Iklan

Memaparkan catatan dengan label Student Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student Life. Papar semua catatan

02 Ogos 2012

Projek Line Follower Robot

Assalamualaikum w.b.t. Gua saje-saje hari ni sebelum buka puasa nak cerita pasal projek robotik yang kami buat semester lepas. Subject yang kami ambil ni memerlukan pelajarnya mereka bentuk sebuah " Line Follower Robot". Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. Barang-barang asas untuk membuat robot ini akan diberikan. Sebagai contoh, microcontroller, set roda dan gearbox akan diberikan. pelajar hanya perlu mereka bentuk robot tersebut dan menghasilkan program untuk mengawal pergerakan robot tersebut.

Tidak seperti Projek Microprocessor yang geng gua buat sebelum ini, projek robotik ni simple sikit. tak payah runsing-runsing sangat. Just paham dan follow nota yang diberikan oleh lecturer comfirm boleh buat. Student hanya menetukan reka bentuk chasis, berapa roda akan diguna, pacuan tayar depan atau belakang dan sebagainya. Untuk presentation ada 2 bahagian. Bahagian pertama hanya programkan robotsupaya dapat bergerak lurus, undur, bergerak ke kanan dan ke kiri. dan berhenti. Bahagian kedua pula memerlukan sensor supaya robot dapat membuat keputusan sendiri dan mengikut line yang diberikan.


Dari kiri: Brabus dan Kancil Turbo. Gua punya yang Brabus tu.

Kancil Turbo: Wayar banyak berselirat. Kekemasan diambil kira dalam pemarkahan.

Ikut suka hati nak design macamana. Nak letak bateri kat bawah ke, atas ke. Ini semua akan effect robot  korang nanti.

Ni salah satu budak kelas aku punye design.

Ni baru gua punye robot. Bateri diletakkan di atas bagi memudahkan kerja penukaran bateri.

Wayar cuba diminimakan sebanyak mungkin dan laluan wayar di bawah bateri. Tadalah nampak sepah sangat.

Try kat dalam rumah dulu sebelum present.

Geng budak rumah aku bersama Line Follower Robot masing-masing. Pakat nak pakai baju kuning.

Semasa presentation. Goreng sehabis mungkin.



25 Februari 2012

Projek Microprocessor

Assalamualaikum. Entry kali ni aku saja-saja nak tulis pasal projek elektronik yang aku buat masa semester lepas di UiTM. Saja gatal-gatal tangan nak menulis. Bukan apa, nak bagi panduan kat junior-junior aku nanti   pasal benda ni. Bukan senang woo nak buat benda alah ni. Mau satu sem jugak lah nak pikior menda ni.

Projek Mikroprosessor ni sebenarnya diberikan oleh lecturer aku sejak awal sem lagi. Tapi disebabkan komitmen-komitmen lain, projek ni tertangguh sehingga hujung sem. Sebelum tu projek mikroprosessor yang aku dapat ni diberi tajuk "LCD Digital Voltmeter". Setiap kumpulan ada 4 orang ahli. Aku dan budak-budak rumah sewa aku membentuk satu geng. Senanglah sikit satu rumah. Mudah berhubung. Tajuk yang aku dapat ni walaupun tajuknya mudah, tapi nak designnye punyalah payah.Bermula dari kosong, kitorang terpaksa design benda ni berdasarkan apa yang dipelajari di dalam kelas.

Langkah pertama adalah mereka-bentuk litar. Menggunakan software seperti Proteus, agak pening kepala memikirkan komponen-komponen yang perlu diletakkan. Berpandukan sedikit pengetahuan dan tunjuk ajar lecturer, design circuit akhirnya berjaya disiapkan. Selepas itu, bermulanya kerja mencari komponen-komponen elektronik. Kalau sebut pasal elektronik, penduduk sekitar Lembah Klang akan terbayangkan Jalan Pasar di Pudu Kuala Lumpur. Disini terdapat pelbagai jenis kedai elektronik yang menjual pelbagai barang elektronik. Selalunya orang yang membaiki peralatan elektrik akan ke sini mencari spare-part elektronik.

Ni adalah satu pemandangan biasa di dalam kedai elektronik sekitar Jalan Pasar. 

Budak rumah sewa aku Haris dan auntie kedai elektronik.

Ni adalah kedai yang kami lawati hari tersebut. Maplin Electronics. Terkenal di kalangan student.

Selesai mencari komponen, barang-barang tadi akan dipateri di atas PCB (printed Circuit Board). Apabila selesai tugasan mempateri komponen-komponen electronic tadi, perlu dipastikan tidak ada timah-timah solder yang melekat antara satu sama lain diatas PCB. Ini boleh mengakibatkan short circuit. Seterusnya litar ini akan diuji yakni, melalukan proses troubleshooting. Makan masa jugak lah nak buat benda ni. Nak kena cuba connection antara komponen itu berjaya atau tidak. Kalau tak boleh, perlu diperbaiki sehingga selesai masalah.
Member dan juga rakan serumahku Hasbiyallah sedang melakukan troubleshooting.

