Iklan

24 Januari 2013

Trans Java Solo Escape - Part 3: Kota Jogjakarta

Sambungan Episod Terdahulu

Sampai di pekan Probolinggo dari Bromo, semua penumpang turun mencari arah tujuan masing-masing. Ada mat-mat saleh diberhentikan di satu tour agent. Gua sebelum tu dah deal dengan Agung, brader yang gua amik pakej Bromo Sunrise semalam. Katanya kalau nak ke Jogjakata dari Probolinggo lebih senang dengan van. Sebelum tu jugak, gua dah survey, kalau dari Probolinggo nak ke Jogjakarta dengan bas kena tunggu sebelah petang atau malam, atau pun naik bas biasa kembali ke terminal Bungurasih di kota Surabaya. Makan masa la sikit. 

Agung mencadangkan gua naik van persiaran yang akan ke Jogjakarta pada tengahari tu jugak. Beza harga tiket bas dengan van tak jauh mana pun katanya. Jadi gua pun beli la tiket van ni yang berharga Rp120,000 (RM40.00). Dia berhentikan gua kat satu tour agent lain dan tak sampai 15 minit van yang ditunggu-tunggu pun sampai lebih kurang jam 1.30 p.m. 

Luas jugak van ni macam van siam. Drebar/supir boleh tahan cekap.
Yang ada dalam van masa tu ada tourist dari China atau Taiwan tak silap dalam 3 orang. Satu family. Van menuju ke satu hotel lain di kota Surabaya untuk mengambil penumpang lain. Ada mat saleh anak-beranak dari Belanda pun turut join dalam perjalanan ke Jogjakarta ni. Van ni berhenti rehat 3 kali. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam dan pada sebelah malamnya gua baru tiba di kota sejarah Jogjakarta.


Van persiaran Surabaya-Jogjakarta la namanya kot. Sedap naik van ni. Berhenti rehat di  stesen Pertamina.

Disajikan dengan pemandangan sawah padi sepanjang perjalanan ke Jogjakarta.
Gua sebelum tu dah bagitau kat supir van suruh hantar gua ke Jalan Prawiatoman 2 di Kota Jogjakarta dan dia kata okey. Di sepanjang Jalan Praviatoman ni terdapat banyak hotel-hotel atau guesthouse yang boleh dijadikan tempat penginapan. Gua stay kat Delta Homestay dengan harga Rp125,000 semalam. Siap ada swimmng pool dan breakfast lagi ditambah dengan suasana pun menarik.

Sampai pun dah lewat malam, check-in guesthouse dan keluar merayau sekejap. Jalan keluar ke jalan utama. Dekat jalan utama ada banyak kedai-kedai tapi semua dah tutup. Yang buka hanya Indomart. Layan Mizone Lychee Lime sebotol sebelum balik ke guesthouse merangka perjalanan untuk esok.

When the purest Javanese art can be found in Jogjakarta.  Lupa nak censored.

Delta Homestay Jogjakarta. Swimming pool dan breakfast percuma.

Nampak luar macam biasa-biasa je Delta Homestay ni. Layanan mesra.

Luv the quote.

Masjid Danunegaran, Jogjakarta.  Tepi jalan utama sekitar Delta Homestay gua stay.
Keesokkan paginya, bangun siap-siap untuk keluar berjalan. Sebelum tu pekena breakfast yang diberikan pihak guesthouse. Malam tu dia ada bagi borang suruh tanda menu apa yang kita nak makan. Nasi goreng ke roti ke. Pagi tu dia dah sediakan dekat cafe dia. Hanya duduk dan layan je breakfast tu. Layan jugak sarapan kat guesthouse ni dengan suasana tamannya.

Agenda seterusnya keluar ke pasar pagi di simpang Jalan Prawiatoman ni. Macam-macam benda ada kat sini. Yang jual sarapan tepi-tepi jalan pun banyak. Gua tak jenguk pun dalam pasar, bukan nak beli sayur pun. Hanya melilau sekitar luar pasar sambil ambil gambar. Sempat lagi pekena ayam goreng kepsi yang pakcik beca depan ni jual. Murah.

