Iklan

Memaparkan catatan dengan label Penang : Makan Apa & Di Mana?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penang : Makan Apa & Di Mana?. Papar semua catatan

13 Julai 2016

Jalan Makan Jalan Makan Penang : Nak Makan Apa & Di Mana?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you

Sama seperti catatan sebelumnya, catatan ini juga merupakan catatan peram yang hampir-hampir menjadi pekasam. 

Berhari-hari jugak abang dok karang cerita 'Jalan Makan Jalan Makan Penang' ni bagi siap. Sehari baru jalan satu perenggan. Bak kata orang, menulis ni nak kena ada mood. Kalau sekadar menulis, tapi hati merewang entah ke mana pun tak guna. 

Baiklah begini. 

Katakanlah hangpa terlajak mai Penang dan hangpa cuma ada masa sehari suntuk sahaja untuk mencari serta mencuba makanan yang terdapat di Pulau Pinang ni.

Ke mana agak-agak anda akan menghala pergi?




Yang terlintas di pikiran hangpa abang syak sudah tentu Nasi Kandar Line Clear tak pun Nasi Kandar Beratur. Tak masuk lagi Pasemboq Padang Kota Lama. Itu sudah pasti.

Nama-nama tu hanya sekadar nama. Bagi abang nak kata sedap, biasa-biasa sahaja. Harga pulak kadang-kadang tak masuk akal. Orang Penang sendiri pun tak pi cari makan di tempat-tempat yang abang namakan tadi.

Kali ni abang ingat nak bercerita berkenaan port-port atau tempat makan yang sedap, menarik serta mesra bajet untuk pengembara atau pelancong yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Maksud abang di sini adalah di bahagian sebelah pulau sahaja, tidak termasuk di tanah besar Seberang Perai.

Abang rangkumkan segalanya dalam catatan ni. Nanti abang akan cerita secara lebih terperinci satu-satu tempat makan yang abang senaraikan dalam ni.

Kisahnya begini.

Ada satu hari tu abang secara tidak sengaja terancang nak cuba la pusing satu Pulau Pinang naik skuter SYM dengan adik abang jalan-jalan cari makan dalam masa sehari. Nak tengok banyak mana tempat yang kita boleh cover dalam satu hari. Perut pecah tak pecah belakang cerita.

Mai kita tengok mana tempat hangpa boleh tuju cari makan dalam sehari di Pulau Pinang.





Deen Nasi Kandar, Jelutong


Untuk memudahkan penceritaan, penjelajahan 'Jalan Makan Jalan Makan Penang' abang mulakan dari kampus induk USM di Pulau Pinang.

Dari USM, kami menghala ke pekan Jelutong. Destinasi pertama kita untuk hari ini adalah,

Tempat pertama ! Jeng jeng jeng !

Restoran Nasi Kandar Deen Jelutong ! Dengan tagline 'Nasi Kandar yang terkenal di Pulau Pinang' !

Untuk pengetahuan hangpa semua, ada dua kedai nasi kandar 'Deen' di belah Penang ni. Satu kedai nama dia 'Deen' di Jelutong dan satu lagi 'Deen Maju' di belah-belah pekan Georgetown sana. Kedua-duanya bukan sama, berlainan tokey. Rasa pun tak sama. Betulkan abang kalau salah informasi.

Nak rasa pengalaman beratur beli nasi kandar? Tak perlu pi jauh sehingga ke Nasi Kandaq Beratur. Dekat Nasi Kandar Deen Jelutong ni pun hangpa kena beratuq tu dia nalla punya la panjang semata-mata demi nak menjamah sesuap nasi kandar !

Bab jamah tu tipu. Hangpa bukannya jamah, siap minta nasi tambah !

Abang beratur dekat 15 minit jugak la sebelum sampai giliran abang untuk pilih lauk. Boleh buat bertumbuk kalau jenis tak sabar-menyabar ni. Waktu hujan-hujan pun ramai lagi yang sanggup beratur siap dengan baju hujan. Hujan-hujan ni memang mengundang selera betui !

Rezeki abang di Restoran Deen Nasi Kandar Jelutong pada hari tu adalah nasi kuah campur, ayam goreng dan beberapa batang bendi (betulkan abang kalau penjodoh bilangan salah). Minuman pulak sekadar air kosong sahaja. 

Tup tap tup tap (bunyi mesin kira), harga semua sekali adalah RM 6.80!

Bagi abang berbaloi la jugaklah sebab ayam goreng dia besaq-besaq dan panas-panas lagi habaq hang. Kena pulak dengan nasi putih kuah campuq ketika mana waktu hujan ni memang syahdu woi !

Nah tengok Google Maps kalau nak tahu dengan lebih lanjut dekat mana Restoran Nasi Kandar Deen Jelutong ni.



Restoran Deen Nasi Kandar yang terletak di Jelutong, Pulau Pinang. Tu dia beratuq bukan main panjang waktu-waktu hujan macam ni pun. Parking pun memang payah kat sini kalau naik kereta. Sempit!

