Iklan

27 Jun 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok


Hari kedua dan hari terakhir abang dan adik abang di Lombok. Masa tidak mengizinkan kami untuk berada lebih lama di Lombok. Ada jadual yang perlu dituruti untuk mengejar penerbangan pulang di Bali lusa hari.

Hangpa tak tau abang punya seriau ni macam mana masa Gunung Agung di Bali meletus setibanya abang di Bali minggu lepas. Berita di Malaysia cerita benda yang sama. Begitu juga media di Indonesia.

Masa abang nak mai Bali sebelum tu Gunung Agung baru saja meletus. Masih tiada lagi berita bahawa Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali juga akan ditutup selepas itu. Masa abang berada di Labuan Bajo baru tengok berita Airport Bali dah ditutup. Mujur abang sempat naik flight dari Bali ke Labuan Bajo sebelum tu. Kalau tak memang tak jadi la Trip Segera Nusa Tenggara ni.

Kesan letusan erupsi Gunung Agung di Bali mengakibatkan kesan yang serupa kepada pulau jirannya iaitu Lombok. Debu gunung berapi dari Gunung Agung dibawa angin sampai ke Pulau Lombok. Debu ni yang bahaya sebenarnya. Boleh mengakibatakan kerosakan kepada pesawat. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok jugak ditutup masa hari abang berada di Bali. Abang dok baca di Facebook & Twitter ramai rakyat Malaysia yang terkandas di Bali & Lombok.

Kedutaan Malaysia di Indonesia mewujudkan bilik gerakan untuk membantu mereka yang terkandas di Bali & Lombok. Bukan kedutaan kita sahaja, negara lain pun sama wujudkan bilik gerakan untuk membantu warganegara masing-masing.

Abang dalam hati ni dok berharap waktu nak balik nanti di Bali ni Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali akan beroperasi seperti biasa. Buat masa sekarang banyak pelancong yang terperangkap di sana akibat penjadualan semula jadual penerbangan yang telah dbatalkan sebelum ini.





Hari kedua di Lombok. Sarapan pagi di Idoop Hotel Mataram. Nak keluar awal berjalan pagi ni.

Apa yang dirancang tak menjadi. Hujan lebat !



Berbalik kepada cerita hari kedua kami di Lombok.

Semalam sebelum tiduq abang buat sedikit kajian nak pi mana hari ni di Lombok ni. Selalunya abang akan menggunakan ssumber media sosaial yang ada seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Kadang-kadang kita boleh jumpa tempat-tempat menarik dan rare yang lari dari kebiasaan. 

Selalunya abang akan cuba buat kata carian guna hashtag. Contohnya #Lombok. Nanti akan ada la gambar-gambar menari yang keluar. Dari situ hangpa klik pulak lokasi dia kat mana. Dari lokasi tu akan keluaq pulak banyak gambaq lain. Dan seterusnya macam tu lah abang buat. Selalunya cari di Instagram lebih mudah dan untung-untung jumpa tempat yang 'Instagrammable'.

Boleh jugak guna Twitter dan Facebook untuk cari lokasi-lokasi yang menarik di sesuatu tu, tapi abang lebih gemar guna Instagram.

Abang terjumpa satu tempat di Lombok ni nama dia Pantai Nambung. Di Lombok ni saja terdapat banyak pantai. Sampai tak terkira pantainya di sini. Ada yang dah biasa dikunjungi pelancong dan ada di antara orang tempatan sendiri pun tak tahu ada pantai sebegini di Lombok.

Pulau Lombok ni luas jugak kalau nak pusing naik motor dalam masa sehari. Kalau nak sedap elok ada 3 hari kat sini. Puas sikit nak pusing. Kalau ada waktu sehari macam abang ni rasanya tak berapa nak puas. Paling tidak pun dapat cover 2 tempat je dalam sehari oleh kerana jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di Lombok ni yang agak jauh. 

Terpaksa berteduh dulu di pondok masa nak cari rumah Mumut.

Basah lencun dah pakaian luar dan dalam ni. Hujan lebat membadai tidak semena-mena. Lepak rumah Mumut dulu makan nasi lepas tu.

