tak lalu nak tengok gambaq Pulau Kapas banyak-banyak

Abang pun tak plan pun sebenarnya nak ke Terengganu ni. Tapi dah dapat cuti minggu Deepavali hari tu abang layan jelah. Cerita asalnya nak balik Kuala Lumpur, tapi macam awal sangat. Saja la abang ikut jalan jauh sikit. Dari Penang, abang pusing dulu Kelantan & Terengganu. Dua hari baru abang sampai KL. Huhu.

Kebetulan abang terlihat di Twitter ada awek sorang ni dia buat perkongsian berkenaan trip balik hari ke Pulau Kapas. Tengok gambaq-gambaq dia semua lawa-lawa. Ada yang menarik perhatian tu satu tempat di Pulau Kapas yang dinamakan Bukit Singa.

Abang tertarik nak pi Pulau Kapas ni nak terjah hiking kat Bukit Singa sebenarnya. Tujuan utama nak pi hiking, tapi dah alang-alang ada pakej snorkeling boleh la jugak nak cuba.

Pulau Kapas yang terletak di daerah Marang ni tidak seperti mana Pulau Perhentian & Pulau Redang yang lebih dikomersilkan. Hangpa mesti pernah dengaq ja nama Pulau Kapas ni, tapi info pasal Pulau Kapas ni abang rasa agak kurang. Bahkan, ada orang Terengganu sendiri pun tak biasa sampai lagi Pulau Kapas ni.

Ok dah la tu merepek panjang. Abang straight to the Ampang Point je lah macam mana hangpa boleh buat trip balik hari ke Pulau Kapas ni. '

Sila baca betul-betul. Sila baca betul-betul.





Untuk ke Pulau Kapas, sudah tentunya hangpa kena naik bot. Kat mana nak naik bot ni?

Hangpa kena cari dekat Google Maps atau Waze dengan kata cari 'Jeti Pulau Kapas'. Contohnya macam dalam peta yang abang tunjuk kat atas tu. Jeti ni terletak di Marang.

Jangan pulak hangpa tertukar antara Marang dan Merang. Ada lagi satu jeti iaitu Jeti Merang. Dua-dua jeti ni di tempat yang berbeza dan jauh di antara satu sama lain. Jeti Merang ni pulak untuk mereka yang nak ke Pulau Redang.

Ingat, lagi sekali abang bagitau Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas !

Semangat bagitahu, tiba-tiba kot tersilap. Haha. Orang Ganu kalau abang salah mohon betulkan.


Parking motor depan-depan tu.
Jeti Pulau Kapas di Marang, tempat nak naik bot ke Pulau Kapas.

Untuk trip balik hari ke Pulau Kapas ni, abang telah ditemani oleh seorang kawan abang yang duduk di Terengganu sekarang ni. Kawan-kawan lama di UiTM dulu. Masing-masing dah bawak haluan sendiri dah sekarang ni.

Saja la abang racun dia ajak sekali pi Pulau Kapas. Nak teman abang punya pasai pi Pulau Kapas, dia sanggup pi ambik MC hari tu !

Kami pi masing-masing bawak motor sorang sebiji. Abang dah memang naik motor pun dari Penang mai Terengganu ni. Sampai di kawasan Jeti Pulau Kapas ni pun dalam pukul 11.45 pagi.

Di kawasan Jeti Pulau Kapas ni tak ada masalah pun abang rasa nak cari parking. Memang cukup. Lagi pun dia tak ada la crowded sangat dengan pelancong.


Akak MGH Boat Services tengah bagi penerangan aktiviti snorkeling balik hari di Pulau Kapas.

Kami parking motor di sebelah deretan kedai-kedai syarikat bot Pulau Kapas ni. Ada la akak ni dari MGH Boat Services yang beria nak tolong cari port parking. Dah nak tolong abang layankan aja.

Dah siap parking, helmet pulak kami letak di kedai dia. Memang dia suruh pun tinggal helmet kat kedai dia. Takut jugak dok gantung basah hujan sat lagi.

Dah dia pun beria tolong kami tadi, abang dan kawan abang tadi ni, si Vassili pun saja la tanya kat akak ni pakej bot yang ada untuk ke Pulau Kapas.

