Iklan

24 Julai 2018

Ada Apa di Koh Panyee a.k.a Pulau Panji?

Menjejak kisah inspirasi bolasepak yang lahir di atas lautan Andaman.

Bertitik tolak demam Piala Dunia 1986, sekumpulan kanak-kanak Koh Panyee atau juga dikenali dengan nama Pulau Panji mula gatal kaki untuk bermain bola.

Masalah mereka hanya satu. Mereka tiada padang.

Kini perkampungan nelayan muslim yang terletak di wilayah Phang Nga ini terkenal di seluruh Thailand kerana satu faktor.

Bola sepak.

Ini adalah kisah Panyee F.C. Kisah menjejak padang terapung mereka.




Ada apa di Pulau Panji a.k.a Koh Panyee?

Pulau Panji atau dikenali dengan nama 'Koh Panyee' di Thailand merupakan sebuah pulau kecil di wilayah Phang Nga, lebih kurang 100KM ke utara Krabi.

Pulau Panji merupakan sebuah perkampungan nelayan dengan populasi lebih kurang 2000 orang di mana majoriti penduduknya beragama Islam.

Di mana lokasi betul-betul Koh Panyee ni?

Nah hangpa boleh tengok peta Google Maps yang abang lampirkan di bawah.




Bagaimana Pulau Panji atau Koh Panyee mendapat nama?

Dikatakan Pulau Panji dibuka oleh masyarakat Jawa & Sumatera yang berhijrah ke sini akibat gempa bumi yang berlaku ketika dulu. Mereka menandakan wilayah ini dengan panji (bendera). Dengan itu Pulau Panji mendapat nama.

Selalunya Koh Panyee ni menjadi lokasi persinggahan wajib untuk makan tengahari bagi pelancong-pelancong luar negara yang mengambil pakej 'island hopping' ke James Bond Island dan pulau-pulau di sekitar wilayah Phang Nga ini.


Catatan ini abang akan perincikan bagaimana cara untuk sampai ke Pulau Panji (Koh Panyee) kalau kita dari Krabi.


Boleh sewa motor/skuter di Ao Nang, Krabi. Harga sewa sehari bergantung kepada jenis motor. Semurah THB200(RM24) sehari pun boleh dapat. Yamaha Aerox baru keluaq kedai tak habis pantang lagi ni abang sewa dengan harga THB500(RM60) sehari. Nak merasa. Haha.

Ada beberapa cara sebenarnya yang hangpa boleh ikut kalau nak sampai Pulau Panji (Koh Panyee) ni.

Boleh ikut jalan laut atau pun jalan darat dan bergantung kepada bajet jugak sebenarnya.

Kalau bajet tidak menjadi ukuran, boleh saja ambik pakej island hopping di Krabi atau Phuket untuk ke James Bond Island, salah satu pulau yang popular yang menjadi tarikan pelancong kalau mai Krabi/Phuket.

Bot yang buat island hopping ni akan bawak pelancong singgah makan tengahari di Pulau Panji (Koh Panyee) ni. Ini adalah satu cara untuk hangpa sampai ke sini.

Bagi abang pulak yang bajet agak terhad & sukakan sedikit cabaran buat laluan sendiri menuju ke Pulau Panji (Koh Panyee).

Abang sewa motor (skuter) di Krabi dan kemudiannya ride hampir 100KM menuju ke Jeti Phang Nga Bay untuk naik bot bersama orang tempatan ke Pulau Panji (Koh Panyee).

Untuk panduan lebih lanjut hangpa boleh tengok gambar dan penerangan yang abang selitkan di bawah.

Jarak perjalanan dari Ao Nang, Krabi ke Phang Nga Bay untuk ke Koh Panyee lebih kurang 100KM. Kalau bawak santai-santai dalam 1 jam setengah-2 jam dah boleh sampai. 

Jalan cantik dari Krabi sampai ke Phang Nga. Isi minyak skuter penuh THB80 (RM10). Harga minyak RON95 di Thailand waktu abang pi ni sekitar THB 29.8/L.

Jalan ni lajak sampai Phuket. Untuk cari jeti ke Koh Panyee, cari Phang Nga Bay.

Dekat mana hangpa nak naik bot ke Koh Panyee?

Macam abang cerita tadi. Boleh ikut pakej atau naik bot dengan orang tempatan ke Koh Panyee.

Yang pertama sekali hangpa kena cari jeti di Phang Nga Bay dulu.

Abang ada sertakan peta Google Maps tu. Pandai-pandai la hangpa configure tengok macam mana nak sampai situ.




