Iklan

29 Oktober 2014

Jelajah Skuter & Kapcai ke Pantai Timur (Teaser)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Minggu lepas gua dan member lama gua si Shahrul Nizam (Chilling di Sungai Chilling), dengan nekadnya telah menjelajah Pantai Timur Semenanjung dengan berbekalkan kapcai dan juga skuter. Bermula dengan cerita dan angan kosong di kedai mamak, maka terjadilah trip Jelajah Duo Pantai Timur ni. Gua seperti biasa dengan skuter Nouvo LC gua manakala Shahrul Nizam dengan jentera Yamaha LC135-nya. Trip santai ini sebenarnya bertujuan menjelajah Tasik Kenyir melalui jalan Felda Aring, tapi dah alang-alang ride kami lajakkan sikit bagi menjelajah wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Memandangkan si Shahrul Nizam pun belum pernah menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu, maka difikirkan inilah saat yang paling sesuai.

Jarak perjalanan jelajah bermotosikal ini secara keseluruhannya merangkumi lebih kurang 1500 KM merentasi beberapa buah negeri di pantai timur dan utara Malaysia. Empat hari masa yang diambil bagi melengkapkan kembara ini dengan kelajuan santai 60-70 KM/H. Alhamdulillah, secara keseluruhan jentera Yamaha Nouvo LC dan LC135 beraksi cemerlang dan tidak mengalami sebarang masalah walaupun jarak purata perjalanan sehari hampir 400 KM membelah Banjaran Titiwangsa dan jalan pesisir pantai. Cerita yang lebih terperinci akan menyusul kemudian.

Laluan Hari Pertama : 
Segambut (Kuala Lumpur) - Tapah - Brinchang (jalan lama Tapah-Cameron Highland) - Kampung Raja - Jajahan Kecil Lojing - RnR Gua Musang.

Laluan Hari Kedua :
RnR Gua Musang - Jalan Felda Aring - Tasik Kenyir - Kuala Terengganu - Bachok (Pantai Melawi).

Laluan Hari Ketiga :
Bachok - Kota Bharu - Pasir Mas - Rantau Panjang - Jeli - Gerik - Baling - Sik, Kedah.

Laluan Hari Keempat :
Sik - Kulim - Butterworth (Feri) - Georgetown (Pulau Pinang) - Seberang Jaya - Kuala Lumpur (Lebuhraya PLUS)



View Larger Map


Mengisi minyak penuh di Hentian RnR Tapah.

Menyusuri jalan lama Tapah - Cameron Highland.

Jalan lama Tapah-Cameron Highland yang dilitupi hutan di kiri kanan jalan.

Sebahagian jalan baru saja dibaikpulih.

Perjalanan sedikit menanjak dari Tapah ke Ringlet.


Jarang sekali kenderaan mengikuti jalan lama Tapah-Cameron Highland ini.

Perjalanan masih jauh untuk menuju ke Brinchang.

Menikmati keindahan Lata Iskandar semasa melalui jalan lama Tapah-Cameron Highland ini.

Air terjun Lata Iskandar mengalir deras. Sesi bergambar bersama jentera masing-masing.

Kami singgah di Lata Iskandar hanya sebentar, perjalanan menuju Tasik Kenyir melalui Cameron Highland masih jauh.

Mengisi minyak lagi di Shell Brinchang.

Simpang selepas Kg Raja. Kiri menuju Simpang Pulai dan kanan menuju Gua Musang.

250 KM lagi untuk ke Tasik Kenyir.

Simpang tiga Kampung Raja. menuju ke Kelantan atau ke Perak.

Jajahan kecil Lojing yang terletak di negeri Kelantan. Suasana masih di tanah tinggi seperti di Cameron Highland.

Sebahagian jalan di Jajahan Lojing agak teruk walaupun jalannya agak lebar.

Jalan Lojing - Gua Musang yang berbukit.

Cuaca agak sejuk selepas hujan renyai-renyai semasa melalui Jalan Lojing - Gua Musang ini.

Jalan Lojing - Gua Musang yang jarang dilalui kenderaan. Kalau ada pun sekali sekala.

Tempat bermalam kami di surau RnR Gua Musang.

Sarapan pagi selepas Subuh di RnR Gua Musang sebelum menyambung perjalanan ke Tasik Kenyir.

Pagi yang sejuk dan berkabus di Jalan Gua Musang - Felda Aring.

Disajikan pemandangan yang sangat indah ala-ala 'Lost World'.

