السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Baru pagi tadi balik menjelajah ke Danau Maninjau, pada waktu petang pula meneruskan penjelajahan ke Lembah Harau dan Kelok 9 juga dengan motorsikal. Balik dari Danau Maninjau, solat di bilik hotel dan terus menuju ke Lembah Harau yang terletak lebih kurang 50 KM dari Bukit Tinggi. Tak ada jalan pintas dari Danau Maninjau ke Lembah Harau yang terletak berhampiran kota Payakumbuh ini. Harus melalui Bukit Tinggi untuk ke sini.
Jalan menuju ke kota Payakumbuh agak sesak dengan kenderaan di waktu petang. Ini mungkin berikutan jalan yang digunakan adalah jalan utama yang menghubungkan kota Bukit Tinggi dan kota Payakumbuh. Berbanding dengan laluan Bukit Tinggi ke Danau Maninjau yang mempunyai beberapa pilihan jalan, jalan utama Bukit Tinggi ke Lembah Harau adalah lebih lurus dan elok. Kami sempat mengisi minyak (bensin) di stesen Pertamina tidak jauh dari kota Bukit Tinggi. Untuk mengisi minyak di hari biasa pun kena beratur panjang sampai ke jalan besar. Maka tidak hairanlah suasana sesak atau macet yang berlaku tiap kali menjelang Hari Raya di Indonesia.
|
Beratur bersama-sama penduduk tempatan bagi mengisi minyak di stesen Pertamina. |
|
Akan ada kakitangan atau jurupam yang bertugas mengisi minyak ke dalam setiap motor. Tak ada perkhidmatan layan diri di sini. |
|
Ikon basikal yang menjadi mercu tanda kota Payakumbuh. |
|
Kota Payakumbuh yang merupakan salah satu kota terbersih di Sumatera Barat. |
|
Pemandangan biasa di waktu petang di jalan-jalan utama Sumatera Barat. |
Jarak perjalanan dari kota Payakumbuh ke Lembah Harau mengambil masa kira-kira 15-20 minit ataupun lebih kurang 15KM. Kami berhenti dan menanyakan penduduk tempatan bagaimana mahu ke Lembah Harau di kota Payakumbuh. Dari kota Payakumbuh terus sahaja mengikut jalan menuju Pekan Baru. Teruskan perjalanan sehingga ternampak pintu gerbang yang tertera tulisan kawasan wisata Lembah Harau. Terus sahaja masuk dan akan melalui kawasan sawah-sawah padi di kiri dan kanan jalan.
Untuk berkunjung ke kawasan wisata Lembah Harau ini, setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Rp 5,000 setiap seorang. Kawasan Lembah Harau ini agak jarang dikunjungi pengunjung luar oleh kerana terletak agak jauh dari Bukit Tinggi. Di Lembah Harau, kita akan menemui keindahan yang memukau di sepanjang jalan. Kawasan yang digelar sebagai 'Yosemite Indonesia' ini mempunyai tebing-tebing tinggi yang mencapai ketinggian hampir 200 meter. Lembah yang subur ini dipenuhi dengan sawah-sawah padi yang menghijau berlatarkan tebing-tebing tinggi yang mengapit lurus.
|
Selepas melalui pintu gerbang Lembah Harau, anda akan disajikan pemandangan sawah padi yang menghijau. |
|
Sawah padi Lembah Harau. |
|
Jalan masuk ke Lembah Harau. |
|
Pesawah Lembah Harau. |
|
Menghampiri tebing-tebing tinggi Lembah Harau. |
|
Sawah padi di pinggir tebing tinggi Lembah Harau. |
|
Berskuter menjelajah Lembah Harau. |
|
Tebing tinggi di Lembah Harau yang menembus awan. |
|
Aktiviti penduduk tempatan Lembah Harau di kala petang. |
|
Kombinasi tanah pamah dan tebing tinggi di Lembah Harau yang sangat memukau. |
|
Dirgahayu Republik Indonesia yang ke-69 dari Lembah Harau. |
|
Corak unik di tebing Lembah Harau. |
|
Bendera Indonesia yang merentangi tebing Lembah Harau. |
|
Iklan restoran di Lembah Harau. |
Di Lembah Harau, terdapat beberapa air terjun yang mengalir dari tebing-tebing tinggi di sini. Diantara 3 air terjun utama di Lembah Harau. 1 terletak di sebelah kiri lembah dan lagi 2 terletak bersebelahan di sebelah kanan lembah. Antaranya ialah Seperti Air Terjun Aka Barayun, Air Terjun Sarasah Aie Luluih, Air Terjun Sarasah Bunta, Air Terjun Sarasah Murni, dan Air Terjun Sarasah Aie Angek. Kami pun entah macam mana tiba-tiba boleh sampai ke kawasan air terjun Sarasah Aia Luluih. Tapi yang sayangnya masa tu air terjun tak deras. Nampak meleleh je kat tebing tu. Di kawasan sekitar air terjun, ada kawasan parking dan peniaga berjualan. Tapi hari dah semakin lewat petang. Banyak kedai sudah ditutup. Parking motor untuk solat di musholla pun dikenakan caj Rp 2,000.
