Assalamualaikum. 2 minggu lepas, aku dan rakanku Qayyum telah menapak di Penang. Pada awalnya cadangan melawat negeri jajahan takhlu Francis Light ni melibatkan 4 orang. Disebabkan masing-masing ada hal, hanya kami berdua sahaja yang pergi. Aku dan Qayyum. Sahaja nak merasai makanan yanag ada kat Penang ni walaupun sebelum ni aku bermastautin di Penang selama 3 tahun. Jangan ingat dok Penang semua tempat pun pernah pergi. Kali ni aku ngan Qayyum dah rancang beberapa tempat yang harus dan wajib disinggahi bilamana berkunjung ke Penang.
Roti Canai Transfer Road
Pertama sekali selesai turun feri, kami cari tempat untuk breakfast dulu. Lokasi yang diterjah adalah Warung Roti Canai Transfer Road. Sebelum ni aku pun tak pernah pi. Selepas menyelidik di blog-blog dan bertanya pada orang depa kata sini tempat yang paling ideal untuk breakfast. Warung ni terletak di tepi jalan sahaja, takda kedai yang khusus. Kalau nak cari kedai ni, cari lah dulu Transfer Road comfirm jumpa.
Antara menu yang special kat sini adalah roti canai dan roti bakar. Roti canai akan dimakan bersama kuah banjir dan seketul daging. Roti bakar pula dimakan bersama 2 biji telur separuh masak. Rasa roti canai dan kuah karinya memang..Ummph..=)
|
Roti Canai Transfer Road. Famous Roti Canai. |
|
Roti Banjir tambah daging. |
Pasar Karat Lorong Kulit
Bagi pencinta barang antik, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Lorong Kulit, Jalan Dato Keramat. Di sini tiap-tiap hari ada Pasar Karat. Macam-macam barang antik boleh jumpa kat sini. Bukan sekadar barang antik, apa-apa sahaja barang yang tak masuk dek akal akan dilonggok di kaki lima di sini. Kalau tak percaya trylah datang sini.
|
Pasar Karat, Lorong Kulit. |
|
Barang-barang antik. |
|
Macam-macam jenis barang ada di sini. |
|
Signboard Lorong Kulit. |
|
Tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad comfirm ramai orang. |
|
Longgok macam-macam barang. |
|
Apa saja yang boleh dijual akan dipamerkan. |
|
Bubu, beg, kasut, Joystick Playstation zaman dulu-dulu pun ada. |
Bukit Bendera, Air Hitam
Time aku pergi hari tu, stesen keretapi Bukit Bendera ni ditutup kepada orang ramai atas sebab penyelenggaraan (maintainance) keretapi. Sebelum ni keretapi bukit bendera memang old skool. Aku penah naik sekali sampai puncak. Lama jugaklah ditambah lagi berhimpit-himpit dengan ramai orang, memang semerbak lah jugak baunya. Mujur udara nyaman dan dingin sewaktu naik atas ni mampu mengimbangi. Sekarang keretapi BUkit Bendera dah berwajah baru. Keretapi lama digantikan dengan yang lebih moden. Teringin nak naik tapi apakan daya, mungkin lain kali.
|
Ke Bukit Bendera, tapi tutup pula. |
Geogetown, Jalan Penang
Kembalilah ke pusat bandaraya bila tak dapat naik keretapi Bukit Bendera. Cuaca pun dah panas terik. Maklumlah dah pukul 12 lebih. tekek pun terasa inginkan sesuatu untuk menyejukkannya. Pergilah kami ke Jalan Penang berhampiran Komtar. Bagi yang belum tahu, Jalan Penang ni merupakan kawasan tumpuan pelancong. Bagi yang datang ke sini wajib menjengah dahulu di kawasan ini. Di sekitar Penang Road ini, terdapat Pasar Chowrasta yang menjual pelbagai buah tangan seperti jeruk dan rantai kunci. kat sini jugak ada Ais Kacang!! Minat betul aku ngan ais kacang ni. Nasi Kandaq Line Clear yang terkenal pun ada kat kawasan nilah.
