Iklan

30 November 2013

Trans Java Solo Escape - Part 4: Candi Borobodur (Jogjakarta)

Salam dan selamat siang. Nak sambung travelog backpacking solo merentasi Tanah Jawa dari Surabaya hingga ke Bandung hampir setahun yang lepas. Diberi nama Trans Java Solo Escape, trip dengan bajet yang sangat ciput ini berjalan dengan jayanya. Banyak orang dah tanya bila nak sambung travelog Trans Java yang tergantung di Jogjakarta tu. Inilah jawapannya. Sekarang ini baru gua ada masa nak menulis pasal Trans Java lepas dah khatamkan travelog Cambodia-Thailand Overland Project. Bukannya apa, gambar Trans Java semua dah lesap bila format laptop, ni pun nasib baik ada recovery ada la gambar nak buat modal bercerita.

Dekat mana kita ye? Ye di Jogjakarta ataupun Yogyakarta. Mana-mana pun boleh. Oh sambungan rancangan ber-skuter ke Candi Borobodur di Magelang. Bagi yang dah terlepas entry sebelumnya, boleh rujuk pada label Trans Java Solo Escape. Di situ gua ceritakan pengalaman gua merentasi Tanah Jawa bermula di Surabaya. Dah sampai dekat Jogjakarta dah pun travelog ni.

Lepas selesai urusan sewa skuter, gua bersiap ke Magelang. Di Magelang ini lah terletak Candi Borobodur yang selalu diperkatakan tu. Nak tengok dengan mata sendiri keajaiban peradaban dunia di Indonesia ni. Singgah isi minyak dulu sebelum berskuter pusing Jogjakarta. Kalau di Malaysia dipanggil 'minyak' atau 'petrol' tapi di sini ia dipanggil sebagai 'bensin'. Isi penuh tank lebih kurang Rp 20,000 atau dalam duit Malaysia dekat RM 7.00. 

Jarak Candi Borobodur yang terletak di Magelang adalah lebih kurang 30 KM dari kota Jogjakarta. Naik skuter cilok sana cilok sini sampai la dalam 45 minit. Akan melalui kawasan kampung-kampung penduduk tempatan dan sawah padi yang menarik. Jangan harap ada lebuhraya di sini. Kalau dah sesat jangan malu untuk tanya orang. Hampir 3-4 orang gua tanya jalan nak ke Magelang. Terlajak ke ceruk mana entah mula-mula tu tapi berpandukan Google Maps dapat cari balik jalan yang betul. Tak susah mana pun jalannya cuma kena yakin sikit sebab kadang-kadang jalan menuju ke Magelang dari Jogjakarta banyak bersimpang dan kurang kenderaan yang melalui jalan ini.

Sedikit petikan dari Wikipedia : -

Borobudur adalah nama sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Lokasi candi adalah kurang lebih 100 km di sebelah barat daya Semarang, 86 km di sebelah barat Surakarta, dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Candi berbentuk stupa ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800-an Masehi pada masa pemerintahan wangsa Syailendra. Monumen ini terdiri atas enam teras berbentuk bujur sangkar yang diatasnya terdapat tiga pelataran melingkar, pada dindingnya dihiasi dengan 2.672 panel relief dan aslinya terdapat 504 arca Buddha. Stupa utama terbesar teletak di tengah sekaligus memahkotai bangunan ini, dikelilingi oleh tiga barisan melingkar 72 stupa berlubang yang di dalamnya terdapat arca buddha tengah duduk bersila dalam posisi teratai sempurna dengan mudra (sikap tangan) Dharmachakra mudra (memutar roda dharma).


Bersiap untuk berskuter menjelajah Jogjakarta. Tujuan hari ini - Candi Borobodur.

Jalan ajak sesak di kota Jogjakarta kerana banyak simpang. Naik skuter senang cilok sikit dan jimat kos.