Nasi Kandar Deen Jelutong. Nasi kandar selalunya hangpa kena makan pakai tangan,. Kalau makan pakai sudu & garpu tak berapa nak terangkat jadinya.

Abang berusaha la beratur panjang nak pekena Nasi Kandar Deen Jelutong ni. Seram sejuk, menggeletar, lembik lutut semua ada dok tengok lauk-pauk dia sementara dok beratur ni.

Hujan tak hujan semacam ja orang mai serbu Nasi Kandar Deen Jelutong.

Nasi Kandar Deen Maju Georgetown


Inilah dia nasi kandar yang semakin top di Pulau Pinang sekarang ni. Semakin menjadi-jadi popularitinya. Inilah dia Nasi Kandar Deen Maju yang abang dok sebut-sebut sebelum ni. Lokasi kedai ini terletak di Jalan Gudwara, Georgetown. 

Tak tahu mana nak cari nasi kandaq ni? 

Hangpa boleh ja guna Google Maps. Cari saja 'Deen Maju', maka akan keluarlah petunjuk jalan yang benar untuk ke sini.

Restoran Nasi Kandar Deen Maju ni dibuka bermula jam 2.30 petang hingga ke lewat malam. Itu yang abang baca di kedai dia lah. Tak tahu kot dia dah buka pagi ke sekarang.

Kedai dia terletak di tepi jalan utama. Tak ada parking khas di sekitar kedai. Pandai-pandai hangpa la cari parking  jauh sikit, kemudian menapak ke kedai ni.

Abang pi waktu petang Deen Maju ni memang beratur la orang. Maju betul. Bukan sahaja orang luar yang mai makan, tapi mamu-mamu boria Penang sendiri pun beratur nak pekena nasi kandar ni.

Boleh pilih nak makan di sini atau bungkus. Maaf, drive-thru takda macam McD. Tapi ramai yang pilih untuk bungkus. Sebab apa? Kerana meja kerusi semua selalu penuh ! 

Nasib la abang dapat duduk meja hari tu. Kalau tak makan berdiri la jawabnya. Lagi satu cara nak dapat port makan di sini, tunggu orang lain habis makan kita 'chop' meja tu siap-siap. Kalau tak, makan berdiri la hangpa sat lagi.

Makan apa-apa pun di tempat popular di Penang ni ada satu je masalah dia. Tak boleh lepak lama-lama ! Habis je makan je kena 'chow'. Kalau dok lepak minum teh tarik hisap rokok sepam dua dulu boleh kena maki dengan orang ramai. Tempat duduk adalah terhad !

Kalau ikut selera tekak Melayu abang, abang rasa Nasi Kandar Deen Maju ni memenuhi kehendak selera & citarasa abang. Dalam banyak-banyak nasi kandar dalam Penang ni yang abang pernah rasa, hat ni yang paling 'power'. Nasi Kandar Beratur kalau nak kira tinggal jauh beberapa tiang ! 

Yang paling syok, harga makanan di Deen Maju ni murah pun murah ! Itu yang pelanggan mahu ! Ini tidak, kadang-kadang nasi kandar ni harga dia boleh jadi tak masuk akal. Ambik lauk ayam goreng takpa lagi, masuk sotong ke udang ke sat lagi, siap la hangpa !

Abang ambik lauk ayam goreng, telur masin & bendi, harga lebih kurang RM 5.00! Boleh la datang buat tinjauan selalu ni.




Atmosfera biasa yang dapat dilihat di mana-mana kedai nasi kandar yang popular di sekitar Pulau Pinang. Salah satunya adalah Nasi Kandar Deen Maju . Kalau tak beratur tak sah.

Lokasi kedai Nasi Kandar Deen Maju ni terletak di Jalan Gudwara. Dibuka pada sebelah petang hingga ke malam. Kalau hangpa pi tengahari memang tak ada.

Antara lauk-pauk dan kari-karian yang disajikan untuk pelanggan Nasi Kandar Deen Maju.

Hidangan abang di Nasi Kandar Deen Maju. Tahu harga dia berapa? Lebih kurang RM 5.00 !

Peminat-peminat Deen Maju. Paling rancak bila masuk waktu Maghrib. Sampai dua kali tawaf kedai. Abang biasanya makmum saf belakang sekali.

Laksa Pantai Miami, Batu Ferringhi


Ini bukan Miami di Florida di Amerika Syarikat, tapi di Penang ja. Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada yang tidak. Sebenarnya Batu Ferringhi ada banyak pantai-pantai yang cun dan salah satunya Pantai Miami ni. Sebut betul-betul, Pantai Miami. Bukan Pantai Mami.

Abang singgah dulu pekena laksa di Pantai Miami di Batu Ferringhi dalam perjalanan ke Teluk Bahang. Abang tengok ramai orang dok promosi warung laksa ni. Jadi abang pun teringin la nak mencuba.

Dekat mana lokasi dia? Lagi sekali. Di Pantai Miami. Kalau hangpa yang mai dari arah Georgetown nak ke Batu Ferringhi, hangpa akan jumpa Masjid Terapung Tanjung Bungah di sebelah kanan. 

