Iklan

11 Jun 2019

Jejak Ramadan Selatan Thai 1439H/2018 dengan Modenas Elegan 250i (Betong-Pattani)


Sambungan dari Jejak Ramadan Selatan Thai 1439H/2018 dengan Modenas Elegan 250i (Penang-Betong)


Kalau abang tak siapkan jugak cerita ni maka alamatnya masuk tahun Malaysia Maju 2020 la jawabnya.

Abang bergerak dari Betong menuju Pattani agak lewat dah nak masuk tengahari pun hari tu. Entah macam mana boleh terlena lepas sahur tu. Abang bangun jugak sahur minum ayaq. Ingat nak tunggu Subuh. Tengok-tengok nah pukul 10.00 pagi dah!

Bergegas la abang bangkit. Cadangnya pagi tu abang ingat nak gerak dari Betong ke Pattani awal pagi. Nak menyinggah tengok awan nano kat Iyerweng.



Salah satu tarikan orang pi Betong ni adalah awan nano di Iyerweng. Suka hati kau je sebut awan nano. Sebenarnya dia macam awan karpet yang boleh kita tengok sewaktu awal pagi. Awan karpet pulak dah. Sesuka hati kau je nak letak nama ye.

Kalau geng-geng motor tak kira motor kecik ke motor besar dari Malaysia memang kalau ke Betong tu salah satu tujuannya nak cari awan nano ni la. Patutnya lepas Subuh dah kena sampai sini, baru dapat menikamati keindahan kabus & awan ditemani dengan fajar yang baru terbit.



Ni kalau dah bangkit pun terlajak pukul 10.00 awan nano apa dia. Awan yang terpilu adalah. Haha.

Untuk sampai ke Iyerweng ni kena naik jalan berbukit yang agak mencanak jugak. Abang bawak skuter Modenas Elegan 250 abang ni agak meraung jugak nak lepas bukit dia tu untuk sampai ke puncak. Kalau bawak motor bergear abang rasa sesuai sikit nak main bukit ni. Kalau naik skuter agak kesian la sikit.

Abang gagah la jugak naik ke atas puncak Iyerweng bagi mencari awan nano walaupun dah tau lewat. Pukul 11.00 lebih baru abang sampai di puncak Iyerweng. Sepanjang perjalanan naik tak ada orang sorang pun yang abang tak selisih.

Terdetik dalam hati betul ka jalan yang aku naik ni. Bukak Google Maps mula-mula tu macam konfius. Tanya makcik-makcik yang abang jumpa sepanjang perjalanan jalan nak Iyerweng. Mujur makcik-makcik ni di kawasan ni ramah & banyak membantu.

Sungguh la jalan naik ke Iyerweng ni. Sesungguhnya abang berada di jalan yang benar.


Bergerak dari pekan Betong ke Pattani pun dah lewat dah. Singgah nak tengok awan nano Iyerweng. Berhenti lepak sat bila agak-agak lenguh tu. Lepak membawang sat dengan makcik-makcik yang jumpa tengah jalan nak ke Iyerweng. Tanya jalan takut sesat.

Baguih makcik-makcik ni. Walaupun hidup dalam keadaan tak seberapa, tiap kali kalau berhenti mesti depa ajak singgah duduk dulu. "Kalau bukan bulan puasa makcik boleh buat air dah". Bersungguh nak layan tetamu.

Cari jalan ikut Google Maps untuk naik bukit menuju ke awan nano Iyerweng. Tak beli simkad pun. Agak-agak ja tengok telefon guna offline maps.

Jarak dari pekan Betong ke Iyerweng ni lebih Setelah mengharungi jalan mencanak untuk naik ke puncak. Akhirnya sampai jugak ke puncak Iyerweng. 

Patutnya kena pi sewal pagi baru boleh nampak kabus. Ni keluar dari hotel kat Betong pun dah dekat tengahari. Nak jumpa apa ja. Nampak tulis Siam

Rasa kesian kat skuter Modenas Elegan 250i ni buat pepah naik atas Iyerweng ni. Bukit dia mencanak teruk. Depa tengah buat construction kat atas Iyerweng ni. Awan kabus tak nampak dah.

Turun dari Iyerweng dalam perjalanan menuju ke Pattani menyinggah lagi membawang dengan makcik yang tengah dok bersiap nak masak untuk berbuka. Depa ambil berat kat kita tanya awat tayar pancit ka, ada kedai depan tu boleh isi angin & tampal tayar motor. Tapi dia tak sebut pancit pun dalam bahasa Melayu Pattani ni. Ada perkataan dia. Lupa pulak abang.