Pagi-pagi lagi abang dan adik abang dah bersiap untuk keluar menjelajah ke Pantai nambung. Lepas Subuh dah siap-siap dah bersiap untuk keluar meronda naik motor.

Kawan adik abang si Mumut jugak nak ikut kami hari ni meronda pusing Pulau LOmbok.

Siap-siap sarapan pagi, kami keluar hotel pi rumah Mumut. Abang main gagau je cari rumah Mumut ni ikut lokasi yang dia bagi di Whatsapps. Masuk taman keluaq taman tapi salah jalan.

Nak dijadikan cerita hujan lebat pulak pagi tu membasahi bumi Lombok. Abang yang terperangkap di dalam kawasan perumahan entah di mana berteduh di bawah satu pondok. Basah kuyup masing-masing abang dan adik abang. Masa nak sewa motor dia sediakan sekali baju hujan, tapi kami tak sempat pakai. Hujan datang secara tiba-tiba.

Tunggu sat sementara hujan nak berhenti di dalam kesejukan. Dah reda sikit hujan baru kami meneruskan mencari jalan ke rumah Mumut.

Akhirnya jumpa jugak rumah Mumut ni.

Hujan pulak bertambah lebat lepas tu. Si Mumut masak nasi jamu kami makan tengahari di rumahnya.

Plan awal pagi dah jadi tengahari pulak. Kita mampu merancang, tapi perancangan tuhan yang terbaik. Dah hujan nak buat macam mana. Takkan nak gagah jugak redah dalam hujan kot.

Kesian jugak abang tengok Mumut kawan adik abang ni. Laki selalu kerja luar. Tinggal la dia sorang-sorang di rumah.

Rumah depa kat sini walaupun dalam kawasan taman tapi rumah ni ada satu bilik ja! Dan ada satu bilik air. Rumah elok tapi sempit sikit. Nak membasuh ke apa semua ada ampaian di luar. Nak memasak ke basuh pinggan semua di ampaian tu lah. Kesian jugak abang tengok. Tapi rumah depa bersih. Atas faktor-faktor privasi dan keselamatan tak boleh la abang tunjuk gambar kat rumah Mumut ni.


Ok dah panas dah. Ayuh kita keluar menjelajah Lombok naik motor!

Jumpa roundbout ada tugu masjid. Pulau Lombok dikenali dengan nama 'Kota Seribu Masjid'. Selang beberapa ratus meter mesti jumpa masjid.

Yang ni cuma tugu masjid jelah di tengah-tengah bulatan masa nak keluar dari Mataram.

Lepas Zuhur jugaklah hujan baru berhenti. Baru la nampak matahari. Nampak? Masa tak selalu mengizinkan kita.

Kami segera bergerak keluar dari Mataram menuju ke Pantai Nambung. Macam biasalah guna Google Maps.Tanya Mumut pun dia tak tahu jalan. Haha.

Pantai Nambung tempat kita nak pi ni terletak di bahagian selatan Pulau LOmbok. Kalau Mataram tempat abang duduk ni terletak di sebelah barat Lombok. Hangpa faham tak ni abang tengah dok cerita apa? Takpalah, nanti hangpa check sendiri kat Google Maps utara selatan timur barat tu macam mana.

Jarak dari Mataram ke Pantai Nambung ni lebih kurang 60KM. Nampak macam tak berapa jauh kan? Tapi kalau naik skuter dua dengan ada yang membonceng di belakang lenguh jugak punggung.

Masa perjalanan lebih kurang nak dekat 2 jam sebab jalan dia masuk kampung keluar kampung, kona-kona bukit bukau lagi. Bawak tak laju pun santai-santai 40-50KM/J ja.

Pemandangan desa-desa di Lombok ni memang sangat menarik. Kita boleh jumpa sawah-sawah padi, kampung-kampung orang. Layan ja.





Sewa skuter Honda ni dalam RM20 je sehari untuk naik 2 orang pusing Lombok.

Masuk jalan-jalan kampung. Google Maps yang bawak ikut jalan ni.

Berdebu pulak jalan dia.

Kelihatan sawah-sawah yang menghijau.

Makcik pakcik kakak-kakak yang baru balik sawah.

Oh jumpa pulak empangan. Tak pasti nama apa empangan ni.


