Iklan

Memaparkan catatan dengan label Balik Raya Ride. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balik Raya Ride. Papar semua catatan

31 Julai 2015

Balik Raya Ride 2015 : Ada apa di Kuala Kangsar ?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Sebelum nak mulakan cerita, gua nak ucapkan dulu Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Orang dah habis raya dah, baru hang nak ucap.

Maaflah. Tak berkesempatan nak ucap masa bulan Ramadhan dulu. Buat-buat kalut membeli-belah dan sibuk di dapur. Eh.

La ni baru gua ada kesempatan nak jenguk balik blog Budak Letrik gua ni. Habuk dan sawang saja bila tinggal 3 minggu !

Sempat la gotong royong sekejap tadi membalas komen-komen pembaca. Maaflah kalau ada yang bertanya abang tak jawab tempoh hari. Di luar kawasan.

Raya hari tu gua balik kampung kelahiran gua di Sik, Kedah. Gua balik seminggu awal. Semangat beraya di desa kata kau.

Tiap-tiap tahun gua mesti balik naik skuter dari Kuala Lumpur ke Kedah. Macam tahun 2014 lepas dengan edisi Kembara Skuter Raya : Balik Kampung dan Kembara Skuter Raya : Misi Kasih Sayang THM. Tahun lepas gua naik skuter Yamaha Nouvo LC gua, tahun ni tukar pulak naik SYM VTS 200 ayah gua punya pulak. Sedap sikit. Hiks.

Bulan-bulan puasa ni kalau menunggang motorsikal pulang ke kampung halaman tengah-tengahari buta ni memang amat menyeksakan. Panas terang tang-tang lit lat lit lat. Dahaga sungguh. Memang boleh kalau nak buka puasa tu tapi sayang woo ! Tiap-tiap sejam ride gua berhenti rehat. Lepak baring kat pondok wakaf RnR pun bahang jugak !



Berhenti rehat setelah kebas punggung di RnR Tangjung Malim menghala ke utara.

Pukul 5.00 petang, elok sampai di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Singgah dulu melawat kawasan.


Sebenarnya kisah catatan kali ni gua nak cerita kisah balik kampung gua raya hari tu yang mana gua telah singgah di pekan Kuala Kangsar untuk berbuka puasa. Rancangan tu ada tapi baru kali ni menjadi. Jarang juga gua singgah di pekan Kuala Kangsar ni pada waktu siang. Dah ada banyak masa ni, sambil menyelam sambil minum air. 

Selalunya setiap kali balik kampung dari Kuala Lumpur, gua akan susur keluar ke Kuala Kangsar tapi setiap kali sampai Kuala Kangsar dah lewat malam. Tak ada apa nak tengok pun bila waktu malam ni. Kemudian perjalanan malam diteruskan ke pekan Gerik dan seterusnya ke Baling sebelum tiba di Sik.

Ada apa di Kuala Kangsar dan apa yang menariknya di sini? Kuala Kangsar Bandar Diraja? Ya, yang tu semua orang tau. Bandar Kuala Kangsar yang bersejarah sebenarnya mempunyai tarikan yang tersendiri. Ada shopping complex tak ? Kompleks membeli-belah hipster-hipster memang tak ada di sini. Paling kuat pun ada la The Store.

Untuk mengetahui info tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar, anda boleh layari Nota Kembara atau pun laman web rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Dekat situ banyak la info berguna yang boleh anda dapat. Gua nak cerita satu-satu pun gua tak pergi. Jadi gua cerita tempat mana yang gua melawat ajelah.

Salah satu tempat yang gua singgah di Kuala Kangsar sebelum masuk waktu berbuka puasa petang tu adalah Victoria Bridge atau nama melayunya Jambatan Keretapi Victoria. Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan jambatan keretapi lama ini di Kuala Kangsar. 

Jambatan kereta api ini dinamakan sebagai Victoria Bridge, mengambil sempena nama Ratu Victoria, pertamanya ketika di awal pembinaan, merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Keduanya, apabila tamat pembinaan, Afrika Selatan secara seluruhnya telah berada di dalam pemerintahan baginda Ratu.

Sedikit petikan dari artikel SobriYaacob,

Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungkan Bandar Diraja Kuala Kangsar. Jambatan ini terletak di Karai, Kuala Kangsar. 

Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak.

Dekat mana lokasi Victoria Bridge ni?

