Iklan

16 Jun 2013

Cambodia-Thailand Overland Project - Part 1: Phnom Penh (Cambodia)


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Nampak? Nama bukan main sedap bukan? Tak nak kalah. Cambodia-Thailand Overland Project ini berkisahkan perjalanan darat sekumpulan kawan dengan tema bajet backpacking yang merangkumi hampir 2000 KM bermula dari Phnom Penh, Cambodia dan berakhir di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Rancangan membuat perjalanan kembara melalui jalan darat atau 'overland' ini diputuskan setelah membeli tiket sehala ke ibukota Cambodia iaitu Phnom Penh dengan tambang harga RM 52.00 sahaja dari Airasia hampir setahun yang lepas (ada promosi 'free seat'). 

Cadangan asalnya projek ini adalah kembara secara berduet dengan seorang rakan rumah sewa yang kali pertama mengikuti aktiviti backpacking ini. Minit-minit akhir, tiba-tiba dah ada 6 orang lain yang mahu turut serta dan ada pulak yang cancel tak jadi ikut semasa hari kejadian. Maka yang terlibat hanyalah 5 orang termasuik gua.

Untuk Cambodia-Thailand Overland Project ini bajet yang diperuntukkan adalah sebanyak RM500 sahaja untuk setiap seorang. Ia merangkumi kos penginapan, pengangkutan serta makan dan minum. Sebenarnya tak habis pun RM 500. Nanti gua senaraikan perbelanjaan dalam ruangan bajet nanti. 

RM 500 siap boleh masuk Angkor Wat dan Phnom Penh ? Cukup ka ? Bajet kami memang ciput pun. Maklumlah, semua yang ikut pun masih lagi belajar, bukan bekerja. Maka dengan tema 'backpacking bajet', kami memulakan langkah kanan bermula dari Kuala Lumpur ke bumi Cambodia.

Kami berlima sekawan menuju ke LCCT dengan Skybus berwarna kuning dari KL Sentral jam 2 pagi. Untuk pengetahuan, bas ulang-alik LCCT-KL Sentral tiap-tiap masa pun ada 24 jam di KL Sentral ni. Anda boleh naik teksi ke LCCT tapi mahal. Nak murah boleh naik bas ja di KL Sentral di tingkat bawah. Ramai yang dok menunggu bas termasuk mat-mat saleh serta pramugari Airasia. Bas pula bergerak setengah jam sekali dari LCCT. 

Penerbangan ke bumi Cambodia, atau juga dikenali dengan nama lain seperti Kampuchea atau Kemboja ini mengambil masa sekitar 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur. Waktu tu jugak kelihatan pelajar-pelajar UiTM lain yang mengambil peluang cuti pertengahan semester seperti kami membuat program khidmat masyarakat di perkampungan muslim sekitar Phnom Penh.


Selamat tiba di Phnom Penh International Airport. Berjalan kaki keluar mencari tuk-tuk. Di dalam ini ada jugak tunktuk, tapi caj agak mahal!

Tiba di Phnom Penh International Airport lebih kurang jam 8 pagi waktu tempatan. Matahari sudah terik dan terasa bahangnya.

Keluar Phnom Penh Airport di jalan besar banyak tuk-tuk tengah tunggu. Harga standard untuk sebiji tuk-tuk adalah dalam sekitar 20-25 USD. Lebih dari itu adalah mahal. Kami dapat nego 20 USD sebiji tuktuk untuk dinaiki oleh 5 orang yang sihat-sihat belaka.

Kami tiba di kota Phnom Penh, Cambodia lebih kurang jam 8.00 pagi (waktu Cambodia lewat sejam dari Malaysia). Lapangan Terbang Phnom Penh kecil sahaja jika hendak dibandingkan dengan LCCT di Sepang. Keluar dari Lapangan Terbang Phnom Penh, dengan terpinga-pinga baru kami memutuskan untuk menyewa sebuah tuk-tuk untuk kegunaan kami melawat tempat-tempat menarik sekitar Phnom Penh.