Memasuki Jalan Felda Aring.

Jalan Felda Aring yang agak teruk di sesetengah kawasan.

Berhenti sebentar di Masjid Felda Aring 6 bagi menunaikan hajat yang tertangguh.

Kawasan Felda Aring yang mempunyai kemudahan asas seperti klinik oleh kerana ia terletak jauh dari bandar besar.

Bertanyakan penduduk tempatan adakah kami mengikuti jalan yang betul ke Tasik Kenyir melalui Felda Aring .

Melepasi Felda Aring, terbentang jalan yang luas lagi cantik menuju ke Tasik Kenyir.

Kenderaan sangat jarang melalui laluan Felda Aring - Tasik Kenyir ini.

Sesi fotografi di tengah jalan Felda Aring - Tasik Kenyir.

Tak ada rezeki nak jumpa gajah liar. Boleh lihat tahi gajah liar di bahu jalan Felda Aring - Tasik Kenyir ini.

Santuari gajah Sungai Ketiar yang telah ditutup dan dipindahkan ke Tasik Kenyir.

Hujan semalaman menyebabkan paras air sedikit naik di Tasik Kenyir.


Sebuah kapcai dan sebuah skuter di jalan yang kurang dilalui menuju ke Tasik Kenyir.

Kenyir Elephant Village yang baru sahaja dibuka.

Pintu masuk ke Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Rumah bot yang sedang dibaik pulih.


Jeti tempat menaiki bot di Tasik Kenyir.

Bot-bot kecil di Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir yang agak sepi di hari Ahad.

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Tiba di Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang kembara bermotosikal ini.

Sesi bergambar di Pulau Duyong menghadap Masjid Kristal.

Berhenti pekena celup tepung dulu di Kuala Terengganu.

Singgah solat di Pantai Teluk Ketapang.

Melalui jalan pesisir pantai di Terengganu menuju ke Kelantan.

Pesawat yang berlepas dari lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Gigih bawa motor masuk Pantai Mengabang Telipot.

Pantai Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Lepak minum tengah malam di Pantai Melawi, Bachok.

Anak Rhu Chalet yang terletak betul-betul di tepi Pantai Melawi, Bachok.

Masjid Tok Guru di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Pelbagai barangan diniagakan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu ini.

Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Kota Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Bahang panas tengahari di pasir Mas.

Setting bag selepas pekena Nasi Kerabu di Pasir Mas.

Masjid Beijing di Rantau Panjang.

Senibina cina di Masjid Beijing Rantau Panjang.

Berhenti rehat di Kompleks Imigresen Rantau Panjang.

Kalau ada passport ni boleh lajak ke Siam.

This is Rantau Panjang !

Dari Rantau Panjang ke Jeli tidak begitu jauh.

Isi minyak penuh dulu di Petronas Jeli.

Kembara sebuah kapcai dan sebuah skuter dengan misi tersendiri.

Jalan berbukit-bukau dari Jeli hingga ke Gerik.

Berehat sebentar di Jambatan Tasik Banding.

Berhenti menikmati panorama di Jambatan Tasik Banding.

Jambatan Tasik Banding.

Permulaan perjalanan dari Sik di hari terakhir. Setting bag dulu.

Pekena ayaq tebu di persimpangan Kulim menuju ke Butterworth.

Pengkalan Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth.

Feri Pulau Rimau sedang dalam penyelenggaraan.

Motorsikal di bahagian belakang feri.

Bila-bila mai Penang mesti nak naik feri.

Bayaran sebanyak RM 2.00 dikenakan untuk sebuah motorsikal untuk ke Penang, tidak kira menggunakan feri atau jambatan.

Bergerak keluar dari feri.

Banyak mata-mata yang memerhati kami di Penang ini.

Port ais kacang terbaik di Penang !

Ais kacang istimewa berhampiran Pasar Chowrasta, Penang.

Jelajah bermotosikal dari Pantai Timur hingga ke Pulau Pinang sebelum kembali ke ibukota.

Lebuh Buckingham yang terletak berhampiran Masjid Kapitan Keling.

Berhenti sebentar di persimpangan Lebuh Cannon untuk sesi bergambar.

Masjid Melayu Lebuh Acheh Pulau Pinang.

Pasar Karat berhampiran Lebuh Cannon, Penang.

Waktu puncak sekitar jam 5.30 petang di Jambatan Pulau Pinang.

Hentian Jambatan Pulau Pinang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...