Lori jenis treler ni banyak boleh tengok kat Siam ni. Satu lagi yang syok ride kat Siam jalan dia pun cantik. Tak ada kolah berwuduk di tengah jalan macam di Malaysia.

Mula-mula sembang dari atas ja. Tanya kat makcik dok masak apa buat berbuka nanti dengan tengah dok blender kelapa parut nak dijadikan santan.

Tahu-tahu dah ada kat bawah. Makcik panggil turun menyembang kat bawah pulak. Kata makcik ni adik beradik dia banyak dah yang sampai Malaysia. Dia sorang ja belum pernah jejak kat Malaysia lagi. Dok dalam kampung ni ja. Cakap bahasa Melayu dialek Pattani mudah paham.

Abang perasan ada satu jambatan gantung yang diperbuat dari kayu menyeberangi sungai di kawasan kampung tepi jalan besar ni. Saja la cuba meneyeberang tengok. Gayat weh!

Melalui Bang Lang National Park untuk ke Pattani.

Turun dari Iyerweng, abang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu menuju bumi Pattani Darussalam. Naik atas tadi tak lepak lama pun, sebab pemandangan awan pun dah tak ada. Yang boleh tengok cuma pemandangan bukit bukau, pucuk-pucuk pokok macam yang kita dok bergambar di Hentian Rehat Titiwangsa tu.

Dekat puncak Iyerweng tadi tu pun ada construction. Depa tengah dok renovate tambah platform. Jadi nak bergambar pun tak berapa nak elok. Mungkin sekarang dah siap dah kot. Dah setahun cukup dah.

Jalan dari Betong ke Pattani melalui Yala memang layan habis dengan kona-konanya macam lalu Lebuhraya Timur Barat dari Gerik ke Jeli. Cuma di sini bukitnya tu tak berapa tinggi. Memang agak sedap meleper kalau hendak dikira tu. Jalanraya di Thailand memang boleh dibagi pujian. 

Cukup licin dan cantik walaupun jalan utama tu melalui kawasan kampung-kampung. Kalau kita di Malaysia abang boleh kira berapa kolah berwuduk yang ada di tengah jalan. Siap boleh tanam pokok bunga lagi kat tengah jalan. Tak kira lagi jalan yang bertampung, korek sana sini. 



Wilayah selatan Thai terutamanya di wilayah Yala (Betong termasuk di wilayah Yala), Pattani dan Narathiwat dikawal ketat pasukan keselamatan contohnya tentera yang lengkap bersenjata. Di setiap pelusuk kawasan ada tentera. Tak kisah la hang masuk kampung ka, bandar ka atau kawasan pedalaman sekali pun.

Di lebuhraya utama atau jalan-jalan besar, sekatan jalanraya atau roadblock dengan barricade boleh dijumpai setiap 2-3 KM. Sepanjang perjalanan dari Betong ke Pattani, abang dok kira ada lebih kurang 13-14 barricade. Ada yang tentera jaga, dan ada yang tidak. Abang rasa ikut situasi, mungkin kalau waktu yang kritikal memerlukan pengawasan akan ada tentera di setiap post tu.

Ada sekali tu kena tahan pihak tentera. Selama dok lalu tadi abang dok angkat tangan lepas ja. Kali ni pihak tentera depa minta turun motor dan tunjukan dokumen perjalanan. Abang bagi passport & surat pengesahan kenderaan (declaration form) yang kita buat di border Betong sebelum ni.

Kena angkat naik seat skuter jugak dia nak tengok kita bawak apa. Muka abang ni abang tau la pan-asia takkan muka suspek bom kot. Dia dok tanya abang dalam bahasa Siam. Sepatah haram abang tak faham. Abang pulak dok cakap Inggeris. Dia pun tak faham. Abang bantai cakap Melayu pun dia tak faham. 

Last sekali dua-dua sembang macam ayam dengan itik. Geram pulak aku. Haha. Abang jarang ambik gambar sendiri. Jangan sampai abang selfie dengan kau si abang tentera karang!



Panas lit lit ni dalam bulan puasa pulak tu. Baru kau tahu erti ride tu macam mana.

Akan jumpa pekan Yala dulu baru jumpa Pattani.

Rodblock ada di mana-mana di sepanjang jalan di wilayah selatan Thai terutama wilayah Yala, Pattani & Narathiwat. Setiap 2-3KM kita akan melalui roadblock yang dikawal tentera.

