Iklan

31 Julai 2015

Suasana Malam Ramadhan di Jalan Chow Kit

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Catatan kali ini berkisarkan suasana malam di Jalan Chow Kit di minggu-minggu akhir bulan Ramadhan menjelang hari raya.

Tangkap gambaq buat apa kalau sekadar peram di dalam handphone dan komputer ya dak ? Baik kongsi reramai tengok, syok apa !

Tak sempat nak post bulan puasa hari tu sebab balik kampung awal, jadi di bulan Syawal yang mulia inilah baru gua ada kesempatan.

Tak nak cerita banyak, gua sebenarnya saja nak kongsi gambaq kemeriahan suasana malam di Jalan Chow Kit bulan puasa lepas. Sempat la beli selipar RM10 sepasang.

Moh layan gambar.


Kedai-kedai bundle di sekitar jalan Chow Kit. Petang baru dia beroperasi.

Kalau nak potong kaki seluar, gua selalu ke Chow Kit ni. Potong kaki seluar, bhai ni caj RM 5.00. Kalau banyak boleh dapat murah, RM 4.00 sahaja untuk sehelai.

Ukur siap-siap dari rumah kalau nak senang. Cakap kat dia berapa inci, nanti dia akan ukur seluar dan potong ikut ukuran yang kita nak.

Ada banyak tukang jahit dalam deretan kedai-kedai bundle di Chow Kit ini. Hampir semua kedai bangla yang jaga. Pilih la yang mana berkenan.

Depa ada bila ada sebuah mesin jahit pun dah boleh meniaga. Kita ? Alasan ja banyak.

Sedang kita sibuk membeli belah di bahagian bawah jalan Chow Kit, ada kehidupan lain di atas jejantas.

Riang ria raya di jalan Chow Kit lewat malam.

Khemah-khemah sementara didirikan di bahu jalan Chow Kit untuk peniaga-peniaga sempena bulan Ramadhan.

Lewat malam, jalan masih sesak. Kota Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi.

Menjengah masuk melihat apa yang dijual di dalam khemah-khemah tersebut.

Kasut bundle Chow Kit. Pilih yang mana berkenan di hati.

Bermcam pilihan kasut bundle ada di Chow Kit ini.

Harga kasut bundle boleh tahan jugak. Lebih kurang harga kasut baru !

Longgokan kasut bundle Chow Kit. Bagi peminat tegar kasut bundle, harga tidak menjadi masalah.

Kasut kulit ka apa stail sekalipun pun semua ada !

Berenang la dalam longgokan kasut bundle ni !

Tak sah kalau tak ada yang meniaga spec mata di Chow Kit ! Hari raya haruslah bergaya !

Kedai yang menjual cadar, kain langsir dan sarung bantal di Chow Kit pun dibuka hingga larut malam bila orang tengah ramai.

Orang perempuan syok la kalau jumpa kedai macam ni.

Teddy bear pun ada.

Nak senang naik motor macam gua. Parking tepi jalan, dan terus masuk membeli belah di Chow Kit.

Berwarna-warni. Meriah gitew. Menangis budak-budak kalau nampak ni.

Betul ke RM10 harga ni ?

Seliapr dan sandal.

RM10 jugak. Senang kira.

T-shirt longgok. Sehelai RM6.

Steambot. Kalau DBKL nampak depa tolak pi tempat lain.

Seluar jeans.

Baju Melayu. Nego sampai letgo.

Ruangan baju wanita.

Wangi-wangian. Nak berhari raya sunat berwangian. 

Kerepek dan kekacang.

Lapar lepas membeli-belah ? Ada warung bihun sup dan laksa untuk bersahur.

Jalan Tunku Abdul Rahman lagi meriah kalau nak dikira dengan Chow Kit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...