Abang pun mula-mula sesat jugak dan tak tahu lokasi sebenar nak naik bot dengan orang tempatan ni. Tapi jangan risau. Boleh je tanya orang dekat-dekat situ. Depa akan sentiasa membantu anda.

Abang jumpa seorang pakcik ni macam ustaz dia dok tengok abang mundar mandir naik motor cari jeti. Abang tanya dia kat mana nak naik bot ke Koh Panyee. Dia tanya berapa orang? Kalau nak pi berdua ja boleh dia turunkan bot nak bawak kami. Tapi abang tahu confirm mahal ni kalau dia bawak bot sendiri.

Boleh jugak ambik sebiji bot khas untuk ke Koh Panyee. Selalunya orang sini akan ingat pelancong la yang nak mai melawat Koh Panyee ni. Tapi abang dan adik abang nak naik bot dengan orang tempatan ja. Tak mampu la nak sewa bot sebiji ke sana. 

Tak salah abang kalau duit Malaysia dalam RM80-90 jugak kalau sewa sebiji bot. Dia akan bawak pi Koh Panyee dalam sejam dua jam dan kemudian bawak balik semula ke jeti Phang Nga Bay ni.

Mujur pakcik ni paham bahasa Melayu sikit-sikit. Jadi senang sikit la nak terang kat dia yang kami nak naik bot tempatan ja pi Koh Panyee. Baru dia paham. Dia tunjukkan abang jeti mana yang patut abang pi. Terima kasih ustaz.


Sampai Phang Nga Bay, kena tanya orang tempatan kat mana nak cari bot untuk ke Koh Panyee. Selalu depa tak berapa paham cakap omputih. Kena buat bahasa isyarat sikit. Mujur abang jumpa pakcik ustaz sorang yang boleh kecek Melayu sikit-sikit. Baru dia paham nak naik bot dengan orang tempatan. Kalau tak depa ingat kita nak sewa bot sebiji pi James Bond Island & Koh Panyee.

Ni kawasan nak tunggu bot tempatan ke Koh Panyee. Tengok ada makcik-makcik bawak barang dapur berkumpul tu, haa jeti dia la ni. Kalau tanya pun depa tak berapa nak paham. Abang agak-agak ja lah ni kawasan naik bot.
Barangan dari tanah besar yang akan diangkut sekali nanti naik bot ke Koh Panyee.

Ni jeti untuk ke Koh Panyee. Bot tak sampai lagi.

Kena serbu dengan rombongan pengantin yang mai berduyun-duyun nak ke Koh Panyee. Rasa macam abang pulak yang nak kahwin.

Yang ni rombongan pengantin tadi, bukan rombongan bersunat ye. Rombongan pengantin ni depa sewa bot lain sebab ramai.

Bot tempatan untuk ke Koh Panyee dah sampai. Walaupun kau tak faham bahasa Siam, kau ikut je makcik tu ke bot.

Surat berguni-guni tu nak bawak pi Koh Panyee. Ada kakitangan pos sorang yang ikut. Tambang bot THB50 (RM6) seorang untuk sehala.

Setengah jam jugak masa perjalanan ke Koh Panyee dari jeti Phang Nga Bay tadi.

Bentuk nak sama macam James Bond Island, tapi bukan dia. Inilah dia Pulau Panji.

Selamat tiba di Jeti Koh Panyee.

Bot tempatan yang bawak penumpang tadi ni akan turunkan kita di jeti ni.
Kelong-kelong ikan yang menjadi punca rezeki masyarakat muslim Koh Panyee.

Bot-bot panjang yang macam ni la yang bawak abang dan adik abang ke Koh Panyee.

Papan tanda info berkaitan Pulau Panji a.k.a Koh Panyee

Tandas kena bayaq THB10 (RM1.20). Penampakan pakcik dok lena di sebalik tabir.

Hasil pendapatan penduduk Koh Panyee datangnya dari jualan cenderamata.
Antara pilihan kuih muih yang dijual di Koh Panyee.

Muka makcik-makcik kat Pulau Panji ni sama macam muka makcik-makcik Melayu kita. Dah asal tok moyang dari Indonesia dulu.
Kehidupan seharian masyarakat Koh Panyee. Tapi budak² kat sini semua comel² segak².
Papan tanda arah untuk ke masjid dan kubur. Depa panggil 'Gu Bohr'. Kalau baca tak faham, bila sebut baru faham, oh kubur.



Sekolah rendah pun ada di Koh Panyee. Cuma sekolah menengah ja tak ada.
Segak² orang Koh Panyee ni. Boleh dilihat dari budak-budak sekolah tadika lagi. Kacuk darah Siam pulak.

