Iklan

13 Oktober 2011

Cameron Highland via Tapah

Perjalanan ke Cameron Highland yang tidak dirancang semasa cuti semester yang lalu. Semasa aku tengah bekerja di Crocs Mont Kiara. cuti satu hari yang diisi sepenuhnya. Bertolak dari Kuala Lumpur sebelah petang, sampai di Tapah hampir Maghrib. Sesaje ingin mencuba Jalan Tapah-Cameron Highland. Agak seram juga sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir sejam lebih. Jalan yang berliku-liku boleh membuatkan orang yang tak tahan muntah. Aku nasihatkan gunakan jalan Simpang Pulai-Cameron yang lebih selesa. Laluan ini hampir hutan keseluruhannya. Amat gelap semasa malam.

Kereta yang berselisih pun hanya sebiji dua diselang-seli dengan lori. Boleh lihat masyarakat orang asli balik memburu bersama hasil hutan. Ada penempatan orang asli semasa melalu jalan ini. Boleh tgk jugak ada yang tengah mengayam tikar pada waktu malam bertemankan cahaya api. Sepanjang perjalanan anda bolh nampak gerai-gerai penduduk masyarakat orang asli di tepi jalan. Kalu masa siang boleh nampak diorang jual hasil hutan macam petai, pokok-pokok kayu dan segala macam lagi. 

*Teringat kata-kata seorang rakan berbasikal semasa melalui Jalan Tapah-Cameron Highland ni. Orang asli  dengan jujur berkata padanya: "Buat apa susah-susah naik basikal bang, bas kan ada"..Aiseh=)
Jalan dari Tapah ke Ringlet, di waktu malam.


Pekan Brinchang di pagi hari.

Hotel penginapan di pekan Brinchang.

Rondaan ke Kaktus Point selepas sarapan.

Pelbagai variasi warna kaktus ada di sini.

seterusnya ke Bharat Tea Plantation.

Ladang teh yang tidak begitu besar jika hendak dibandingkan dengan Boh Plantation.

Kehadiran lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Kedah.


Sesi tengahari ke Boh Plantation di Sungai Palas.

Cafe untuk minum teh ala-ala tergantung.

Leh shopping2 dalam nih.

Macam jenis teh keluaran Boh dijual dalam nih..Cenderahati pun ada.

Sungai Palas visitor centre.

Kilang pemprosesan Boh Tea.

Panorama dari Cafe Boh. Ada sekolah bawah ni.

Mat Saleh  ngan Pak Arab yang ramai kat sini.

Adik aku.

Pasar berdekatan Hotel Equatorial Cameron Highland.

Ke Ladang Strawberry-Big Red Strawberry Farm

Tanaman Hidroponik ada di sini.

Tomato yang belum cukup sifat.

Adik aku dan tomato.

Ladang Strawberry yang agak tinggi di pekan Brinchang ini. Mencanak jugak nak naik.

Kembali ke ibukota. Melalui laluan yang sama. Jalan Tapah-Cameron Highland.. Banyak orang asli yang berniaga di tepi jalan.

Latar Iskandar yang terletak diantara Tapah dan Ringlet, Cameron Highland.


Kalua dari highway Utara Selatan (PLUS) boleh nampak air terjun ini.

Gua dan air terjun Lata Iskandar.

28 September 2011

UKM MTB Mini Jamboree 2011

Last week, gua ngan member gua join UKM Lerun Mini Jamboree 2011 yang diaidakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Bergerak dari Segambut jam 6.30 pagi dan sampai ke lokasi lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai2, terus unload bike dan menyiapkan diri. Katanya kul 7 lebih dah start. Last2 kata kul 8 lebih baru start lepas senamrobik. Menyirap je. Nasib baik la ada roti percuma penyejuk hati. Tepat kul 8.30, race begin. Cuaca masa ni dah agak panas. Psycho je kayuh.

Race ni lebih kurang 22km bukan 30km seperti yang dinyatakan melalui laman web. Jarak yang boleh dikatakan pendek berbanding dengan jamboree2 yang terdahulu. Dah nama pun Mini Jamboree. Kakitangan dan Marsyall pula terdiri daripada pelajar UKM sendiri, kebanyakannya Ustazah2 pilihan..layanan pun boleh dikatakan mesra pelanggan..=)



Starting Point,End Point

Sesi Cabutan Bertuah
Loading My Corratec
Antara gerai2 yang dibuka semasa Mini Jamboree ini
Gua semasa nak sampai end point.Thanx to bro yang capture gambar aku ni.
Sesi mengambil Goodies sehari sebelumnya
Banner
Member aku yang baru layan MTB, 1st time join
Upacara pelepasan peserta
Sebelum upacara pelepasan peserta
Lebih kurang 700 peserta hadir.

Selesai kayuhan.Kotor tak hingat.
My Corratec Baco + Merida TFS

Selamat Jalan, Packing Back Home

Catatan Kerja di Crocs Mont Kiara

Cuti 4 bulan yang lepas, bermula dari bulan Mei 2011 sehinggalah September 2011 adalah masa yang paling sesuai buat duit. Sesuai dengan status sebagai student IPTA, duit selalu saja short, maka dengan itu aku pun mengorak langkah mencari kerja kosong di sekitar Kuala Lumpur. Cari punya cari maka dapatlah aku kerja sebagai Shop Assistant di Crocs Concept Store 1 Mont Kiara.

Sebelum tu puas aku cari kerja merata K.L. Tapi semuanya ditolak. Katanya tunggu lah 2-3 hari lagi dia akan call tapi habuk pun tarak. Last2 aku tanya la member aku anak tuan rumah, katanya Crocs Mont Kiara nak pakai orang. Aku pun setelah direkemen olehnya pergilah interview dan dapat jugak lah kerja di Crocs 1 Mont Kiara ni.
Ruang Dalaman

Kids Display

Kadang2 ada pameran di Lobby.


Susunan warna Crocs diambil kira

For adult

Crocs 1 Mont Kiara


Sempat bergambar bersama anak orang Korea
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...