Belum, belum sampai lagi. Hangpa kena layan 'kona' baring dua-tiga kerat dulu lepas tu. Nanti hangpa akan jumpa warung laksa di bawah rimbunan pokok menghadap ke pantai di sebelah kanan. Kalau yang rajin baca dia ada tertulis 'Pantai Miami'.

Selain laksa, antara menu lain yang terdapat di warung jalanan ni adalah jagung rebus, rojak buah dan makanan-makanan ringan. Setiap satu menu tu tuan dia lain-lain. Chicken chop ke apa semua jangan dok pandai-pandai order la ye. Memang tak ada.

Untuk harga pulak, bagi abang mahal sikit berbanding tempat lain. Kalau laksa tempat lain sekitar RM3.00-3.50, dekat sini pulak laksa semangkuk mencapai RM 4.00! Begitu juga dengan menu-menu lain. Tempat-tempat pelancongan popular macam ni harga macam tu lah.

Harga mahal sikit tu abang tak kisah sangat, tapi kalau boleh janganlah guna pinggan dan cawan plastik pakai buang. Kita nak makan pun jadi tak berapa nak syok sebab sudu garpu plastik ni melentok-melentok nak patah masa kita nak cedok laksa.

Bagi abang laksa dia sedap jugak walaupun ringkas. Lagi sedap dari Laksa Janggus di Balik Pulau abang rasa. Tu kalau ikut selera abang la. Lain orang, lain citarasa dia.

Tengah-tengah makan laksa teringat pulak cerita dulu-dulu. 'Kuah Laksa Tisu'. Tak tau la hangpa pernah dengar tak cerita ni. Nak bagi pekatkan kuah laksa, ada peniaga mesin ikan sekali dengan tisu. Itu dulu lah. Tak tau la sekarang ada orang dok buat lagi tak. Mintak jauh.


Laksa Pantai Miami di Batu Ferringhi. Suasana redup di bawah pokok menghadap laut !

Bukan sekadar laksa. Hangpa nak rojak buah, rojak sotong, jagung rebus semua ada di warung laksa Pantai Miami ni. Jangan tanya nasi kandar ada tak. Memang tak ada.

Menu abang di warung Laksa Pantai Miami, Batu Ferringhi. Laksa sepinggan dan rojak buah yang ditambah sotong.

Di bawah sana ada Medan Selera Pantai Miami. Tapi tak buka pun ! Orang lebih suka makan di warung tepi jalan ni agaknya.

Dah sampai kawasan perkelahan Batu Ferringhi, rugi la kalau hangpa tak mandi-manda di kawasan pantainya dengan pasir yang memutih !

*krik krik krik

Abang memang 'kureng' gemar sikit kalau bab mandi ayaq laut ni. Bukannya apa, sat lagi nak kena bilas balik dengan air tawar. Dah tu sat lagi boleh tengok macam mana hitam merelit kulit abang yang ada darah kacukan Pattani ni!

Seingat abang, waktu terakhir sekali abang mandi laut adalah 4-5 tahun lepas. Kalau ajak mandi sungai gagah jugak nak pi !

Dari Pantai Miami, abang meneruskan perjalanan hingga ke Masjid Batu Ferringhi. Alah kawasan yang ada pasar malam atau 'night market' tu. Belakang masjid tu ada banyak deretan rumah tumpangan atau 'guesthouse'. Mat saleh suka la duduk kawasan macam ni.

Waktu zaman belajar di UiTM Penang dulu, port ni la kami dok buat BBQ tengah-tengah malam.


Singgah pantai belakang Masjid Batu Ferringhi sat tengok laut.

Panas lit lit macam ni takda sapa nak mandi laut.

Pasir pantai Batu Ferringhi yang memutih.

Dari Batu Ferringhi, kita terus pula menghala ke Teluk Bahang. Boleh ja kalau hangpa nak singgah kat Taman Negara Teluk Bahang, tapi masa yang abang ada hari tu tidak mencukupi ! 

Kalau lajak pi Taman Negara Pulau Pinang ni satu hari pun tak cukup. Untuk panduan, hangpa boleh baca catatan abang tentang Menjejak Monkey Beach-Rumah Api Muka Head ni dalam catatan sebelum ni.

Nama pun 'Jalan Makan Jalan Makan', takkan la nak masuk pi hiking pulak. Kita tumpukan dalam sesuatu bidang dulu.

Macam mana nak ke Balik Pulau dari Teluk Bahang?

Dari Batu Ferringhi, kalau hangpa jumpa bulatan Teluk Bahang, ambik ke kiri. Kalau terus Jumpa Taman Negara Pulau Pinang. Insyaallah dalam Pulau Pinang ni hangpa tak akan tersesat hingga ke negeri Perlis.

Nak tahu betul atau tidak jalan yang hangpa ikut tu, hangpa akan jumpa sebuah empangan yang begitu luas yang dinamakan Empangan Teluk Bahang. Sebelum tu hangpa akan jumpa dulu Taman Rama-Rama (sekarang dikenali sebagai 'Entopia').