Lepas hujan tadi dia pun lepaskan ayaq.

Pakcik-pakcik baru balik masjid.


Apa yang kelihatan berlipat di situ? Allahu hukum alam.



Mumut di depan tengah ambik gambar jugak.

Jalan yang sedikit berlecak bila hujan pagi tadi.




Jalan kona-kona naik bukit turun bukit. Sejuk dengan pokok-poko. Sesuai kalau nak ride di Lombok ni.

Ada bensin yang dijual di dalam botor. Mumut berhenti isi minyak sat.
Laut di bawah sana.





Menarik Lombok ni punya pemandangan. Sedap naik motor.

Dah nak sampai Pantai Nambung di depan tu.

Tak berapa nampak sangat orang kampung waktu-waktu macam ni. Semua pi mana?



Cuaca yang sangat elok untuk ride di Lombok.

Banyak ekor lembu dibiarkan begitu sahaja tergantung tidak bertali.

Lagi-lagi lembu tengah meragut di padang savanna Lombok.

Kalau kat Malaysia ni pantang tinggal lembu-lembu dok bebas macam ni. Dalam Wira pun depa sumbat bawak lari.














Apa yang menariknya di Pantai Nambung di Pulau Lombok ni?

Air Terjun Nambung ni terletak di selatan pulau Lombok di dalam Kecamatan Sekotong. Sekotong ye bukan Sesotong. Awat tiba-tiba abang ingat budak raver pulak ni. Ish.

Untuk sampai ke sini dari Mataram mengambil masa lebih kurang 2 jam berkenderaan.

Susah jugak nak cari Pantai Nambung ni. Kadang-kadang tak ada papan tanda pun di jalanraya. Semuanya kena berpandukan Google Maps dan sedikit logik akal. Kalau tak tahu sangat tanya ja orang tempatan, sangat membantu.

Abang terlihat di Instagram semalam pasal Pantai Nambung ni. Di pantai ni ada satu air terjun dipanggil Air Terjun Asin.

Sebenarnya di bukanlah sejenis air terjun yang mengalir dari sungai akan tetapi air terjun yang terjadi apabila ombak kuat menghempas batuan di pantai ini. Maka terjadilah Air Terjun Asin yang masin itu.

Lawa betul abang tengok gambaq diorang kat Air Terjun Asin di Pantai Nambung ni. Tu yang abang teringin nak pi sini tu.

Namun bukan setiap masa kita boleh dapat pemandangan Air Terjun Asin ni. Waktu-waktu tertentu ja bila ombak cukup kuat dan air pasang terjadilah fenomena ini.

Abang saja nak cuba nasib kot-kot petang ni lepas hujan dapat la tengok.

Sampi di Pantai Nambung, kita parking motor dulu di rumah penduduk tempatan di sini. Awat macam orang asli ja orang-orang kot sini. Rumah mereka pun sedikit daif. Depa suruh parking motor di kawasan rumah mereka untuk dapatkan sedikit duit. Parking kat sini kena bayar IDR 5k. Saja bantu mereka sikit.

Dari tempat parking motor, kita kena berjalan kaki sedikit menuju ke Pantai Nambung. Untuk sampai ke Air Terjun Asin ni perlu berjalan kaki di pesisiran pantai sampai la ke kawasan berbatu. Jauh jugak abang rasa nak menapak tu. Sampai kawasan berbatu kena lintas langkah-langkah batu sampai la.

Tapi sayang Air Terjun Asin tidak kelihatan waktu petang-petang macam ni. Ombak tak cukup kuat barangkali nak hasilkan air terjun.Sayang seribu kali sayang.

Abang, adik abang dan Mumut cuma bergambar je lah di Pantai Nambung ni.