Victoria Bridge ini terletak di Karai, satu kawasan di daerah Kuala Kangsar. Kalau dari pekan Kuala Kangsar, cari jalan untuk ke Sungai Siput. Nanti akan ada simpang kiri untuk ke Karai. Terus sahaja hingga jumpa pekan kecil dan seterusnya Victoria Bridge yang tak jauh darinya.

Kalau tak tahu jugak kat mana, nah abang kongsi peta Google Maps.

Victoria Bridge 
GPS Koordinat : 4.837511, 100.963716




Pekan Karai. Meriah jugak petang-petang sibuk dengan orang ramai membeli juadah berbuka puasa. Depan tu sikit jumpa la Victoria Bridge.

Inilah dia Victoria Bridge atau jambatan keretapi lama Victoria di Karai, Kuala Kangsar.

Jalanraya utama penduduk tempatan melalui bawah Victoria Bridge.

Bukan Victoria Secret mahupun Victoria Beckham, inilah dia Victoria Bridge yang merentangi Sungai Perak. 

Jambatan keretapi Victoria Bridge yang menjadi penghubung utama suatu ketika dulu dan digunakan sehingga tahun 2002 sebelum digamtikan dengan jambatan keretapi moden.

Victoria Bridge di Kuala Kangsar yang diwartakan sebagai salah satu khazanah pelancongan negara.

Kalau berani boleh meniti atas Victoria Bridge ni. Nak ambik gambaq ka apa. Risiko atas tanggungan sendiri.

Seriau jugak takut terpeleot jatuh dari Victoria Bridge ke jalanraya di bawah. Dinasihatkan berhati-hati.

Yang minat fotografi, sinilah tempat dia Victoria Bridge. Boleh ambik gambar kahwin ka apa atas ni.

Tembok batu bata merah asal yang masih utuh kelihatan di Victoria Bridge. Sebelah tu landasan keretapi baru yang dibina bersebelahan Victoria Bridge.

Victoria Bridge ni adalah antara jambatan keretapi paling tertua yang ada di Malaysia dan dibina pada tahun 1897. Masih kukuh sehingga ke hari ni.

Jambatan Victoria Bridge ini mempunyai enam batang tiang bata merah yang amat kukuh dan pernah dibom oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Struktur binaan jambatan Victoria Bridge ini disamakan dengan jambatan terkenal di Sungai Kwai di Thailand. (River of Kwai)

Ada laluan motosikal dan basikal di sisi jambatan Victoria Bridge ini menghubungkan kampung di seberang Sungai Perak sana.

Penduduk tempatan menggunakan Victoria Bridge untuk menyeberangi Sungai Perak dari pekan Karai ke kampung di seberang sana.

Dataran pinggir Sungai Perak berhampiran Victoria Bridge. Lawa betul pemandangannya.

Enam batang tiang bata merah yang menjadi asas kukuh Victoria Bridge yang masih bertahan sehingga ke hari ini.

Dari Victoria Bridge, gua kembali ke pekan Kuala Kangsar ikut jalan lain pulak. Berpandukan Google Maps je, kita boleh nampak jalan-jalan lain di pesisir Sungai Perak. Gua singgah di Persiaran Sayong selepas tu. Gua ingatkan happening la kan petang-petang ni. Tapi sunyi sepi. Bulan posa kot.

Dari Persiaran Sayong ni kita boleh nampak pemandangan di pesisir Sungai Perak. Di seberang sana kita boleh nampak tersergam indah kubah Masjid Ubudiah di Bukit Chandan. Gua cari bot tambang kot-kot ada. Boleh jugak ronda-ronda Sungai Perak. Ke dah takda bot penambang kat Kuala Kangsar ni ? Orang Kuale mohon jawab.

Gua tak lepak lama di Persiaran Sayong sebab nak cari juadah berbuka puasa. Gua balik semula ke pekan Kuala Kangsar. Ada sebuah Bazar Ramadhan yang luas dan besar di Kuala Kangsar ni. Yang syoknya bazar Ramadhan di sini diadakan di bawah sebuah dewan berbumbung yang besar ! Tak ingat pulak nama tempat ni, tapi dia dekat-dekat sungai. Arena Square kalau tak salah.

Macam macam pilihan makanan ada di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar ni. Yang pastinya laksa kuala mesti ada ! Kalu nak beli laksa saja pun ada jual. Nak sekati ka sekilo ka. Abang tak beli pun laksa kuala. Tengok-tengok camtu ja. Datang jauh-jauh dari Kuala Lumpur pusing-pusing meronda seluruh bazar, yang dibeli hanya sebungkus air tebu sahaja !