"Pukul berapa kak bot Pulau Kapas jalan?"
"Pukul 1.00 p.m dik"

Masa tu abang tengok jam kat tangan dah dekat pukul 12.00 tengahari. Boleh la tu tunggu sat ja lagi.

"Tak ada awal lagi kak kak?"
"Dalam pukul 12.30 dah boleh jalan"

Sahut kakak tu. Abang tengok kakak tu muka serba salah. Sebab kalau takda yang awal, kami ingat nak cuba tanya kat syarikat Makcik Gemuk kat sebelah ni.

"Tak nak gi makan dulu ke, lama lagi ni"
"Tak dah kot kak, baru lepas makan ja ni"

Tapi betul la, kami pun baru je lepas pekena Nasi Kerabu Fauzi dekat Kuala Terengganu sebelum sampai sini.

Sebelum ni, memang tak plan pun nak snorkeling ke apa. Cadangnya sampai Pulau Kapas nak lepak-lepak je dan cari jalan hiking ke Bukit Singa tu.

Sebenarnya ada beberapa pakej yang boleh kita ambik kat sini. Contohnya kalau trip balik hari tanpa aktiviti snorkeling, tambang bot pergi balik Pulau Kapas dalam RM 30-40 sahaja seorang.

Entah macam mana akak tu pujuk, asalnya kami nak ambik trip balik hari je terus jadi pakej snorkeling pulak !

"Ambik pakej snorkeling sekali baru RM 70 dik. Ada makan, ada snorkeling dengan bot pergi balik lagi. Kalau adik ambik bot pergi balik sahaja dah RM 40. Tambah RM 30 lagi boleh snorkeling. Kami bagi makan lagi"

Ada banyak syarikat bot di Jeti Marang ni yang boleh kita pilih untuk ke Pulau Kapas.

Boleh tengok brosur tempat-tempat menarik di Pulau Kapas yang akak tadi tu bagi.

Abang pun layan je lah. Dah alang-alang sampai Pulau Kapas ni rugi pulak kalau tak cuba snorkeling.

Sebelah-menyebelah kedai MGH Boat Service ni, ada beberapa buah kedai syarikat lain yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Kapas. Macam sebelah kanan kedai MGH ni ada Makcik Gemok. Bukan, bukan tokey dia makcik gemuk. Nama syarikat tu yang 'Makcik Gemok"

Hangpa boleh la pusing survey harga tengok yang mana yang baguih dalam banyak-banyak syarikat bot ke Pulau Kapas ni.

Kami tunggu bot yang kata nak bertolak pukul 12.30 p.m tadi tu di kawasan Jeti Pulau Kapas ni. Masuk pukul 1.00 p.m masih tak ada sapa yang nak panggil naik bot. Eh, mana semua orang ni?

Dalam 12.50 p.m camtu, baru abang drebar yang nak bawak bot tu mai. Dia suruh abang dan Vassili masuk dulu dalam bot.

Rupanya tengah tunggu rombongan lain lagi. Yang janji tadi 12.30 p.m, jadi pukul 1.00 p.m jugak!

Satu bot kecik tu boleh muat dalam 20 orang penumpang yang abang kira. Cuti Deepavali yang bersambung terus dengan cuti sekolah ni dah tentu-tentu la ramai orang ! Yang abang jumpa budak kecik tu mai dari Penang pun ada !

Dalam bot ke Pulau Kapas ni jugak selain daripada penumpang, diselit jugak barang makanan & keperluan harian yang lain untuk kegunaan di pulau. Contohnya macam beras, gula & susu.


Kawasan di sekitar Jeti Pulau Kapas. Ada banyak bot-bot kecil yang berlabuh.

Pemandangan sekitar Jeti Pulau Kapas. Cuaca tengahari ni agak suram sikit

Betul-betul jadi geng kunyit abang di hari kejadian. Kebetulan kasut sama pulak dengan si Vassili !

Masih menantikan abang drebar bot yang belum tiba.

Jarak masa perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas ni lebih kurang dalam 15-20 minit je abang rasa. Tak dan panas punggung dah sampai dah.

