Iklan

22 September 2015

Kembara ber'backpacking' dengan bajet kurang RM500?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Tajuk nampak menarik bukan? Nak bagi 'rating' naik lettew.

Bila bercakap soal 'kembara' atau 'travel', yang pertama sekali muncul di fikiran adalah bajet atau kos kerosakan yang bakal ditanggung.

Abang bukanlah dari golongan orang berada dan senang. Nak jalan mana-mana pun kena kumpul duit sendiri. Nak harap mak abah bagi duit? Jauh sekali tidak. Kalau mintak sekalipun memang takda harapan nak dapat.

"Nak gi jalan sendiri tanggung la"

Itu kata-kata mak abang. Abah abang pun sama. Kalau orang laki gaya dia lain sikit. Dia buat tak tahu je. Alhamdulillah, diorang tak pernah halang abang capai impian abang merantau melihat kepelbagaian yang ada di muka bumi Allah yang luas ni.

Memang hangpa semua syok tengok abang jalan sana sini, naik motor, kayuh basikal semua.

"Macam ni la bro ! Tak hajak ! "

Bukan abang tak nak ajak, tapi abang lebih selesa bergerak sendiri. Kebanyakkan trip yang dibuat adalah rancangan minit akhir. Plan dan laluan kembara boleh berubah pada bila-bila masa mengikut kesesuaian bajet dan masa.

Abang tak pernah ada itinerary lengkap, sekadar conteng-conteng kosong di buku nota sebelum memulakan sesuatu kembara. Oleh itu, jangan minta itinerary dengan abang, memang abang tak pernah ada.

Untuk pengetahuan, bajet abang selama mengembara ini sebenarnya tak banyak. Dengan lebihan duit tajaan JPA, duit PTPTN dan duit kerja sambilan itulah abang guna untuk ber- 'backpaking' ke sana sini. Ikut bajet yang ada.

"Banyak duit kau, jalan sana sini"

Itu kata kawan-kawan abang. Anda tak perlu kaya pun untuk jalan ke sana sini. Ramai orang ingat perlukan banyak duit untuk 'travel'. Sebenarnya tidak. Ia bergantung apa yang kau cari sepanjang perjalanan kembara anda itu.

Kalau anda cari kemewahan sepanjang perjalanan percutian kau itu, hotel 4-5 bintang sudah pasti ia memerlukan bajet yang lebih. Kalau anda tidak kisah untuk tidur di mana, tidak kisah berjam-jam naik pengangkutan awam, dan tidak kisah untuk makan di warung-warung atau masak sendiri di bilik hotel bajet, anda pasti boleh jimatkan bajet dan sejumlah wang.

Jadilah seorang pengembara dan bukan seorang pelancong. Cuba keluar dari zon selesa anda. Anda tidak akan berkembang jika tidak merasakan bahaya.

Jadi bagi yang bercita-cita nak travel dengan bajet dan modal yang rendah, jangan takut untuk mencuba. Anda sendiri yang rancang perjalanan anda. Bajet sikit buat gaya bajet sikit.

Ke mana anda boleh sampai dan berapa lama anda boleh 'travel' atau 'backpacking' dengan bajet kurang dari RM 500 ?

Ini adalah contoh trip kembara 'backpacking' yang pernah abang buat dengan bajet kurang dari RM500.



Gambar hiasan semata-mata. Ni masa trip abang merentasi Indochina dulu. Duit Kip Laos.




1) Krabi - Koh Phi Phi - Phuket Solo Escape

Ini merupakan projek kembara pertama abang ke luar negara, maksudnya luar dari Malaysia. Trip solo ini terhasil apabila abang teruja membaca cerita-cerita pengembara wanita lain yang dah ke sana. Dok tengok orang perempuan ja solo 'backpacking', orang laki-laki bila pulak? Tak boleh jadi ni, tekadkan diri nak cuba jugak.

