Iklan

17 Disember 2019

Cara Bawak Motor Naik Feri ke Langkawi

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

Macam mana nak bawak motor naik feri ke Pulau Langkawi?

Abang sendiri pun tak pernah sangka nak bawak kenderaan sendiri ke Langkawi ni. Yelah, tiap kali kali pi Langkawi selalunya sewa kereta di sana. Tak pernah lagi bawak kenderaan dari tanah besar ke sana.

Nak dijadikan cerita entah macam mana boleh terdetik nak bawak motor (bahasa lebih tepat lagi 'skuter' Modenas Elegan 250i) sendiri ke sana. Saja nak cuba jaya tengok macam mana proses dia nak bawak kenderaan naik feri ke Pulau Langkawi ni.

Sebelum-sebelum ni abang ada buat sedikit kajian di Facebook dan Google. Cari-cari sesiapa yang pernah bawak motor atau kereta sendiri ke Langkawi. Baca-baca sikit ambik input sini sikit sana sikit. Selebihnya jalan ja dulu! Nanti baru tahu macam mana!




Sebelum nak bawak kenderaan ke Langkawi kita kena tahu dulu syarikat apa yang menyediakan perkhidmatan membawa kenderaan ke Pulau Langkawi. Antaranya adalah:

3) Dibuk Cargo


Untuk ke Pulau Langkawi, kita kena bawak kenderaan sampai ke Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri di sana. Di Jeti Kuala Kedah ada tak perkhidmatan feri kenderaan ke Pulau Langkawi ni? Setahu abang tak ada. Semua yang nak bawak kenderaan sendiri perlu ke Jeti Kuala Perlis naik feri di sana.

Boleh semak di laman sesawang setiap syarikat untuk maklumat lebih lanjut tentang butiran perjalanan feri dalam sehari & berapa kos tambang untuk sesebuah kenderaan.

Jangan sorang-sorang PM tanya abang berapa kos nak bawak kereta/motor. Rasanya masuk tahun 2020 ni teknologi dah cukup maju kalau nak Google sendiri. Abang dah sertakan dah link tu. Tinggal nak klik cari ja. Takkan nak kena suap semua kot. Huhu.

Prosedur Membawa Kenderaan ke Langkawi


Apa yang kita kena buat sebelum bawa kenderaan sendiri ke Langkawi?

Mula-mula selak almari cari & bawak keluar dulu dokumen berikut:

1) Dokumen Kenderaan (Geran. Salinan pun boleh)
2) Salinan Kad Pengenalan Pemandu

Dokumen ni penting untuk kita isi dalam borang online nanti. Selesai satu bab. Bila dah jumpa kedua-duanya, baru kita boleh tempah (booking) online di website syarikat perkhidmatan feri ke Langkawi.

Abang menggunakan syarikat perkhidmatan feri Langkawi Auto untuk yang ni. Depa kata elok sikit Langkawi Auto ni. Feri pun baru. Abang tak boleh bagi komen yang tu sebab ini kali pertama abang naik. Syarikat lain abang pun tak pernah naik lagi.

Langkah seterusnya. Buka laman web Langkawi Auto dan isi segala perincian yang diminta untuk membuat tempahan (booking). Sekejap ja nak isi ni. Macam isi nak beli tiket wayang ja. Janji dokumen semua dah ada kat tepi. Senang nak masukkan detail dia.

Abang buat sambil-sambil makan nasi ja ni. Abang booking ni pun dalam 3 hari sebelum. Hari Sabtu nak pi, hari Rabu baru booking.  Mudah sahaja nak booking online di laman web Langkawi Auto ni.

Bila kita booking online ni kita kena bayar la siap-siap bila dah confirm booking tu. Pihak Langkawi Auto akan keluarkan satu dokumen yang dipanggil 'e-ticket' masa lepas kita booking. Jadi e-ticket ni kita kena cetak & bawak masa hari kejadian kita nak naik feri tu.

Dah lepas booking ni, kita cuma perlu email sahaja salinan geran & salinan IC kita ke Langkawi Auto. Siap!


