Iklan

Memaparkan catatan dengan label Kayuhan Solo-Bentong/Bukit Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kayuhan Solo-Bentong/Bukit Tinggi. Papar semua catatan

28 Julai 2011

Kayuhan Solo | Bentong & Bukit Tinggi



Edisi solo ride kali ni berkisarkan tentang ekspedisi berbasikal-bukit solo aku ke Bentong, Pahang. Sebenarnya dalam perancangan ekspedisi kayuhan solo ini adalah untuk ke Bukit Tinggi, Pahang. Tapi entah bagaimana boleh terlajak ke Bentong. Semuanya berlaku pada pertengahan tahun 2010 semasa cuti semester. Terlihat satu rancangan di TV3 memaparkan keindahan di Bukit Tinggi, Pahang yang terdapatnya binaan seperti istana berkonsepkan susana Eropah. Teringin betul aku nak pergi tempat ni pikir dalam hati. Pastu mula la meng-Google sana sini, mencari jalan untuk sampai ke sini. 

Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi mengikut jalan Gombak, (jalan belakang) seperti mana semasa Kayuhan Solo ke Genting Highland suatu ketika dulu. Haluan yang sama, melalui hutan belantara di mana di bawahnnya terdapat Highway Karak. Terdengar bunyi kenderaan yang lalu di bawah. Terdapat satu air terjun sepanjang perjalanan ini di mana lori2 berhenti rehat dan membersihkan diri. Jalan disini agak sempit dan agak dingin semasa melaluinya. Seterusnya anda kan sampai ke Persimpangan Hentian Rehat Genting Sempah, terdapat Petronas dan Medan Selera disini.

Tak larat aku nak tulis, disini disertakan gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan. Nak tengok lebih dekat Facebook la ye.



Via Jalan Gombak berhampiran UIA
Melalui Muzium Orang Asli dan Hospital Orang Asli


Panorama indah sepanjang perjalanan melalui hutan.

Berehat seketika. Kelihatan Bentong lebih kurang 41 km lagi.

Aku with my Corratec.

Haluan yang sempit. Sekali sekala kenderaan berat memecah kesunyian.

Pokok tumbang menyembah bumi berhampiran Janda Baik. Kenderaan besar terpaksa berpatah balik. Mujur naik MTB.

Sekitar pemandangan Bukit Tinggi yang sempat dirakam.

Convention Centre Bukit Tinggi

Shoot terus ke Bentong. Penat ya amat. Singgah di Masjid Bentong solat zohor.

Panorama Masjid Bentong sekitar jam 3 petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...