Iklan

31 Mac 2015

Air Terjun Sungai Chilling - Kunjungan Semula

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Jika sebelum ni gua trekking ke Air Terjun Sungai Chilling secara berdua dengan seorang rakan, kali ini kunjungan semula ke Air Terjun Sungai Chilling disertai oleh rakan-rakan dari THM. Ada di antara mereka pernah sama ikut serta masa trekking menjelajah Air Terjun Sungai Pisang beberapa bulan lepas. Semuanya rancangan minit akhir, dalam waktu tengahari baru bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Kubu Bharu. Tunggu orang itu, orang ini, itu yang jadi lambat.

Sama seperti edisi terdahulu, masing-masing menunggang motorsikal untuk ke Sungai Chilling. Dari Kuala Lumpur, kami ikut jalan Ulu Yam menghala ke Batang Kali seterusnya ke pekan Kuala Kubu Bharu. Berhenti rehat lagi di Petronas Kuala Kubu Bharu untuk solat Zuhur sebelum menyambung perjalanan. 


Antara ahli-ahli THM yang terlibat dalam aktiviti kunjungan semula ke Air Terjun Sungai Chilling.

Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu.

Sesi bergambar di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu.

Sesi bergambiran di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu tetap rancak walaupun panas terik.

Bersama jentera masing-masing di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu.

Empangan Sungai Selangor yang membiru.

Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar.





Bersiap untuk trekking ke Air Terjun Sungai Chilling


Kami sampai di Kuala Kubu Bharu pun dah agak lewat, lebih kurang jam 3.30 petang. Sesi bergambar adalah perkara yang wajib di Empangan Sungai Selangor. Sebaik sahaja selesai sesi bergambar, kami meronda dulu di Sungai Pertak berhampiran Perkampungan Orang Asli Kg Pertak. Orang punya la ramai hari Sabtu ni sampai parking pun penuh. Dari Sungai Pertak, baru kami ke Sungai Chilling. Parking motor dekat jambatan, tukar baju dan terus masuk daftarkan diri di pejabat renjer Sungai Chilling.

Nak dijadikan cerita, akak yang bertugas tak benarkan kami untuk masuk trekking ke Air Terjun Sungai Chilling. Waktu tu pun dah hampir 4.30 petang. Alasannya dah lewat petang dan kami tak akan sempat berpatah balik sebelum jam 6.00 petang. Untuk info, Sungai Chilling ni beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bersungguh kami merayu nak masuk sebab kami datang dari jauh. Akak tu suruh tanya pada abang renjer yang tengah lepak minum. Kalau dia bagi lepas, lepaslah. 

Kami pun gigih la tanya abang renjer. Beliau tanya pernah trekking tak di Sungai Chilling ni. Kalau pernah tak ada masalah, dia boleh lepaskan masuk. Kalau tak pernah, dia tak akan bagi masuk, takut apa-apa yang terjadi nanti bila hari semakin gelap. Kami mengangguk tanda pernah masuk trekking ke Sungai Chilling, padahal gua sorang je yang pernah. Abang renjer pesan dan nasihatkan untuk balik semula sebelum jam 6.00 petang.

Bila dah dapat lampu hijau, masing-masing kena bayar RM1.00 dan tulis nama di pejabar renjer dekat akak tadi. Dengan masa yang agak suntuk, kami terus memulakan langkah menuju Air Terjun Sungai Chilling !



Sesi rayuan kat akak pejabat renjer Sungai Chilling.


Kami menang gaya di Sungai Chilling !

Menyeberangi jambatan untuk ke Sungai Chilling.






Wajib seberang sungai atau river crossing untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chilling.




Ada 6 atau 7 lintasan sungai yang perlu diharungi untuk tibba di Air Terjun Sungai Chilling.

Sebenarnya sungai yang sama dari Air Terjun Sungai Chilling. Perlu lintas sungai untuk pendekkan jarak perjalanan.


Geng-geng mak jemah lintas sungai untuk ke Air Terjun Sungai Chilling.

Bawa dan pakai pakaian yang sesuai untuk ke Air Terjun Sungai Chilling.







Touchdown Air Terjun Sungai Chilling.


Selamat tiba di Air Terjun Sungai Chilling.

Trust me, the waterfall is prettier than your selfie.

Air Terjun Sungai Chilling yang menjadi lokasi kegemaran kaki outdoor.

Air Terjun Sungai Chilling dengan hembusan bayunya yang sejuk.

Kumpulan-kumpulan yang ada di Air Terjun Sungai Chilling.

Air Terjun Sungai Chilling yang tinggi dan deras.

Penampakan sekumpulan dugong di Air Terjun Sungai Chilling. 

Lubuk dalam di tengah Air Terjun Sungai Chilling.

Ada jugak sesi fotografi di Air Terjun Sungai Chilling ni.

Waktu petang di Air Terjun Sungai Chilling, tak ramai seperti waktu tengahari.

Masa untuk meninggalkan Air Terjun Sungai Chilling. Moga ketemu lagi.

Santuari ikan Sungai Chilling.

Ahmad umpan keropok durian dekat ikan kelah Sungai Chilling.

Keropok durian satu untuk Ahmad, satu untuk ikan.

Sesi menepuk ikan di Sungai Chilling.

Ahmad si pengembala ikan bersama ikan kelahnya di Sungai Chilling.

Jam 6.15 petang baru tiba semula di pejabat renjer sungai Chilling.

Berkelah di tapak perkhemahan Sungai Chilling sementara menunggu rakan-rakan solat dan salin baju.

Geng basikal touring dari Subang baru tiba di tapak perkhemahan Sungai Chilling.

Masa perjalanan dari tapak perkhemahan Sungai Chilling ke Air Terjun Sungai Chilling mengambil masa di antara 45 minit hingga sejam perjalanan. Kalau cukup laju sambil berlari-lari anak setengah jam boleh sampai dah kot. Kami tiba semula di pejabat renjer di kawasan perkhemahan lebih kurang jam 6.15 petang. Sebenarnya ada lagi kumpulan yang belum balik walaupun katanya tutup jam 6.00 petang. 

Di kawasan perkhemahan Sungai Chilling ni ada kemudahan tandas dan surau. Boleh la kalau nak tukar baju dan solat. Tapi jangan expect tandas 5 bintang. Biasalah kalau kawasan perkhemahan dan perkelahan macam ni. Sebenarnya kalau ikut gua nak je lajak ke Bukit Fraser dari Sungai Chilling ni. Lewat malam nanti baru turun. Tapi masing-masing ada yang dah letih dan sakit kaki. Kami mengambil keputusan untuk kembali semula ke ibukota Kuala Lumpur. 

* Nak trekking ke Air Terjun Sungai Chilling ni lebih elok mula pada awal pagi. Kalau dah petang, takut renjer tak bagi masuk macam kes kami ni.

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...