Nanti hangpa akan nampak benteng besar dengan rumput yang menghijau selepas Entopia. Keadaan jalan mencanak naik bukit. Di sebelah kiri pulak ada Taman Rimba Teluk Bahang. Ada masa boleh singgah mandi sungai dulu!

Dengan masa yang agak singkat, abang terpaksa skip banyak tempat. Terus naik bukit tadi jumpalah Empangan Teluk Bahang yang terbentang luas di antara bukit-bukau !

Apa yang menarik di Empangan Teluk Bahang ni?

Selain pemandangan yang cantik, empangan terbesar di Pulau Pinang ini jugak merupakan tempat berlangsungnya pertandingan perlumbaan perahu naga setiap tahun !

Masa abang pergi tak ada la pertandingan ni. Yang ada hanya pemandangan seperti ni. Warung goreng pisang pun tak jumpa, kalau ada ni layan jugak ni. Makan lagi.


Empangan Teluk Bahang yang siap dibina pada tahun 1999 merupakan empangan yang terbesar di Pulau Pinang.

Dari Teluk Bahang nak ke Balik Pulau, hangpa akan nampak Empangan Teluk Bahang ni di sebelah kanan jalan.

'Port' wajib singgah bagi kaki motor bila mana meronda Pulau Pinang .

Dari Empangan Teluk Bahang, kita teruskan lagi perjalanan kita untuk ke Balik Pulau. Baru setengah pulau kita pusing. Tak habis lagi.

Ini adalah saat yang paling ditunggu-tunggu bagi kaki leper atau kaki kona ! Tidak lupa juga bagi kaki durian bila kena musimnya !

Kerana apa?

Jalan Teluk Bahang-Balik Pulau memang terkenal kerana selekohnya dan dusun duriannya. Bermula dari Empangan Teluk Bahang, hangpa dah disajikan dengan loggokan 'kona-kona' baring di kawasan perbukitan dengan hutan yang redup.

Meleper la anda sepuas-puas hati sambil menghirup bau segar hutan. Abang bawa adik abang bonceng kat belakang susah sikit. Selalu je kena dengar tazkirah dari dia.

"Abang, slow la sikit. Kona tu kan!"

Itulah musibahnya dok kendong ahli keluarga bawa jalan bersama ni. Ada je khidmat nasihat percuma. Abang layankan sahaja.

Sebenarnya lagi slow kita bawa motor lalu kawasan Jalan Teluk Bahang-Balik Pulau ni macam-macam kita boleh perhati tengok. Kalau hangpa perasan, buah-buah durian yang duduk tergantung di dahan pokok.

Aduh. Kena musim durian Balik Pulau pulak sekarang ni.

Kawasan dusun durian Balik Pulau sekarang ni tengah rancak dengan kunjungan penggemar durian. Biasanya musim durian ni berlangsung dari bulan Mei hingga Ogos.

Masa abang lalu hari tu, banyak pondok atau khemah sementara di sepanjang jalan Teluk Bahang-Balik Pulau. Masing-masing jual durian. jalan yang selalunya sunyi ni jadi meriah. Kereta berderet-deret berhenti tepi jalan nak makan durian segar. Tu belum kira yang nak masuk dusun lagi.

Meronta-ronta jiwa nak cuba durian Balik Pulau, tapi modal nipis. Kalau ada yang longgok RM10 ke nak jugak cuba, tapi bila tengok ada mesin penimbang di kedai masing-masing rasa seriau pulak nak berhenti motor tanya. Kalau dah tanya kang, segan pulak kalau tak beli. Huhu.

Abang lupakan hasrat tu sebab masih awal musim lagi kata abang sendiri untuk sedapkan hati. Sedap melayan kona akhirnya sampai ke Air Terjun Titi Kerawang !


Air Terjun Titi Kerawang yang hangpa akan jumpa dalam perjalanan selepas puas melayan 'kona' jalan Teluk Bahang-Balik Pulau.

Air Terjun Titi Kerawang merupakan satu-satunya air terjun yang abang tak nampak di mana air terjunnya.

Abang nak tanya ni kat orang-orang perempuan. Adakah kerawang dan renda tu benda yang sama atau lain-lain? Haa jawab. Keliru abang.

Hangpa tau tak macam mana Air Terjun Titi Kerawang mendapat nama?

Ada yang berpendapat nama Titi Kerawang diambil sempena nama sebuah jambatan konkrit yang dibina penjajah British yang menghubungkan jalan di situ yang mempunya hiasan berbentuk seperti kerawang di kiri dan kanannya. Boleh baca artikel penuh di sini

Tahukah anda suasana hutan yang menghijau dah syok tapi yang tak syoknya Air Terjun Titi Kerawang ni pulak tak keluar air! Air terjun apa ni takda air?

Abang pernah berkelah mandi-manda 4-5 tahun lepas di sini. Masa tu air sungai sejuk bukan main. Entah kenapa sekarang takda air. Rasa abang depa sekat air dekat bahagian atas bukit. Kalau dulu kawasan ni sesak ni dengan pengunjung. Nak parking kereta pun takda tempat. Dah la jalan pun sempit.