Kalau diperhatikan, pasir Pantai Nambung ni unik, lain dari yang lain. Tak sama macam pasir-pasir pantai yang biasa kita jumpa. Pasir dia bulat-bulat terdiri daripada batu karang yang halus.











































Where does this take place? - Iceland, Canada or even New Zealand? NO!!!!! It's Nambung Beach in #Lombok! this beach rates a mention because of the unusual salty waterfall at the end of the beach. This natural phenomenon is caused by waves slamming into one side of the rocky headland then flowing down the rock face on the backside where there also happens to be a shallow pool so you can experience this natural seawater spa. i would suggest you guys to go here with dozens of people. Otherwise it's still quite dangerous considering this area is still untouched and there's still so many bloody shit people. Watch your belongings and don't stay there until noon. i wasn't able controlling how excited i was marveling this unique phenomenon ✌🏻😌 . LOCATION: Nambung beach West Lombok Indonesia . explore dolan @stepenpen . #exploredolan #nambungbeach #explorelombok #indonesia
A post shared by I ♡ INDONESIA | #exploredolan (@exploredolan.id) on






































































Dari Pantai Nambung, kami bergerak pula ke Pantai Kuta. Bukan di Bali sahaja ye ada tempat nama Kuta. Di Lombok pun ada tempat nama Kuta.

Jarak perjalanan dari Pantai Nambung ke Pantai Kuta lebih kurang setengah jam. Dah agak lewat sebenarnya petang tu. Tapi nak lawat banyak tempat punya pasal kami gagahkan jugak.

Kami ikut jalan laluan pesisir pantai. Memang lawa betul pemandangan dia masyallah. Dengan hamparan sawah padi, bukit bukau di tepi laut. hanya yang pernah lalu jalan pesisir pantai Lombok ni je tahu suasana dia macam mana. Memang syok betullah kampung dia.

Di sepanjang perjalanan ada macam-macam pantai la hangpa jumpa. Boleh tengok mat-mat saleh naik skuter dengan papan luncurnya. Selalunya kawasan surfing macam di Lombok ni memang ada banyak guesthouse dan hotel-hotel murah di tepian pantai. Memang sibuk jugaklah jalan -jalan kampung ni dengan penduduk kampung ditambah pulak dengan pelancong mat saleh sibuk ke hulu hilir dengan papan luncur masing-masing.

Kalau ikutkan hati memang abang nak berhenti ja tiap-tiap pantai yang abang jumpa tu, tapi masa tak berapa nak cukup. Nak berkejar masa ke Pantai Kuta.

Di Pantai Kuta, ada sebuah masjid besar yang baru siap. Lawa binaan dia. Kami berhenti semayang jamak dulu di sini.

Pantai Kuta di Lombok ni jugak merupakan tumpuan pelancong untuk mencari tempat penginapan di tepi laut. Kalau kaki-kaki surfing sini la tempat dia.

Destinasi seterusnya adalah Bukit Merese nak tengok matahari terbenam!

Bukit Merese ni merupakan bukit hijau dengan pemandangan ala-ala New Zealand Indonesia tak jauh dari Pantai Kuta. 

Ni pun kena masuk dalam kawasan kampung sikit. Tak ada papan tanda arah pun. Tapi agak-agak ja tengok Google Maps dan tanya orang tempatan. Yang ni pun kena parking motor kat rumah orang dengan bayaq parking IDR 5k.

Bukit Merese merupakan suatu destinasi yang wajib dikunjungi jika mai ke Lombok ni. Dia punya sunset tu fuh mengancam. Dari atas bukit ni hangpa boleh nampak pemandangan laut menghadap lautan Hindi. Sebab tu ombak di selatan Lombok ni kuat-kuat dan menjadi idaman para peluncur dari seluruh dunia.

Bukit Merese ni jugak terletak tidak jauh dari Pantai Tanjung Aan dan sebenarnya berada di kawasan yang sama. Kalau hangpa mai waktu tengahari memang boleh nampak la laut yang membiru. Tapi abang mai pun dah nak dekat senja. Tak berapa nak menjadi la biru dia tu waktu nak Maghrib dah.

Kami lepak di atas Bukit Merese ni bersama lembu-lembu tengok sunset. Ya memang ada banayk lembu yang meragut rumput atas ni. Tu yang dipanggil New Zealand Indonesia tu.














































































































Waktu Maghrib baru kami kembali semula ambik motor. Baru tengok minyak motor dah nak habis. Keluar ke jalan besar misi mencari minyak motor pulak. Mujur la ada kedai runcit yang menjual bensin ada di jalanan. 

