Iklan

30 Disember 2014

Sunday Breakfast Ride | Kuala Klawang Repeated

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari Ahad lepas, buat kali keduanya gua ikut geng-geng THM (The Highlanders Motorsport) ke Kuala Klawang International Circuit . Selepas aktiviti Saturday Breakfast Ride | Kuala Klawang via Hulu Langat kali pertama ke sana beberapa bulan lepas, boleh dikatakan selalu jugak geng-geng THM meleper layan corner di jalan Hulu Langat - Kuala Klawang ni, cuma gua je yang tak ikut. Ada 2-3 biji kapcai pun jadi je selalu. Ketagih katanya.

Sesi tunggangan hujung minggu lepas disertai empat orang ahli sahaja. Fendi, Ahmad, Qhalif dan gua. Masing-masing bawa kapcai dan gua seorang je bawa skuter. Kalau dulu bawa skuter Nouvo LC, kali ini gua cuba bawa Sym VTS 200 pulak layan corner Kuala Klawang.

Sebelum ride, dah nama Sunday Breakfast Ride wajib kiranya melepak pekena sarapan pagi dulu di warung kampung Hulu Langat. Tunggu orang itu ini, jam 11.00 pagi baru dapat gerak. Alhamdulillah, cuaca panas molek hari tu. Tak berapa panas dan tidak pula hujan berikutan musim banjir sekarang ini.

Elok sampai di Kuala Klawang terus ke Lenggeng melalui Hutan Lipur Jeram Toi dan seterusnya ke Beranang. Ada jemputan kenduri kahwin salah seorang ahli THM. Nak dijadikan cerita skuter Sym gua pancit keluar dari rumah kenduri. Mujur ada kedai repair kereta berdekatan yang dibuka pada hari Ahad. Alhamdulillah dipermudahkan urusan si musafir. Minta tolong cucuk cacing di tayar dan kami meneruskan perjalanan ke Morib.

Laluan

Kuala Lumpur - Hulu Langat - Kuala Klawang - Lenggeng - Beranang - Semenyih - Putrajaya - Morib.


Kawasan Menara Tinjau Bukit Ampang yang telah ditutup.

Dikatakan kawasan Menara Tinjau Bukit Ampang ini ditutup atas alasan tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF)

Menara tinjau Ampang yang sudah dua tahun ditutup. Semak samun di kawasan sekitar.

Pemandangan ibukota Kuala Lumpur dari Bukit Ampang.

Pekena nasi lemak ayam di warung kampung Hulu Langat dulu sebelum ride.

Ramai jugak orang bersarapan di warung kampung ni. Bukan sekadar nasi lemak, roti canai pun ada .

Cukup korum.

Fendi THM. Muka ada sikit manis.

Singgah di kedai runcit Jalan Hulu Langat - Dusun Tua

Suasana kampung Hulu Langat.

Fendi THM dengan Suzuki Belangnya.

Berhampiran simpang Pekan Batu 14 Hulu Langat.

Sedap layan corner, tiba-tiba brader ni muncul. Dia layan sorang-sorang.  Benda ni panggil Street Luge. 

Stage 1 Kuala Klawang International Circuit.

Naik bukit dan turun bukit melayan corner Kuala Klawang.

Geng kapcai sedap melayan corner Stage 1 Kuala Klawang.

Agak gayat nak melayan selekoh Kuala Klawang bersama jentera Sym VTS 200.

Iklan Sym VTS 200 di Kuala Klawang.

Permulaan Stage 2 Kuala Klawang International Circuit.

Persimpangan Jalan sungai Tekali. Kanan boleh menuju ke Semenyih. Kita ambik ke kiri untuk ke Kuala Klawang.

Di belakang persimpangan ni sebenarnya ada empangan. Empangan Semenyih.

Kawanan monyet di bahu jalan menghala ke Sungai Tekala.

Ada kereta yang berhenti memberi makan monyet di sini.

Bersedia memulakan Stage 2 Kuala Klawang.

Tempat wajib berhenti memasuki Stage 2 Kuala Klawang.

Stage 2 Kuala Klawang bermula.

Empangan Semenyih di kanan jalan.

Jalan yang kurang dilalui kenderaan.

Penduduk tempatan.

Hentian wajib Genting Peras.

Semua dah sampai dulu di Genting Peras, gua yang terakhir tiba.

Sesi membincangkan permasalahan corner di Genting Peras.

Ahmad THM memeriksa Honda Dashnya.

Genting Peras. Permulaan Stage 3 Kuala Klawang International Circuit.

Kadang-kadang, terserempak dengan rider-rider lain yang datang dari arah Kuala Klawang di Genting Peras

Batu tanda sempadan daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Berakhir Stage 3 Kuala Klawang International Circuit.

Lepak minum di MZ Corner, kedai tumpuan rider selepas melayan selekoh Kuala Klawang. Minyak petrol pun ada dijual di sini.

Sesi tuang minyak motor di Kuala Klawang.

Menghampiri pekan Kuala Klawang.

Terkandas hujan lebat di Semenyih.

Ahli-ahli THM lain di Pantai Morib, Banting.

Hujan renyai-renyai mengiringi kami hingga ke Pantai Morib.

Ride-ride juga, kewajipan jangan ditinggalkan.

Jarak keseluruhan hampir 325 KM bila kembali semula ke Kuala Lumpur.



