Iklan

28 Disember 2013

Bajet Keseluruhan Trans Java Solo Escape

Bajet Trans Java Solo Escape


Bagi gua bukan destinasi yang dituju akan tetapi apa yang dilalui sepanjang perjalanan. Mungkin ada yang bertanya, kenapa perlu bersusah payah naik keretapi dan minivan melintasi tanah Pulau Jawa sedangkan kita mempunyai pelbagai pilihan lain yang lebih mudah untuk ke bandar-bandar besar di Indonesia ini. Semuanya terpulang pada diri apa yang dicari. 

Gua tak kaya dan gua seronok bersusah-payah menaiki bas, keretapi mahupun van bersama orang-orang awam tempatan. Cuba rasai sendiri bagaimana mereka yang kehidupannya lebih susah daripada kehidupan kita sehari-hari. Mungkin kita dah biasa naik turun kapal terbang, tapi bagaimana mereka yang hanya mampu mendongak ke langit melihat kapal terbang melintasi dan berlalu pergi.

Ini merupakan pengalaman pertama gua menaiki kapal terbang Air Asia. Di sini gua sertakan bajet keseluruhan pengembaraan bajet backpacking gua di Pulau Jawa bermula dari kota Surabaya, Jogja dan berakhir di kota membeli belah Bandung.

*Segala kos perbelanjaan tidak termasuk makan dan minum.


Hari Pertama | Kuala Lumpur - Surabaya


  • Kongsi teksi dari Airport ke Bandar Surabaya : Rp 80, 000
  • Feliz Guesthouse : Rp 100, 000 / malam
Total : Rp 180, 000


Hari Kedua | Surabaya - Probolinggo - Mt Bromo

  • Ojek (motorsikal) ke Terminal Purabaya/Bungurasih : Rp 15, 000
  • Bas mini ke Probolinggo : Rp 12, 000
  • Minivan (Bison) ke Cemoro Lawang : Rp 75, 000
  • Yog Homestay (Cemoro Lawang) : Rp 150, 000
  • Pakej Sunrise Bromo : Rp 100, 000
Total : Rp 352, 000



Hari Ketiga | Mt Bromo - Probolinggo - Jogjakarta

  • Minivan (Bison) turun dari Cemoro Lawang - Probolinggo : Rp 25, 000
  • Van Probolinggo - Jogjakarta : Rp 120, 000
  • Delta Homestay (Jogjakarta) : Rp 125, 000 x 2 malam : Rp 250, 000
Total : Rp 395, 000


Hari Keempat | Jogjakarta ( Candi Borobudur)

  • Sewa skuter ( 2 hari) : Rp 100, 000
  • Bensin : Rp 20, 000
  • Tiket masuk Borobudur : $ 20 USD (Tak jadi masuk)
  • Cenderamata Borobudur : Rp 60, 000
Total : Rp 180, 000


Hari Kelima | Jogjakarta ( Kampung Kinahrejo)

  • Tiket keretapi (Bisnes) ke Bandung : Rp 140, 000
  • Tiket masuk Kampung Kinahrejo : Rp 5, 000
  • Sewa scrambler KLX 150 : Rp 50, 000
  • Cenderamata Merapi (Buku) : Rp 30, 000
  • Beca ke Jalan Malioboro : Rp 15, 000
  • Bensin : Rp 20, 000
Total : Rp 260, 000



Hari Keenam - Ketujuh - Kelapan | Bandung

  • Unique Guesthouse : Rp 110, 000/ malam x 2 malam : Rp 220, 000
  • Cenderamata : Rp 30, 000
  • Beca ke Airport Bandung : Rp 20, 000
Total : Rp 270, 000



Kos Keseluruhan : Rp 1, 637, 000 ~ RM 440.00 


Siapa kata dengan bajet rendah anda tak mampu keluar mengembara? Gua dah buktikan sendiri dengan bajet kurang RM 500 anda mampu untuk mengembara selama seminggu merentasi Pulau Jawa.

Bajet ciput buat cara bajet ciput. Anda sendiri yang merancang ! ;-)


27 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 11 : Selamat Tinggal Jawa !