Sukar nak jumpa stesen minyak yang besar-besar bila kita keluar dari pusat bandar Mataram. Yang ada pun stesen minyak kampung macam ni la. Bensin di kedai-kedai tepi jalan ni depa jual dalam botol. Setiap botol isiapdu dia satu liter. Satu Liter = IDR 10k. Mahal sikit berbanding stesen minyak biasa. Tapi takpalha nak buat macam mana. Darurat ni.

Waktu malam agak gelap di sesetengah kawasan di Lombok. Dari Kuta nak balik semula ke Mataram ambik masa sejam setengah jugak.

Sebelum sampai ke hotel, Mumut ajak singgah makan dulu. Tiap kali waktu nak makan dia yang beria nak belanja. Naik segan kami.

Kami singgah di rumah makan 'Bebek Goreng Pondok Galih'. Tapi yang ni cawangan dia yang lagi satu. Bukan yang semalam punya.

Minat betul Mumut dengan 'Bebek Goreng Pondok Galih' ni. Abang tetap makan menu yang sama macam semalam. Set nasi lauk ayam macam ayam penyet tu.

Kami tak lepak lama malam tu. Mumut teman kami balik ke Idoop Hotel di Mataram. Kami berpisah di situ. Abang telefon brader yang abang sewa skuter dan pulangkan balik skuter. Sebelum naik bilik ernampak pulak ada kedai souvenir tepi lobi Idoop Hotel. Nah harga dari murah dari kedai souvenir di Pantai Senggigi semalam. Haha.

Malam tu jugak abang plan nak lintas naik feri dari Lombok ke Bali di Pelabuhan Lembar.



Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara


Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 1: Kuala Lumpur-Bali

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 2: Menjejak Air Terjun Nungnung

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan

Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur

26 Jun 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok



Dah selesai urusan sewa motor sebelum ni di Idoop Hotel, tanpa membuang masa kami mula meronda menjelajah Pulau Lombok ni. Tak dan nak berehat apa haih. Masa yang terbatas digunakan sepenuhnya.

Rugi la sewa skuter IDR 70k (RM20) sehari kalau tak digunakan sepenuhnya. Tapi sayang jugak kalau sewa hotel mahal-mahal kalau tak duduk. Sebab tu abang lebih suka cari hotel-hotel bajet ja kalau nak menginap. Tak rasa rugi sangat. Nak mandi & tiduq sat ja pun.

Sebelum mula meronda, kita kena isi bensin dulu. Kita panggil minyak. Orang Indonesia panggil bensin. Bukan besen ye.

Berhampiran dengan hotel abang duduk dekat-dekat Mataram Mall ni ada stesen minyak Pertamina. Jadi orang tempatan sekejap beratur naik skuter isi minyak. Panjang jugaklah nak beraturnya kat sini.

Abang isi minyak motor skuter penuh tangki IDR 18k (RM5.00). Masa ambik skuter tadi minyak dah kering. Elok la topup siap-siap. Nak jalan jauh ni.




Roda dua. Roda empat. Kalau roda enam nak isi di mana? Nak isi minyak motor pun panjang punya barisan. Mujur ada pekerja yang jaga. Kalau buat gaya layan diri macam di Malaysia ni mahu sampai ke esok ni baru siap.

Isi minyak motorsikal di kebanyakan tempat di Indonesia ni mudah, tak payah turun motor pun ada pekerja yang akan melayan. Tapi kena turun motor jugak sebab nak isi minyak bawah seat. Hiks.

Berbanding pulau jirannya Bali yang majoritinya beragama Hindu, penduduk Pulau Lombok majoritinya beragama Islam.

Abang perhati je. Ada kepala ke tak ni sebenarnya? Kalau jumpa tengah-tengah malam ni mau terkencing ni.

Warung sate Rembiga yang baru nak bukak. Nampak macam syok. Sayang tak bukak lagi.

Ok. Ke mana kita petang ni di Pulau Lombok?

Destinasi pertama di Pulau Lombok dah tentulah Pantai Senggigi!

Abang selalu dok dengar je orang dok cerita Pantai Senggigi ni. Kalau di Lombok ni pelancong yang datang selalunya akan menginap di belah-belah Pantai Senggigi ni la. Jarang depa duduk di Mataram macam kami ni. Kami je insan terpilih duduk di Mataram. Hehe.

