Iklan

14 Mei 2019

Jejak Ramadan Selatan Thai 1439H/2018 dengan Modenas Elegan 250i (Penang-Betong)

Fuh trip lama masuk Siam naik skuter bulan puasa tahun lepas dah nak masuk bulan puasa seterusnya baru nak menulis ni. Haha.

Dah lama dah abang nak tulis cerita Jejak Ramadhan Selatan Thailand ni tapi tak meyempat. Sibuk dengan urusan duniawi.

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan puasa minggu depan ni. Maksudnya cerita ni dah tergantung dekat setahun.





Keinginan nak merasai suasana Ramadhan di selatan Thailand ni memang dah lama abang pendam. Cuma dok cari waktu & masa yang sesuai ja.

Alhamdulillah diberikan peluang & ruang seminggu sebelum raya 2018. Dapat la cuti seminggu. Macam biasa la bukan plan apa pun nak masuk Selatan Thai ni dengan motor. 

Waktu akhir sekali masuk Siam secara solo dengan motor sendiri masa tahun 2014 dulu dengan skuter Yamaha Nouvo LC. Masa tu pusing-pusing belah Satun, Hat Yai & Songkhla. Masuk ikut pintu sempadan Padang Besar, keluar balik ikut Bukit Kayu Hitam.

Wah hebatnya kamu, yakinnya kamu!

Untuk trip tetiba je ni abang macam biasa la tetap single mingle ride solo. Bergerak dari Penang, kali ni abang bawak masuk motor skuter Modenas Elegan 250i masuk ke Siam melalui pintu sempadan Betong di Pengkalan Hulu, Perak.

Betong


Dah lepas cop passport Malaysia. Di antara imigresen Malaysia & Thailand nak masuk ke Betong hangpa boleh jumpa batu sempadan Malaya-Thailand ni. Kalau tak cop passport Malaysia pun boleh ja nak masuk sampai sini. Tunjuk IC kat Imigresen Malaysia cakap nak pi shopping kat zon bebas cukai Betong.

Tiap kali siapa yang lalu nak masuk Betong ni gambar wajib 'Kingdom of Thailand'. Kali ni bawak masuk Modenas Elegan 250i pulak masuk Siam. Tahun 2014 dulu dah pernah bawak Yamaha Nouvo LC pusing Siam.

Kena buat dulu urusan dokumentasi diri & motor sebelum masuk Siam. 'Kad putih' atau Arrival Card ni boleh ambik atau beli kat orang Siam yang dok jaga kat situ. Depa tolong isi dah siap-siap bila kita bagi passport.

Depa kata kalau nak bawak motor masuk ikut Betong kena pi balai polis IPD Pengkalan Hulu dulu dapatkan surat kebenaran dari polis. Abang pun pi la balai polis IPD Pengkalan Hulu. Dia keluarkan surat kebenaran ni lepas dia check tengok kita tak ada rekod jenayah & saman. 

Makcik-makcik yang dok buat urusan jual beli 'white card' atau Arrival Card. Bagi passport & bayar RM2.00 tak salah abang untuk depa isi. Bila nak ambik sendiri tak ada white card ni. Surat menyurat nak bawak kenderaan pun depa ada. Beli ja kat sini.

Tengok berapa ramai orang dok beratuq nak masuk Betong bulan puasa. Boleh jugak kalau nak beli borang kastam untuk bawak kenderaan & penumpang kat sini. Abang dah print siap-siap borang ni (muat turun online), tinggal nak isi ja.
Nak beli 'White Card' di belah kiri tu yang ramai-ramai tu. Nak cop passport masuk ikut pintu  tulis 'passport control' tu. Orang tak ramai sangat nak masuk Betong waktu ni. Yang ramai nampak waktu nak beli 'White Card' tu ja.

Cop passport Thailand kat belah sini. Lengang ja orang. Mujuq kastam Siam sikit punya manis. Tak payah selit-selit duit RM1.00 macam yang hang biasa buat nak masuk Dannok tu.
Panduan mengisi borang Imigresen T6 bagi yang membawa kenderaan

Dah cop passport belah Siam kita kena bawak borang kastam Siam ke bangunan 'Betong Custom House' tu pulak untuk urusan dokumentasi kenderaan sebelum boleh masuk Thailand.
Kat sini nanti imigresen Thailand akan keluarkan sekeping surat 'Custom Declaration Form' yang kita kena pegang dan perlu dipulangkan semula masa kita nak balik Malaysia nanti. Tak kisah pintu sempadan mana masa balik nanti.