Laluan & Persinggahan :

K.Lumpur - Hat Yai - Krabi - Koh Phi Phi - Phuket - Hat Yai - K.Lumpur

Dengan modal di tangan sebanyak RM 500, abang naik bas dari Kuala Lumpur hingga ke Krabi. Dari Krabi abang naik bot ke Koh Phi Phi dan seterusnya ke Phuket sebelum balik semula ke Kuala Lumpur juga dengan bas.

Projek 'backpacking' 5 hari 4 malam  ke Krabi dan Phuket ni bajet sebenarnya tak habis banyak mana pun, dalam RM350 sahaja termasuk tiket bas, tempat penginapan dan aktiviti sepanjang di sana. Makan minum lain cerita, tak termasuk sekali.

Untuk bacaan lanjut tentang Krabi-Koh Phi Phi - Phuket Solo Escape ni boleh rujuk pautan yang abang sediakan di sini



Meh abang racun sikit gambar buat inspirasi.




Krabi Night Market atau Pasar Malam Krabi yang terletak betul-betul di tepi kawasan muara sungai.

Krabi Town atau pekan Krabi di waktu pagi.

Pergi Krabi tak sah kalau tak ambik gambar bot pancung yang bawa pelancong ke pulau-pulau sekitarnya.

Phranang Beach atau Pantai Phranang. Waktu 'island hopping' bot yang kita naiki akan singgah di sini.

Ada gua di Phranang Beach yang dijadikan tempat pemujaan benda ni. Jangan tanya abang apa benda ni.

Pakej 'island hopping' yang sangat berbaloi di Krabi. Siap boleh snorkeling. Tak pernah-pernah dapat pengalaman macam ni di Malaysia.

Pulau Ayam atau Chicken Island yang kelihatan semasa menaiki bot.

Naik feri dari Krabi ke Koh Phi Phi. Melepak santai sambil tengok pemandangan dari atas feri.

Mat saleh bukan main ramai di syurga dunia, Koh Phi Phi.

Koh Phi Phi dalam bahasa Thai. Bahasa Melayu panggil Pulau Phi Phi. Bahasa Inggeris pulak Phi Phi Island.

Bergambiran kenang-kenangan atas feri dari Koh Phi Phi ke Phuket pulak. 

Ikan-ikan kecil yang muncul buritan feri Koh Phi Phi ke Phuket.

Kali pertama mai Thailand teruja duduk atas ni. Boleh pilih nak berjemur atas dek feri atau masuk ke ruangan berhawa dingin.

Nasi goreng cara Thai di pekan Phuket. Ada banyak warung halal yang boleh kita cari. Toksah risau pasal makanan.

Anak peniaga bihun sup di sebelah Masjid Patong, Phuket. Ramah punya bersembang cakap Melayu.

Meronda seharian Pulau Phuket dengan skuter sewa.




2) Trans Java Solo Escape

Selesai trip pertama ke Krabi, ketagihan untuk kembali kembara ber'backpacking' semakin menjadi-jadi. Destinasi abang seterusnya adalah ke Indonesia, Pulau Jawa khususnya. Ini pun selepas terjebak tengok trip Trans Java di blog-blog budak perempuan. Geng laki pupus mana wei ?

Yang syoknya, ini merupakan pengalaman pertama abang menaiki kapal terbang. Tak pernah terlintas di fikiran mampu naik kapal terbang sebelum ni. Dok tengok orang lain ja naik kapal terbang, dah rasa mewah. Rupanya tak mahal mana tiket dia. Murah lagi dari tiket bas pun ada!

Sesuai dengan motto AirAsia "Everybody Can Fly".

Laluan & Persinggahan : Surabaya - Jogjakarta - Bandung

Trip Trans Java Solo Escape ini bermula di kota Surabaya sebelum ke kota Jogjakarta dan berakhir di kota Bandung. Kenapa jadi macam tu? Saja abang nak cuba 'overland' ikut jalan darat. Kebetulan pula Airasia buat promosi tiket penerbangan pergi dan balik waktu tu, abang pun cepat cepat la sambar.