Antara lokasi tumpuan di Lombok dah tentulah dengan 'Gili' nya. Gili ni maksud dia pulau kecil. Kalau siapa yang nak mai Lombok ni mesti depa dah rancang dah nak pi mana dan menginap di mana. Antara yang popular adalah Gili Air, Gili Meno & Gili Trawangan.

Untuk ke Gili ni kita perlu menaiki bot dari pelabuhan yang terdapat di Pulau Lombok. Contohnya kalau nak ke Gili Trawangan, Gili Air & Gili Meno boleh naik bot di Pelabuhan Bangsal. Akan ada bot yang membawa pelancong & penduduk tempatan ke gili-gili tersebut.

Jarak tempuh perjalanan ke Pantai Senggigi dari Mataram adalah lebih kurang 20-30 minit. Abang rasa van atau bas pun ada dari Mataram untuk ke Pantai Senggigi. Untuk kepastian boleh tanya orang tempatan.

Apa yang boleh dilihat di dalam perjalanan di Pulau Lombok ni adalah banyak kereta kuda kelihatan. Kuda bukan jenis kuda yang besaq tu, tapi kuda padi ni ja. Orang tempatan di Lombok ni selesa betul guna kereta kuda dalam kehidupan seharian mereka. Tak sempat abang nak ambik gambaq sebab tengah bawak motor.

Sebelum ke Pantai Senggigi, adik abang jumpa kawan dia di Lombok ni. Kawan dia ni sama-sama belajar di Universiti Indonesia dulu di Jakarta. Baru berkahwin & ikut laki tinggal di Lombok.

Yang syoknya duduk di Lombok tapi tak pernah lagi sampai di Pantai Senggigi. Hehe. Mungkin baru lagi duduk di Lombok ni. Tak habis pusing lagi.

Alah sama lah macam kita jugak. Abang orang KL pun tak pernah lagi sampai & naik Menara KL tu. Dok tengok dari jauh je selalu. Hangpa pun abang yakin macam tu.

Kawan adik abang ni nama sedap, Mutaharah. Tapi senang dipanggil dengan nama 'Mumut'. Mula-mula tu abang nak tergelak jugak. Awat la dok panggil nama 'Mumut' ni. Terkemut-kemut mulut abang nak menyebutnya. Haha.

Mumut ni join sekali abang ride dari Mataram ke Pantai Senggigi. Dia bawak motor dia sendiri. Dia tak pernah pi lagi Pantai Senggigi. Laki dia pulak kerja jauh outstation. Jadi dia dok sorang-sorang la kat rumah. Dah alang-alang kami nak ride ke Pantai Senggigi dia pun join sekaki.

Abang yang menjadi penunjuk jalannya. Senang je bukak Google Maps cari jalan.




Rumah makan 'Bebek Goreng Pondok Galih'. Siap ada special lagi 'Bebek Hitam Sambal Korek'. Rajin pulak abang taip satu-satu. Haha

Pondok-pondok buluh yang terdapat di rumah makan Bebek Goreng Pondok Galih.

Surau yang selesa dan bersih disediakan untuk pengunjung di rumah makan Bebek Goreng Pondok Galih.

Amacam dekorasi pondok dan lanskap dia?

Jangan risau walaupun duduk jauh-jauh hujung dunia punya pondok pelayan dia akan mai.

Testing gambaq kamera telefon Xiaomi Mi A1.

Suasana nyaman & nyam nyam di Bebek Goreng Pondok Galih. Terlebih promosi pulak abang rasa rumah makan ni.

Sebelum ke Pantai Senggigi, si Mumut ni bawak kami pi makan dulu. Tempat istimewa katanya.

Nak dijadikan cerita, dia nak bawak kami pi makan ni tapi dia sendiri yang sesat. Ah sudah. Last-last abang jugak la menjadi penyelamat keadaan.

Si Mumut ni nak cari kedai makan nama 'Bebek Goreng Pondok Galih'. Kata dia kedai makan ni sedap. Dia biasa makan dah banyak kali.

Sebut betul-betul. Bebek. Bebek ni bahasa Indonesia bagi itik. Pondok ni pondok la. Galih ni abang tanya Mumut apa dia, dia kata nama tempat. Jadilah ia 'Bebek Goreng Pondok Galih'.