Nampak ada ayaq kelapa singgah dulu minum di tepi jalan menuju Magelang. Tak mahal lebih kurang RM 2 sebiji. Yang jual pun muslimah sungguh. Tambah ayaq kat kita bila tau kita dari Malaysia.

Memang kena la pekena ayaq nyoq bawah pokok tengah-tengah panas ni. Lepas minum sambung jalan menuju ke Magelang, tempat terletaknya Candi Borobodur. Sempat tanya kakak jual ayaq nyoq jalan ke sana.

Parking skuter depan pintu masuk Candi Borobodur.

Sampai di pintu masuk Candi Borobodur, gua lepak cari parking untuk motorsikal. Selesai parking, gua terus masuk ke dalam kawasan perkarangan Candi Borobodur dengan berjalan kaki. Ada banyak gerai dan khemah yang menjual pelbagai barangan cenderahati berhampiran pintu masuk Candi Borobodur ni. T-shirt la, keychain la, macam-macam lagi. Ada juga makcik-makcik yang jual kraftangan ni himpit-himpit suruh beli kraftangan mereka. Jenuh jugak la nak tepis. 

Sampai di tempat membeli tiket untuk masuk, gua tengok dompet dulu. Bajet macam tak berapa nak cukup tapi teringin nak masuk jugak dalam Candi Borobodur ni. Ada 2 tempat membeli tiket masuk, satu untuk orang tempatan dan satu lagi untuk pelancong asing. Dah tentu gua kena masuk ikut kaunter pelancong asing. Untuk makluman, tiket masuk ke dalam untuk orang tempatan adalah sebanyak Rp 30,000 sahaja manakala untuk pelancong asing sebanyak $20 USD ! Lebih kurang RM 60.00 !!. Dalam pikiran gua ada terpikir idea nak menyamar jadi rakyat tempatan. Tak cuba tak tahu. Mana la tahu lepas ke kan. 

Gua mengatur strategi. Langkah disusun kemas. Dengan yakin gua beratur sekali dengan orang tempatan. Gua dah perhati dia takda minta kad pengenalan (KTP) masa nak beli tiket. Sampai giliran gua. Dengan selamba gua angkat tangan tunjuk satu. Tak cakap apa pun takut dapat dikesan. Awek kaunter pandang gua semacam. " Ya Pak ? ". Gua gelabah semacam. Gua cakap " Tiketnya satu ". Tiba-tiba ayat Kuala Lumpur terkeluar. Bukan tiket, karcis la pandai ! Dah hafal bagai dah sebelum ni, tersasul jugak waktu tu. Awek kaunter balas, " Pak, kaunter untuk foreigner di sebelah sana ", sambil menunjukkan kaunter untuk pelancong asing. Kantoi ! Menunduk gua keluar dari kaunter sambil orang belakang tersengih-sengih.

Ah sudah ! Kantoi pulak. Macam mana nak masuk ni dengan bajet takda. Gua melepak berhampiran pintu masuk sambil memikirkan cara nak tembus Candi Borobodur. Masa tu jugaklah si penjual kraftangan sibuk mempromosi barangan mereka. Gua dapat idea. Makcik-makcik ni orang tempatan, mesti dioarang boleh belikan tiket untuk gua. Gua tanya makcik-makcik kraftangan ni suruh belikan tiket local, nanti gua bagi la upah sikit. Jawab makcik-makcik tu diorang dah selalu dah dekat sini setiap hari, orang kaunter tiket dah kenal mereka. Depa jugak takut dengan abang-abang pak guard yang jaga pintu masuk. Macam-macam idea depa bagi kat gua kalau nak masuk antaranya beli t-shirt Borrobodur dekat depa, lepas tu pakai beratur semula. Amboi makcik. Sempat lagi nak suruh beli barang depa tu. Ada jugak yang bagi idea minta tolong pelancong local yang baru tiba untuk membeli tiket sekali untuk gua. Termenung panjang jugak gua pikir waktu tu.