Troubleshoot.

Program yang direka akan  dipindahkan ke dalam Microprosser melalui komputer.

Litar LCD Digital Voltmeter kami.

Dalam proses pembikinan.

Test, test dan test lagi.

Contoh paparan pada LCD


Ole Electronis





Bacaan menunjukkan nilai voltage (bukan betul pun tu)

View Larger Map

P/s: Point A adalah UiTM Shah Alam dan B adalah kedai Electronic Maplin di Jalan Pasar, Pudu

09 Mei 2011

Kehidupan @ Shah Alam

Hari ni gua nak cerita pasal kehidupan gua sebagai seorang pelajar UiTM Shah Alam. Di kampus ini, gua mengambil jurusan Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi). Gua baru sahaja menamatkan satu semester di sini. dan semalam merupakan final paper yang terakhir untuk semester ini sebelum bercuti selama 4 bulan hingga bulan September.Kehidupan di sini dengan kehidupan gua yang lepas di Penang semasa menuntut di UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh dahulu bolehlah dikatakan sangat2 berbeza.

Menonton TV sekeluarga.
Di Shah Alam ini, kehidupan bolehlah dikatakan agak sibuk dan chaos.Mungkin di sini semua orang berlumba dengan masa dan kesesakan boleh dilihat di sana sini. Berbanding dengan Permatang Pauh, suasananya lebih damai dan santai. Tidak perlu terkejar2 dan suasana sawah padi menghijau yang terbentang luas memberikan ketenagan jiwa. Sesuai untuk seorang student.

Depan pintu masuk, kedai banyak belum dibuka bulan januari 2011 lalu. Sekarang  dah penuh bawah ni dengan kedai.

Suasana Dataran Otomobil di waktu petang.

Kedai-kedai yang dibuka. Stesyen minyak pun dah ada,siap ngan KFC.

Trademark Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam.

Di Shah Alam ini, gua menyewa rumah bersama 7 rakan yang lain. Semuanya dari UiTM Penang semasa diploma dahulu. Walaupun rumah gua di Kuala Lumpur, adalah lebih baik gua pikir duduk sekali ngan diowang ni supaya senang untuk berbincang tentang assignment dan dapat kurang risiko (bayangkan ulang-alik K.L- Shah Alam, 30km lebih sehala) eksiden.

Liga PES turut diadakan.
Kami menyewa rumah kami ini di Dataran Otomobil, seksyen 15 Shah Alam. Rumah kedai 4 tingkat ni kami sewa dengan harga RM700 sebulan. Rumah kami di tingkat atas sekali, tingkat 4. Agak termengah-mengah juga la nak naik sampai atas. Harga rumah di sini berubah2 mengikut tingkat. Lagi bawah lagi mahal. Kena pandai2 cari la. Semasa kami mula2 sewa rumah ni 5 bulan yang lepas, kedai dibawah semuanya masih belum dibuka. Tetapi di waktu ini, suasananya amat meriah dengan hadirnya kedai mamak 24 jam siap pasang ngan skrin besar lagi,-Restoran Nasi Kandar Vangey-Vangey.

Rumah Sewa
Jarak dari rumah sewa ke kampus lebih kurang 5km. Biasanya kelas bermula jam 8.30 pagi, dan tepat jam 8.30 pagi jugak lah baru kami bergerak dari rumah. Sampai kampus jam 8.50 pagi, masuk kelas yang pastinya semua mata akan mula memandang dan terdapat suara berkata "Diorang ni naik van ke??" .Semuanya memiliki motosikal sendiri, jadi setiap hari kami akan bergerak bersama2. Di dalam gerombolan tersebut, terdapat lima biji motosikal. Terasa cam samseng pun ada. 

Di Parking Motor UiTM
Aktivit petang2 budak umah sewa gua tak lain dan tak bukan adalah tidor, main PES 2011 @ futsal. Selalunya futsal susah sikit nak ajak budak2 ni. Berbagai alasan akan diberikan. Kami berfutsal di celah2 blok disini yang tiada berpenghuni lagi. Gelanggang simen. Kadangkala ada juga budak2 UiTM yang menyewa disini join sekali. Kalau takda, kami je lah yang main. Sebelah malam pula,semestinya menonton bola beramai2 di mamak kalau ada game. Bila kedai mamak Vangey2 mula beroperasi di bawah umah, semakin ligat jugaklah kami turun. EPL, Champion league menjadi pilihan. Ada kelas padi tu pun gagah jugak turun sebab dekat. Kalau nak cerita, seronok sebenarnya jadi student ni, freelance. Nak pegi mana pegi, naka wat apa buat, tapi yang sakitnya masa nak test @  final exam. Cair Otak BEb!!!

Dataran Shah Alam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...