Sambungan Trans Java Solo Escape - Part 10 : Kehidupan Malam di Bandung

Tup tap tup tap dah seminggu dah pun di Tanah Jawa. Maka hari ni merupakan hari terakhir gua di kota Bandung. Dah nak kena pulang ke Tanah Melayu pulak. Edisi Trans Java pun dah sampai di penghujungnya. Rutin hari terakhir di Bandung takda apa yang menarik sangat. Kalau kaum perempuan gua boleh agak hari terakhir ni mesti borong kain sakan. Tapi gua tak berapa gemar beli-belah ni. Sekadar tengok-tengok sahajalah.

Pagi-pagi lagi dah bangkit berkemas. Lepak makan dulu sarapan percuma yang disediakan Unique Guesthouse. Kemudian baru keluar melilau. Kali ni melilau tak jauh. Pusing Pasar Baru dan kawasan sekitarnya sahaja. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur jam 1.00 P.M tengahari. Dah puas melilau gua balik semula ke guesthouse dan check-out jam 11.00 A.M. Ikut peta macam dekat ja Airport Bandung dari Jalan Ence Azis ni. Nekad dalam hati nak jalan kaki oleh kerana bajet yang menipis.

Berpandukan Google Maps, gua pun memulakan langkah dari Unique Guesthouse. Ikut lorong perumahan dan kawasan setinggan. Orang tempatan pun pelik tengok gua melilau di kawasan mereka dengan beg besar kat belakang. Maklumlah kawasan di Indonesia yang padat dengan penduduk, rumah pun rapat-rapat dan banyak simpang. Macam biasa, sesat dalam kawasan setinggan.

Dalam kawasan setinggan yang agak berserabut terjumpa kuda padi 2-3 ekor. Oh rupanya depa bela kuda di Bandung ni. Awat tak pernah nampak sebelum ni. Macam-macam benda boleh tengok di kawasan perkampungan setinggan ni. Mini fun-fair pun ada !

Di hadapan Unique Gueshouse, Bandung.
Sesat-sesat pun jumpa juga simpang ke jalan besar. Entah di mana waktu tu. Tak boleh jadi ni. Kalau gua berjalan lagi mesti sesat ni. Ditambah pulak beban bag yang digalas. Lenguh woo! 

Tengok jam dah 11 lebih. Kalau jalan nih tak tau bila nak sampai. Gua ambil keputusan menahan beca. Tengok kiri kanan takda pun beca. Macam mana nak tahan. Takpa, mungkin kat depan sana ada kot. Gua berjalan 2-3 langkah dan tetiba bunyi loceng di belakang.

"Kring! Kring! Mas mahu ke mana mas ?" tanya pemandu beca. Baru pikir dah sampai dah beca. Gua sebut nak ke airport dan dia setuju saja. Sebelum tu nego harga siap-siap takut ada salah faham nanti. Gua tawar menawar dapat la Rp 20, 000. Katanya agak jauh dan jalan tak berapa elok. Gua pun tanpa pikir panjang OK sahaja.


Melalui pasar-pasar tempatan.

Kehidupan rakyat Bandung dari sisi berbeza.

Keadaan jalan yang sibuk dan tidak berapa elok.

Helmet untuk penumpang la kot.

Pakcik Komando dengan becanya.
Keadaan jalan memang agak teruk. Pakcik beca pun termengah-mengah mengayuh. Gua sedap la duduk dalam beca dia ni. Sekejap dia turun untuk menolak beca disebabkan jalan yang berlopak. Kemudian naik balik mengayuh. Dalam hati pikir berat sangat kot gua ni. Ingat nak suruh ja pakcik tu duduk dalam dan gua kayuh tapi tengok trafik sesak gua lupakan sahaja niat itu. Haha.

Beca melalui jalan-jalan kecil di mana terdapat pasar harian di kiri kanan jalan. Boleh lihat aktiviti jual beli di sekitar kawasan ni. Kalau kita di Kuala Lumpur ada pasar Chowkit, ni agaknya lebih teruk lagi. Jalan ke lapangan terbang atau dikenali sebagai bandara (bandaraya udara) juga tak sama macam Malaysia. Kalau di Malaysia dibina agak jauh dari bandar, di Bandung airportnya memang betul-betul di dalam kawasan bandar yang padat dengan penduduk. Kalau kapal terbang berlepas dan tak sempat terangkat naik ke udara memang kena bumbung-bumbung rumah kawasan ni gua pikir.