Nampak seperti disinari nur kasih bukan? Abang bergerak lepas Subuh dari Penang, keluar susur Alor Setar ikut jalan lama ke Kuala Perlis. Singgah Masjid Al-Maghfirah, Kampung Kepala Batas Pauh. Sakit perut sebenarnya.

Berapa kos tambang feri bawak motor 250cc?

Jadi macam abang yang bawak skuter Modenas Elegan 250i ni ke Langkawi, kita kena bayar RM64 sehala. Dah pergi takkan tak balik kan. Jadi tambang feri keseluruhannya pergi balik RM128. Jumlah ni dah merangkumi insuran sekali.

Harga tambang feri ni dah termasuk sekali dengan penunggang motorsikal. Jadi kalau bawak pembonceng kena tambah pulak tambang feri biasa ke atas pembonceng/penumpang tersebut. Sama jugak bagi yang bawak kereta pun.

Katakan kalau ada pembonceng kena la tambah lagi RM36 (RM18 sehala x 2). Kalau bawak kereta, penumpang ada 3 orang pandai-pandai hang kira berapa. Kalau pi sorang dua tak apa, tapi kalau pi ramai-ramai ni makan kos la sikit kalau bawak kereta.

Bagi setiap kenderaan yang naik feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi ni berbeza tambangnya mengikut kelas dan 'cc' enjin kenderaan. Kalau bawak motor kapcai 'cc' kecik murah lagi berbanding dengan motor dengan 'cc' yang lebih besar. Boleh rujuk website Langkawi Auto untuk melihat kadar tambang kenderaan denagn lebih lanjut.


Lawa Masjid Al-Maghfirah ni. Tak boleh lepak lama, nak kejar pi Kuala Perlis. Feri pi Langkawi nak bertolak pulak pukul 9.30 a.m.

Setiap hari ada dua kali perjalanan feri membawa kenderaan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Begitu juga dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis. Selalunya masanya tak tetap, tapi pasti ada sekali di waktu pagi & sekali di waktu petang. Kena check online tengok waktu hari yang hangpa nak pi tu.

Tapi tak ada jaminan hangpa booking online lewat pun boleh dapat naik feri kenderaan ke Langkawi ni. Dia ada kuota dia berapa biji kenderaan boleh muat dalam feri tu. Kalau elok booking awal. Jangan ikut cara abang main redah je. Sebab abang pernah tengok ada hari sekian-sekian tiket feri dah sold-out, terutama sekali cuti sekolah ni.

Kalau hangpa dah email salinan geran & salinan IC siap-siap kat Langkawi Auto ni waktu kita check-in pagi tu dia tak mintak dah. Cuma kena tunjukkan e-ticket yang dia bagi tu ja. Terus boleh naik feri lepas tu. Tapi pastikan hangpa check-in dulu pagi tu di pejabat Langkawi Auto untuk pengesahan.

Waktu abang naik hari tu hari Sabtu pagi. Feri dijadualkan pukul 9.30 a.m. Kalau ikutkan kita kena mai 2 jam lebih awal. Macam naik flight la. Nak kena check-in dulu di pejabat Langkawi Auto.

Proses dia mudah & lancar ja. Abang beratur tak sampai 5 minit dah siap. Cuma tunjukkan e-ticket tu. Dia akan bagi kita satu kad bernombor. Kad tu nanti kita bawak pi tunjuk kat feri.


Jalan lama Alor Setar-Kuala Perlis. Santai-santai ambik angin pagi tengok suasana kampung.

Satu yang abang boleh bagitau staf-staf Langkawi Auto ni melayan anda dengan cukup baik. Bermula dengan proses check-in di pejabat dia yang tak jauh dari jeti. Abang-abang yang jaga parking dalam feri pun sempoi mempoi. Memudahkan urusan kita sebagai pelanggan.

Abang parking motor di suatu sudut belakang feri. Tak payah ikat apa, cuma kena double stand ja. Motor tak banyak sangat yang naik feri ni. Yang banyaknya abang tengok lori yang bawak barang. Kenderaan persendirian pun tak banyak, boleh kira.

