Iklan

13 Oktober 2011

Cameron Highland via Tapah

Perjalanan ke Cameron Highland yang tidak dirancang semasa cuti semester yang lalu. Semasa aku tengah bekerja di Crocs Mont Kiara. cuti satu hari yang diisi sepenuhnya. Bertolak dari Kuala Lumpur sebelah petang, sampai di Tapah hampir Maghrib. Sesaje ingin mencuba Jalan Tapah-Cameron Highland. Agak seram juga sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir sejam lebih. Jalan yang berliku-liku boleh membuatkan orang yang tak tahan muntah. Aku nasihatkan gunakan jalan Simpang Pulai-Cameron yang lebih selesa. Laluan ini hampir hutan keseluruhannya. Amat gelap semasa malam.

Kereta yang berselisih pun hanya sebiji dua diselang-seli dengan lori. Boleh lihat masyarakat orang asli balik memburu bersama hasil hutan. Ada penempatan orang asli semasa melalu jalan ini. Boleh tgk jugak ada yang tengah mengayam tikar pada waktu malam bertemankan cahaya api. Sepanjang perjalanan anda bolh nampak gerai-gerai penduduk masyarakat orang asli di tepi jalan. Kalu masa siang boleh nampak diorang jual hasil hutan macam petai, pokok-pokok kayu dan segala macam lagi. 

*Teringat kata-kata seorang rakan berbasikal semasa melalui Jalan Tapah-Cameron Highland ni. Orang asli  dengan jujur berkata padanya: "Buat apa susah-susah naik basikal bang, bas kan ada"..Aiseh=)
Jalan dari Tapah ke Ringlet, di waktu malam.


Pekan Brinchang di pagi hari.

Hotel penginapan di pekan Brinchang.

Rondaan ke Kaktus Point selepas sarapan.

Pelbagai variasi warna kaktus ada di sini.

seterusnya ke Bharat Tea Plantation.

Ladang teh yang tidak begitu besar jika hendak dibandingkan dengan Boh Plantation.

Kehadiran lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Kedah.


Sesi tengahari ke Boh Plantation di Sungai Palas.

Cafe untuk minum teh ala-ala tergantung.

Leh shopping2 dalam nih.

Macam jenis teh keluaran Boh dijual dalam nih..Cenderahati pun ada.

Sungai Palas visitor centre.

Kilang pemprosesan Boh Tea.

Panorama dari Cafe Boh. Ada sekolah bawah ni.

Mat Saleh  ngan Pak Arab yang ramai kat sini.

Adik aku.

Pasar berdekatan Hotel Equatorial Cameron Highland.

Ke Ladang Strawberry-Big Red Strawberry Farm

Tanaman Hidroponik ada di sini.

Tomato yang belum cukup sifat.

Adik aku dan tomato.

Ladang Strawberry yang agak tinggi di pekan Brinchang ini. Mencanak jugak nak naik.

Kembali ke ibukota. Melalui laluan yang sama. Jalan Tapah-Cameron Highland.. Banyak orang asli yang berniaga di tepi jalan.

Latar Iskandar yang terletak diantara Tapah dan Ringlet, Cameron Highland.


Kalua dari highway Utara Selatan (PLUS) boleh nampak air terjun ini.

Gua dan air terjun Lata Iskandar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...