Mula-mula bot ni akan turunkan penumpang di pantai Kapas Coral Beach Resort dulu. Kemudian baru dia akan hantaq penumpang lain yang menginap di Kapas Island Resort.

Bagi hangpa yang trip balik hari ni jangan mengada-ngada tak mau turun, nak dok dalam bot sepanjang hari. Hangpa kena turun dekat Kapas Coral Beach Resort ni dulu. Baru kemudian akan ada bot lain yang akan bawak hangpa pi snorkeling.

Sampai ja di pantai depan Kapas Coral Beach Resort, abang dengan Vassili mencari bot untuk snorkeling.

Waktu snorkeling yang tinggal hari tu jam 1.00 p.m & 3.00 p.m. Dah datang pun waktu tengahari.

Kami tengok ada bot MGH tak jauh dari situ. Memang akak dan abang bot dah pesan tengok je bot MGH kalau nak balik & snorkeling.

Drebar bot dah suruh abang dengan Vassili naik bot dulu sementara menunggu penumpang lain yang nak ke Pulau Kapas.

Yang abang seriau drebar bot tak suruh pualak pakai jaket keselamatan masa naik bot ke Pulau Kapas ni.

Ok bot dah penuh. Dah boleh jalan.

Abang drebar bot muda terang tang tang lagi.

Jumpa 'hero' kat atas bot ni. Orang Penang.

Bergaya sakan kau dik persis hero Hindustan. Budak-budak cukup syok la dapat naik bot macam ni.

Abang kira dalam satu bot kecik ke Pulau Kapas ni boleh muat dalam 20 orang.

Yang nampak macam budak 'outdoor' tu kawan abang, si Vassili Zaitsev (bukan nama sebenar).

Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas ambik masa lebih kurang 20 minit dengan bot laju ni. 

Menghampiri Pulau Kapas. Penumpang yang nak turun di Kapas Coral Beach Resort akan turun dulu di sini. Kemudian baru bot bawak hantaq mereka yang nak turun di Kapas Island Resort.

Ok dah boleh turun semua !

Di tepian pantai Pulau Kapas ni pun ramai dah orang dok mandi-manda.

Bot kecik ni la yang abang naik dari Jeti Marang ke Pulau Kapas.

Ok dah selamat mendarat di Pulau Kapas. Kami turun di Kapas Coral Beach Resort.

Turun dari bot laju yang kecik tu, kami terus kejaq bot besaq ni pi snorkeling dalam pukul 1.00 p.m camtu.

Dari dalam bot yang nak bawak pi snorkeling.

Bahagian dalam bot ni ada banyak kerusi. Tempat nak turun snorkeling nanti di belakang tu.

Bot besaq ni akan pi ambik orang dulu di Kapas Island Beach Resort.

Kapas Island Resort ni dari pantai Kapas Coral Beach Resort ni tak jauh mana pun. Tapi dia ada jeti sendiri.

Ni abang-abang jurumudi bot yang teman kami pi snorkeling.

Dalam bot ni ada kot dalam 15 orang, tapi semua duduk di belakang. Tinggal abang dengan si Vassili je dok bahagian depan bot.

Bot membelah ombak menuju tempat snorkeling yang terletak di antara Pulau Kapas & Pulau Gemia.

Nampak ada anak tangga laluan pesisir pantai di situ.

Dah sampai tempat snorkeling. Depan ni bot syarikat lain yang jugak bawak orang snorkeling kat Pulau Kapas ni.

Geng snorkeling ni tak nampak berapa ramai.

Tak jauh dari kawasan pantai pun sebenarnya kawasan snorkeling Pulau Kapas ni.

Bersedia nak terjun dah ni tapi lupa tak reti berenang. Kena pakai jaket keselamatan dulu.

Di depan tu la Pulau Gemia.

Kami biaq dulu makcik-makcik yang dekat belakang bot siap-siap nak terjun snorkeling.

Kami ambik peluang bergambar dulu di bahagian depan bot.

Teknik yang jarang-jarang sekali dilihat dalam aktitivti snorkeling. Goggles di kepala. Bukan semua ada kemahiran begini. 