Di bahagian atas feri ada ruang berhawa dingin untuk penumpang lepak. Boleh la kalau nak lena dalam tu. Cafe pun ada atas ni jual roti bakar & Maggi. Boleh la kalau nak alas perut tu.

Tapi abang banyak mundar-mandir berlegar-legar seluruh kawasan feri. Macam naik Star Cruise woo! Tandas semua bersih dah elok. Cuma kolam renang ja tak ada atas feri ni. Haha.

Feri bergerak tepat pada masanya pukul 9.30 pagi. Jarak perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau naik feri penumpang biasa dalam 1 jam 15 minit dah boleh sampai. Tapi feri ni dah bawak kenderaan dia berat la sikit. Tu yang lambat sikit tu.

Elok jugak lmbat-lambat ni. Santai-santai sambil boleh tengok pemandangan yang cukup lawa bila feri melintasi pulau-pulau kecil yang ada di sekitar Pulau langkawi. Rasa macam dok kat Krabi pun ada.

Selamat tiba di Jeti Kuala Perlis. Kena pi tunjuk 'e-ticket' yang kita booking online tu di pejabat Langkawi Auto dulu.

Tak payah tunjuk salinan geran & IC dah bila mai sini. Hari tu kita dah email siap-siap lepas booking online. Tapi elok bawak jugak simpan bawak seat untuk rujukan.

Parking skuter Modenas Elegan 250i di sudut tepi feri sekali dengan motor-motor pekerja. 

Pukul 9.00 pagi lori & kereta masuk memenuhkan feri Pukul 9.30 pagi feri bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.

Masjid Kuala Perlis di kejauhan dari atas feri.

Ni feri penumpang biasa kalau kita naik dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.

Tiba-tiba dah sampai Krabi. Pemandangan dari atas feri kenderaan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi cukup mengasyikkan.

Tak sempat nak lena dalam feri sebab pemandangan pulau-pulau kecil sekitar Langkawi cukup lawa.

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dengan feri kenderaan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau naik feri penumpang biasa dalam 1 jam 15 minit dah boleh sampai.


Feri-feri penumpang potong dengan selamba sahaja. Yalah depa laju. Beza dekat 45 minit jugak.

Sepanjang perjalanan selama 2 jam ni hangpa boleh mundar-mandir pusing-pusing atas feri. Boleh tengok macam-macam tempat macam Star Cruise wooo!

Nak rasa-rasa macam naik kapal mewah Star Cruise cukup la naik feri bawak kenderaan pi Langkawi ni ja. Jenuh pusing atas ni. Cuma tak tahan tak tahan panas ja. Pemandangan abang jamin memang lawa.

Penat main panas kat luaq boleh masuk dalam kawasan berhawa dingin dalam feri ni. Aircond sejuk woo dalam ni. Tapi orang tak ada sangat pun. Semua pakat syok lepak di luar.

Anda lapar? Boleh ja beli makanan ringan dalam feri ni. Ada cafe untuk penumpang menjamu selera. Tapi depa jual roti bakar dengan Maggi ja lah yang ada. Haha.

Feri kenderaan Kuala Perlis-Langkawi ni bukan ada orang sangat pun. Sini kerusi lebih dari orang. Boleh lepak bahagian ni buat kerja atau pun tengok movie sambil terlena.

Selamat tiba di Pulau Langkawi. Feri berlabuh menurunkan kenderaan di Pelabuhan Tanjung Lembung.
Feri akan menurunkan kenderaan di Pelabuhan Tanjung Lembung dan bukan di Jeti Pekan Kuah. Turun dari feri kita akan nampak pejabat kastam, tapi kita tak payah buat apa pun. Keluar macam biasa. Tak sangka sampai jugak Pulau Langkawi bawak motor sendiri.

Waktu balik nanti pun prosedurnya sama. Hangpa kena pi balik pejabat Langawi Auto di Pelabuhan Tanjung Lembung ni. Tunjukkan e-ticket yang hangpa cetak tu kepada staf Langkawi Auto. Nanti dia akan semak dan pihak Langkawi Auto akan keluarkan sehelai surat kastam.