Sepanjang jalan dari Teluk Bahang ke Balik Pulau, ada banyak dusun buah-buahan dan keda-kedai buah. Waktu sekarang ni musim durian, meriah tepi jalan dengan durian Balik Pulau !

Oleh kerana modal tipis, abang terpaksa melupakan durian Balik Pulau. Belah minum ayaq nyoq pa dulu.

Kedai buah-buahan berdekatan Air Terjun Titi Kerawang. Ada la durian 2-3 biji durian yang dibuat pameran dekat sini.

Macam-macam jenis buah ada. Suasana hutan macam ni bila ada pulak kedai buah membangkitkan nafsu untuk membeli-belah. Tapi kawasan macam ni faham-faham sajalah ! Mahal !

Berhampiran kawasan rekreasi Air Terjun Titi Kerawang, ada deretan gerai buah-buahan. Nak kata deret panjang tu tak adalah, cuma ada satu tokey yang abang perasan. Tokey pun dok melangut baca suratkhabar je bila tak ada pelanggan.

Bermacam jenis buah ada dijual. Dari yang bermusim, sehinggalah kepada buah yang tak bermusim. Sebut apa saja semua ada. Pisang, cempedak, nagka, buah naga semua ada. Seperti baru segar dipetik dari hutan.

Tapi yang popular di Penang dah tentulah buah kepala. Eh buah pala. Pun ada jugak dijual di sini. Tapi abang tak beli pun la. Sembang ja lebih.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan lagi hingga ke pekan Balik Pulau.


Laksa Janggus, Balik Pulau


Disebalik pulau, jelas suasana kekampungan di sini. Pokok-pokok nyiur melambai-lambai. Kanak-kanak mengayuh gerek keliling kampung. Boleh bersiulan lagu Nora 'Desa Tercinta' sambil naik motor ni.

Lokasi tempat makan seterusnya yang abang nak bawa adalah Laksa Janggus yang terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau !

Mesti ramai yang dah tahu pasal laksa ni. Kalau dulu cukup top la laksa ni. Orang Kolumpo yang mai Penang mesti singgah pekena laksa ni sebelum balik.

Tapi yang tu dulu. Sekarang tak lagi.

Tak tau apa yang tak kena dengan laksa ni la ni. Kalau dulu kedai ni penuh dengan orang waktu hujung minggu. Sekarang ni orang pun takda sangat.

Bagi abang rasa dia sekarang dah biasa-biasa ja. Sedap lagi laksa Miami Beach Batu Ferringhi.

Sepinggan laksa berharga RM 3.50. Selain laksa antara menu lain yang popular di sini adalah goreng pisang bijan. 

Laksa Janggus dah tak sepopular dulu !

Inilah dia Laksa Janggus di Kampung Perlis, Balik Pulau. Rasa dia abang rasa biasa-biasa saja.

Warung Laksa Janggus Balik Pulau yang terletak di tepi jalan utama.

Warung Laksa Janggus yang sekarang tidak semeriah 3-4 tahun dahulu.

Warung kampung yang menjual 'pancake' bertentangan dengan warung Laksa Janggus Balik Pulau.

Siapa sangka di sebalik pulau yang diberi nama Balik Pulau, ada sawah padi yang menghijau terbentang luas. Pemandangan indah petang-petang macam ni selalu mengusik jiwa. Jumpa jodoh orang Balik Pulau pun layan jugak nih. Sesiapa orang Balik Pulau yang masih bujang yang membaca catatan abang ni dipelawa untuk berhubung dengan abang dengan kadar segera. Huhu.

Bendang ni pun abang jumpa secara tak sengaja masa nak cari jalan ke Gertak Sanggul. Jikalau dilihat daripada peta Google Maps, ada jalan 'shortcut' yang boleh diikut dari Balik Pulau untuk ke Gertak Sanggul.

Tapi Google Maps menyarankan untuk berpatah balik dan ikut jalan lain pulak! Dah kenapa pulak Google Maps ni, dah ada jalan pendek nak susah-susah buat apa ikut jalan jauh !

Berpandukan kepada hukum logik abang sendiri, abang cuba la nak jelajah jalan 'shortcut' ni tadi. Mula-mula masuk kawasan perkampungan cina. Eh betul ke ni. Jalan pulak dah lama semakin sempit. Boleh muat-muat sebuah kereta ja.

Ish tak boleh jadi ni. Abang gigih jugak nak teruskan perjalanan. Dah alang-alang nak cuba, biar cuba sampai habis. Accomplish or don't begin. Masuk pulak kawasan ladang kelapa sawit. Ah sudah. Rumah pulak dah jarang-jarang ada. Betul ke jalan ni?

Sampai di suatu rumah cina ni, tiba-tiba kami kami disergah dengan salakan anjing ! Anjing besaq-besaq pulak duduk tengah jalan. Ada la 2-3 ekor. 