Bot akan berhenti lepak tengah-tengah laut tunggu kita snorkeling macam di Krabi dulu.

Selain ikan yang berwarna-warni, kelihatan juga seekor dugong yang tak reti berenang tersesat di situ.

Batu-batu karang yang boleh dilihat di kawasan perairan Pulau Kapas.

Gambar-gambar bawah laut ni diambil menggunakan kamera SJCAM SJ6000 Legend si Vassili. Abang sayang kamera abang nak bawak masuk ayaq.

Dah sedar teknik snorkeling tadi salah, penulis mula memakai goggles lalu membuat isyarat bagus.

Nampak pelik abang yang berdiri di tengah laut tu? Situ ada batu.

Tak tau nak compare mana lawa antara Pulau Kapas, Pulau Redang & Perhentian. Rasanya sana lawa lagi kot sebab abang tak pernah sampai lagi.

"Dia dekat tapi jauh"

Ikan nama apa pun abang tak pasti. Ikan 'Nemo' kot.

Kadang-kadang kena tabuq roti baru nampak ikan sikit.



Geng makcik-makcik berpaut pada tali yang disediakan masa snorkeling.

Ni geng makcik-makcik yang naik bot senali dengan abang. Depa pun tak nak kalah snorkeling.

Abang & Vassili kalah awal, naik dulu. Kami turun snorkeling paling lambat, kami jugak orang paling awal naik bot balik.

Aktiviti mengeringkan badan selepas snorkeling di Pulau Kapas.

Selesai dah snorkeling dalam pukul 3.00 petang macam tu. Bot ni hantaq penumpang lain dulu ke Kapas Island Resort.

Hantaq geng snorkeling tadi balik Kapas Island Resort dulu.

Baru hantaq lebihan penumpang ke kawasan pantai Kapas Coral Beach Resort.

Turun bot acah-acah penyelamat pantai Baywatch.

Dah sampai dah pantai Pulau Kapas. Kelihatan kanak-kanak berbogel riang.

Cuaca dah mula redup sikit di Pulau Kapas bila nak petang ni.

Bot tadi tengah tunggu nak ambik trip snorkeling last pukul 3.00 petang.

Tengok ada orang main bola tampar pantai di Pulau Kapas ni.

Nak join main bola tampar tak berapa cukup tinggi pulak.

Untuk sesiapa yang nak tempah main kayak ke.

Ada kiosk-kiosk kecik jual makanan dan minumana di Pulau Kapas ni.

Tiba di Kapas Coral Beach Resort.


Niat asalnya pi Pulau Kapas bukan nak cari Mat Dan, tapi nak pi hiking Bukit Singa sebenarnya. Yang ni pun kes kena racun dekat Twitter lah ni. Entah macam mana tertengok pulak gambaq Bukit Singa. Terus mengaum abang dan dan tu jugak nak pi.

Kalau dari tempat snorkeling tadi, dah boleh nampak dah Bukit Singa tu. Macam si Vassili ni dulu dia dah biasa sampai dah Bukit Singa. Dulu dia mai dia snorkeling dari tengah laut sampai ke pantai, lepas tu terus hiking dengan alatan snorkeling sekali sampai atas Bukit Singa. Tapi kalut sikit la sebab masa untuk snorkeling cuma 2 jam sahaja.

Ada dia ajak buat macam tu, tapi abang pulak yang degil, tak mau. Nak menikmati aktiviti snorkeling sepenuhnya. Haha.

Abang ingat sempat la nak hiking lepas snorkeling nanti.

Tapi impian tersebut tak tercapai !

Kami balik semula ke pantai Kapas Coral Beach Resort dalam pukul 3.00 petang macam tu.

Kalau ikutkan dalam pakej yang disediakan MGH Boat Services ni ada disediakan sekali makanan tengahari secara buffet. Tapi masalahnya waktu kami balik pukul 3.00 petang tu, waktu buffet dah habis !

Makanan buffet ni disediakan di restoran Kapas Coral Beach Resort sampai pukul 2.30 petang ja. Kami sampai balik dah pukul 3.00 petang.

