Iklan

28 September 2011

Catatan Kerja di Crocs Mont Kiara

Cuti 4 bulan yang lepas, bermula dari bulan Mei 2011 sehinggalah September 2011 adalah masa yang paling sesuai buat duit. Sesuai dengan status sebagai student IPTA, duit selalu saja short, maka dengan itu aku pun mengorak langkah mencari kerja kosong di sekitar Kuala Lumpur. Cari punya cari maka dapatlah aku kerja sebagai Shop Assistant di Crocs Concept Store 1 Mont Kiara.

Sebelum tu puas aku cari kerja merata K.L. Tapi semuanya ditolak. Katanya tunggu lah 2-3 hari lagi dia akan call tapi habuk pun tarak. Last2 aku tanya la member aku anak tuan rumah, katanya Crocs Mont Kiara nak pakai orang. Aku pun setelah direkemen olehnya pergilah interview dan dapat jugak lah kerja di Crocs 1 Mont Kiara ni.
Ruang Dalaman

Kids Display

Kadang2 ada pameran di Lobby.


Susunan warna Crocs diambil kira

For adult

Crocs 1 Mont Kiara


Sempat bergambar bersama anak orang Korea

03 Ogos 2011

Broga Hiking

Tiga minggu yang lepas, aku bersama 2 rakanku yang lain telah menerjah ke Broga. Tak plan apa2, hanya sempat bincang di mamak malam sebelum itu. Kebetulan hari itu off day bagi aku yang kini buat part time kat Crocs Concept Store. Boleh la wat aktiviti riadah ni. Hari Khamis jam 7 pagi kami memulakan perjalanan dari Segambut. Kebetulan waktu yang sama orang ke pejabat, jalan agak jem dan sesak. Lebih kurang pukul 9 kami sampai di Broga Hill. Tak larat nak tulis,jom layan gambar..
Masuk tempat Parking kena bayar RM 2. 


Ada dua route, Bukit Broga dengan Gunung Tokwan. Tapi tak terjumpa pun route ke Gunung Tokwan.

Awal pendakian: Kelapa sawit
Antara halangan yang akan dilalui menuju ke puncak Broga

Broga mempunyai 3 puncak utama. Dalam gambar adalah puncak pertama.



Panorama yang indah di Broga



Cuaca hari tu tak berapa baik. Berkabus. Jam 10 pagi ketika ini.


Kasut2 lusuh yang dicampak diatas pokok di Broga.


Laluan hutan sebelum ke Broga. Pastikan memilih pakaian yang sesuai .


Ada talian hayat?? Tali untuk membantu mendaki di sudut curam.


Mengambil masa sejam melalui hutan sebelum sampai ke puncak.

Antara papan iklan yang ada disini. Ayaq kelapa Broga.


Paling suka gambar ni. Walaupun menggunakan handset mengambil gambar, masih cun panorama Broga.

Broga Third Peak.

Kalau jatuh tergolek tak sempat brek dah.


Puncak kedua Broga

Pasir2 menyukarkan pendakian dan sedikit licin.

28 Julai 2011

ATV & Buggy di Port Dickson

Bila last sekali pergi Port Dickson berkelah lebih kurang 5-6 tahun yang lalu. Tapi tahun ni dalam 2-3 bulan yang lepas aku telah pun menjejakkkan kakiku semula ke kawasan perkelahan yang terkenal di kalangan penduduk Kuala Lumpur. Tiada plan hanya sekadar jalan2 cuti hari minggu bersama keluarga. Hari sabtu Port Dickson memang terkenal dengan pasar malamnya. Suasana yang agak meriah ditambah dengan keasyikan melihat panorama matahari di ufuk barat terbenam benar2 mempersona.

Kebetulan sebelum itu, terlihat iklan di Mudah.my yang menyatakan terdapat sebuah track di Port Dickson yang menyediakan perkhidmatan menjual Buggy dan ATV. Disini juga turut disertakan khidmat menyewa Buggy dan ATV untuk pengunjung yang hadir. Harganya juga berpatutan. Banyak juga benda2 lain yang boleh lakukan disini. Menurut owner, banyak pelancong luar dan pembuat iklan bikin iklan kat sini.Meh layan gambar..

Entrance Port Dickson Buggy Pitstop
ATV(All Terrain Vehicle) dan Buggy yang disediakan untuk pengunjung.
Apekenama entah belon ni.Cam best pun ada.

Tergolek la semua nak menahan Bola Gergasi nih.


Track Owner with my Father.

Dah try dah bawak buggy.Kurang sedap.Stereng longgar.

New buggy for sale.

Antara Buggy yang sedia beraksi.


My Father dengan ATV.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...