Budak-budak tadika Koh Panyee dok main panas waktu rehat.

Anak² Koh Panyee. Cikgu mana cikgu? 😅

Budak-budak prasekolah Koh Panyee. Comel-comel ja semua dok dalam kelas.

Padang terapung baru Panyee F.C. Yang lama ada satu lagi.

Kantin sekolah cara Koh Panyee. Cikgu senduk nasi bagi makan anak murid.
Waktu rehat budak² sekolah. Ada sebuah masjid yang besar di Koh Panyee ni. Yang kubah emas tu.
Budak-budak sekolah tengah rehat.
Tok ni jual jajan. Budak-budak sekolah yang dok beli pun.

Ni ada nurseri mengasuh budak-budak.




Kerang-kerangan yang dijual sebagai souvenir.

Kebetulan ada kenduri kahwin masa abang pi tu. Simple ja perkahwinan mereka di perkampungan nelayan Koh Panyee ni. Pengantin perempuan orang Koh Panyi. Pengantin lelaki orang tanah besaq ya g mai naik bot satu rombongan tu.

Kenduri cara Koh Panyee. Makan berhidang masih menjadi tradisi masyarakat di sini. Macam masyarakat Melayu kita.


Di Pulau Panji ini tertubuhnya Panyee F.C, kelab bolasepak yang menjadi sebutan di seluruh Thailand.

Padang terapung yang menadi titik mula bolasepak di Koh Panyee.

Hangpa akan rasa beralun ikut ombak kalau berjalan atas padang terapung ni.

Main bola atas padang terapung ni confirm tak boleh shoot merata. Siapa nak ambik bola woi!

Masjid Koh Panyee dengan kubah emas yang boleh dilihat dari jauh tadi. Cantik dan bersih kawasan masjid dia. Masjid ni pun terapung atas laut tau. Berdiri di atas cerucuk ni.

Panyee Darussalam Mosque. Satu-satunya masjid di Koh Panyee.

Bersebelahan Masjid Darussalam Koh Panyee ada tanah perkuburan. Ini satu-satunya kawasan yang ada tanah di tepi bukit batu kapur yang kita tengok masa naik bot mai tadi.

Peniaga muslim yang menjual hasil kraftangan bersebelahan Masjid Koh Panyee. Adik-adik ni kalau tengok orang luar memang depa akan approach hangpa. Kalau taknak tolak la dengan cara baik beserta senyuman.

Mana-mana laluan atau lorong di Koh Panyee ni mesti ada makcik/pakcik jual souvenir. Nak balik tu singgah sat tengok apa yang menarik. Harga mahal sikitlah.

Bukan makcik bawang. Ni makcik jual bawang. Macam kedai runcit la ni jual bahan-bahan basah.

Goreng pisang harga standard. THB20 boleh 10 keping. Tapi padu goreng pisang dia.
Saja nak cuba rasa makanan di Koh Panyee. Sejenis bihun sup ka mee celup ke ni. Harga THB90. Mahal sikit berbanding di tanah besar. Yalah, nak angkut barang semua naik bot sampai Koh Panyee ni.



Orang depan abang ni bawak anak ke adik tu? Kalau macam ni lah memang rajin la abang ulang-alik pi Koh Panyee. Uhuk.

Order bihun sup ja. Ulam-ulaman penghias penuh meja.

Kucing di Koh Panyee besar-besar. Makan ikan hari-hari.

Bot panjang ni yang akan bawak penumpang dari Koh Panyee ke Jeti Phang Nga Bay. Tak ada waktu tetap pukul berapa bertolak balik. Tapi kalau waktu tengahari tengok ramai orang tempatan di Jeti tu maknanya ada bot yang akan bertolak balik semula ke jeti Phang Nga Bay.

Wajah-wajah tempatan penduduk Koh Panyee. Sayangnya tak boleh berbahasa Melayu. Depa tak faham pun kalau kita cuba cakap Melayu. Kena buat bahasa isyarat sikit kalau nak bersembang tu.

Naik bot dengan orang tempatan balik semula ke jeti Phang Nga Bay. Tambang sama macam pi tadi THB50(RM6) seorang. Tak ada waktu tetap pukul berapa bot akan bertolak balik. Kalau ramai penumpang baru bot jalan.

Balik semula ke jeti Phang Nga Bay kena menongkah arus muara sungai. Ayaq laut masuk bot habis. Kena pekup muka guna jaket keselamatan.

Ada Apa di Koh Panyee? | Dirakam sepenuhnya menggunakan Xiaomi Mi A1
#ShotOnMiA1
#XiaomiMiA1
#XiaomiMY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...