Patutnya sampai-sampai tadi pukul 1.00 petang pi makan dulu. Ni tak kami terus pi snorkeling dulu.

Abang tanya brader Pakistan yang jaga restoran tu macam mana bab makan kami ni. Sebab lapaq punya pasai masing-masing boleh hilang pendirian woo! Bab makan ni jangan buat memain !

Nasib baik la dia kata kalau abang nak boleh je dia buat masakan goreng-goreng. Contoh macam nasi goreng, ke bihun goreng ke. Dia ada bagi menu untuk kami pilih.

Abang tengok menu. Harga makanan semua dekat Pulau Kapas ni boleh tahan mahal. Nasi goreng biasa je boleh capai RM10.00.

Dengan atmosfera laut begini, Vassili pesan nasi goreng udang. Abang pulak melawan dengan nasi goreng seafood. Masing-masing tak nak kalah. Kalau dalam menu nasi goreng seafood ler yang paling mahal. Huhu.



Patut ada makan buffet, tapi kami sampai balik pun dah lewat dah. Buffet sampai pukul 2.30 petang sahaja. Jadi masakan goreng-goreng sahaja yang ada la.

Berkejaran di Pulau Kapas ke Bukit Singa lepas makan & snorkeling.

Boleh cuba berkayak jugak kat Pulau Kapas ni.

"Jaga Kebersihan Pulau Kapas Kita"

Bot terakhir dari Pulau Kapas ke Jeti Marang pukul 5.30 p.m. Abang & Vassili cuba jugak nak pi hiking Bukit Singa kalau sempat.

Laluan bertangga di pesisir pantai Pulau Kapas.

Naik tangga turun tangga, lalu kawasan pantai. Mengah abang.

Cuaca mendung sikit macam nak hujan pun ada petang tu.

Lalu kawasan pantai ni. Tak berapa ramai orang macam di depan Kapas Coral Beach Resort tu.

Jauh jugak nak menapak pi Bukit Singa tu dari Kapas Coral Beach Resort.

Naik tangga, turun tangga, lalu kawasan hutan masih tak sampai-sampai lagi Bukit Singa. Masa dah makin suntuk. Ni ada abang-abang Instagram tengah ambik gambaq. Depan tu Pulau Gemia yang abang tunjuk masa snorkeling sebelum ni.

Tangga ni yang kita nampak masa snorkeling kat tengah laut tadi.

Macam Santorini Pulau Kapas pulak pemandangan macam ni. Sampai kat sini tak ada orang langsung.

Satu gambaq abang ambik guna SJCAM & satu lagi guna telefon Asus abang. Tapi abang lebih selesa guna SJCAM.

Ingatkan laluan bertangga tepi pantai Pulau Kapas tu berhubung. Rupanya dah roboh. Kena pulak buat aktiviti rock climbing kat sini.

Tekstur batu-batuan yang terdapat di Pulau Kapas. Tekstur kau !

Nak lintas ke batu sebelah sana tapi macam payah sikit. Abang & Vassili memutuskan untuk tidak menyambung perjalanan ke Bukit Singa. Takut masa tak cukup. 

Air laut sekitar Pulau Kapas yang kehijauan.

Batu-batu yang tajam & tinggi menyulitkan sedikit perjalanan kami yang kesuntukan masa nak terjah Bukit Singa di Pulau Kapas.

Boleh jadi port-port 'rare' dengan ayat-ayat 'deep' budak Instagram ni

Kami ambik keputusan patah balik semula ke Kapas Coral Beach. Nak pi ni pun makan masa dekat 40 minit dah. Kalau lajak lagi sampai Bukit Singa takut tak sempat nak patah balik ja.

Lumut?

Papan tanda peringatan yang terdapat di Pulau Kapas. Pastikan Pulau Kapas bersih dari sebarang pencemaran.

Haa yang ni abang selalu nampak masa aktiviti snorkeling. Sesuka hati ja pijak batu karang kat dalam laut tu !

Mencanak gila tangga dia waktu nak patah balik ni. Masa turun tadi pun ada perasaan sedikit gayat.

Jernih jugak ayaq laut Pulau Kapas waktu petang-petang ni.