Aktiviti sekitar pekan Karai. Kebetulan musim durian di Kuala Kangsar. Mana-mana mesti ada je orang jual durian.

Lembu bebas meragut rumput di pinggir Sungai Perak. 

Persiaran Sayong.

Boleh nampak Masjid Ubudiah dari Persiaran Sayong ini.

Jam 6.30 petang, berbekalkan air tebu yang dibeli di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar tadi gua memutuskan untuk menuju ke Masjid Ubudiah. Cari tempat untuk berbuka puasa. Jarak dari bazar ke Masjid Ubudiah ni tidaklah begitu jauh. Layan perasaan naik motor slow-slow menyusuri pesisir Sungai Perak sambil menghayati pemandangan indah pekan Kuala Kangsar.

Sebenarnya gua lebih suka berbuka puasa di masjid berbanding di kedai-kedai makan ataupun berbelanja di bazar Ramadhan. Ya, mungkin orang ingat kita ni terlalu berkira untuk membeli makanan. Bukan kerana itu sebenarnya. 

Bila hang berbuka puasa di masjid, baru hang dapat rasa erti nikmat berbuka puasa yang sebenar. Keperluan sebenar ketika berbuka. Kerana selalunya kita berbuka puasa dengan nafsu semata-mata.

Gua sampai di Masjid Ubudiah, tengok ada pakcik-pakcik lain jugak yang baru sampai untuk beriftar sekali. Gua pusing-pusing dulu kawasan sekitar melihat keunikan senibina yang ada di masjid ni. Tahukah anda Masjid Ubudiah di Bukit Chandan ini merupakan sebuah masjid nazar kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28.

Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Info lanjut berkenaan Masjid Diraja Ubudiah boleh dirujuk di sini.


Rumah usang berhampiran Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

Pemandangan kawasan sekitar Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Khubah emas Masjid Ubudiah.

Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran Istana Iskandariah ini merupakan sebuah masjid nazar.

Senibina Moor yang terdapat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Uang paling gua kagum apabila masuk ke dalam dewan sembahyang Masjid Ubudiah, semuanya berwarna emas !

Ruang solat Masjid Ubudiah yang ekslusif dan romantik gitew.

Juadah berbuka puasa di Masjid Ubudiah Kuala kangsar tidak kurang hebatnya. Rezeki gua hari tu.

Selamat sampai di Sik, Kedah pukul 12.00 malam. Lepak kedai tomyam tengok awek siam Pattani sat. Hiks.

Juadah berbuka puasa di Masjid Ubudiah juga tidak kurang hebatnya. Nasi hujan panas siap dengan ikan bawal lagi. Gua duduk semeja dengan budak-budak sekolah tahfiz yang ada di situ. Tanya budak-budak ni, tiap hari makan sedap ada orang sponsor. Budak asrama pun lari pi masjid buka puasa di sini.

Selesai berbuka dan solat Maghrib, gua menyambung perjalanan gua kembalik ke kampung halaman di Sik, Kedah. Ada dekat 200 KM lagi nak sampai. Meredah kegelapan dan kesejukan malam selepas buka puasa lagi mencabar sebenarnya. Mengantuk ya amat. Masa bawa motor pun boleh tersengguk-sengguk.

Gua sampai di Sik, Kedah pun dekat pukul 12.00 malam. Bawa motor santai sungguh, 80-90 KM/J sahaja. Kuala Kangsar-Gerik-Baling. Bahagian yang mencabar tu naik motor sorang-sorang lalu jalan Lebuhraya Timur-Barat dari Gerik ke Baling. Jarang selisih dengan kenderaan lain bila larut malam lalu jalan ni. Selalu naik kereta balik kampung malam-malam lalu jalan ni tak rasa apa. Naik motor baru la ada perasaan cuak sikit. Dengan angin sejuk bukitnya selepas hujan pulak tu. Alhamdulillah, dengan izinnya tak ada apa-apa berlaku.

Besok pagi tengok motor masa nak pergi Solat Jumaat, tayar belakang pancit habis ! Pikir-pikir balik nasib baik la tak jadi kat jalan Gerik-Baling semalam. Kalau tak menolak la dalam gelap semalam tu. Kalau tahan kereta ke lori ke ada ke yang nak berhenti ?

Semua yang berlaku atas izin-Nya. Kalau dia kata nak jadi, makan jadilah. Kita ni yang harus banyak berdoa dan bertawakal. Tak perlu mendongak dada. Kita tiada daya mahupun upaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...