Surat kastam ni nanti hangpa kena serahkan kat pegawai kastam yang bertugas. Situ ada lorong motor, hangpa ikut ja lorong motor tu. Ada pegawai kastam dok tunggu dah. Cuma bagi ja surat kastam yang dikeluarkan pihak Langkawi Auto tu. 

Tak payah bayaq apa-apa. Depa tak check pun barang apa yang kita bawak masa nak keluar dari Langkawi tu. Tu pengalaman abang la bila bawak motor sendiri.

Syok woo bawak motor sendiri nih. Kita sahaja yang kenal motor kita macam mana. Langkawi pulak jalannya berbukit-bukit dengan corner-corner yang sangat aman untuk dinikmati.

Air Terjun Temurun Langkawi. Air terjun bertingkat yang tertinggi di Langkawi.


Air Terjun Temurun ni bersumberkan sungai dari utara Gunung Mat Cincang.

Curahan air yang banyak dapat dilihat di Air Terjun Temurun ketika musim hujan iaitu dari bulan September-Oktober

Ayaq sungai jernih di Air Terjun Temurun. Mana semua orang ni? Jangan sampai abang turun mandi!

Tidak cukup Perlis kalau hangpa makan laksa tak campur sekali dengan pulut udang. Ya, campuq gaul sekali nah. Bukan makan asing-asing. Cuba try tengok macam mana dia pergi.

09 Disember 2019

Part 4 | Backpacking Bajet Jeju : Selamat Tinggal Jeju!



Untuk sambungan bahagian terakhir Backpacking Bajet Jeju ni abang tak ada apa dah nak cerita sebenarnya. Ni cerita pasal naik bas dari pekan Seogwipo balik ke Airport Jeju je ni. 

Selain dari tu abang rasa banyak yang abang nak merepek ja dalam ni.

Flight bertolak balik dari Jeju ke Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang. Masa perjalanan pulak selama 6 jam. Masa pergi hari tu rasa berakar bontot woo dok lama-lama dalam flight!




Pi Jeju ni la penerbangan terlama yang abang pernah naik. Selalu paling lama pi Kota Kinabalu pun baru 3 jam. Ni kena 6 jam! Bernanah punggung!

Dah la tak biasa, ni nak balik pulak kena naik 6 jam pulak lagi. Dah la dapat duduk tepi tingkat hari tu. Mati keras kat situ nak pi toilet memang tak dah la. Nak kena langkah banyak barisan sangat.

Itu sahaja cerita kita hari ni. Luahan perasaan naik flight lama-lama. Macam mana la agaknya kalau pi London kena naik flight non-stop 12 jam?


Choi Hostel Lady atau nama lainnya Jeju R Hotel yang terletak di Seogwipo. Yang terbaru sekarang dah tukar nama lagi kalau tak silap. Abang cari balik dah tak jumpa hotel ni.

Menggayakan posing acah-cah dengan jaket terbaru yang baru dibeli di Maeil Olle Market Seogwipo semalam.

Jalan kaki pi bus stop di jalan besar pekan Seogwipo. Nak tunggu bas nombor 600 ke Airport Jeju.

Dok tercongok tunggu bas. Abang main gagau je ni ikut Google Maps. Sebab masa kami mai hari tu bas tu berhenti kami di seberang jalan ni. Jadi nak pi Airport Jeju naik bas mesti la tunggu sini.

Hentian bas atau bus stop untuk bas nombor 600 (Jeju Airport Shuttle) di tepi jalan besar Seogwipo. Tak jauh pun dari hotel kami. Jalan kaki dalam 5 minit macam tu ja. Ada tulis Airport Limousine Ticket Office. Ada pejabat kecik dia di situ.

Orang lain pun ada yang tunggu sekali nak pi Airport Jeju naik bas awam. Mudah dan efisien bas awam di Jeju ni. Tak payah tunggu lama, kurang 15 minit mesti ada bas yang mai.


Sambil-sambil tunggu bas tengok pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Seogwipo dok buat kerja depan ni. 