Kedai insurans ni jugak buat stiker nombor plat Thailand.
Kedai insurans untuk kereta dan motor yang masuk melalui pintu sempadan Betong ada di sebelah kiri jalan lepas dari Imigresen Thailand. Kena masuk jalan dulu 1KM macam tu kalau tak salah abang.
Boleh nampak nanti dari jalan besar menghala ke Betong papan tanda tulis insurans Thailand.

Ada akak sorang ni ja yang jaga kedai insurans ni. Nak beli insurans untuk motor 2 minggu dah habis. Tinggal insurans untuk 2 bulan ja tinggal. RM40.

Pusing-pusing melilau cari hotel kat pekan Betong ni. Jumpa satu hotel ni. Butterfly Princess Hotel. Tengok parking pun ok, harga pun ok. Tak bawak beg apa pun. Ada beg IKEA ni satu ja abang bawak bubuh baju dalam tu.

Kawasan persekitaran Butterfly Princess Hotel Betong. Panas lit lit pekan Betong waktu ni. Dah kena pulak bulan puasa ni. Dahaga sungguh mai dari Penang tadi.

Bila ditanya kenapa memilih untuk pegi sendirian, jawapannya mudah. Sendirian kita lebih jujur dengan persiapan dan niat. Kita akan diuji betapa kuat kita berpegang pada matlamat asal.



Bilik besar ni di Butterfly Princess Hotel dalam THB760 (RM89) semalam. Boleh muat 3-4 orang ni kalau tiduq bawah.

Bilik ayaq cun. Dapat hat cangkung lagi cun. Haha.

Hai bulan-bulan puasa ni tengok ayaq kosong pun dok telan ayaq liuq haih. Abang dok terbayang dah nak buka puasa sebab musafir. Haha.

Terlajak lena sampai petang. Dah nak maghrib baru sempat ronda pekan Betong ni.
Ada makcik jual juadah bukak puasa kat tepi jalan besar dekat-dekat bulatan menara jam Betong ni.

Masjid Biru Betong atau nama betul dia Masjid Tengah Betong. Lawa masjid ni.

Syok tengok senibina Masjid Tengah Betong ni. Abang memang niat nak bukak puasa (iftar) kat sini.

Anak-anak muda Betong dah siap-siap tunggu di masjid untuk berbuka puasa sekali.
Bilik mesyuarat Masjid Tengah Betong.
Jumpa adik tahfiz ni kat masjid Betong. Rupanya orang Baling. Haha. 

Pelajar-pelajar tahfiz yang dok tunggu nak buka puasa sekali kat Masjid Betong ni depa mengaji pondok berhampiran. Bila tanya orang Pengkalan Hulu, orang Baling. Orang Malaysia kita jugak.

Tanya kat adik kita ni ada bazar Ramadan dak kat Betong ni. Dia kata ada la sikit-sikit. Tak meriah macam kita kat Malaysia. Dia pun bawak abang ronda tunjuk kawasan mana yang ada jual juadah berbuka tak jauh dari masjid Betong ni.

Tinjau tengok apa yang dijual masyarakat muslim Thailand masa bulan puasa di Betong ni. Ayaq tebu ada, ayaq pegaga ada.

Kuih macam-macam jenis kuih & manisan ada dijual. Macam kat kelantan pulak abang rasa. Tanya nama kuih haram abang tak tau.



Tengok kuih lawa-lawa, tapi takut-takut nak rasa. Haha.

Ada makcik ni bagitau abang nama kuih sekian-sekian, tapi abang ingat-ingat lupa nama kuih dia apa. nama lain sikit kat Siam ni berbanding dengan Malaysia.

Adik tahfiz tu rekemen kat abang murtabak Siam ni. Dia kata lain dari yang Malaysia punya kalau murtabak kat sini. Abang pun beli la sebiji. Memang sedap sungguh. Isi daging penuh. Silap beli sebiji. Kalau kita kat malaysia banyak bawang dari isi.

Tulisan bahasa Melayu boleh didapati dengan mudah kalau tak paham bahasa Siam kat sini. Tu macam-macam jenis lauk ada depa jual untuk buka puasa.
Ada pasang khemah kat luar di tepi masjid. Kebanyakan yang mai bukak puasa di masjid Betong ni geng-geng tahfiz yang dok mengaji pondok di sebelah masjid.
Dah nak Maghrib abang dengan adik tahfiz tadi balik semula ke Masjid Tengah Betong untuk buka puasa. Baguih adik-adik ni ajak kita bersungguh buka puasa sekali.