Memang dah lama bercita-cita teringin nak menjelajah jalan darat di Pulau Jawa ni dan pastinya nak tengok Gunung Bromo dan Candi Borobodur sekali. Dengan hanya bermodalkan RM 500 di tangan, dengan izin tuhan tercapai cita-cita abang ni.

Bermacam pengalaman pahit masam-masam manis dapat hang rasa dalam trip Trans Java ni lebih-lebih lagi bila ikut jalan darat dari satu bandar ke satu bandar yang lain di Indonesia ni.

Nah hangpa boleh rujuk catatan abang terdahulu berkaitan Trans Java Solo Escape.





Naik bas mini takda 'aircond' dari kota Surabaya ke Probolinggo. Orang meniaga keluaq masuk bas jual macam-macam. Jenuh nak tepis.

Kawasan sekitar Cemoro Lawang. Antara tanah tinggi yang dingin dengan tanah gunung berapi yang subur.

Homestay Pak Yogi, tempat abang menginap di Cemoro Lawang sebelum tengok matahari terbit di Bromo.

Detik yang ditunggu-tunggu bila ke Bromo. Pemandangan indah sewaktu menyaksikan matahari terbit di Gunung Bromo. 

Bukan abang je, pelancong lain pun tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan mereka di sini berlatarbelakangkan Gunung Bromo.

Lautan pasir di Bromo yang luas. Kalau nak jalan kaki memang tak larat. Sebab tu kita naik jeep, motor atau kuda di sini.

Kota Jogjakarta di Jawa Tengah. Keaslian seni Jawa dapat dilihat di sini melalui ukiran mereka.

Delta Homestay Jogjakarta. Penginapan bajet siap ada dengan kolam renang depan bilik !

Kalau hangpa pi Jogjakarta dekat-dekat Jalan Malioboro ada replika ni. Abang tak ingat nama dia apa.

Meronda naik scrambler di Kampung Kinahrejo, sebuah kampung yang musnah akibat letusan Gunung Merapi pada tahun 2010 dulu.

Jam Erupsi Merupi. Jam yang cair akibat awan panas yang terhasil akibat letusan Gunung Merapi.

Pemandangan matahari terbenam di Taman Sari, Jogjakarta.

Menunggu keretapi di Stasiun Jogjakarta di malam hari untuk menuju kota membeli-belah Bandung.

Jumpa geng orang tempatan dalam keretapi. Turun Bandung, depa belanja sarapan bubur ayam. Abang layankan aje.

Pusat membeli-belah di sekitar Bandung. Nak beli kain dan telekung sinilah tempat dia. Kalau bawa orang perempuan ni mahu menggedik tak nak balik.

Masjid Raya Bandung. Bila malam ramai gelandangan yang akan tidur di kawasan sekitar masjid.

Ada tiga kelas keretapi di Indonesia. Eksekutif, Bisnes dan Ekonomi. Yang paling mahal tentulah eksekutif. Tapi kalau hangpa pilih kelas Bisnes macam abang naik dari Jogjakarta ke Bandung, aircond tak ada !

Nasi Goreng Pak Bewok. Sebut betul-betul, kalau tak memang tak lalu makan.



3) Cambodia-Thailand Overland Project

Trip 'backpacking' bajet yang dinamakan Cambodia-Thailand Overland Project ni abang buat secara berjemaah dengan rakan-rakan yang lain. Kali ini dengan kekuatan anggota sebanyak 5 orang, kami meredah jalan darat di bumi Cambodia dan Thailand untuk pulang ke Malaysia.

Kami beli tiket penerbangan sehala sahaja ke Phnom Penh dan pulang kembali ke Kuala Lumpur ikut jalan darat dengan menaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan juga feri. Asalnya nak buat solo, tapi ramai yang nak ikut maka jadilah 5 orang.

Berbanding 'travel' secara solo, dengan ber'backpacking' secara berkumpulan bajet akan menjadi semakin kurang. Contoh seperti tempat penginapan, bajetnya akan dikongsi bersama.  Dengan RM 500, ada baki lagi bila anda sampai Malaysia !

Boleh rujuk catatan abang yang lepas berkaitan Cambodia-Thailand Overland Project :




Turun di Airport Phnom Penh. Naik tuk-tuk 5 orang sekali. Rapat !