Dah nak sampai pekan Yala dah.

Selamat tiba di pekan Yala, Thailand. Penduduk muslim selatan Thai memang ramai di wilayah-wilayah berjiran ni.

Singgah pekan Yala sat tengok persiapan penduduk tempatan membuat persiapan untuk erbuka & berhari raya. Minggu depan dah nak raya waktu tu.

Barang-barang basah yang dijual di pasar berhampiran. Petang-petang ni lagi sibuk sikit sebab orang nak balik masak bukak puasa.

Hasil laut yang diniagakan di pasar Yala. Harga ikan & sotong di Yala ni abang rasa murah lagi dari harga kita di Malaysia.

Gadis-gadis muslimah Thai. Baju selalu abang tengok jenis berjubah labuh. Jarang nak nampak jenis pakai seluaq naik motor.

Kedai-kedai baju mula penuh dengan orang ramai bagi membeli persiapan menyambut hari raya.

Kesesakan jalanraya di pekan Yala di waktu panas terik tengahari. Dah pukul 3.00 p.m pun dok panas bahang lagi. Abang dah dahaga teruk ni.

Baju-baju jubah banyak dijual di pekan Yala ni.

Bas awam dari Yala ke Pattani.

Ada di antara penduduk tempatan yang mai pekan Yala naik bas ni. Kesian rasa tengok naik bas panas-panas ni.

Adik ni jual keropok ikan kering tu. Rasa bersalah pulak tak beli.

Macam-macam kaler ada keropok dia.

Kedai kasut di Yala ni meriah la waktu-waktu nak dekat raya ni.

Abang kena tahan dekat satu roadblock ni lepas pekan Yala menghala ke Pattani. Tentera tahan suruh bukak seat motor nak tengok barang apa yang abang bawak & dokumen semua. Dia cakap Siam abang cakap Inggeris. Masing-masing tak paham last-last ambik selfie sekali terus blah. haha

Selepas hampir 4 jam perjalanan dari Betong (patutnya 3 jam ja dah boleh sampai, tapi tadi dah naik Iyerweng & beramah mesra ala-ala YB dengan makcik-makcik kampung tu jadi 4 jam), abang akhirnya sampai di wilayah Pattani Darussalam.

Tempat pertama yang dituju di Pattani ni ada Masjid Jamek Pattani yang menjadi ikon di sini. Kalau sebut Pattani mesti orang akan ingat masjid ni. Tak taulah hangpa ingat 'gewe' Pattani kedai Siam ka apa, tapi abang ingat masjid ni. Haha.

Panas li lit wei rasa nak buka puasa pulak sampai di Masjid Jamek Pattani ni lebih kurang pukul 3.30 p.m petang waktu tempatan. Nampak ayaq kolah tempat air semayang tu rasa macam nak langgah semua.

Kalau di India adanya Taj Mahal, di Thailand adanya Masjid Jamek Pattani. Dibina pada tahun 1954, ianya mengambil masa 9 tahun untuk disiapkan. Senibina masjid ni ada persamaan dengan Taj Mahal yang menjadi simbol cinta kerana mempunyai kolam yang cukup besar dan panjang di pintu masuk utamanya.

Pattani adalah satu daripada empat wilayah di Selatan Thai yang mempunyai majoriti penduduk Islam sepertimana Satun, Yala & Narathiwat.

Abang ambik-ambik gambaq depan Masjid Jamek Pattani ni dulu sebelum cari hotel di kawasan berhampiran. Setiap kali menjelang bulan Ramadan & Syawal, akan ada signboard depan masjid yang tertulis ucapan 'Selamat Aidilfitri'. Tiap-tiap tahun bertukar dengan tema dan warna yang berlainan.



Selamat tiba di bumi Pattani Darussalam lebih kurang 3 jam dari Betong. Roadblock tentera lebih kurang 13-14 klai jugak abang kira sepanjang jalan. Panas dia bulan-bulan puasa ni Ya Allah lain maciam.

Masjid Jamek Pattani Darusslam. Taj Mahal nya Thailand. Cukup kagun dengan senibina dan warna warninya masjid ni. Bergambar dulu sekeping dua depan masjid dengan Modenas Elegan 250 yang menjadi pengganti diri abang. Nak berselfie tak berapa nak pandai.

Cari hotel di kawasan sekitar Pattani ni. Nak cari yang bajet-bajet ja. Jumpa la sebuah hotel di tepi Sungai Pattani. Bukan Sungai Petani Kedah nuuu.

