Iklan

Memaparkan catatan dengan label Drone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drone. Papar semua catatan

12 Ogos 2015

Review SJCAM SJ4000 Wifi : Gambar & Video

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Berminat tengok kawan-kawan hangpa selfie dengan kamera aksi GoPro tapi bajet pulak ciput cikeding? Seboleh-bolehnya nak hipster tapi tak mampu?

Berminat dengan 'action camera' untuk dibawa menyelam di pantai dan sungai? Tak jadi pergi snorkeling di Krabi sebab yang hang ada cuma Lenovo bukannya GoPro?

Oleh kerana abang sendiri pun guna kamera murah ni, ada eloknya abang kongsikan sikit review berkenaan SJCAM SJ4000 Wifi

Bagi mereka yang bajetnya agak terhad dan termenung panjang seminggu sambil berpikir dua tiga kali untuk membeli GoPro, abang boleh sarankan hangpa alternatif lain untuk GoPro dan boleh cuba dulu kamera aksi pelbagai guna SJCAM SJ4000 Wifi ni.

Sebelum tu kita kena tinjau dulu Spesifikasi SJCAM SJ4000

Kualiti SJCAM SJ4000 Wifi buatan China ini mungkin tidak segah GoPro tapi rekabentuknya persis GoPro dengan harga yang jauh lebih murah. Silap-silap kalau jauh tak boleh beza mana satu GoPro dan mana satu SJCAM SJ4000. 

Ada dua jenis SJCAM SJ4000. Model yang terbaru sekarang mempunyai fungsi Wifi dan model lama tak ada fungsi Wifi ni. Yang lagi terbaru sekarang ni SJCAM SJ4000 + Wifi.  Yang tu lagi canggih dan power. Harga pun 'power' jugak. 

Abang pun pening. Setiap model berbeza dan tak sama dari spesifikasi. Chipset yang berbeza.

Apa fungsi Wifi dalam SJCAM ni ? Ia memudahkan kerja kita untuk memindahkan gambar dan video dari kamera SJCAM SJ4000 ke telefon pintar anda. Dia tahu kebanyakkan hangpa semua jenis yang 'tazzabar' nak 'update' masuk Instagram, Facebook dan group Whatsapps.

Jadi dengan wujudnya fungsi Wifi, hangpa dah tak perlu tunggu balik rumah untuk transfer guna kabel dari satu gajet ke gajet yang lain. Sambil-sambil lepak pun boleh pindahkan gambar. Maka bolehlah hangpa tunjukkan kepada dunia luar gambaq anda yang lawa tu.

Sebelum tu hangpa kena install dulu aplikasi SJCAM HD dari Google Play (kalau sistem operasi Android) di telefon pintar anda sebelum boleh menggunakan fungsi Wifi ni. Dengan aplikasi SJCAM HD, anda berkuasa penuh untuk mengawal SJCAM SJ4000 Wifi anda secara langsung terus dari telefon pintar. Nak ambil video, gambar, tukar tetapan (setting), tengok galeri semua boleh dilakukan melalui telefon pintar anda.

Ada beberapa pilihan warna SJCAM SJ4000 Wifi yang boleh dipilih. Antaranya hitam, perak, biru, merah, kuning. Abang jenis suka warna pelik-pelik sikit. Warna kuning jugak menjadi pilihan. Tapi kalau nak rakam di khalayak ramai menjadi rumit jugaklah dengan tumpuan orang ramai bila tengok kamera kaler kuning ni.

Bila hangpa beli SJCAM SJ4000 Wifi ini, akan ada beberapa barang aksesori yang disertakan sekali di dalam kotak. Antaranya adalah 'mounting' dan 'casing' kalis air. Mounting untuk helmet ada, mounting untuk handle basikal ada, dan segala macam lagi 'mounting' yang boleh diubahsuai diselaraskan mengikut kesesuaian.

Abang beli SJCAM SJ4000 Wifi ni pun sebenarnya untuk diletakkan pada 'drone'. Drone abang beli asalnya tak ada kamera. Nak beli GoPro tak mampu, jadi dapat beli SJCAM SJ4000 pun jadilah.

Mounting dia pun cantik dan ngam-ngam je muat pada 'drone' Blade 350 QX3 ni. Untuk makluman, kalau nak letak pada drone, selalunya orang akan letak 'gimbal'. Gimbal berfungsi menstabilkan kedudukan kamera walau apa pun orientasi drone ketika itu. Baru la tak bergegar-gegar kamera tu. Kalau ada gimbal, persis iklan TV bak hang !

Tapi drone abang tak ada gimbal. Nak beli gimbal pun mahal. Jadi abang tepek dan lekat terus kamera kat body drone tu. Kalau buat video bergegarlah jugak. Nak ambik gambaq tak ada masalah.

Untuk makluman, SJCAM SJ4000 Wifi ni lebih ringan berbanding GoPro Hero 4. Oleh kerana itu, ia sesuai untuk diletakkan pada drone.

Mesti ramai yang bertanya, berapa harga set lengkap SJCAM SJ4000 ni ? Harganya hanya dalam sekitar RM300 - RM350 dah boleh dapat. Lebih kurang 5 kali ganda lebih murah berbanding GoPro. 