Kata adik tadi sepanjang bulan Ramadan ni ada orang sponsor majlis buka puasa kat Masjid Betong ni. Ada tauke kedai makan ni yang akan hantar lauk menjelang waktu berbuka.

Buka puasa dengan ayaq kotak. Muka baguih-baguih ja semua budak-budak tahfiz. Cakap pun halus-halus.
Menu buka puasa. Kangkung goreng belacan dengan ikan talapia goreng.

Lepas makan nasi kenyang baru sembahyang Maghrib.

Kawasan muslimat PAS. Eh bukan. Kawasan muslimat Masjid Betong.

Lampu kemain lawa Masjid Tengah Betong ni waktu malam. Tapi tu lah kawasan persekitaran masjid tak berapa nak lawa, cahaya macam kurang sikit di kawasan sekitar. Kalau tembank lampu spotlight naik seri wajah ni.

Meronda pekan Betong lepas habis terawih di Masjid Betong/

Menara Jam Betong
Ikon pekan Betong ni sudah semestinya tong sampul surat sebear gajah ni.

Masuk 7E Thailand sudah menjadi kewajipan bila masuk Siam. Abang suka pekena dia punya mocha. Padu beb.

Orang Malaysia kot ni yang masuk 7E Siam dok borong susu pisang banyak-banyak ni.

Masuk 7E Siam ni yang hang syok tengok barang-barang dia ja. Daripada tak beli apa tau-tau keluaq ada sebakul makanan.

Yang syoknya 7E Thailand murah kalau nak dibandingkan dengan 7E Malaysia yang cekik darah.

Kedai-kedai urut di kawasan sekitar pekan Betong.
Tak sah la kalau masuk Betong tak lalu Mongkollit Tunnel dia. Ikon tu.



Papan tanda sebesar alam ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Balik terawih dari Masjid Tengah Betong, abang ronda-ronda dulu pekan Betong sebelum balik semula ke hotel. Dekat masjid tadi tak ada moreh pun. Lapaq la pulak lepas terawih ni.

Abang menyinggah 7Eleven berhampiran Menara Jam Betong. Tak pikir pun nak beli apa. Saja syok-syok nak masuk 7E Siam ni. Masuk dalam ni baru ada idea nak beli apa.

Selalunya abang akan beli kopi panas di 7E Siam. Hot Coffee kata kau. Yang bestnya kopi dia bukan jenis 3 in 1. Ni asli punya kopi kalau nak baru dia kisar biji kopi tu. Macam kedai-kedai kopi hipster dok buat tu. Macam Starbucks kot. Maaf la tak pernah masuk Starbucks.

Abang selalu akan pesan sama ada mocha atau latte panas. Minum kopi ni cerah biji mata wei. Terus jadi segar bugar. Nak lajak balik Penang balik dari Betong pun boleh malam ni. Haha.

Dah beli bungkus, hirup sikit dulu buat syarat sambil ronda-ronda jalan kaki di kawasan sekitar kawasan pekan Betong. Motor skuter abang parking depan 7E tadi.

Kalau sampai Betong tak sah la kalau tak tengok peti tong sampul surat (betul ka istilah abang ni) yang warna merah tu sebesar gajah ada kat sini. Lokasi dia tak jauh dari bulatan yang ada menara jam tu. Abang sekadar ambil gambar ja dari jauh, tak gigih la nak tercongok berdiri tepi tu nak bergambar.

Sesi seterusnya dihabiskan dengan meronda naik skuter Modenas Elegan 250i ni pusing cari terowong ikonik pekan Betong ni iaitu Mongkollit Tunnel. Bukak Google Maps jumpalah. Terowong ni waktu malam bercahaya dengan lampu lip-lap lip-lap. Takkan sempena nak sambut raya kot.

Orang-orang Malaysia mudah kelihatan kat Betong ni. Boleh nampak la plat kenderaan dari Malaysia buat-buat sibuk ke hulu ke hilir di jalanraya kawasan sekitar pekan Betong. Pi mana tak tau.

Abang balik semula ke hotel malam tu lepas meronda. Cari kedai jual nasi goreng sampai ke sudah tak jumpa. Kalau jumpa pun dah nak tutup. Sahur makan biskut la kau malam ni.

Bersambung ke Jejak Ramadan Selatan Thai 1439H/2018 dengan Modenas Elegan 250i (Betong-Pattani)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...