Tak boleh jadi ni. Gua berjalan melilau sekitar kawasan perkarangan Candi Borobodur. Gua lepak depan pak-guard yang menjaga pintu masuk. Bagi sesiapa yang dah membeli tiket, tunjuk kat pak guard ni dulu baru lepas ke dalam. Gua cuba buat muka kesian depan pak-guard tapi tidak berhasil. Pandang pun tidak. Sedang gua melepak depan tu, muncul la seorang pak guard lain yang menanyakan gua dari mana, asal mana dan macam-macam lagi. Ramah jugak pak guard yang bernama Andika Wahyu Rezpati ni. Nama sedap bukan main. Gua cerita la masalah gua tak dapat masuk sebab bajet tak cukup. Dia kata memang tak boleh nak lepas sesaja je orang yang nak masuk dalam Candi Borobdur ni.

Dia bagi cadangan dia akan bawa gua ronda kawasan sekitar Candi Borobodur. Tapi kena tunggu dia habis kerja pukul 4.00 petang. Gua pun ok je. Selesai kerja saudara Andika mengajak gua pergi ke rumah dia dulu untuk mandi dan tukar baju. Andika tumpang skuter gua. Sampai rumah baru gua tahu dia ada isteri, padahal umur baru 19. Dah ada anak kecik sorang. Bini dia pun ramah. Mak dia pun ada sekali. Tunggu dia mandi dan solat, kami keluar semula meronda dengan skuter gua. Andika menunjukkan jalan kampung di sekitar kawasan Candi Borobodur. Melihat Candi Borobodur dari sudut pandangan yang berbeza. Melalui sawah dan hutan di sekitar Candi Borobodur. Gua pikir kalau tak jumpa Andika ni mesti gua tak dapat tengok Candi Borobodur dari sudut perspektif lain. Tak dapat masuk Candi Borobodur tapi digantikan dengan pengalaman lain yang lebih menarik.


Meronda dengan Andika di sekitar kawasan Candi Borobodur. Kalau tak jumpa dia gua mungkin tak dapat tengok pemandangan kampung-kampung sekitar sini.

Sawah di belakang Candi Borobodur. Nampak tak Candi Borobodur depan tu? Yang ada menara tu.

Layan jugak kampung kat sini. 

Saudara Andika. Ramah orangnya. Umur tak sampai 20 tahun tapi dah kahwin siap ada anak sorang. Dia la yang bawa ronda sekitar Borobodur.

Kawasan Borobodur yang agak bersih.

Candi Pawon peninggalan purbakala Jawa Tengah

Candi Pawon 

Candi Mendut

Candi Mendut
Lepas pusing kampung sekitar Candi Borobodur, Andika membawa gua ke Candi Mendut dan Candi Pawon. Ada kisah tentang Candi Pawon dan Mendut ni. Menurut sejarah, Candi Mendut ialah candi yang tertua di antara Candi Borobudur dan Candi Pawon. Ia dibina oleh Raja Indra dari Dinasti Sailendra pada tahun 824M sebagai tempat keagamaan bagi penganut agama Buddha. Satu perkara yang unik tentang ketiga-tiga candi ini ialah ianya terletak dalam 1 garisan yang lurus. Boleh Google untuk maklumat lanjut.