Rupanya ekskusif jugak rumah makan 'Bebek Goreng Pondok Galih' ni ya di Lombok. Abang tak pasti di tempat-tempat lain di Indonesia ada tak cawangan dia. Tapi di Lombok abang jumpa dua cawangan dia.

Memang betul la nama pondok sebab kita berkelah makan dalam pondok buluh. Syok jugak makan dalam pondok ni. Ada banyak pondok dan rumah makan ni memang luas siap dengan lanskap lagi.

Di rumah makan 'Bebek Goreng Pondok Galih' ni bukan menyajikan hidangan itik semata-mata. Lauk lain pun ada seperti ayam. Dia jual dalam bentuk set. Abang ambik set ayam pedas. Ayaq pulak ada ayaq buah macam-macam jenis. Tak biasa makan bebek di Malaysia. Tu yang ambik ayam. Hehe.

Abang boleh rekomen la kat hangpa yang nak pi makan di Lombok ni boleh makan di rumah makan ni. Bersih pun bersih. Harga tak mahal mana. Untuk seorang makan set nasi & ayaq baru IDR 30k (RM9).

Dah selesai makan petang, kami bergerak terus ke Pantai Senggigi.

Jalan ke Pantai Senggigi ni dia redup & berbukit bukau sikit dengan kona seakan Batu Ferringhi kalau hangpa biasa lalu. Di kiri kanan jalan terdapat hotel, villa dan resort. Pemandangan menghadap laut di kiri jalan. Memang agak syok la kalau duduk di kawasan Senggigi ni.

Abang masuk simpang kiri ke satu lorong terus ke Pantai Senggigi. Ada satu kawasan parking khas di Pantai Senggigi ni disediakan untuk motorsikal. Mana-mana tempat pun kena bayaq. Tak ingat abang berapa kena bayaq tapi dalam IDR3-4k (RM1.00) macam tu lah. Ada orang yang jaga parking.

Di sekitar kawasan pantai ada kedai-kedai yang menjual souvenir Lombok. Abang buat tak layan ja pada mulanya tu. Tapi masa nak balik terjebak jugak singgah. Bukan singgah saja, tapi siap beli lagi.


Abang abang nasi set lauk ayam masak  pedas ni. Abang tak biasa makan bebek. Sebut betul-betul. Bebek.

Macam ayam penyet? Entah. Abang tak biasa makan ayam penyet. Tapi sedap jugak ayam dia ni.

Apa yang boleh dibuat di Pantai Senggigi ni?

Hangpa boleh la jalan di pesisiran pantai sambil feeling-feeling bulan madu. Kalau yang bujang tu elok main pasir ke apa ka je kot kat pantai tu. Sedarlah hidup kau sendirian. Haha.

Abang rasa ayaq laut dia keruh sikit petang tu mungkin sebab lepas hujan dengan matahari pun nampak suram ja. Tiada tanda-tanda matahari nak muncul balik. Tapi redup-redup macam ni dapat lepak tepi pantai pekena angin laut memang sempoi mempoi woo. Lentok dibuatnya.

Pantai Senggigi ni abang nampak kotoq sikit. Mungkin waktu abang datang tu tak kena masa. Nak minum ayaq nyoq pun ada dijual. Ada makcik-makcik yang akan himpit tanya nak minum tak air kelapa. Dia akan bawakkan. Ni bukan dari hotel punya, tapi kedai-kedai kecik tepi tu.

Di Pantai Senggigi ni jugak rapanya ada pelabuhan untuk ke Gili Trawangan. Selalunya tengok pelancong ja yang naik speedbot naik dan turun di sini. Orang tempatan tak naik di sini sebab jauh. Depa naik di Pelabuhan Bangsal yang kedudukannya lebih dekat dengan Gili-gili ini. Jarak perjalanan kalau dari Pelabuhan Senggigi ke Pelabuhan Bangsal lebih kurang 20 minit.

Kebetulan waktu abang mai tu ada penduduk tempatan di Senggigi ni buat kejohanan bola sepak pantai di tepi pantai. Haa la nama pun bola sepak pantai. Kalau main kat dalam gelanggang tu orang panggil futsal. Melalut pulak dah.