Di luar Phnom Penh Airport, kelihatan banyak tuk-tuk yang sedang menunggu penumpang. Gua cuba tanya salah seorang pemandu tuk-tuk berapakah tambang atau kos untuk menyewa sebuah tuk-tuk seharian di Phnom Penh tapi harga yang diberikan terlalu tinggi.

Kami mengambil keputusan untuk keluar dari lapangan terbang menuju ke jalan besar di mana terdapat banyak juga tuk-tuk yang lalu lalang. Ada seorang brader pemandu tuk-tuk ni menawarkan kami harga $25 USD untuk sebuah tuk-tuk. Puas tawar menawar dapat la $20 USD. Dapatlah kami sebuah tuk-tuk dinaiki 5 orang kami untuk meronda-ronda sekitar bandaraya Phnom Penh hingga ke petang.

Kalau nak sewa tuk-tuk di Phnom Penh ini pastikan dulu anda dah 'deal' serta memahami terma dan syarat bagi mengelakkan masalah di kemudiannya. Bagitahu kepada pemandu tuk-tuk lokasi mana yang kita nak tuju pada hari tersebut. Buatlah sedikit kajian lokasi mana yang menarik harus ditujui di Phnom Penh ini. Jangan mengharapkan pemandu tuk-tuk semata-mata. Jangan nanti ada berlaku salah faham. Boleh buat bergaduh nanti.

Keadaan jalanraya di Phnom Penh. Pemanduan di sebelah kanan semasa di Cambodia berbeza dengan di Malaysia.

Kebanyakkan motorsikal diubahsuai menjadi pelbagai 'mode' pengangkutan di Phnom Penh. Yang ni macam van pun ada.

Geng-geng sihat merayau-rayau tanpa arah tuju di Phnom Penh. Gaya masing-masing tak nak kalah.

Diingatkan membawa mask atau penutup hidung kerana persekitaran bandar Phnom Penh sangat berdebu dan kering. 

Kedai-kedai sekitar bandar Phnom Penh. Yang gua perasan banyak pusat karaoke. Takkan depa ni suka menyanyi-nyanyi kot.

Kedai-kedai sekitar Phnom Penh yang masih belum dibuka.

Tengah naik tuk-tuk melihat suasana persekitaran Phnom Penh. Tiba-tiba ada tol. Bukan lebuhraya pun.

Keadaan jalanraya sekitar Phnom Penh memang agak menyedihkan. Jalanraya yang berdebu dan berlopak menyukarkan perjalanan. Tak kisah hang naik tuk-tuk ka apa memang berlambung-lambung dibuatnya. Jalanraya mereka di Cambodia ini agak teruk. Berlopak-lopak dan berdebu bila cuaca kering. Memang kena pekup hidung sepanjang masa. Kalau boleh bawa mask jerebu kalau nak meronda sekitar Phnom Penh dengan tuk-tuk. Ditambah dengan panas membahang pulak, memang berpeluh satu badan.

Apa yang gua perhati, kerja-kerja pembaikan jalan dan infrastruktur giat dijalankan di Phnom Penh ini. Pergi mana-mana pun kita boleh nampak kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam sedia ada. Itu yang menyebabkan kedaan jalan sedikit berdebu dan sesak. Deretan kedai-kedai di Phnom Penh banyak yang gua nampak adalah pusat karaoke. Jarang sekali nak nakpak supermarket atau kedai runcit. Memang suka berhibur kot depa ni agaknya. 

Di kiri kanan bahu jalan, banyak jugak peniaga air tebu. Memang cara mereka di Phnom Penh la kot dari pagi sampai ke malam minum ayaq tebu oleh kerana cuaca panas. Air tebu pun murah jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Gua pun sempat pekena ayaq tebu gua tiga gelas masa kat Phnom Penh ni.