Destinasi pertama di Phnom Penh. Killing Field.

Tuong Sleng Genoside Museum di Phnom Penh.

Sesi bergambiran di Rayal Palace Phnom Penh.

Berkayuh di kota Siem Reap untuk ke Angkor Wat.

Nak masuk Angkor Wat kena bayar $20 USD ! Bajet banyak habis kat sini.

Gambar kenang-kenangan di Bayon Temple, Angkor Wat.

Le Tua di Angkor Wat. Pergi balik Angkor Wat boleh melecet punggung !

Russian Market nak 'shopping' kain baju.

Baju Cambodia $2 USD sehelai.

Cop passport untuk melepasi sempadan Cambodia-Thailand.

Tunggu teksi air di Bangkok.

Stesen keretapi Maeklong yang menjadi tumpuan pelancong.

Katak percik.


4) Kota Kinabalu Short Escape

Siapa sangka dengan bajet kurang dari RM 250 (termasuk tiket kapal terbang) kita dapat bercuti dan jalan-jalan di Kota Kinabalu? Kena gayanya anda boleh berjimat !

Tak perlu modal atau bajet yang banyak pun kalau sekadar nak backpacking ke Sabah lebih-lebih lagi ke Kota Kinabalu. Abang siap pi snorkeling di Pulau Manukan lagi. Percutian selama 3 hari 2 malam macam ni pun dah cukup syok ! Selalunya rancangan minit akhir yang terbaik !

Bacaan lanjut anda boleh rujuk di sini :



Nak jimat bawa bag naik kabin.

Naik bas mini dari Airport Kota Kinabalu ke bandar.

Tak sah kalau berkunjung ke Kota Kinabalu tak pekena makanan laut di Pasar Filipina.

Naik bot laju ke Pulau Manukan.

Ikan-ikan di bawah jeti Pulau Manukan.

Kalau abang acah berdiri macam ni dekat pantai Pulau Manukan ni mau berkocak air !

Air laut sejernih kristal di Pulau Manukan.

Penampakan makhluk bersnokeling berhampiran jeti Pulau Manukan.

Tak reti berenang boleh pakai jaket keselamatan.

Pulau-pulau lain di sekitar Pulau Manukan berlatarbelakang air laut dan langit yang membiru.

Acah acah National Geographic. Kanak-kanak penolak tong ikan di Pasar Filipina.

Bandar Kota Kinabalu dari Signal Hill.



5) 180 Jam Trans Borneo

Nampak? Nama bukan main kemaih bukan?

Trip 180 Jam Trans Borneo ni abang buat awal tahun lepas. Ceritanya sebelum tu cari tiket promosi Airasia murah-murah, ke Brunei Darussalam hanya RM 52 sahaja dan balik pulak dari Kota Kinabalu dengan tiket penerbangan berharga RM 25. Pergi balik naik flight Airasia tak sampai RM 80 pun !

Dengan konsep yang sama, meredah jalan darat dari satu bandar ke bandar yang lain, trip selama seminggu di Borneo ni bermula di Brunei dan berakhir di Kota Kinabalu. Abang dapat la rasa naik bot dan feri dari Brunei ke Labuan, Labuan ke Menumbok dan berkapcai dari Kota Kinabalu hingga ke Kundasang dan juga Kudat.

Nak tahu cerita lanjut boleh rujuk pautan yang berkenaan.




Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang tersergam indah di negara Brunei Darussalam.

Bot bot kecil berhampiran Tamu Kianggeh, Brunei Darussalam.

Kampong Ayer di seberang sana.

Rumah Kampong Ayer moden.

Aura selamat dapat dirasakan di Brunei Darussalam walaupun berseorangan di larut malam.

Ikan-ikan segar yang baru naik di jeti nelayan Wilayan Persekutuan Labuan.

Naik bot laju dari Labuan ke Menumbok di negeri Sabah.

Air laut Kota Kinabalu yang membiru.

