Iklan

15 Disember 2013

Trans Java Solo Escape - Part 8: Bandung

Sambungan dari Trans Java Solo Escape: Taman Sari (Jogjakarta)

Setelah hampir 9 jam diri ini dibasahi peluh, hasil dari perjalanan malam dengan keretapi kelas Bisnes dari Jogjakarta, akhirnya gua selamat tiba di kota beli-belah Bandung. Turun dari keretapi, gua disapa oleh saudara Andunx yang duduk di sebelah gua di dalam keretapi semalam. Andunx mengajak gua bersarapan dulu pagi tu di hadapan stesen keretapi. Gua mengiyakan sahaja sebab waktu tu pun perut agak lapar.

Keluar dari stesen keretapi, akan ada banyak teksi yang menunggu. Jenuh jugak untuk menepis supir-supir ini yang menanyakan mahu ke mana. Andunx mengheret gua ke kawasan teduh di bawah pokok berhampiran stesen keretapi Bandung. Di situ kelihatan seorang pakcik bersama becanya menjual bubur ayam. Ramai juga pelanggannya. 

Andunx meminta 2 mangkuk bubur ayam. Satu untuk gua dan satu untuk dirinya. Disertakan sekali keropok dan air suam oleh pakcik penjual. Kami makan sambil bersembang. Katanya Andunx, dia selalu makan disini oleh kerana selalu berulang-alik dari Jogjakarta ke Bandung melawat abangnya. Banyak yang kami bualkan. Andunx juga yang belanja gua bubur pagi tu. Rezeki Allah s.w.t di mana-mana.

Bubur Ayam Bandung style. Disertakan dengan Keropok Kriuk-Kriuk.

Sarapan pagi di hadapan keretapi Bandung bersama Andunx.

Selesai makan, kami berpisah di situ. Sempat juga bertukar-tukar no telefon. Andunx menunggu abangnya manakala gua meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Jalan Ence Azis untuk mencari tempat penginapan.

Dengan matahari semakin meninggi, gua melangkah menuju Jalan Ence Azis di kota Bandung. Berpandukan peta yang dicetak di rumah, gua mencari Unique Guesthouse. Jarak dari Stesen Keretapi Bandung ke Unique Guesthouse di Jalan Ence Azis tidaklah begitu jauh. Lebih kurang 30 minit perjalanan. 

Apa yang menarik di Jalan Ence Azis ini adalah deretan rumah-rumah teres yang dijadikan rumah tumpangan ataupun guesthouse untuk pelancong luar. Harga yang ditwarkan adalah sangat berpatutan bagi pengembara bajet macam gua. Bagi backpackers, tempat ini adalah sangat-sangat disyorkan di kota Bandung. 

Lebih mearik lagi, Jalan Ence Azis ini berdekatan dengan tempat membeli-belah terkenal seperti Pasar Baru. Oleh itu, sangat sesuai bagi rombongan makcik-makcik dari Malaysia yang ingin memborong kain di Bandung ini. Masa gua check-in di Unique Guesthouse ni pun terserempak rombongan Malaysia yang menginap di sana. Jalan kaki 15 minit dah boleh sampai Pasar Baru kalau dari jalan Ence Azis ini.


Bandung di waktu pagi.

Sungai yang agak tercemar.

Sistem keretapi di kota Bandung.


Paskal Hypersquare, Bandung.

Unique Guesthouse, Bandung.

Kanak-kanak di luar pagar Unique Guesthouse.

Dalaman Unique Guesthouse, Bandung.

Unique Guesthouse kalau dilihat dari luaran tak nampak macam guesthouse. macam rumah teres biasa. Tapi dia ada signboard kecil je di luar. Buka pagar dan ketuk pintu, baru nampak kaunter check-in. Bahagian dalaman bersih dan dibahagiakn kepada 3 tingkat. Ada yang bilik air di dalam dan ada yang berkongsi bilikm air. Gua ambik bilik yang bilik air dikongsi dan mempunyai kipas sahaja. Harga untuk satu malam adalah Rp 110,000 semalam. Hanya bilik twin yang tinggal, maka gua pun sapu lah yang itu. 

Berehat dulu disebabkan tak dapat tidur semalam di dalam keretapi, tengahari baru gua mengorak langkah meronda kawasan sekitar Bandung. Destinasi hari ini sudah tentu Pasar Baru sebab dah dekat. Boleh nampak makcik-makcik Malaysia borong kain sakan. Majoriti dalam ni boleh dikatakan orang Malaysia. Bahasa Penang ada, Kuala Lumpur ada. 