 Yang menarik, air tebu mereka dicampur dengan perahan limau ! Bagi gua sedap ! Tak tau la kat hangpa.


Kerja-kerja pembinaan giat dijalankan di bandar Phnom Penh, ibukota negara Cambodia.

Tiada bangunan yang tinggi -tinggi di sekitar Phnom Penh. Ni la kot rasanya yang paling tinggi. 

Wayar berselirat macam di Thailand. Susah nak cari point kalau ada masalah nak troubleshoot.

Penduduk tempatan Phnom Penh banyak menggunakan motorsikal dalam urusan seharian mereka.

Oleh kerana Cambodia adalah jajahan takhluk Perancis suatu ketika dulu, maka banyak la tulisan berbahasa Perancis di sini.

Destinasi pertama yang kami tuju selepas dapat tuk-tuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh bukanlah tempat penginapan, tetapi tempat tumpuan pelancong iaitu Choeung Ek Genosidal Center atau lebih dikenali dengan nama Killing Field, lebih kurang 20 minit perjalanan dari pekan Phnom Penh.

Ada apa dan apa yang menariknya di Killing Field ni? Di sinilah tempat berlakunya pembunuhan besar-besaran rakyat Kemboja di bawah rejim Khmer Rouge di antara tahun 1975-1979. Dikatakan hampir sejuta orang telah dihukum oleh rejim Khmer Rouge dan di Killing Field sahaja sebanyak lebih 8000 mayat telah ditemui di sini.

Masih baru lagi !


Inilah tuk-tuk yang kami sewa di Phnom Penh. Sewa sebuah tuk-tuk berharga 20 USD. Boleh suruh bawa ronda sekitar Phnom Penh sampai ke petang. 

Lokasi pertama kami di Cambodia ini adalah melawat 'Killing Field' atau dikenali sebagai Choeung Ek Genosidal Center.

Sebelum masuk ke dalam kawasan Killing Field, Phnom Penh.

Bayaran kemasukan sebanyak 5 USD seorang dikenakan untuk masuk ke Killing Field ni. Dapat 'Audio Guide' sekali.

Boleh pilih bahasa untuk audio di Killing Field. Bahasa Melayu menjadi pilihan. Senang paham.

Menuju masuk ke Killing Field. Ada banyak checkpoint bernombor. Tekan punat nombor dekat Audio Guide untuk penerangan.


Papan tanda di Killing Field menceritakan tapak setiap kawasan bertanda mempunyai cerita yang tersendiri.

Killing Field Memorial Stupa. Dalam ni disimpan tengkorak mangasa pembunuhan zaman rejim Pol-Pot dulu.

Sesumpah di pokok.

Tengok pokok yang ada di Killing Field ni pun agak mengerikan.

Kubur mangsa-mangsa pembunuhan di Killing Field.

Gambar-gambar lama yang dipamerkan di Killing Field untuk tontonan umum.

Stupa Buddha yang berdiri megah di Killing Field.

Boleh nampak kain baju yang reput tersembul keluar dari tanah tu? Boleh bayangkan berapa banyak mangsa yang ditanam dalam lubang ni?

Setiap kawasan di dalam Killing Field ada ceritanya sendiri.


Stupa Buddha Killing Field.

Dalam stupa Killing Field ni tersimpan tengkorak-tengkorak mangsa pembunuhan.

Muzium Killing Field di suatu sudut kawasan lain.

Tiada apa apa bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam muzium Killing Field.

Pokok Kabung. Simbol pada bendera Cambodia.

No plat kenderaan di Phnom Penh. Semua standard dan tak macam di Malaysia.


Stesen Minyak di Phnom Penh. Petrol sangat mahal disini. 3USD boleh dapat 2 liter petrol.

Dah puas pusing Killing Field, kami seterusnya ke Tuol Sleng Genoside  Museum setengah jam dari Killing Field.