Dah naik bas nombor 600 Airport Limousine dia panggil walaupun dia sebuah bas. Bas mewah la kiranya ni. Dia tak berhenti banyak tempat. Dia akan berhenti ambik orang di kawasan yang ada hotel & resort-resort ja di kawasan sekitar Seogwipo.

Tambang bas dari Seogwipo ke Airport Jeju tambang dia lebih kurang 5,500 Won (RM 20). Dekat RM 20.00 seorang sekali jalan ni. Tapi tak boleh la kita convert jadi duit Ringgit camtu ja. Depa kos hidup tinggi. 5,500 Won ibarat RM 5.50 kita la senang cerita.

Perjalanan ke Airport Jeju dengan bas ni mengambil masa selama 1 jam 20 minit jugak kalau dari Seogwipo

Pemanduan di Korea di sebelah kanan. Kadang-kadang kita pulak yang terlebih seriau. Sebab dah terbiasa dengan pemanduan di sebelah kiri.

Sedang menikmati pemandangansaat-sat terakhir bumi Jeju yang akan ditinggalkan.

Mula-mula kami naik di Seogwipo memang bas agak kosong. Tapi bila menghampiri Airport jeju semakin ramai orang yang naik.

Sesungguhnya tak dan puas berjalan kalau setakat 4 hari 3 malam kat Pulau Jeju ni. Kurang-kurang kalau ada seminggu pun dah cukup rasanya.


Bas berhenti ambik penumpang lain di tepi jalan besar yang nak ke Airport Jeju. Ni drebar bas tiap kali orang nak naik dia kena bukak bonet bawah bas.

Kad T-Money yang abang guna untuk urusan naik bas ada lagi baki dalam dia. Abang simpan kat Malaysia untuk kegunaan di kemudian hari. Takut-takutlah sampai jeju lagi.

Bas pun bawak laju boleh tahan jugak kat Jeju ni. Tapi kat kawasan highway je lah. Jalan biasa depa slow & steady.

Nak masuk pusat bandar Jeju City biasalah sesak sikit. Kalau hangpa nak naik bas pastikan pi awal sikit. Kurang-kurang 2 jam awal kena ada kat Airport Jeju dah. Abang pun cuak jugak sebenarnya sebab kami sampai airport dah lambat!

Alhamdulillah selamat tiba kembali di Airport Jeju. Bas akan turunkan kita di bahagian atas (tempat arrival).

Bas nombor 600 Airport Limousine Jeju turunkan penumpang di Airport Jeju. Drebar turun buka bonet bawah. Siap tunduk terima kasih kat sorang-sorang siapa yang naik tadi.

Gambaran luar Jeju International Airport. Abang sendiri pun tak sangka boleh sampai ke Jeju dalam waktu yang singkat ni. Tak ada plan apa sangat, 2-3 hari baru nak pi baru beli tiket. Dapat murah on sahajalah.

Laluan masuk ke bahagian perlepasan Jeju Aiprt. Ada jalan besar depan yang diawasi oleh makcik-makcik yang barbaju merah mengawal lalulintas ibarat polis trafik.

Tak sempat ambik gambar makcik baju merah. Kalut dah lambat ni. Dah la kena masuk check-in flight dulu. 

Kedai serbaneka di bahagian ruang menunggu Airport Jeju. Duit Won ada balance sikit-sikit lagi. Ingat nak habiskan beli kopi ke apa, ruanya tak cukup. Biasalah mahal sikit dalam ni.

Ruang menunggu lepas imigresen Airport Jeju. Makcik-makcik Malaysia mudah didapati di sini. Flight balik pukul 3.00 petang waktu Jeju.

Yang menariknya dan menjadi kemudahan bagi umat Islam untuk menunaikan solat di Airport Jeju ni disediakan sebuah bilik sembahyang. Bilik sembahyang ni dia tak spesifik untuk solat sahaja, nak sembahyang bagi agama apa pun boleh. Dia panggil 'Prayer Room'.

Prayer Room di Airport Jeju ni tak adalah besar mana, tapi cukuplah kalau nak solat 4-5 orang sekali dalam satu-satu masa. Tiada tirai untuk asingkan orang perempuan, jadi siapa yang dapat dulu, sembahyang la dulu.

