Dengan ini gua sertakan rujukan bajet atau 'ground cost' Kembara Trans-Sumatra yang berlangsung selama 8 hari di sana. Bajet tidak termasuk makan dan minum.
Hari Pertama | Kuala Lumpur - Padang - Bukit Tinggi
- Trafel (minivan) Airport Minangkabau, Padang - Bukit Tinggi : Rp 50,000
- Kartu + Pulsa (simkad + topup) : Rp 24,000
- Check-In Asian Hotel, Bukit Tinggi: Rp 125,000 x 2 malam (dikongsi 2 orang = Rp 125,000)
Jumlah : Rp 199,000
Hari Kedua | Bukit Tinggi (Danau Maninjau - Lembah Harau)
- Sewa skuter : Rp 100,000 (dikongsi 2 orang = Rp 50,000)
- Bensin (minyak) : Rp 16,000 + Rp 14,000 + Rp 14,000 (dikongsi 2 orang = Rp 22,000)
- Karcis (tiket masuk) + parking Lembah Harau : Rp 5,000 + Rp 2,000
- Cenderamata Fridge Magnet : Rp 15,000 (dikongsi 2 orang = Rp 7,500)
Jumlah : Rp 86,500
Hari Ketiga | Bukit Tinggi - Parapat (Danau Toba)
- Tiket bas Bukit Tinggi - Parapat : Rp 210,000 + Rp 50,000 (tukar bas kepada trafel)
- Duit 'paw' Terminal Aur Kuning : Rp 10,000
- Internet Cafe : Rp 3,000
- Angkutan Kota ke Terminal Aur Kuning : Rp 2,500
Jumlah : Rp 225,500
Hari Keempat | Parapat - Pulau Samosir (Danau Toba)
- Angkut Parapat-Jeti Tigaraja : Rp 3,000
- Feri Tigaraja - Tuktuk : Rp 10,000
- Rodeo Guesthouse : Rp 150,000 x 2 malam (dikongsi 2 orang = Rp 150,000)
Jumlah : Rp 163,000
Hari Kelima | Danau Toba
- Sewa skuter : Rp 90,000 (dikongsi 2 orang = Rp 45,000)
- Bensin : Rp 27,000 (dikongsi 2 orang = Rp 13,500)
- Tiket Menara Tinjau Tele : Rp 2,000
Jumlah : Rp 60,500
Hari Keenam | Parapat - Medan
- Feri Tuktuk - Tigaraja : Rp 10,000
- Trafel Parapat - Medan : Rp 50,000
- Check in Residence Hotel, Medan : Rp 95,000 semalam (dikongsi 2 orang = Rp 47,500)
Jumlah : Rp 107,500
Hari Ketujuh | Medan - Tanjung Balai
- Tiket Keretapi Medan-Tanjung Balai : Rp 20,000
- Becak Motor ke Stasiun Keretapi Medan : Rp 20,000 (dikongsi 2 orang = Rp 10,000)
- Becak Motor Tanjung Balai : Rp 15,000 (dikongsi 2 orang = Rp 7,500)
- Check-in Ananda Hotel, Tanjung Balai : Rp 135,000 (dikongsi 2 orang = Rp 67,500)
Jumlah : Rp 105,000
Hari Kelapan | Tanjung Balai - Pelabuhan Klang
- Tiket Feri Jetstar Services : Rp 390,000
- Caj Pelabuhan Tanjung Balai : Rp 20,000
Jumlah : Rp 410,000
Jumlah Keseluruhan : Rp 1,357, 000 (Pengangkutan dan Penginapan)
Tak sampai RM 400 pun sebenarnya untuk kos pengangkutan dan penginapan sepanjang 8 hari Kembara Trans-Sumatra ni. Kos makan dan minum pun tak mahal di Sumatra. Yang buat mahal gua rasa tiket feri balaik dari Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang. Itu pun dah dekar RM 100 termasuk caj cukai pelabuhan semua. Dah nak nama overland kan balik Malaysia. Kalau ikutkan boleh je nak naik kapal terbang balik melalui Medan. Harga pun lebih kurang sama. Tapi sengaja kami beli tiket flight Airasia sehala je ke Padang hari tu. Saja nak melihat dan merasai sendiri perjalanan darat dan membelah lautan Selat Melaka untuk pulang kembali ke Malaysia.