Pasar Filipina di Kota Kinabalu yang terkenal dengan hidangan makanan lautnya.

Tagal Sungai Moroli yang terletak di Ranau. Ikan di sini betul-betul gigit.

New Zealand Malaysia, Kundasang Sabah.

Dengan Kapcai Abang Menjelajah. Berlatarkan Gunung Kinabalu yang dilitupi kabus.

Perjalanan kembara solo bermotosikal ke pantai Simpang Tanjung Mengayau di Kudat.

Pantai Simpang Tanjung Mengayau di Kudat. Pantainya putih bersih.


6) Kembara Trans-Sumatera

Hati abang sentiasa tertarik dan tak pernah jemu untuk berkunjung ke Indonesia. Selepas Trip Trans Java Solo Escape di Pulau Jawa, perasaan untuk ke Indonesia membuak-buak. Kali ni abang ke pulau yang berjiran dengan Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Sumatera.

Trip kembara bajet di bumi Sumatera kali ni berlangsung secara berdua atau 'duo' dengan adik perempuan abang. Dah teringin sangat nak ikut, abang bawak la. Abang dah pesan siap-siap. Asal hang tahan sudahlah.

Kembara Trans-Sumatera bermula di Padang dan berakhir di Kuala Lumpur. Sebelum tu kami rentas ikut jalan darat ke Bukit Tinggi, Danau Toba dan juga Medan. Waktu nak balik pulak naik feri di Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang  di Malaysia melalui jalan laut. Ini feri ye bukan tongkang. Segalanya sah belaka.

Bermacam pengalaman pahit manis ada dalam Kembara Trans Sumatera ni. Kena 'pau' dengan imigresen Indonesia, naik minivan 12-13 jam, dan bermacam lagilah. Semuanya dengan modal dan bajet kurang dari RM 500.

Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk pada pautan yang diberi.





Pekena Maggi dulu sambil tengok pemandangan Danau Maninjau.

Teres-teres padi di sepanjang Kelok 44 menuruni hingga ke Danau Maninjau.

Tebing tinggi di Lembah Harau.

Keajaiban kejuruteraan di Kelok 9 berhampiran kota Payakumbuh.
Pulau di atas pulau. Danau Toba. Bukan Danau Kota.

Pemandangan acah-acah di New Zealand, padahal di Danau Toba je pun.

Penampakan makhluk tersembunyi di sungai menuju ke Tele.

Pemandangan dari atas Menara Tinjau Tele.

Kanak-kanak masyarakat Batak Danau Toba main bola lepas hujan.

Tasik Danau Toba yang menjadi sumber rezeki dan tempat bergamtung hidup masyarakat Batak di sini.

Meninggalkan Danau Toba untuk ke Medan.

Masjid Raya Medan atau juga dikenali dengan nama Masjid Raya Al-Mashun yang terletak di kota Medan.

Masjid Raya Medan yang dibangunkan pada tahun 1906 dan siap sepenuhnya pada tahun 1909.

Naik beca ke Stesen Keretapi Medan untuk ke Tanjung Balai.

Feri dari Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang selamat sampai.


Soalan yang selalu ditanya :

Kenapa susah-susah kembara ikut jalan darat ? Flight kan ada ?

Abang tak kaya dan abang seronok bersusah payah naik keretapi, bas, feri & motor kerana bermacam pengalaman dan ikhtiar hidup abang boleh jumpa sepanjang perjalanan. Rasai sendiri bagaimana orang susah yang seumur hidup mereka hanya mampu mendongak ke langit melihat kapal terbang melintas lalu.


Percayalah, dengan bajet yang ciput pun anda mampu untuk mengembara luar dari Malaysia. Anda yang rancang sendiri perbelanjaan anda itu. Kadangkala ketika bermusafir, akan ada rezeki yang tidak dijangka-jangka. Ia berkenaan dengan apa yang anda cari sepanjang perjalanan itu. 


"Jadilah seorang pengembara, bukan seorang pelancong"



25 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tidak sepower hakak and the geng yang telah merentas Indochina. Haha.