Haish abang dah tak sedap hati ni. Abang pikir elok kalau pusing balik la. Tengah-tengah pusing motor, anjing yang dok menyalak tadi ni mai ligan ikut belakang ! Kelam-kelibut la menyacak abang pulas throttle minyak !

Sampai di jalan mula simpang kami masuk, abang tanya pada seorang uncle cina yang umurnya dalam lingkungan 70-an.

"Uncle, ini jalan boleh pi Gertak Sanggul ka?"

"Apa haa"

"Uncle, ini jalan boleh pi Gertak Sanggul ka?"

"Gertak Sanggul ka? Ini jalan tak boleh pi punya, bukit tinggi. Orang datang hiking saja sini"

Uncle ni kurang pendengaran sikit. Oh baru abang tahu, tak boleh ikut jalan tu rupanya. Patut pun Google Maps tak sarankan jalan tu walaupun nampak jelas ada jalan dalam peta. Sesunggunhya Google Maps lebih mengetahui. 

Abang pun kena la pusing ikut jalan jauh untuk ke Gertak Sanggul. Kena balik semula ke pekan Balik Pulau, baru cari jalan ke Teluk Kumbar.

Masa nak balik semula ke Balik Pulau tu yang abang baru jumpa sawah bendang ni !

Siapa sangka di sebalik  pulau, ada sawah padi yang menghijau terbentang luas.

Jumpa jodoh orang Balik Pulau pun layan jugak ni !

Sawah bendang Balik Pulau yang menghijau. Tunggu masa nak menguning.

Sambil menghala balik, abang singgah pulak tengok hasil seni jalanan karya artis cun dari Rusia iaitu Julia Volchkova di pekan Balik Pulau.

Bukan setakat di Georgetown ja ada hasil seni jalanan a.k.a 'street art' ni, di Balik Pulau pun ada !

Abang pun dah minit-minit waktu kecederaan dah baru nak Google cari lokasi 'street art' Balik Pulau ni. Bukan ada satu, tapi rupanya ada 2-3 tempat !

Tapi disebabkan tak cukup cukup masa, satu tempat ni ja abang sempat singgah.


Hasil seni jalanan atau 'street art' yang terdapat di Balik Pulau hasil air tangan awek Russia, Julia Volchkova.

Dari Balik Pulau, kita masih lagi dalam perjalanan menuju Teluk Kumbar. Dari tadi lagi nak ke Teluk Kumbar, tapi singgah banyak tempat tu yang jadi lambat. 

Hangpa mula-mula akan lalu kawasan hutan-hutan dan bukit bukau. Masa tu pun di tepi-tepi jalan ada banyak orang jual durian. Pemandangan lalu kawasan bukit-bukau ni hangpa akan nampak kawasan laut yang terbentang luas !

Laksa Tempurung Teluk Kumbar


Kalau hangpa perasan masa tengok peta Penang, ada se-'cotet' tanah di bahagian barat daya Pulau Pinang. Kawasan tersebut dinamakan Gertak Sanggul. Untuk ke Gertak Sanggul, anda perlu melalui Teluk Kumbar dahulu.

Nampak berbelit-belit bukan cerita abang? Abang pun tak tahu nak mulakan ayat apa utuk pengenalan ni. Huhu.

Baiklah. Macam ni. Senang cerita nak cerita pasal Laksa Tempurung Teluk Kumbar !

Dari Balik Pulau tadi, kita cari jalan untuk ke Teluk Kumbar. Bila dah jumpa pekan Teluk Kumbar, cari jalan pulak untuk ke Gertak Sanggul.

Kalau hangpa nampak Hotel Lexis yang besar di tepi jalan tu kira dah hangpa dah berada di jalan yang benar la tu.

Sebenarnya Laksa Tempurung ni dahulunya terletak berhampiran pekan, dan baru-baru ni je dia dah pindah ke lokasi baru yang terletak di tepi pantai Teluk Kumbar !

Nah tengok kat Google Maps.



Waktu operasi Laksa Tempurung Teluk Kumbar ni bermula dari tengahari sampai pukul 7.00 malam ja. Hangpa mai lepas Maghrib memang takdalah jawabnya. 

Sapa nak makan laksa dengan cendol woi tepi pantai malam-malam !

Apa yang menariknya tentang Laksa Tempurung Teluk Kumbar ni?

Menu istimewa di sini sudah semestinya adalah laksa tempurung ! Maksudnya setiap mangkuk laksa dihidangkan dalam tempurung, bukan mangkuk plastik biasa. Jadi ada la rasa tempurung tu sikit-sikit. Huhu.

Selain itu jugak, antara menu popular adalah cendol mangga dan juga cendol durian. Tak makan cendol sebab berlemak? ABC pun ada. Nak yang pelik sikit? Pelam goreng pun ada.

Nanti la abang buat review menyeluruh mengenai Laksa Tempurung Teluk Kumbar ni.