Sedikit petikan dari Wikipedia lagi :-


Selain Borobudur, terdapat beberapa candi Buddha dan Hindu di kawasan ini. Pada masa penemuan dan pemugaran di awal abad ke-20 ditemukan candi Buddha lainnya yaitu Candi Mendut dan Candi Pawon yang terbujur membentang dalam satu garis lurus. Awalnya diduga hanya suatu kebetulan, akan tetapi berdasarkan dongeng penduduk setempat, dulu terdapat jalan berlapis batu yang dipagari pagar langkan di kedua sisinya yang menghubungkan ketiga candi ini. Tidak ditemukan bukti fisik adanya jalan raya beralas batu dan berpagar dan mungkin ini hanya dongeng belaka, akan tetapi para pakar menduga memang ada kesatuan perlambang dari ketiga candi ini. Ketiga candi ini (Borobudur-Pawon-Mendut) memiliki kemiripan langgam arsitektur dan ragam hiasnya dan memang berasal dari periode yang sama yang memperkuat dugaan adanya keterkaitan ritual antar ketiga candi ini. Keterkaitan suci pasti ada, akan tetapi bagaimanakah proses ritual keagamaan ziarah dilakukan, belum diketahui secara pasti.


Selain candi Mendut dan Pawon, di sekitar Borobudur juga ditemukan beberapa peninggalan purbakala lainnya, diantaranya berbagai temuan tembikar seperti periuk dan kendi yang menunjukkan bahwa di sekitar Borobudur dulu terdapat beberapa wilayah hunian. Temuan-temuan purbakala di sekitar Borobudur kini disimpan di Museum Karmawibhangga Borobudur, yang terletak di sebelah utara candi bersebelahan dengan Museum Samudra Raksa. Tidak seberapa jauh di sebelah utara Candi Pawon ditemukan reruntuhan bekas candi Hindu yang disebut Candi Banon. Pada candi ini ditemukan beberapa arca dewa-dewa utama Hindu dalam keadaan cukup baik yaitu Shiwa, Wishnu, Brahma, serta Ganesha. Akan tetapi batu asli Candi Banon amat sedikit ditemukan sehingga tidak mungkin dilakukan rekonstruksi. Pada saat penemuannya arca-arca Banon diangkut ke Batavia (kini Jakarta) dan kini disimpan di Museum Nasional Indonesia.


Lepas penat pusing tengok candi, Andika bawa gua ke sungai yang telah mengalirkan lahar dingin selepas kejadian letupan Merapi 2010 yang membawa banyak kemusnahan kepada penduduk setempat. Boleh nampak bekas-bekas rumah yang runtuh dan ditinggalkan di tebing-tebing sungai. Asalnya sungai ni kecil je tapi sejak kejadian Merapi 2010, sungai ni jadi lebar oleh kerana membawa batuan-batuan besar dari Merapi yang agak jauh dari sini. Boleh nampak macam mana dasyat letusan Merapi kalau berada di sini. Lebih lagi dengar cerita Andika dengar bunyi guruh yang amat kuat masa letupan Merapi. Seram woo !

Sungai yang membawa batuan dari Merapi ketika letupan tahun 2010 dahulu.

Jambatan yang baru dibina.

Boleh nampak sungai dah terhakis.

Bakso sini murah ! Lebih kurang Rp 7000 sahaj sepinggan.
Sebelum balik semula ke Jogjakarta, Andika mengajak gua pekena Bakso dulu. Banyak kedai bakso disini. Dah nam pun Indonesia mesti la ada banyak orang jual bakso. Andika bawa ke port yang sedap dan murah. Puas hati jugak lah makan. Menurut Andika, dia memang selalu bawa orang jalan bersiar-bersiar di kampungnya dan kawasan sekitar. Sehari sebelum tu dia dah bawa 3 orang dari India yang kesnya sama macam gua, tak cukup bajet  pusing kawasan Candi Borobodur, Pawon dan Mendut. 

Dah nak dekat Maghrib baru gua balik ke Jogjakarta dari Magelang. Andika ada ajak tidur rumah dia malam tu tapi segan lah gua sebab ada plan lain jugak malam tu. Panorama waktu petang memang meriah bila balik. Lalu kampung-kampung, sawah padi dan hutan. Balik dah tak sesat macam pergi. Sampai di kota Jogjakarta lebih kurang jam 8.00 malam.

Jalan sekitar Candi Borobodur.

Aktiviti petang , main sabung ayam

Jalan kampung balik ke Jogjakarta.