Yang menjadi masalah, ada orang-orang yang tak sembahyang pun duduk lepak dekat situ. Ada makcik-makcik yang duduk main hanset depan pintu. Yang kaum lelaki nak masuk kadang-kadang tu jadi segan jugak. Ini yang dinamakan 'common sense'.

Dah tau kawasan tu orang nak sembahyang, pi la dok tempat lain. Kat situ jugak hangpa nak bertenggek melepak. Dah sudah sembahyang bagi ruang kepada orang lain pulak.

Nampaknya kawasan Prayer Room dikuasai orang Malaysia. Yang menjadi satu lagi masalah, budaya Malaysia di bawa ke sini. Kadang-kadang naik malu pulak kita.

Kawasan Prayer Room tak ada kawasan untuk ambik wuduk atau air sembahyang. Jadi siapa yang nak ambik wuduk kena pi tandas yang berhampiran.

Ambik wuduk tu takpalah, yang jadi masalah basah penuh bilik ayaq dengan air. Orang Korea budaya dia toilet kena selalu kering. Kalau basah akan mengotorkan keadaan toilet.

Yang pakcik makcik Malaysia kalau ambik air sembahyang sampai kaki naik atas sinki nak basuh kaki. Berjurai ayai menitik. Lepas tu tak dilpa pulak bersih-bersih dengan tuala. Maka heretlah kasut dan ayaq tu sekali pi kat luaq bawak pi Prayer Room.

Tepuk dahi makcik cleaner & petugas kebersihan yang dok jaga tu. Kita buat budaya Malaysia kat tempat orang. Sembahyang tu bagus, tapi air menitik sampai luar tak lap dulu elok-elok tu pasal pa.

Jenuh ahjumma pi mop balik. Dah mop mai lagi 2-3 orang buat balik benda yang sama. Abang malu kadang-kadang tu. Takkan tak boleh pikir benda macam tu apa impak dia kepada orang lain.

Bukan naik Korean Air pun. Naik Airasia ja dari Jeju balik Kuala Lumpur. Kita rakyat marhaen biasa ja. Baggage pun tak ambik. Huhu.

Dah selamat masuk dalam flight Airasia. Berangkat pulang kita ke Kuala Lumpur!


Selamat tinggal Jeju! Insyaallah ada masa abang datang balik! Tak puas lagi pusing-pusing pulau ni!

Selamat mereput 6 jam Jeju-Kuala Lumpur kebas punggung!

Selamat meninggalkan bumi Jeju pukul 3.00 petang waktu tempatan. Insyaallah, kalau diizinkan abang akan kembali ke sini.

Lupa, ketika catatan ni ditulis, abang dah pi Pulau Jeju lagi sekali. Masa yang pi awal ni bulan Mei 2018. Kali ni yang kali kedua ni kami pi terjah balik pada bulan November 2018.

Jadi satu tahun 2 kali kata kau kami pi Jeju ni. Kalau trip ni cuma berdua, trip seterusnya kami dengan kekuatan anggota seramai 4 orang. Abang dan adik abang dah pasti. Lagi 2 orang kawan-kawan sekerja.

Oleh kerana kena pada waktunya dah masuk musim sejuk ketika itu, kami namakannya trip 'Mencari Salju di Jeju'.

Nantikan. Jeng jeng jeng.

Dengan ini catatan Backpacking Bajet Jeju tamat secara rasminya. Segala kos perjalanan atau itinerary hangpa boleh ekstrak balik dari catatan-catatan abang sebelum ni. Abang jarang nak buat itinerary. 

Abang cuba la kalau ada lebihan masa untuk rumuskan sikit trip 'Backpacking Bajet Jeju' ni beserta dengan perbelanjaan. Tu pun kalau la ada lebihan masa. Ni pun banyak cerita & gambar yang tertangguh lagi nih. Abang tak berani janji,n tapi abang cuba.

Sekitan. Tamat. Terima kasih sudi membaca cerita abang. Kita jumpa lagi dalam catatan yang seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...