Abang pun secara tak sengaja baru mengetahui tentang kewujudan Laksa Tempurung Teluk Kumbar ni. Secara kebetulan masa abang nak pi meronda kawasan Gertak Sanggul sebelum ni, terperasan ada warung laksa yang terletak di tepi pantai.

Dari jalan besar menuju Gertak Sanggul kita boleh nampak signboard besar tertulis 'Laksa Tempurung'. Warung laksa ada di sebelah bawah bukit menghadap pantai.

Kawasan dia memang cantik. Mungkin sebab baru buka kot. Macam terasa di kepulauan Bora-Bora pulak walaupun sekadar jamah laksa dan cendol. Padahal di Penang ja pun.

Kalau hangpa mai backpacking di Penang ni dan rasa nak cuba laksa tempurung ni boleh saja naik bas Rapid Penang dari jeti terminal feri. Cari bas ke Gertak Sanggul. Mesti lalu sini.


Ini dia cendol mangga, cendol durian dan laksa tempurung yang abang temui di pantai Teluk Kumbar.

Laksa tempurung yang menjadi 'trademark' Teluk Kumbar di negeri Pulau Pinang.

Ini pulak cendol durian. Juga diletakkan dalam tempurung.

Ini pulak cendol mangga. Masih mengekalkan identiti tempurung.

Lokasi baru warung laksa tempurung Teluk Kumbar. Sekarang dah berpindah ke tepi pantai !

Warung laksa tempurung yang meriah lagi redup dibawah rimbunan pepohon menghadap pantai Teluk Kumbar.

Asalnya warung laksa tempurung ni terletak di tempat lain, baru sebulan berpindah ke tepi pantai ni.

Makan laksa dan cendol sambil menghadap laut dtemani dengan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. Nikmat Allah yang mana kamu dustakan.

Nasi lemak ayam berempah pun ada di warung Laksa Tempurung Teluk Kumbaq ni.


Di Pulau Pinang, terdapat banyak pantai-pantai yang menarik di sekeliling pulau. Kalau hangpa rasa pantai Batu Ferringhi dan pantai Teluk Bahang dah cukup 'mainstream', boleh saja cuba terjah pantai-pantai yang terdapat di selatan pulau.

Antaranya adalah pantai Tanjung Assam yang terdapat di Teluk Kumbar. Di sini suasanya lebih tenang dan selesa, tidak seserabut pantai lain yang ada di Pulau Pinang. Orang tempatan pun banyak yang mai lepak bawa anak berkelah di sini.

Abang duduk la sat ambik angin petang dekat sini. Oleh kerana lokasinya yang tak jauh dari lapangan terbang, di sini rupanya 'port' baik untuk tengok kapal terbang dari Bayan Lepas mendarat dan berlepas.  

Air laut yang abang tengok di sini berwarna kehijauan. Pantai dia yang mempunyai teluk sedikit terlindung dariapada angin. Jadi takdalah ombak kuat menghempas pantai. Budak-budak kecik pun boleh rileks mandi-manda & main pasir tepi pantai.

Ada la orang jual-jual makanan ringan seperti rojak buah dan jagung rebus, tapi nampak tak begitu menarik. Elok lagi kalau masak di rumah dan bawak datang berkelah di pantai Tanjung Assam ni.


Pantai Tanjung Assam di Teluk Kumbar. Tempat orang Penang berkelah. Batu Ferringhi dah 'mainstream' sangat.

Pantai Tanjung Assam menjadi 'port' berkelah sambil tengok kapal terbang naik dari Bayan Lepas.

Batu-batu lawa di Pantai Tanjung Assam menjadi tempat melepak kaki-kaki pancing.

Pantai Tanjung Assam tak terlalu ramai orang jika nak dibandingkan dengan pantai keriangan Batu Ferringhi.

Bot-bot nelayan yang berlabuh di Pantai tanjung Assam.

Berkelah di bawah pokok menghadap laut tak sah kalau tak ada sesi perkongsian ilmu.

Menghala ke hujung lagi dari pantai Tanjung Assam kita akan jumpa pulak pantai Gertak Sanggul. Kiranya hujung ni dah takda jalan dah. Jalan mati. Bas Rapid pun pusing sampai hujung ni ja. Jalan hujung ni la akan tembus jalan hutan yang abang cuba nak lalu dari Pulau Betong, Balik Pulau sebelum tu.

Mengikut maklumat yang abang jumpa di Google, trail atau jalan Pulau Betong (Balik Pulau) ke Gertak Sanggul ni selalunya geng mountainbike (MTB) yang akan lalu 

Pantai Gertak Sanggul dia lain sikit dari pantai Tanjung Assam atau pantai Teluk Kumbar. Pantai dekat sini berbau hanyir & busuk sikit. Depa kata ada kandang babi di Gertak Sanggul ni tapi abang tak nampak pun la. Mungkin ayaq sisa-sisa kumbahan tu kot yang berbau.

Di pantai Gertak Sanggul ni yang abang perasan takda orang mandi-manda pun. Yang ada pun sekadar berjalan mencari kepah ke apa dekat pantai tu. Abang pun kurang pasti apa yang dicari mereka.