Pasar pagi dekat simpang Jalan Prawiatoman.
Awalnya pikir nak cari tempat sewa motor untuk berjalan hari ni. Tapi masih awal pagi, kedai sewa motor masih belum buka. Kedai menyewa motorsikal banyak juga terdapat di kawasan Prawiatoman ni. Sementara tunggu kedai buka, gua jalan-jalan kat jalan besar. Rancangannya nak ke Jalan Malioboro pagi ni. Berpandukan peta yang dicetak sebelum ni, kawasan tersebut ajak jauh untuk dicapai menggunakan kaki. Tengok ada banyak beca dan kereta kuda di kawasan Jogjakarta ni. Ada sorang pengayuh beca menyapa gua dan bertanyakan mahu ke mana. Gua memberitahu arah tujuan ke Jalan Malioboro. Puas tawar-menawar dapat la naik beca dengan harga Rp15,000.

Seronok sebenarnya dapat naik beca ni. Dekat Malaysia pun tak pernah cuba. Kali pertama rasa naik beca di kota Jogjakarta. Kesian jugak tengok pakcik ni kayuh memandangkan keaadan jalan yang sedikit mendaki. Dapat feeling macam mana susahnya mencari rezeki demi kelansungan hidup.

Pemandangan sekitar bandar Jogjakarta waktu pagi. Semua sibuk nak gi kerja la kot ni.

Pasar Beringharjo. Pagi sangat lagi ni. Kedai pun semua belum buka.

Beca dimana-mana. Ini yang buat sesak jalan.

Jalan Malioboro.


Bank Indonesia.

Polisi mendengar taklimat.

Signboard di kota Jogjakarta.
Sampai di Jalan Malioboro, gua ronda-ronda kawasan sekitar. Banyak kedai yang masih belum dibuka memandangkan masih awal pagi. Kata pakcik beca suasana malam di Jalan Malioboro ni pada sebelah malam baru happening. Gua tengok banyak kedai yang menjual pakaian di kawasan ni. Terdapat juga restoran makanan segera sekitar sini. Hotel dan rumah tumpangan juga kelihatan. Suasana di waktu pagi agak kurang sibuk dan hanya beberapa buah kedai sahaja baru memulakan perniagaan.

Kawasan sekitar Jalan Malioboro ni agak bersih dan teratur. Banyak signboard dan papan iklan mempromosikan produk masing-masing. Bila rasa dah puas jalan, gua kembali ke kawasan penginapan di Jalan Prawiatoman. Mulanya berjalan kaki, tapi agak jauh difikirkan. Beca menjadi pilihan. Rp 15,000. Sempat berhenti di beberapa port ambik gambar. Pengayuh beca pun agak mesra, mudah diajak berbual.

Sampai di Jalan Prawiatoman hampir jam 9 pagi. Matahari agak terik ketika itu. Melilau mencari kedai sewa motorsikal. Urusan ingin menyewa motorsikal harus dilakukan segera. Cadangan hari ini adalah untuk melawat Candi Borobodur, candi yang disebut dalam buku sejarah tingkatan 5 dulu. Impian untuk menjejakkan kaki ke sana harus dicapai.


Berdekatan dengan Delta Homestay tempat gua menginap di Jalan Prawiatoman, ada satu kedai nama Bamboo Tour kalau tak silap yang menyediakan perkhidmatan menyewa motorsikal. Kebetulan masa gua pergi, yang ada hanaya sebuah skuter Suzuki untuk disewa dengan harga Rp 100,000 untuk 2 hari. Memang cantik sangatlah tu, santai naik skuter ni. Tak terkejar-kejar. Balik kembali ke Delta Homestay siap-siap sebelum bergerak ke Candi Borobodur di Magelang kira-kira 30KM dari kota Jogjakarta ni.

Bersambung ke Trans Java Solo Escape : Candi Borobodur

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum..bro...nice blog :)

    mungkin bole share info sikit...pasal bromo ni sbb saya satu family 4 beranak nak kesana Nov ni.

    Cuma kami akan start journey dari bali dan ending dr bandung 11hari inn Sha Allah.

    thanks..
    aidil (aidil17@gmail.com)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro ! Boleh hubungi di Page Facebook 'Budak Letrik' untuk keterangan lanjut. ;-)

      Padam
  2. Nak tanya, lesen motor Malaysia boleh pakai ke kt Indonesia? Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh diguna pakai di Indonesia. Saya pun selamba je bawa, tak pikir pun pasal lesen. Haha.

      Padam
    2. masa nak sewa motor tu, diorg check tak lesen motor tu? haha

      Padam
    3. Tak, diorang tak tanya pun ada lesen ke tak. Cuma diorang akan check passport je sebelum tu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...