Tips
- Sebelum nak pergi Indonesia tu mesti hangpa nak kena tukar duit Ringgit ke Rupiah kan? Boleh pi cari money changer atau pengurup wang di sekitar Chow Kit yang menawarkan kadar tukaran matawang yang agak tinggi. Gua pernah terbaca yang di Chow Kit sana kan banyak warga asing terutama dari Indonesia, jadi banyaklah jugak urusan penukaran wang di kawasan tersebut. Tempat yang gua boleh syorkan adalah pengurup wang bersebelahan dengan Maybank Chowkit, berhampiran dengan pasaraya Mydin. Nama apa gua tak ingat pulak.
- Kalau dah sampai Lapangan Terbang Minangkabau, siap-siaplah hangpa dengan tiket balik. Kalau tak ada tiket balik siaplah hangpa dengan duit pulak. Pegawai imigresen dekat sini rajin 'paw' orang. Kononnya kena tunjuk tiket balik, kalau tak ada kena beli visa. Nanti dia buat la isyarat kena bayar berapa-berapa. Sebab tu yang jem selalu bila beratur cop passport. Saja buat-buat lambat tanya itu ini cari kesalahan. Jangan jadi kes macam kami, kena masuk dalam bilik tahanan dia kena soal siasat sebab degil tak nak bayar. Boleh baca di catatan Kembara Trans-Sumatra bahagian pertama.
- Di Padang atau pun Bukit Tinggi, gua selalu kena 'paw' duit rokok lah, duit makan lah. Mungkin gua bawa adik perempuan yang pakai lawa-lawa sikit depa dah dok usya dari jauh. Tak lama bila kami jalan-jalan, mesti ada orang luar yang gua tak kenal himpit buat-buat ramah. Ingatkan betul ramah nak tolong, tapi sebenarnya semua ada sesuatu. Kalau gua jalan sorang-sorang dengan pakai hodoh-hodoh takda siapa pun nak dekat. Sebenarnya ada banyak mata-mata liar yang memerhatikan anda terutama jika anda pelancong dari luar. Gua nasihatkan tak perlulah nampak menonjol sangat bak retis kalau nak berjalan-jalan di Sumatera ni. Memang agak bahaya.
- Pengangkutan utama untuk perjalanan jauh dari satu bandar ke satu bandar yang lain di bumi Sumatera ini bukan bas sebaliknya adalah trafel (minivan). Jarang sebenarnya nak nampak bas di sini. Kalau ada pun tak banyak. Mungkin kerana faktor jalan dan geografi menyebabkan bas kurang digunakan sebaliknya trafel yang digunakan secara meluas. Gua siap tanya orang tempatan lagi, katanya bas agak lamabat kalau nak dibandingan dengan trafel. Betul. Pemandu atau supir trafel di Sumatera atau di mana-mana sahaja di Indonesia ini memang laju dan bahaya cara bawaknya. Boleh kecut perut bila ada dalam trafel ni. Yang gua terkejut masa naik trafel berhimpit-himpit dari Bukit Tinggi ke Parapat, pemandu trafel melanggar seekor kucing sewaktu jam 2.00 pagi entah di kawasan hutan mana. Pemandu tersebut cepat-cepat berhenti dan mengutip bangkai kucing yang telah hancur dilanggar tadi lalu dibungkus dalam bag plastik lalu dicampakkan di ruang penumpang. Bila sampai di kedai makan (hentian rehat), pemandu trafel tadi akan ambil cangkul dan tanam semula kucing tersebut di dalam tanah. Itu harus dipuji. Berbanding dengan kita, bila langgar kucing buat tak tahu sampai ke sudah. Akhirnya mereput bangkai kucing tu tengah jalan.
// Catatan Travelogue Kembara Trans-Sumatra //