Dari pantai Gertak Sanggul ni kelihatan dengan jelas Pulau Kendi. Bagi kaki pancing yang nak ke Pulau Kendi, depa naik bot dari pantai Gertak Sanggul ni. Harga untuk sewa bot tak pasti la pulak abang. Tapi teringin jugak nak pi terjah Pulau Kendi ni. Mungkin di lain masa.


Pantai Gertak Sanggul. Di depan tu Pulau Kendi.

Budak-budak bermain pasir di pantai Gertak Sanggul. 

Pantai Gertak Sanggul ni dia berbau hanyir sikit. Ada yang kata banyak kandang babi di sini. Betul atau tak wallahualam.

Pantai Gertak Sanggul yang berlumpur. Tak ada orang mandi-manda kat sini.

Perjalanan seharian abang dengan skuter mengelilingi Pulau Pinang untuk program 'Jalan Makan Jalan Makan Penang' tak habis lagi. Nampak macam mana semangat berjalan?

Untuk aktiviti sebelah malam pulak,  apabila balik dari pantai Gertak Sanggul, kami menuju pulak ke perkampungan nelayan Teluk Tempoyak.

Di manakah lokasi Teluk Tempoyak ni sebenarnya? Bukan, bukan. Bukan Teluk Cempedak. Di Kuantan tu Teluk Cempedak dik oi. Takda kaitan pun dik di antara cempedak dengan tempoyak.

Meh la abang cerita. Teluk Tempoyak ni terletak di kawasan Batu Maung. Yup, dekat-dekat dengan Jambatan Sultan Abdul Halim Shah, jambatan kedua Pulau Pinang.

Nak lebih spesifik lagi, ianya terletak berdekatan dengan 'War Museum' atau 'Musium Perang' di Bukit Maung. Di sebalik bukit tu ada penampakan laut. Teluk Tempoyak ni betul-betul tepi laut tu.

Apa benda makanan menarik yang boleh kita cari di Teluk Tempoyak ni? 

Jangan minta nasi lauk ulam cicah sambal tempoyak pulak. Memang takda.





Oleh kerana ianya terletak di tepi laut, sudah semestinya makanan laut yang menjadi pilihan. Ada beberapa pilihan tempat makan di Teluk Tempoyak ni. Satu bertaraf warung dan satu lagi ala-ala restoran. Dua-dua tempat pun ramai orang dan ada pelanggan sendiri. 

Kebetulan abang pi terjah pun waktu malam minggu, maka suasana di Teluk Tempoyak agak sibuk dengan orang ramai berbanding hari bekerja biasa.  Mula-mula sampai kami pi terjah warung tepi laut dulu. Warung Ikan Bakar Adnan Bin Hassan. Tu dia orang punyalah ramai sampai takdak tempat nak duduk ! 

Kami ambik keputusan untuk bergerak ke kawasan restoran pulak yang nampak lebih ekslusif. Abang tak ingat pulak nama restoran makan laut Telok Tempoyak ni. Oh ya nama dia D'Seafood Paradise. Bajet-bajet nipis macam abang ni risau jugak kalau nak masuk kedai makanan laut macam ni.


Warung Ikan Bakar Adnan Bin Hassan yang abang terjah mula-mula di Teluk Tempoyak.

Suasana sibuk di sekitar kedai ikan bakar Adnan Bin Hassan sampai gambaq pun jadi blur bila tengok siakap 3 rasa baru siap masak

Ini pulak sekitar D'Seafood Paradise, restoran yang kami terjah di Telok Tempoyak lepas warung pertama tadi ramai orang.

Suasan ekslusif dan romantik gitu. Restoran D'Seafood Paradise ni ramai jugak orang, tapi meja dia banyak. Tak sesak.

Sotong goreng tepung dah sampai.

Menu kami di Teluk Tempoyak. Tambah ayaq buah dua gelas beserta air tebu segelas. Jenuh terkincin !

Kami set siap-siap nak makan apa. Sotong goreng tepung menjadi pilihan utama. Pilih dulu sotong, timbang dan suruh kedai tu masak apa ikut sukahati kita. Takut-takut jugak nak ambik sotong timbang ni, takut terlari bajet.

Kami pekena nasi putih, sotong goreng topeng dan telur bistik. Untuk dua orang makan kami kena bawah RM40 sekali dengan air buah. Boleh la tu.

Tak sempat abang ambik gambar kawasan kedai. Sibuk nak balik sama. Nanti abang buat review balik berkenaan dengan 'port' makanan laut di Teluk Tempoyak ni.

Sekian sahaja kisah pusing pulau 'Jalan Makan Jalan Makan' dari abang. Moga-moga hangpa dapat la idea nak rancang perjalanan pusing Penang lepas ni.

Mai Penang roger-roger la abang. Boleh abang teman bawa jalan !

Catatan untuk edisi kedua boleh baca di sini : 




Bacaan Lain: Trip Backpacking Penang


*Gambar dirakam sepenuhnya menggunakan SJCAM SJ4000 dan Lenovo A7000 Plus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...