Iklan

18 Oktober 2015

Berbasikal Lipat di Taman Seri Empangan Putrajaya

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Ada yang panggil Taman Seri Empangan dan ada jugak yang panggil Taman Tasik Empangan. Yang pasti kedua-duanya taman ini berada di lokasi yang sama.

Cadangnya nak kayuh basikal lipat di Taman Seri Empangan, tapi jerebu tebal yang melanda negara beberapa minggu lepas memaksa abang sekadar bergaya sahaja dengan basikal lipat. Mujur bawa drone, bolehlah abang berterbangan bebas di udara mengambil gambar kawasan sekitar.

Selepas berpeluang berbasikal lipat di Taman Saujana Hijau di Presint 11 Putrajaya beberapa bulan lepas, kali ni abang berpeluang lagi berbasikal lipat di salah satu taman-taman awam yang di Putrajaya iaitu Taman Seri Empangan.

Taman Seri Empangan yang dibuka pada tahun 2007 ni terletak di Presint 5 berhampiran dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau dengan nama omputihnya Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tak jauh mana pun, dari taman ni boleh nampak PICC yang terletak di atas bukit. Nak cari Taman Seri Empangan, cari PICC dulu maka jumpalah ia.


Kalau dulu ada restoran ikan bakar yang beroperasi di sini kalau tak salah abang, tapi ianya telah ditutup. Ada restoran lain abang tengok orang duduk makan dan minum. Tak pasti pulak restoran apa sebab abang tak pi tengok dekat-dekat.

Bagi yang nak kayuh basikal atau pun nak berjoging di Taman Seri Empangan ni, trek laluan khas disediakan untuk pengunjung. Ada beberapa buah pondok boleh digunakan di sini untuk beristirehat. Yang nak berkelah pulak, bawa ja tikar dari rumah dan bentang sendiri. Tak ada sapa yang nak marah.

Yang ada anak-anak kecik, boleh lepaskan anak-anak bermain di taman permainan. Kemudahan lain seperti tandas dan surau turut ada di Taman Seri Empangan ini. Dari kawasan taman boleh nampak bangunan 'tiga beradik' dan Jambatan Seri Gemilang di kejauhan.

Abang tak sempat nak meronda kawasan sekitar bawah Jambatan Seri Gemilang. Semput dalam jerebu. Kalau kayuh basikal di sini boleh lajak pi sampai Marina Putrajaya keliling tasik.

Bagi geng-geng hipster pulak, menggeletis habislah mereka bila jumpa pemandangan jambatan di tepi empangan. Bersiap sedialah nak ambik gambaq ber-caption-kan ayat-ayat deep untuk dimuatnaik ke laman sosial Instagram.

Kena pi lain ni. Tak puas hati tak dapat kayuh basikal hari tu.



Berbasikal lipat di Taman Seri Empangan, Putrajaya. Gambaq eksyen ja lebih.

Jambatan ikonik Taman Seri Empangan yang ditutup kepada orang ramai.

Keadaan jerebu yang agak teruk di Taman Seri Empangan dan Putrajaya khususnya.

Bangunan 'tiga beradik' di Putrajaya hilang dalam jerebu tebal.

Abang dan permainannya berpisah tiada.

Jambatan Taman Seri Empangan yang ditutup.

Senibina menarik jambatan yang terdapat di Taman Seri Empangan.

Salah sebuah pondok kecil di Taman Seri Empangan.

Perempuan dan selfie berpisah tiada.

Larangan memancing di Taman Seri Empangan.

Air melimpah yang mengalir perlahan.

Suasana petang di Taman Seri Empangan.


Lokasi di bawah jambatan Taman Seri Empangan.


Limpahan air empangan.

Kanak-kanak bermain riang.

Mendongak melihat hala tuju hidup.

Waktu jerebu hari tu tak ramai sangat orang mai Taman Seri Empangan di Putrajaya ni. Yalah, dah jerebu ni nak cari penyakit apa beriadah dok sedut asap. Mungkin juga taman ni kurang popular jika nak dibandingkan dengan taman-taman awam yang lain yang ada di Putrajaya.

Nak cari lokasi penggambaran kahwin atau konvo yang menarik di Putrajaya bolehlah cuba datang ke Taman Sri Empangan ni. Tak ramai orang dan pemandangan pun menarik. Masakan tidak, penggambaran drama dan filem pun buat dekat sini !

Abang syak orang Putrajaya pun entah pernah mai ke tidak Taman Seri Empangan ni. Percayakah anda di Putrajaya ada 7 jambatan semuanya ? 

Ini adalah hasil tangkapan abang di Taman Seri Empangan dengan menggunakan drone.



Jambatan Taman Seri Empangan.

Menyusuri jambatan Taman Seri Empangan

Orang tak boleh masuk, drone boleh masuk.

Ada kakitangan yang bertugas di empangan Taman Seri Empangan ini.

Lengkungan jambatan yang berbeza.

Taman Seri Empangan dari sudut pandang yang lain.

Taman Seri Empangan dari perspektif drone.

Jerebu tebal tak nampak apa.

Jarak penglihatan terbatas di Taman Seri Empangan.

Jambatan Seri Gemilang dan bangunan 'tiga beradik' hilang dalam jerebu.

IPU jerebu di Putrajaya melebihi 150 pada hari tersebut.

Bukan waktu subuh tapi menghampiri waktu Maghrib.

Salah satu babak dalam 'Zombie Apocalypse'.

"Welcome to Silent Hill Malaysia".

Tunggu nak bawa keluar shotgun dah ni.

Air yang melimpah dialir keluar.

Jambatan Taman Seri Empangan dengan cuaca ala-ala Eropah.

Untung sekolah boleh cuti sehari berikutnya akibat jerebu.

Tak boleh jadi ni. Kena repeat lain berbasikal lipat di Taman Seri Empangan. Tak puas hati.

Air tasik yang tenang di Taman Seri Empangan.

Restoran Taman Seri Empangan, tempat nak lepak makan minum.

Geng-geng muda dari Arab cukup seronok tengok abang main drone.

Pondok kecil tadi diTaman Seri Empangan. Ada 5 buah pondok semuanya.


















Sebelum balik, menyempat lagi terbangkan drone di Masjid Besi sementara menunggu waktu Maghrib.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...