Meriah jugak kejohanan depa mengalahkan Piala Dunia. Yang penyokongnya di belakang pun sempoi bersorak bukan main. Lagi sempoi ada pengulas lagi tu yang buat rancak lagi.

Tak boleh dok dekat sangat takut depa tersepak pasir masuk mata. Mumut dan adik abang pi solat dulu di surau berhampiran sementara abang dok usya bola sepak pantai. Ada kemudahan seperti toilet & surau berhampiran Pelabuhan Senggigi ni.

Nak masuk waktu Maghrib baru kami balik semula ke Mataram. Dok nego nak beli souvenir masa balik tu yang lama. Tak sempat kami nak meronda Pura Batu Bolong yang terkenal di Lombok ni sebab hari dah gelap. Ronda malam-malam pun di tepi pantai tak nampak apa. Lagipun kawan adik abang, Mumut pun ikut sekali. Bahaya pulak kalau bawak orang perempuan naik motor malam-malam ni. Kalau abang sorang-sorang abang tak belasah dah tu ronda.


Sampai di Pantai Senggigi. Sepanjang jalan masuk lepas parking motor tu ada deretan kedai menjual souvenir.

Ah sudah. Beberok ni natang apa pulak dah? Kerabu berok?

Di Pantai Senggigi ni jugak boleh tengok penawaran servis 'Live on Board' di Flores. Jauh jugak tu nak pi Flores dari Lombok ni. Harga tau sajalah ni.

Inilah dia Pantai Senggigi yang menjadi sebutan bila berbicara mengenai Pulau Lombok. Senggigi dan Lombok berpisah tiada.

Pelabuhan Senggigi. Boleh nampak geng-geng pelancong yang baru turun speed boat dari Gili Trawangan.

Cuaca Pantai Senggigi yang sedikit suram petang ni. Macam nak hujan pun ada.

Ada yang tengah tunggu nak naik bot ke adik beradik Gili ni.

Pelancong luar terutama mat saleh boleh dilihat merata-rata di Pelabuhan Senggigi.

Ada yang cari makan jual hasil kraftangan di Pantai Senggigi.

Nak beli seluar gaya pantai pun ada.


Perahu ni ada nama dia. Abang tak ingat.

Pelabuhan Senggigi di kejauhan.

Ayaq nyoq kalau siapa nak minum ada makcik-makcik yang lalu lalang jual.

Kerusi-kerusi tempat melepak resort sebelah punya. Kalau cuaca elok depa tengok sunset kat Pantai Senggigi ni.

Penjual kain ni ada di mana-mana.









Partai Perindo Persatuan Indonesia.



Pertandingan bola sepak pantai di Pantai Senggigi.


Balik hotel tengok perkembangan semasa. Berita banjir di Malaysia.

Berita banjir di Malaysia di siaran berita Indonesia.


Suasana malam di Mataram masih meriah dengan deruan kenderaan. Masjid-masjid indah dengan lampu menghiasi keindahan malam di bumi Lombok.

Mumut balik ke rumah dia dan abang balik semula ke Hotel Idoop selepas sepetang berada di Pantai Senggigi. Malam tu kami tak makan apa dah sebab petang tadi baru lepas pekena 'Bebek Goreng Pondok Galih'. Kenyang mengah dah ni. 

Dok pikir perjalanan esoknya nak ronda naik skuter pi mana. Selalunya macam ni la. Tak ada plan khusus nak pi mana sehari-hari. Malam sebelum tu baru abang buat kajian peta bumi jalan-jalan mana yang nak lalu dan lokasi menarik untuk dilawati.

Tengok-tengok ada cerita banjir Malaysia di siaran berita Indonesia ni. Pada masa yang sama juga berita penerbangan terjejas di Bandara Lombok (Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok) akibat erupsi Gunung Agung di Bali bermain di media massa.

Seriau abang. Hari tu Airport Ngurah Rai di Bali pun ditutup 2 hari akibat erupsi Gunung Agung ni. Dah la abang nak lintas balik semula ke Bali untuk balik ke Malaysia lagi 3 hari ni.



Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara


Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 1: Kuala Lumpur-Bali

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 2: Menjejak Air Terjun Nungnung

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan

Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...