Hotel Rainbow Mansion Pattani. Berwarna warni tu. Semalam THB550 kalau bilik biasa. Kalau menghadap sungai THB650 semalam.

Ada cafe kepunyaan hotel kalau nak melepak tepi sungai ni. Dia bukak sampai tengah malam. Abang pun melepak jugak sini lepas terawih.

Ronda petang meninjau persiapan penduduk Pattani menjelang waktu buka puasa.

Ada kedai jual bundle kot ni. Ramai jugak yang kerumun abang tengok.

Ada bazar Ramadan jugak macam kita di Malaysia. Tak sempat nak singgah tengok depa jual apa kat bazar Pattani ni.

Sejuk hati abang tengok orang-orang Pattani naik skuter. Sama la kita, abang pun naik skuter jugak.  Hewhewhew (Gelak gatai)

Bagi depa tak kisah pun pakai helmet ke tak kat jalan besar Pattani ni walaupun ada banyak roadblock tentera.

Selamat sampai di Masjid Kerisek Pattani. Waktu bulan puasa ni ada bazar Ramadan di kawasan berhampiran masjid.

Sushi comel yang diniagakan penduduk tempatan Pattani di bazar Ramadan. Tengok macam elok ja. Mujur abang bukanlah penggemar sushi. 

Dik, kepit sushi kat bawah dik. Awat kepit tudung makcik.

Harga makanan di bazar Ramadan Siam atau di Pattani ni murah-murah belaka. Katakan hang ada RM10, 4-5 jenis makanan hang boleh beli. Ayaq tebu baru RM2 sebungkus. Kalau kat KL maunya tak kurang RM6.

Dah check-in di Raibow Mansion Hotel bersebelahan Sungai Pattani, abang kelaur petang tu meninjau kehidupan masyarakat setempat membuat persiapan menjelang waktu berbuka puasa.

Ada bazar Ramadan yang tak jauh dari hotel abang yang abang tak sempat singgah sebab nak ke Masjid Kerisik, salah satu masjid di Pattani yang mempunyai unsur sejarah dan ceritanya yang tersendiri.

Masjid Kerisik atau dikenali dengan nama lain, Masjid Krue Se menjadi ikon masayarakat Islam di bumi Pattani. Masjid ni mempunyai tiang bulat yang mempunyai usur senibina Asia Barat/Timur Tengah dan satu ciri penting ialah bumbung berkubah yang tidak pernah selesai pembinaanya.

Tahun 2004 tersimpan peristiwa berdarat buat umat Islam Pattani. 32 warga Islam ditembak tentera Siam di Masjid Kerisik ini dengan alasan bagi membanteras puak pemisah. Oleh itu kesan-kesan peluru yang berterbangan boleh dilihat di kawasan sekitar masjid hingga ke hari ini.

Ada bazar Ramadan tak jauh dari Masjid Kerisik ni. Pantang abang jumpa jenis pasar-pasar malam ni. Abang pun apa lagi ambik kesempatan la buat-buat sibuk meninjau bazar Ramadan di Siam ni. Bukan selalu nak dapat peluang tengak bazar Ramadan tempat orang. Nak tengok apa uniknya makanan yang ada di sini.

Apa yang boleh abang kata harga makanan di bazar Ramadan di wilayah selatan THai ni memang cukup murah kalau nak dibandingkan dengan kita di Malaysia. Kalau kita bawak RM10.00 di bazar Ramadan di Malaysia, silap-silap dapat kot dua jenis juadah ja. Kalau kat sini hang ada RM10.00, boleh kot 4 jenis barang.

Ayaq tebu RM2.00, nasi beriani ayam RM3.00, kuih semua berbaloi-baloi. Abang hantam bila ayaq tebu ja dulu. Dok nampak dahaga sangat dah ni. makan abang tak berapa kisah sangat, nanti-nanti pun tak pa. 

Inilah dia Masjid Kerisik atau juga dikenali dengan nama Masjid Sultan Muzaffar Shah yang bersejarah di wilayah Pattani Darussalam yang abang dok cerita tu.


Masjid Kerisik ni usianya dah mencecah 500 tahun. Dulunya masjid ni merupakan masjid rasmi kerajaan Melayu Pattani Darussalam.

Boleh baca sejarah Masjid Kerisik yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Siam.

Tahun 2004 tersimpan peristiwa berdarah buat umat Islam Pattani. 32 warga Islam ditembak tentera Siam di masjid ini dengan alasan untuk membanteras puak pemisah. Bekas tembakan yang boleh kelihatan di kawasan serata masjid.