Siapa kata kena ke luar negara untuk dapat pemandangan macam ni ? Dalam Malaysia pun ada !

Banyak batu-batuan kasar lagi tajam di tepi laut Pulau Kapas.

Bukan di Bali. Di Pulau Kapas je ni.

Epik jugak tengok minah saleh ni baca buku kat atas batu macam ni.

Dah nak sampai dah semula ke pantai tempat turun bot tadi.

Cafe-cafe kecik tepi pantai di Pulau Kapas.

Chalet-chalet dalam hutan di tepian pantai.

Nak jumpa Mat Dan dah tak dak kat Pulau Kapas ni. Jumpa abang Bangla pun boleh la. Santai ja main telefon sambil menikmati angin laut di Pulau Kapas.
Aktiviti bola tampar pantai masih sedang rancak.

Bot terakhir dari Pulau Kapas ke Jeti Marang pada pukul 5.30 petang dah pun sampai. Ayuh kita balik.

Bot ni lah yang kita guna masa aktiviti snorkeling Pulau Kapas sebelum ni. Bot ni boleh bawak ramai orang sikit berbanding bot kecik sewaktu pergi.

Ramai sangat orang kat belakang bot tu, abang dan Vassili lepak atas dek dengan abang-abang bot MGH ni.

Lawa pulak pemandangan matahari nak terbenam waktu balik ni.

"Tenggelamnya kapal Van Der Wijck"

Lepak makan balik dari Pulau Kapas di Pantai Kelulut.

Layan betui tempat-tempat makan di Terengganu ni, semuanya tepi laut.

Dari Jeti Pulau Kapas nak ke Pantai Kelulut ni tak jauh pun sebenarnya, dalam 10 minit macam tu. Jalan menghala ke Dungun.

Trend terkini di pantai Timur. Udang celup tepung besaq-besaq ni 45-50 ekoq RM10.

Mana-mana tempat pun sama dari Pantai Penarik sampai la ke sini. Semua dok promosi udang celup tepung RM 10 dapat 45-50 ekor ni.

Kami sampai semula ke Jeti Marang semula dari Pulau Kapas lebih kurang pukul 6.00 petang.

Helmet yang kami tinggal di syarikat bot MGH tadi kami ambik balik. Kedai dia masih tak tutup lagi. Dalam perkiraan nak tutup dah tu sebab kawan-kawan sebelah dia semua dah nak tutup.

Dekat-dekat Jeti Marang tu ada surau. Jangan risau kalau nak solat ka apa boleh ja pi situ.

Abang & Vassili solat jamak dulu sebelum bergerak balik.

Wah nak bergerak balik mana tu? Hang pun hidup musafir 2-3 hari kat Pantai Timur ni.

Abang tumpang Vassili tiduq rumah dia malam tu di Kemaman. Esok pagi pulak abang akan balik Kuala Lumpur ikut Kuantan. Rancangannya la.

Sebelum gerak terus ke Kemaman, kami lepak minum dulu di Pantai Peranginan Kelulut.

Kalau dari Jeti Marang amik jalan pantai nak ke Dungun,lebih kurang 10 minit sampai la tempat ni. Lokasi dia betul-betul tepi laut.

Ada banyak la kedai-kedai makan yang hangpa boleh pilih nak lepak minum ka makan ka. Asalnya nak minum ja, terus jadi candlelight dinner abang dengan si Vassili.

Nak pekena celup tepung pun ada kat sini. Abang pesan udang celup tepung. Dah jadi trend kot sekarang kat Terengganu ni udang celup tepung depa jual dalam kiraan bilangan ekor udang. Ada sesetengah kedai 45 ekor = RM10. Ada jugak yang melawan sikit sampai 50 ekoq RM10.

Abang dok perhati dah dari mula abang masuk Terengganu ni semua jual udang celup tepung 45-50 ekoq RM10 ni. Memang udang dia takda la besaq mana tapi puas la jugak makan. Alah macam hang makan popcorn tu. Jangan dok gatal pi kopek kulit satu-satu pulak. Tak jadi.

Catatan Pantai Timur Monsun Solo Ride sebelum ni hangpa boleh ketik butang yang merah meyala tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...