|
Komtar dari pandangan dalam kereta. |
|
Ais kacang Jalan Penang. |
|
Ais kurang dan isi lebih. Ais Kacang Penang. |
|
Nasi Kandar Line Clear. |
|
Nasi Kandar Line Clear di celah-celah lorong. |
|
Pilih lauk apa mahu di sini. Ada tax jangan lupa di sini. |
|
Makan Lauk basic sahaja disini. Member aku bantai daging sama sotong. |
|
Member aku Qayyum Akbar. |
|
Galeri Nasi Kandar Line Clear. Semua artis-artis yang pernah datang sini. |
Masjid Terapung Tanjung Bungah & Air Terjun Titi Kerawang
Lepas pekena nasi kandar dan ais kacang, perjalanan diteruskan ke bahagian pulau yang lain. Port seterusnya adalah Masjid Terapung Tanjung Bungah. Kami berhenti menunaikan Solat Zohor disini lebih kurang jam 3 petang. Masjid ni didirikan di atas laut, seolah-olah kelihatan terapung. Pada asalnya hanya ada satu masjid kecil di tepi pantai di sini. Akan tetapi selepas kejadian tsunami Acheh pada 26 Disember 2004, masjid ini dibina menggantikan masjid kecil tersebut. Panorama di sini sangat mengasyikkan. Terdapat bot-bot nelayan yang terdampar di gigi pantai apabila air surut. Pelancong asing juga tidak terkecuali berkunjung ke sini.
Kemudian kami bergerak ke bahagian atas pulau hingga ke Teluk Bahang seterusnya ke Balik Pulau. Sebelum sampai di Pekan Balik Pulau, anda akan melalui Empangan Teluk Bahang dan dusun-dusun tropika melalui jalan yang berliku-liku disini. Disini terdapat terdapat Air Terjun yang dinamakan Air terjun Titi Kerawang. Ianya betul-betul di tepi jalan. Air di sini sangat sejuk dan banyak batu-batu besar. Pelancong asing pun selalunya akan berkunjung ke sini. Aku dan Qayyum pun merasai kenikmatan air terjun hingga lewat petang. Selalunya tempat ini ramai orang sewaktu hujung minggu. Mujurlah masa kami melawat tempat ni, tak ramai sangat orang yang hadir.
|
Masjid Terapung Tanjung Bungah. |
|
Air Terjun Titi Kerawang. |
|
Sejuk betul mandi kat sini. Kena pulak cuaca panas. Perghh. |
|
Tak berapa dalam. Paras Pinggang je. |
|
Memnag sejuk betul air terjun Titi Kerawang ni. |
|
Ada tempat tadahan atas tu, pernah sekali datang air takde. Musim kemarau. |
Laksa Janggus Balik Pulau
Next pit stop adalah Laksa Janggus Balik Pulau. Menurut kajian yang aku buat menerusi blog-blog, tempat ini adalah tempat yang wajib dikunjungi bila ke Pulau Pinang. Kami pun meng-Google lah tempatnya. Laksa Jaggus ni terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau. Kalau dari Air Terjun Titi Kerawang tadi terus sehingga jumpa pekan Balik Pulau seterusnya cari signboard Pulau Betong. Tempat ni dah dekat dengan Kampung Nelayan Kampung Betong. Kalau lalu sini takkan sesat kerana ada papan besar bertulis " LAKSA JANGGUS". Kat sini kena layan diri, takda pelayan-pelayan. Kena beratuq beli laksa, goreng pisang dan juga minuman. Try rasa baru tau camna.
|
Pekena Laksa Janggus yang famous tuh kat Kampung Perlis, Balik Pulau. |
|
Hari Sabtu Ahad memang agak penuh la. |
|
Kena beratur nak order laksa. Air pun kena beratur nak order. |
|
Rumah orang ja Laksa Janggus nih. |
Rojak Gelek Gurney Drive
Qayyum tunjuk aku video kat Penang ada rojak gelek kat Gurney Drive. Memandangkan masing-masing pun tak pernah cuba, kami pun nekad pergi cari brader yang buat rojak tuh. Malam minggu pulak, kawasan Gurney ni agak sesak dan susah cari parking. Mujur ada satu petak kosong tak jauh dari situ. Kami pun park kereta, berjalan mencari stall Rojak Gelek yang dikatakan femes tuh. Cari punya cari jumpa la warung mamak ni kat kawasan perniagaan muslim. Memang ramai beratur nak rasa rojak dia. Maklumlah femes sampai dan masuk TV dengan suratkhabar. Pilih la korang nak cucuq apa. Bagi kat dia, dia potong sambil gelek, pusing-pusing sikit, kena la sepinggan RM18. Aku dok usya semua customer pun kena harga yang lebih kurang macam kami. Memang harga standard dia camtu rupanya. Bagi aku agak mahal. Rasanya caj gelek tuh yang mahal..Hahaha.=)
|
Qayyum bangga dapat gambar dengan Rojak Gelek. |
|
Ni dia orang yang gelek tuh. Famous masuk paper. |
|
Gurney Hawkers Center |
|
Ni dia rojak gelek Gurney Drive. Satu pinggan ni kena RM18. Agak mahal bagi aku. |
|
Pi Gurney Drive pekena Rojak Gelek pulak malam tuh. |
|
Lepak Padang Kota lepas pekena rojak Gurney drive. |
#Video dibawah diambil di Titi Kerawang, Balik Pulau.