Setelah mengharungi perjalanan hampir 20 minit, gua tiba di Airport Husein Sastranegara, Bandung. nama gah bukan main. Tapi gua tak expect atau jangka ini adalah airport. Mungkin ini kali pertama gua ke luar negara dengan menaiki kapal terbang, maka tak pernah ada pengalaman naik flight di aiport kecil seperti di Bandung ini. Yang paling syok keluar dari kawasan pasar basah tadi tiba-tiba pintu airport ada depan mata. Biar betul pakcik ni. Gua 2-3 kali tanya betul ka ini airportnya. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Pagar airport memang tak nampak sebab terlindung oleh aktiviti perniagaan sekitar ini !


Jalan yang sempit dan sesak.


Buah mangga lagi.

Kedai membaiki motorsikal dan basikal.


Pasar yang sibuk.

Suasana di pasar.


SMP Negeri Bandung. Sekolah Menengah Pertama kata Zilla.


Pasar harian di sekitar Bandara Husein Sastranegara, Bandung.

Bagpack di dalam beca. Sempit.


Jalan menuju ke airport Bandung.

Kalau orang lain naik teksi ke airport, gua dengan selamba naik beca ke airport Bandung. Bukan orang nampak pun. Syok apa naik beca. Lain dari yang lain sikit. Murah pun murah untuk solo traveler. Sampai di pintu masuk, gua suruh pakcik beca berhenti di sini. Memang tak boleh masuk dalam lagi. Gua hulur la lebih sikit kat pakcik tadi sebab bersungguh-sungguh dia kayuh. Gua berjalan masuk ke dalam kawasan airport Bandung. Memang kawasannya kecil pun. Musykil juga gua ni airport ka stesen bas. Tengok nama Husein Sastranegara ada pastilah ianya adalah airport.

Gua keluarkan slip penerbangan yang gua cetak di rumah sebelum ini. Kalau dulu mendarat turun di Surabaya sekarang balik pulang di Bandung. Dah la ini kali pertama naik penerbangan. Memang terasa kekok sungguh dengan tak berapa tahu prosedurnya. Tapi gua beranikan diri buat-buat confident saja. Tunjukkan slip kat pramugari Airasia, dan dia akan guide kita. Kalau bagi yang kali pertama naik flight ni, rajinkan bertanya. Tak marah pramugari kalau tanya banyak-banyak. Untung lagi kalau dapat kenal. ;-)

Untuk perjalanan pulang dari Indonesia, setiap penumpang wajib membayar cukai lapangan terbang atau airport tax. Di Airport Bandung, setiap penumpang dikenakan cukai sebanyak Rp 75,000 seorang untuk penerbangan antarabangsa. Kena sediakan duit secukupnya. Jangan pulak shopping sampai habis duit Rupiah di pasar Baru sampai tak ada duit nak bayar Airport Tax.

Rata-rata dalam Airport Bandung ni adalah rakyat Malaysia. Slang Kedah ada, Kuala Lumpur ada, Kelantan ada. Senang sangat nak cam. Tengok bawa balik baggage berkotak-kotak tu la orang Malaysia. Dengan style ala-ala pelancong, orang Malaysia memang menang gaya. Ahaks.


Sampai akhirnya di bandar udara (bandara).

Kawasan sekitar Airport.

Pintu masuk Airport Bandung.

Bahagian dalaman Airport Bandung. Kaunter check-in.

Bayar cukai atau tax dulu.

Awan Dania.


Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung. Nama sedap bukan main.



Sayap.

Meninggalkan Tanah Jawa.

Kencangkan sabuk pengaman selama anda duduk.

Lebih kurang jam 1.00 P.M, kapal terbang yang dinaiki meninggalkan Tanah Jawa. Macam-macam perasaan bercampur-baur ada. Rasa tak puas pun ada. Rasa kalau boleh nak berada lebih lama di Tanah Jawa. Rasa hiba pun ada dengan keramahan dan kesantunan masyarakat di wilayah Jogjakarta. Rasa rindu kat Mt Bromo pun tak sudah lagi ni. Insyaallah kalau ada rezeki akan ku jejak lagi Tanah Jawa. Terima kasih atas layanan mesra anda masyarakat Jawa selama gua berada di sana. Tamat.