Di Pasar Baru ini hampir keseluruhan kompleks yang mempunyai 4 tingkat kalau tak salah dipenuhi dengan kedai yang menjual pakaian dan kain. Memang gila kaum hawa dibuatnya. Gua tak berapa nak minat sangat bab kain baju ni, hanya beli t-shirt Bandung sehelai dua buat kenangan. Mak gua pesan kain apa pun gua dah tak ingat.

Sekali sekala akan ada penjual keychain dan cenderamata yang himpit kita paksa beli barangan mereka. Payah nak tepis melainkan lari saja dari situ. Kalau selagi tak beli selagi tu lah depa akan ikut kita. Selama kat Pasar baru, satu cenderamata pun gua tak beli, buat tak tahu sahaja. Di tangga-tangga kompleks, ada yang jual kuih dan dan buah mangga. Buah-buahan seperti mangga memang banyak terdapat di Bandung ni tapi sayangnya tak dapat dibawa balik ke Malaysia oleh kerana larangan di lapangan terbang.


Kedai menjual telekung di Pasar Baru, Bandung.

Pelbagai jenis pakaian boleh didapati di Pasar Baru, Bandung ini.

Jalan sesak (macet) di luar Pasar Baru di waktu petang.

Syurga membeli belah untuk kaum hawa.

Gamis? Gua pun tak tahu apa benda. Orang perempuan tahu la kot.


Buah-buahan seperti salak dan mangga yang banyak dijual di sekitar Pasar Baru.

Mana-mana pun mesti ada orang meniaga di Sekitar Pasar Baru, Bandung.

Tu dia, Fancy Obrol semua ada. Gua tak berapa minat sangat. Sekadar tengok-tengok je lah.

Beranika jenis kain boleh didapati di sini. Orang Malaysia banyak borong kain di sini untuk dibawa balik ke Malaysia.


Kerepek pisang kering.

Buah mangga memang banyak terdapat di Bandung ini.

Lorong belakang Pasar Baru.

Kedai telekung.

Laluan kecil di antara kedai-kedai pakaian.

Pelbagai rekaan baju dan warna.

Macet di waktu petang .

Kesesakan teruk di hadapan Pasar Baru.


Aktiviti jual-beli di sekitar Pasar Baru, Bandung.

Kedai-kedai kecil menjual makanan.

Bahagian dalaman Pasar Baru.


Langsir-langsir.

Peniaga dari Pakistan di Pasar Baru, Bandung.
Pasar Baru ini akan ditutup lebih kurang jam 6.30 petang lebih kurang waktu Maghrib macam tu. Segala aktiviti jual-beli akan disambung keesokkan hari walaupun ramai pelanggan lagi waktu tu. Gua tak ronda lama dalam Pasar Baru petang itu. Ingat nak berjalan kakai ke Cihampelas Walk (Ciwalk) tapi masa tak mengizinkan. Gua ronda sekitar kota Bandung melihat kehidupan petang. Nak naik angkut pun tak reti tambahan waktu petang di Bandung agak sesak dengan kenderaan. Gua kembali ke Unique Guesthouse untuk bersiap solat Maghrib dan merancang untuk keluar semula sesudah itu.

Sempat gua beli mangga yang manis dengan harga Rp 5,000 sekilogram. Beli pisau dan kupas di guesthouse. Memang manis rasanya. Puas hati. Jam 8.00 malam, gua bersiap untuk keluar melihat kehidupan malam di Bandung. Sedikit sunyi dan tidak hidup di sana. Hanya lampu-lampu jalan menghiasi kota Bandung. Gua sempat singgah di Masjid Raya Bandung. Kelihatan banyak golongan pengemis dan gelandangan  tidur di kaki-kaki lima masjid. Ada juga golongan muda bersembang sesama mereka. Sangat terkesan melihat kehidupan mereka ketika itu. 



Masih lagi bersiaran dari Bandung. Berjalan kaki melawat kawasan.

Grafiti di dinding.

Masjid Raya Bandung di malam hari.

Kehidupan malam di sekitar kawasan masjid.

Bandung from ground level.

Makcik yang menumpang tidur di kaki lima kota Bandung.
Malam itu gua pulang ke guesthouse dengan sedikit perasaan simpati dan kesian. Bagaimana kehidupan rakyat di sebuah kota beli-belah yang terkenal seperti Bandung, rakyatnya hidup di kaki-kaki lima dan atas jambatan lama. Persaingan hidup yang memaksa mereka jadi sebegini. Antara yang menyedihkan, mereka tinggal di kawasan yang busuk dengan bau hancing dan makan atas belas kasihan manusia lain. Ada yang menyusukan anak di atas jambatan lama, tinggal sehelai sepinggang mengharapkan simpati orang lain. Apakah masih ada harapan untuk mereka?

Bersambung.

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...