|
Kawasan sekitar air terjun Sarasah Aia Luluih di Lembah Harau. |
|
Kedai-kedai kecil dan musholla. |
|
Papan tanda arah air terjun yang terdapat di Lembah Harau. |
|
Ada 2-3 orang pekerja kerajaan baru sampai. Sibuk tangkap gambar di kawasan sekitar air terjun Lembah Harau ni. |
|
Tebing tinggi mengapit sawah di Lembah Harau. |
|
Padi yang menguning. |
|
Baju-baju lusuh digantung di sawah padi bagi menghalau burung. |
|
Ada viewpoint di Lembah Harau ni tapi gua tak sempat pergi. |
Dari air terjun pertama tadi, kami terus meronda di sekitar kawasan perkampungan Lembah Harau. Tadi kami di kiri lembah, sekarang kami cuba menjejaki ke kanan lembah pula. Ada suatu kawasan yang cantik di mana tempat popular bergambar di Lembah Harau ini. Kelihatan tebing tinggi yang mengapit kawasan sawah yang menghijau. Tidak jauh dari situ, kami menemui Echo Point iaitu tempat di mana gema yang terhasil secara sempurna di Lembah harau ini. Oleh yang demikian, apa yang dijeritkan akan dipantulkan ke tebing tinggi seterusnya bergema hingga kedengaran semula.
|
Echo point Lembah Harau. Suara akan bergema mengikut apa yang dijeritkan. |
|
Echo point Lembah Harau. |
Dari Echo Point, kami mengejar masa menuju ke Air Terjun yang berikutnya di Lembah Harau. Tapi sayang, yang kelihatan hanya air jernih yang meleleh di batu-batu tebing tinggi ini. Kolam di bawah juga kelihatan kotor. Tiada orang ramai mandi-manda di situ pada waktu itu. Mungkin tak kena musim kot. Mengikut info, air terjun akan deras ketika musim hujan. Memang tak ada rezeki nak merasa kesejukan air terjun Lembah Harau ini.
|
Air terjun yang meleleh. |
|
Kawasan kolam yang kotor. |
|
Nama apa tak tau buah ni. Ke tomato ? |
|
Kanak-kanak riang mengayuh basikal di Lembah Harau. |
|
Selamat tinggal Lembah Harau. |
|
Semakin lewat petang di Lembah Harau. |
|
Panorama biasa yang dapat dilihat di perkampungan Lembah Harau. |
|
Lembah Harau yang tenang. |
|
Tebing tinggi Lembah Harau ibarat lukisan. |
|
Meninggalkan Lembah Harau dengan kenangan. |
Dari Lembah Harau kami menuju pula ke Kelok 9 mengikut jalan utama menghubungkan Bukit Tinggi dan Pekan Baru. Kelok 9 yang terletak lebih kurang 20 KM dari Lembah Harau merupakan suatu keajaiban kejuruteraan yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Ia dinamakan sebagai Kelok 9 kerana mempunyai 9 kelok atau selekoh tajam yang berbentuk zig-zag yang menghubungkan dua bukit bersebelahan. Pada masa yang sama, Kelok 9 mempunyai Jambatan Layang yang jaraknya hampir 2.5 Kilometer dan ketinggian mencapai 58 meter.
Jalan Kelok 9 yang merupakan salah satu ikon Sumatera Barat dibina bagi menghubungkan kota Bukit Tinggi dan Pekan Baru. Pada asalnya jalan ini agak kecil dan curam, di mana kenderaan berat harus berganti-ganti melaluinya. Oleh yang demikian, kesesakan sering berlaku di kawasan ini. Dengan pembinaan Jalan Kelok 9 ini masalah kesesakan yang berlaku tiap kali menjelang musim perayaan dapat diatasi.