Trans Jawa Solo Escape done !!


22 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 10 : Kehidupan Malam di Bandung

Sambungan Trans Java Solo Escape - Part 9 : Cihampelas & Paris Van Java

Kehidupan malam di Bandung memang agak mati. Mungkin gua tak kena tempatnya. Kedai-kedai perniagaan ditutup awal sekitar jam 7 malam. Yang tinggal hanya warung-warung kecil yang menjual bakso dan sate. Di sekitar Masjid Raya Bandung kelihatan gelandangan menumpang tidur. Kelihatan juga pengamen mencari rezeki dengan bermain alat muzik. Anak-anak kecil berkeliaran di jalan raya besar meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat. Di suatu sudut gelap kelihatan beberapa orang gadis sunti melambai-lambai memanggil. Itulah kehidupan malam di kota dataran tinngi, Bandung.

Lampu-lampu jalan dan spotlight gah memancar bangunan-bangunan di sekitar Jalan Asia-Afrika, Bandung. Anak-anak muda bersantai melepak di persekitaran jalan utama. Hotel-hotel mewah juga kelihatan agak penuh pelanggan yang menjamu selera. Si tukang pengayuh beca pula bersila panggung menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba.

Masjid Raya Bandung di malam hari.

Warung-warung kecil yang menjual makanan.

Teh'O tanpa gula memang menjadi kelaziman.

Roti Bakar Bandung. Inti coklat mentega.


Warung sate di jalanan.

Ais kacang cara Bandung.

Gelandangan di kaki lima bangunan.

Malam terakhir di Tanah Jawa.

Meninjau sisi kehidupan malam di sekitar Bandung.


Pengemis di atas jambatan.

Capturing life from different perspective.


Lampu jalan terang menerangi kota Bandung.

Pandangan dari atas jambatan.

Demi sebuah kehidupan.

Bangunan senibina kolonial Belanda di Bandung.

Bangunan bersejarah di Jalan Asia-Afrika.

Jalan yang luas dan agak lengang.

Gedung Merdeka di Bandung.

Gedung Merdeka menjadi lokasi tumpuan malam anak muda.

Futsal Jalan Asia-Afrika.

Beca.

Menunngu dengan sabar.

Nasib baik tak biawak.

Beca lagi.

Malam terakhir gua di Bandung, gua hanya meronda sekitar Jalan Asia-Afrika pada malam itu. Entah suatu ketika gua sesat entah ke mana. Mujur dapat cari jalan kembali. Bangunan-bangunan senibina kolonial mendominasi persekitaran Jalan Asia-Afrika. Terdapat juga bank-bank dan Gedung Merdeka menjadi lokasi tumpuan anak muda berkumpul. Lebih kurang macam Dataran Merdeka di Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan anak muda hujung minggu. Tak nampak pulak kelab malam atau dangdut. Mungkin bahagian lain yang gua tak tahu kot. Malas nak ambik tahu kat mana.

Malam itu gua hanya menjamah roti bakar Bandung di sebuah restoran Cina. Tiada istilah orang Cina di sini kerana mereka bertutur sama seperti kebanyakan orang Indonesia yang lain kerana konsep negara bangsa Indonesia yang hanya mempunyai satu identiti sahaja. Jadi jangan hairan kalau masyarakat Cina di Bandung tidak bercakap bahasa ibunda mereka dan bersembang sesama mereka dalam bahasa Indonesia.

Tak banyak untuk diceritakan pada malam terakhir di Bandung. Hanya menyelusuri kehidupan malam rakyat bawahan di kawasan sekitar sahaja. Bagi gua itulah salah satu cara memahami dan mendalami kehidupan yang mungkin anda tidak rasai selama ini. Dari situ baru anda tahu jika anda diri andasudah cukup susah selama ini, ada kehidupan lain yang lebih susah di luar sana dan berjuang untuk survival hidup di atas muka bumi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...