Masjid Kerisik ni dibina dengan bata merah buatan kampung mengkut senibina timur tengah.

Ruang solat untuk wanita waktu terawih. Dah siap-siap susun tikar.

Lepas ronda bazar Ramadan depan tu, abang meninjau kawasan sekitar Masjid Kerisik ni. Tak nampak penampakan orang pun. Kucing ada la.

Disapa oleh pakcik yang dok jaga Masjid Kerisik ni. Ajak buka puasa sekali. Rupanya kat masjid ni tak ada buat buka puasa macam masjid-masjid biasa. Ada la 2-3 orang ja.

Alhamdulillah rezeki hari ni dapat berbuka di Masjid Kerisik dengan pakcik-pakcik yang ramah. Depa dok tanya abang macam-macma la mai denagn sapa semua buat apa di Pattani ni. "Cari orang rumah pokcik"

Lauk ringkas ja berbuka puasa dengan pakcik-pakcik di Masjid Kerisik ni tapi bila makan bukak puasa ni semuanya cukup lagi mengenyangkan.

Patah balik solat terawih di Masjid Jamek Pattani. Saja nak tengok kemeriahan di sini.
Bendera Thailand berkibar mekar di Masjid Jmek Pattani Darussalam.



Yang syoknya Masjid Jamek Pattani ni waktu bulan puasa ni meriah dengan lampu-lampu pelbagai warna.
Ruang solat Masjid Jamek Pattani.




10 malam terakhir Ramadan di Pattani jemaah terawih masih melimpah ruah di luar masjid. Kalau kita ni dah hilang dah separuh populasi. Tok bilal pun dah tukar orang.

Muslimat semua solat di sebelah belah luar Masjid Jamek Pattani ni. Rasa syok tengok. Bukan maksud abang rasa meriah. Haha.  

Team 8 rakaat muslimat sempat bergambar depan Masjid Jamek Pattani.

Motor parking penuh depan masjid. Jalan utama ni terpaksa ditutup sementara dijadikan parking motor.

Ada moreh disediakan depan Masjid Jamek Pattani seusai solat terawih. Sponsor dari susu cap Teapot tu.

Lepak pekena mango shake dulu lepas terawih. Ada warung jual ayaq depan masjid ni. Lepak dengar orang tua-tua Pattani sembang.

Wajib meronda 7Eleven Siam bila ada kelapangan masa di malam hari ni. Tak tau nak beli apa pun sebenarnya. Saja masuk usya-usya barang. Jap lagi tengok-tengok sebakul dah barang bawang keluar.

Baca dengan bunyi 'baby'. Sebut betul-betul. Baby.
Lepas bukak puasa di Masjid Kerisik, abang balik semula ke Masjid Jamek Pattani untuk solat erawih. Jarak dari masjid Kerisik ke Masjid Jamek Pattani ni dalam 10 minit jugak.

Suasana di perkarangan Masjid Jamek Pattani cukup meriah dengan umat manusia walaupun pada minggu terakhir Ramadan. Masjid depa masih lagi penuh dengan jemaah. Kalau jemaah kita minggu last tu dah mengejar Lailatul Kamdar di jalan TAR. Sampai tok bilal di masjid pun tukaq orang.

Kaum muslimin semua solat di bahagian dalam masjid manakala kaum muslimat di sekitar perkarangan masjid di hadapan kolam. Lampu berwarna warni menerangi kawasan persekitaran masjid. Nampak meriah sungguh.

Solat terawih di sini dibuat sebanyak 20 rakaat. Biasalah ada team 8 rakaat dan ada team 20 rakaat. Abang biasalah team 8 rakaat. Ride jauh-jauh boleh mai tang sembahyang kalah boleh buat 8 rakaat ja. Allahu.

Seusai solat, ada moreh disediakan di luar masjid. Yang abang tengok syarikat susu Teapot tu yang dok taja moreh. Minum cha yen (teh ais) dan roti benggali letak susu pekat manis dalam dia. Beratur la hangpa nak ambik ayaq. Tapi takyah tunggu lama, sat ja. Nampak bersisitem moreh dia.

Jalan utama di depan Masjid Jamek Pattani bertukar menjadi ruangan parkir motosikal di malam hari. Kebanyakkan penduduk di sini hampir majoritinya menggunakan motorsikal dalam kehidupan seharian kereta. Jarang nak nampak orang naik kereta pi masjid. Sebab tu tak timbul isu jem waktu balik terawih. Kereta tak banyak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...