      Padam
  2. Siapa cakap bajet kecik tak boleh melancong? Inspiring, boleh dijadikan as panduan untuk next trip. Keep it up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa cakap ! Siapa cakap ! Cakap kat abang ! Haha

      Padam
  3. power !!! entah bila abg bole start mcm nie ... dah berkeluarga ni payah skit . ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Backpacking bawa keluarga naik keretapi sampai Siam. Hehehe.

      Padam
    2. rasanya hujung tahun ni nak plan backpacking ke phuket mcm ko, pergi dgn isteri...dah plan sikit2...nnt bro boleh share tips2 berdasarkan pengalaman pada tulisan akan datang... :)

      Padam
    3. Insyaallah boleh. Tak ada masalah. Apa apa boleh PM ! :)

      Padam
  4. Terbaik brother Hazwan,bro boleh ke sy nak PM bro utk mintak tips serba sikit untuk ke cambodia..tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Feel free to ask !

      Boleh PM di Facebook Page Budak Letrik.

      Padam
  5. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan, saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami ialah company pelanjongan khususnya pakej pelancongan Jogja. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan. Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan service memuaskan kerana kami handle langsung dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan sila whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.(FREE).

    Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (31-50 seater) dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian. Bole ambik pakej fullboard, ground (tanpa hotel), atau pakej tanpa makan, semua kami sesuaikan keinginan Tuan/ Puan/ Abang/ Akak.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Day 1
    Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Lepas itu kita pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Lepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat persiapan tour esok hari.
    Day 2
    Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.
    Day 3
    Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
    Day 4
    Drop airport

    Harga bermula dari:
    RM 599 (2-5 pax)
    RM 421 (6-11 pax)
    RM 379 (12-17 pax)
    RM 333 (18-33 pax)

    All package types include:
    Private Car AC (All new Avanza /Livina /Jazz /Xenia /Innova for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 18-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    Hotels 3 nights *2
    Driver
    Driver Meals
    Parking fees
    Tour guide (by request)
    Entrance ticket’s stated in itinerary
    Dinner and lunch based itinerary
    Documentation (by request)

    Exclude:
    Airport taxes
    Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    Additional menu for dinner / lunch (if included)
    Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau whatsapp +628985101301 (FREE).
    Email: ganeshabantul@yahoo.com
    FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassallamualaikum Wr Wb

    BalasPadam
  6. my fav blog.. terbaik lh bro..slalu fikir nk ke luar negara msti nk da duit ribu2.. tk sangka plk dgn rm500 dh leh pusing 1 dunia huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih !

      Kita sendiri yang rancang perjalanan kita. Kalau kemewahan yang kita cari, 'mewah' jugaklah belanjanya. Kalau jenis bajet, bajetlah jugak belanja dia.

      Ikut cara kita !

      Padam
  7. Menarik. Saya juga telah cuba pergi beberapa tempat, dan ternyata, 500 tu cukup. :). Selamat bertravel!

    BalasPadam
  8. Wah SANGAT SANGAT MENARIK! tengah carik idea untuk honeymoon backpacking yg bajet! dari semalam pening nak carik... jumpa blog awak rasa LEGA! :D thanks!

    BalasPadam
  9. As Salam
    Next Trip plan kat mana bro...
    saya nak follow leh tak....

    BalasPadam
  10. Waalaikumsalam.

    Insyaallah boleh. Tapi selalu plan last minit.

    BalasPadam
  11. t'ingin gak nak b'backpacking, kembara cam sedara.tp...cam den ni wlu pun msh single tp klu nak ke b'cuti ke mn2 oversea/dlm m'sia kn bawa omak t'cinta.jd xkan le nak dia 'b'susah2' d hari tua nye...jd 500 tu...kecian mak den nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM500 sebagai panduan. Kalau bawak mak tu janganlah ikut cara bajet macam ni. Huhu

      Padam
  12. Hbt la sebb 500 blh buat trip.....sy jd mslh sebb tmpt tdr n mkn...tu sebb bajet lbh 500 tiap x trip.nak selesa n mkn byk..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...