Meter tipu.
Disebabkan gua tak berkesempatan masuk ke dalam Candi Borobudur, maka tak dapat la nak review apa-apa. Dapat review kawasan sekitar Candi Borobudur sahaja. Pengalaman setiap orang mungkin berbeza-beza bila menjelajah secara solo ni.  Dengan bajet yang kecil mungkin ni pengalaman berharga gua bila dapat bertemu dengan kawan baru dan mendalami sendiri cara hidup masyarakat setempat. Ramai orang pernah masuk ke dalam kawasan Candi Borobodur tetapi berapa ramai pernah menjelajah kawasan sekitar, di mana kita dapat lihat sudut lain Candi Borobudur itu sendiri.

Lagi Gambar


Tak reti gua nak susun gambar banyak-banyak ni. Meh layan gambar !

Berhenti. Keretapi.

Jalan ke Magelang dari Jogjakarta. View dia memang menarik.


Melalui jalan-jalan kampung yang agak kecil sebelum tiba di Candi Borobodur.

Jambatan yang boleh dilalui oleh motorsikal sahaja. Kereta kena ikut jalan lain.

Tiba pun di Taman Wisata Candi Borobudur.

Tempat parking kereta di Candi Borobudur.

Ada peta di pintu masuk. Taka payah risau sesat ke apa.



Lepas beli tiket masuk ikut sini. Ada pak guard 2-3 orang jaga.

Ada lawatan budak sekolah dan rombongan dari jauh yang datang dengan bas ke Candi Borobudur ni.

Kawasan perkarangan Candi Borobudur. Boleh nampak banyak peniaga yang menjual kraftangan.

Loket masuk (Tiket masuk).

Tempat ambil tiket untuk pelancong tempatan. Dekat sini lah gua kantoi.


Tempat membeli tiket yang berbezaa bagi pelancong asing dan orang tempatan di Candi Borobudur.

Peniaga mempamerkan barang dagangan mereka.

Luas kawasan perkarangan Candi Borobudur ni.

Ni lah tempat nya kalau pelancong asing beli tiket masuk. Ada air-cond dan free-flow water lagi. $20 USD setiap seorang.

Depan tu yang macam pondok tu lah surau. Campur lelaki perempuan.




T-shirt I Love Jogja. Dekat RM 15.00 satu. Lebih baik beli di pekan Jogja, lagi murah.


Ronda dengan Andika jumpa tempat ni. Graha Padmasambhava.

Graha Padmasambhava.


Syok kampung depa belah-belah Magelang ni. Kawasan ni di belakang Candi Borobudur.

Kereta kuda pun ada.


Ukiran manusia pada batu Candi Pawon.

Ukiran patung Buddha pada batu Candi Pawon.

Mana-mana tempat akan ada ukiran.


Candi Pawon.


Candi Pawon.

Candi Pawon.

Candi Pawon di bahagian dalamnya.

Candi Pawon.

Candi Pawon

Candi Mendut.

Candi Mendut. Tak ramai orang di sebelah petang. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat candi ini.

Benda Cagar Budaya. Fuh ayat !

Candi Mendut di kejauhan. Ada seorang pengawal ditugaskan menjaga candi tiap-tiap masa.

Candi Mendut. Boleh naik tangga masuk ke dalam.


Candi Mendut.

Candi Mendut.

Ada patung Buddha dalam ni yang dijaga rapi







Kawasan rumah Andika. Satu rumah duduk anak-beranak.

Rumah Andika. Macam-macam burung dia bela.


Penulis bergambar kenangan bersama Andika yang telah membantu gua meronda sekitar Candi Borobudur.


Ada kedai-kedai kecil di sekitar jalan utama Candi Borobudur.

Jalan utama di hadapan pintu masuk Candi Borobudur.

Bersambung ke Trans Java Solo Escape : Jalan Malioboro


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...