|
Bermulanya Jalan Kelok 9 yang menghubungkan dua bukit. |
|
Tiba di Kelok 9 hampir masuk waktu Maghrib. |
|
Jambatan Layang Kelok 9. |
|
Jalan lama di susur kiri Kelok 9 untuk kenderaan ringan. |
|
Jalan Kelok 9 yang mempunyai selekoh-selekoh tajam. |
|
Jalan Kelok 9 yang lebih lebar daripada asal. |
|
Jambatan Layang Kelok 9 sepanjang hampir 2.5 Kilometer. |
|
Berdiri tepi cerun Kelok 9 yang tidak mempunyai penghadang keselamatan agak mengerikan. |
|
Kalau tergelongsor ni terus terjunam ke jalan. |
|
Deretan warung-warung kecil di Jalan Kelok 9. |
|
Warung banyak, tapi orang yang makan memang kurang atau takda langsung. |
|
Kelok 9 yang menjadi persinggahan pengguna jalanraya . |
|
Jalan Kelok 9 terletak di lembah yang dihimpit gunung-ganang. |
|
Jagung bakaq Keluk 9. |
|
Yang lain pun menjual jagung bakar. |
Kami tiba di Kelok 9 hampir waktu senja. Masa yang singkat di sini digunakan sebaik mungkin. Waktu Maghrib kami masih berada di Kelok 9. Kelihatan banyak warung didirikan di bahu jalan. Sempat pekena jagung bakar di salah satu warung. Walaupun setongkol jagung berharga Rp 5,000 (RM 1.40) sahaja, tapi kualiti tetap dijaga. Persaingan perniagaan sangat sengit di sini dan Indonesia amnya. Di mana-mana pun depa berebut pelanggan. Kalau nak dibandingkan di Malaysia, harga confirm tak nak kalah dan kekadang tu buat makanan sambil lewa.
Lebih kurang jam 7.00 malam kami beredar dari Kelok 9. Dalam kepekatan malam, kami membelah hutan dan bukit bukau melalui jalan yang sama sewaktu datang tadi. Kami singgah di kota Payakumbuh dalam perjalanan pulang ke Bukit Tinggi untuk makan malam. Meriah jugak kota Payakumbuh ni di waktu malam. Banyak kedai atau warung di tepi-tepi jalan. Pekena nasi soto di Pondok Soto Rul di sini. Yang tu lah makanan ruji yang kena dengan tekak pun di Sumatera ni. Tengok nasi Padang pun tak berapa nak lalu. Sebelum balik sempat lagi pekena jus avocado atau dikenali sebagai 'alpulkat' di sini. Sebut avocado haram depa nak paham.
|
Pondok Soto Rul, kota Payakumbuh. |
|
Selain nasi goreng, satay pun ada di Pondok Soto Rul. |
|
Satay Nanak. Nak ke tak nak je cerita dia. |
|
Persekitaran Jam Gadang malam hari. |
|
Walaupun dah lewat malam, kawasan sekitar Jam Gadang masih meriah. |
|
Kacang Rebus Bukit Tinggi. |
|
Peniaga barangan cenderamata Bukit Tinggi. |
|
Penjual makanan ringan. |
|
Parking skuter depan pintu bilik hotel. |
Dari kota Payakumbuh, kami pulang ke Bukit Tinggi lebih kurang jam 9.30 malam. Menaiki motorsikal di waktu malam lebih-lebih lagi di kawasan tanah tinggi seperti Bukit Tinggi tanpa memakai jaket memang membuatkan badan menggigil kesejukan. Jalan utama menghala ke Bukit Tinggi masih lagi sibuk dengan bas dan lorinya. Kebetulan waktu gua pergi bulan Ogos merupakan musim durian di kawasan sekitar Sumatera khususnya Bukit Tinggi. Di kiri kanan jalan boleh nampak banyak peniaga bertenggek dengan longgokan durian hingga larut malam. Teringin juga nak cuba tapi tak berkesempatan.
Sampai di Buki Tinggi, cuaca memang dingin sekali. kami tidak terus pulang ke hotel sebaliknya melepak di kawasan sekitar Jam Gadang. Sambil-sambil tu mencari la fridge magnet untuk dibawa pulang sebagai cenderahati ke Malaysia. Agak mahal fridge magnet di sini, lebih kurang Rp 15,000 seketul. Kami beli la satu dari seorang peniaga berhampiran Jam Gadang.
Waktu larut malam di Jam Gadang Bukit Tinggi masih lagi meriah dengan peniaga. Kebanyakan anak muda melepak di sini sambil bersembang dan bertukar-tukar cerita. Pelancong selalunya akan datang di waktu siang kerana ada banyak tarikan di sekitar Jam Gadang ni waktu itu. Selepas membeli fridge magnet kami terus balik ke Hotel Asean. Motorsikal atau skuter yang disewa siap boleh bawa masuk lagi dalam hotel, parking betul-betul depan pintu bilik. Hampir 200 KM jugak kami meredah perjalanan dengan skuter hari ini meninjau tempat-tempat wisata menarik di sekitar Bukit Tinggi hari ini. Boleh berakar punggung dan sakit pinggang woo !
// Catatan Travelogue Kembara Trans-Sumatra //