26 Disember 2014

Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Selama duduk menetap di kotaraya Kuala Lumpur sejak belum mumayyiz sehinggalah ke tahun 2014 ni, barulah gua tahu rupanya ada perpustakaan berhampiran Dataran Merdeka iaitu Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur. Ianya betul-betul terletak betul-betul di sebelah Galeri Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pelancong luar negara. Yang gua tahu perpustakaan besar di Kuala Lumpur ni cuma Perpustakaan Negara dekat-dekat Tasik Titiwangsa tu. Duduk lalu ulang-alik, naik basikal kayuh kawasan sekitar Dataran Merdeka selama ni langsung tak perasaan Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Yang gua tahu kawasan sekitar Dataran Merdeka ada Kelab Diraja Selangor dan padang. Malu kan.

Nak dijadikan cerita nak buat thesis FYP baru terhegeh-hegeh mencari perpustakaan yang berdekatan Kuala Lumpur ni memandangkan gua duduk di Segambut. Nak lepak perpustakaan UiTM di Shah Alam jauh pulak dan banyak budak-budak dok mencapap acah-acah study dalam tu. Perpustakaan Negara depa kata besar sangat dan gua pun tak pernah lagi jejak kaki kat situ. Google punya google ternampak la Perpustakaan DBKL Kuala Lumpur ni. 

Nak buat thesis FYP bukan senang. Ia memerlukan ketenangan jiwa. Kalau duduk buat di rumah memang tak jadi apa. Sat kena pi kedai beli kelapa, sat pergi tu sat pergi ni. Di Perpustakaan Kuala Lumpur ni ada ruangan komputer disediakan meja belajar persendirian. Pengunjung boleh bawa laptop sendiri ataupun menggunakan komputer yang disediakan. Sudah tentu ada internet wifi percuma untuk pengunjung.

Kalau agak-agak mengantuk dan nak terlena tu, boleh pi baca suratkhabar di ruangan akhbar. Macam-macam jenis suratkhabar Bahasa Melayu dan Inggeris disediakan. Boleh lepak sila panggung atas sofa lagi. Kadang-kadang terlena juga atas sofa tu. Haha.

Kalau tengahari waktu persekolahan, banyak pelajar-pelajar sekolah menengah berhampiran yang akan berkunjung ke Perpustakaan Kuala Lumpur ini untuk buat kerja sekolah. Di sebelah perpustakaan ni ada bangunan lain yang mana ia adalah perpustakaan untuk kanak-kanak. Gua sendiri pun tak pernah masuk Perpustakaan Kanak-Kanak ni. Gua syak mestilah buku budak-budak kan.

Bagi yang gemar baca novel ataupun buku, banyak koleksi buku yang boleh didapati di Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Hangpa nak baca apa gua rasa semua genre ada. Tapi mungkin tak sebanyak Perpustakaan Negara. Tapi kena daftar dulu untuk menjadi ahli perpustakkan baru la boleh pinjam buku. Mungkin ada caj yang dikenakan untuk urusan pendaftaran tu. Tapi minggu lepas gua pergi ada kempen 'Pendaftaran Keahlian Percuma' untuk Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Tak pasti pulak sampai bila kempen ni. Tapi gua sampai sekarang tak pernah daftar pun sebagai ahli. masuk buat kerja dan balik. Tak pinjam buku pun. Hiks.



Berjalan-jalan di Dataran Merdeka bila penat menulis thesis.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kotaraya Kuala Lumpur.

Air pancut di Dataran Merdeka berlatarkan Menara Dayabumi.

Di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad ada Muzium Tekstil Negara .

Pelancong luar mengambil kesempatan bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Balai polis bergerak yang ditempatkan di Dataran Merdeka.

Ruangan suratkhabar di Perpustakaan Kuala Lumpur

Pengunjung kusyuk membaca akhbar.

Dari tingkat atas Perpustakaan Kuala Lumpur boleh nampak keseluruhan kawasan Dataran Merdeka. Kawasan parking motorsikal di hadapan perpustakaan.

Dataran Merdeka dari pandangan atas Perpustakaan Kuala Lumpur.

Banyak sofa yang disediakan.


Ambil masa anda untuk membaca dengan tenang di Perpustakaan Kuala Lumpur ini.

Duduk di sofa menghadap Dataran Merdeka.

Pengunjung pun tak berapa ramai hari biasa di Perpustakaan Kuala Lumpur. Selesa.

Gelas-gelas kaca yang luas di Perpustakaan Kuala Lumpur menampakkan pemandangan Dataran Merdeka.

Pemandangan hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur.

Pusing-pusing Dataran Merdeka.

Perpustakaan Kuala Lumpur ada dua tingkat. Siap ada lif kalau malas naik turun tangga.

Sofa dengan pemandangan menarik menghadap Dataran Merdeka.

Boleh belek-belek buku di Perpustakaan Kuala Lumpur yang berkenan di hati.

Sebelah Perpustakaan Kuala Lumpur ni lereng bukit. Nampak Bukit Aman dari sini.

Ruang membaca di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Tiap-tiap bulan bertukar-tukar tema. 

A Man on the Moon.

Siap ada ruang Virtual Reality lagi. Tak tahu fungsi ke tak. Tak pernah masuk.

Buku-buku yang terdapat di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Ruang komputer di Perpustakaan Kuala Lumpur tempat gua selalu lepak buat kerja.

Ruang santai menonton televisyen sambil membaca di Perpustakaan Kuala Lumpur.

I Love KL di Galeri Kuala Lumpur.

I Love KL !

Promosi Galeri Kuala Lumpur.

Promosi Galeri Kuala Lumpur.

Kempen Keahlian Percuma Perpustakaan Kuala Lumpur.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...