 Tuol Sleng Genoside  Museum. Bayaran masuk 2 USD seorang.



Pelancong dari Malatysia.

Bekas jajahan Perancis, bahasa Perancis mesti wajib ada. 

Tapak dimana tahanan digantung dan diseksa.

Gambar-gambar yang menyaksikan kekejaman Pol Pot ke atas bangsanya sendiri. Cambodia bunuh Cambodia. 

Gambar-gambar mangsa direkodkan sebelum dibunuh kejam.




 Tuol Sleng Genoside  Museum . Bangunan macam asrama penjara.


Alatan yang digunakan menyeksa manga turut dipamerkan.




Sesi fotografi sebelum bergerak menuju destinasi seterusnya.

Naik tuk-tuk lagi ke Russian Market.


Semua penunggang gua perasan akan pakai fullface helmet walaupun tuk-tuk yang dibawa cut-off 30-40 KM/J

Russian Market. Boleh la kalau nak beli buah tangan. Orang perempuan syok la.





Menuju ke Royal Palace.





Santai bang!

Dipaksa membeli minuman. Kebanyakkan penduduk Cambodia adalah susah. Pelbagai pekerjaan dilakukan demi menyara keluarga.



Kawasan sekitar Royal Palace. Nak masuk dalam kena bayar. Kami dalam bajet nipis. Hanya mampu bergambar di luar.





Royal Palace.


Persekitaran Royal Palace.











Pintu Royal Palace.



Pak Guard dok tercongok.

Royal Palace yang berdekatan Sungai Mekong.

Lintas jalan seberang sana adalah Sungai Mekong.


Adik ni jual makanan burung. Maaflah dik, kami pun tak makan lagi seharian kat Phnom Penh ni. Meh bergambar meh.


Ni pun jual makanan burung. Banyak burung merpati sini.


Sungai Mekong

Burung Merpati banyak sungguh.

Di tebing Sungai Mekong.

Aktiviti malam di Phnom Penh. 

Mencari makanan halal yang memang susah jumpa.


Berdekatan ni ada Centarl Market Phnom Penh tapi dah malam tak sempat.

Pekena ayaq tebu malam-malam hilang dahaga. Muarah ja. lebih kurang 70 sen duit Malaysia.

Mana-mana pun ada orang jual air tebu di Phnom Penh ni. Start dari pagi buta pun ada dah dok mesin tebu. Mungkin cuaca panas kot.

Atas ni lah hotel kami. Capitol Hotel Phnom Penh. 


Kawasan sekitar pun banyak rumah tumpangan murah-murah.

Nak baru dia mesin air tebu. Fresh.


Inilah Lunch dan Dinner kami di bandar Phnom Penh. Cari air panas pun tak jumpa. Rendam dalam air sejuk esok pagi jamah.

Bangun pagi siap-siap. Atmosfera pagi di Phnom Penh. Bersedia menuju ke Siem Reap 


Selamat Tinggal Phnom Penh.

Capitol Hotel and Tour Phnom Penh.

Capitol Guesthouse.  Murah sahaja.


Check-out.

Disebabkan masa yang agak terhad maka kami hanya sempat bermalam semalam sahaja di Phnom Penh. Destinasi seterusnya adalah ke Siem Reap keesokan hari. Malam tu kami menghadap Maggi Cup sahaja oleh kerana tak jumpa nasi. Semua pun pakat tidur dengan perut kelaparan malam tu. Hiks ;-)

Kos Hari Pertama : Phnom Penh

  • Sewa Tuk-Tuk : 20 USD sehari / 5 orang = 4 USD Seorang
  • Killing Field Entrance Fee: 5 USD seorang
  • Tuol Sleng Genoside Museum : 2 USD seorang
  • Capitol Guesthouse: 3 USD seorang
  • Total: $14 USD / seorang (tidak termasuk makan minum)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...