Abang beli ni pun pada awal bulan Ogos hari tu dari Momo Acessories sempena promosi raya. Layanan terbaik !

SJCAM SJ4000 + Memori Kad 8GB = RM 300 sahaja !

Bagi yang berminat, boleh rujuk Instagram Momo_Accessories untuk melihat promosi terkini dan maklumat lanjut berkaitan SJCAM SJ4000 Wifi. Bukan itu sahaja, kalau nak cari model selain SJCAM SJ4000 seperti SJCAM SJ5000 pun ada.

*Dengaq kata dah naik harga dah sekarang 


Drone Blade 350 QX3 yang digandingkan bersama SJCAM SJ4000 Wifi.


Meh kita tengok contoh gambar yang diambil dengan SJCAM SJ4000 Wifi dengan tetapan resolusi 5MP dan seterusnya diedit menggunakan aplikasi VSCOCam di telefon pintar.

Untuk penerbangan dengan drone pulak, abang set timer atau pemasa kepada 3 saat sekali. Maknanya setiap 3 saat dia akan tangkap gambar sekali.


Penerbangan sulung SJ4000. Oleh kerana ianya tiada 'remote', maka gambar yang diambil ditetapkan setiap 3 saat sekali.

Kenapa tak buka Wifi di SJ4000 dan tengok 'live feed' melalui telefon? Oleh kerana frekuensi Wifi dan frekuensi radio adalah sama (2.4GHz), ia akan menggangu penerbangan drone.

Pemandangan sawah padi di Kampung Tupai, Sik Kedah yag diambil menggunakan kamera SJCAM SJ4000.

'Aerial View' yang dirakam melalui SJCAM SJ4000.

Gambar yang dirakam SJCAM SJ4000 masih cantik walaupun ketika itu hari menghampiri senja.

Hasil gambar SJCAM SJ4000 yang diedit dengan applikasi VSCOCam di telefon pintar.

Jam 6.45 petang di sawah bendang Kampung Tupai, Sik Kedah.
Sawah padi terbentang luas. Bila bergambar dengan monopod dah terlalu 'mainstream'.

Bila senja melabuhkan tirai. 'Live feed' dari telefon pintar via SJCAM SJ4000 Wifi.
Dengan Drone Abang Mengorat. SJCAM SJ4000 + Drone Blade 350 QX3

Sudut bukaan lensa 170 darjah SJCAM SJ4000 yang luas.

Matahari di sebelah depan. Kamera apa pun kalau kena dengan cahaya boleh jadi cantik.

Menguji SJCAM SJ4000 di gerai Ais Kacang Chowrasta Penang.

Pemandangan petang di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur menggunakan 'drone' dan SJCAM SJ4000

Tengok orang mengail di tepi tasik.

Selit SJCAM SJ4000 di celah jaket. Menguji litar jalanan Kuala Lumpur City Grand Prix.

Dataran Merdeka Kuala Lumpur dari pandangan 'drone' sebelum diusir oleh penguatkuasa DBKL.

"When sky is the limit". Pakcik guard juga menjadi halanagn utama apabila parameter sekuriti mereka diceroboh.

Pemandangan Desa Park City dari sudut pandang 'drone' yang diambil menggunakan kamera SJCAM SJ4000.

Ronda tengok orang berjoging di Desa Park City Lakeside.

Bukan Tanjung Harapan, Afrika Selatan. Tapi di Desa Park City, Kepong.

Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Segambut.

Meniti senja di Parit 3, Sungai Burong, Sekinchan.

Sesi beramas mesra bersama penduduk tempatan Sungai Burong, Sekinchan.

Pemandangan dari atas Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bahagia yang sebenar adalah bila kau tak perlu bersesak-sesak dalam kesesakan trafik untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Berhujung minggu di Tasik Perdana bersama SJCAM SJ4000.

Air Terjun Lata Mengkuang dari pandangan atas menggunakan drone.

Senja melabuhkan tirainya di Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah.

Bot-bot di Pulau Sayak yang di-parkir cantik dan tersusun.

Sesi lepak petang orang tempatan Pulau Sayak di atas jeti.

Pulau Sayak yang terkenal dengan menu mee udangnya.

Antara gambar yang dirakamkan menggunakan kamera SJCAM SJ4000 di Pulau Sayak.

Pemandangan lautan luas mata memandang di Pulau Sayak.

Pulau Sayak. Pandangan dari udara.

Kualiti gambar terbaik yang dihasilkan oleh SJCAM SJ4000 Wifi.


Ini pulak contoh video yang diambil menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi dengan tetapan resolusi 720p/30fps.

Abang agak berpuas hati dengan hasil videonya selama berbulan-bulan diuji. Tak pernah bawa selam masuk air lagi.

Suntingan dilakukan di dalam telefon Lenovo abang menggunakan applikasi AndroVid.









Macam-macam video dah abang buat dengan kamera SJCAM SJ4000 Wifi ni. Lasak dan senang digunakan. Selain tu jugak, kamera ni disertakan warranti selama 1 tahun dari tarikh pembelian.

Tunggu apa lagi !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...