Sambungan dari
Kembara Trans Sumatra : Samosir - Medan (Part 7)
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Selamat pagi kota Medan. Hari baru pagi baru. Hari ini kami akan meninggalkan Medan dan bergerak menuju ke Tanjung Balai yang terletak di wilayah Asahan. Mengapa nak ke Tanjung Balai ? Ada apa di sana ? Sebenarnya kami bercadang untuk pulang kembali ke Malaysia dengan menaiki feri dari Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang.
Kenapa susah-susah nak naik feri sedangkan boleh menaiki kapal terbang balik Malaysia di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan ? Tak payah nak ke Tanjung Balai dah. Cepat pun cepat. Bagaimanapun persoalan itu sukar dijawab. Setiap orang ada misinya yang tersendiri. Bagi gua, bukan tempat atau destinasi yang dituju menjadi keutamaan, tetapi bagaimana kita menikmati perjalananan itu sendiri.
Hasil kajian dari Google semalam sebelum tidur, gua memutuskan untuk menaiki keretapi dari Medan ke Tanjung Balai. Sebenarnya terdapat bermacam cara untuk ke Tanjung Balai dari Medan. Boleh naik trafel, bas dan sebagainya. Sengaja gua naik keretapi untuk merasai suasana dan keadaan keretapi di Pulau Sumatra ini. Tambahan, penggunaan keretapi lebih effisien dan cepat berbanding kenderaan darat yang lain. Kalau naik trafel pasti macet.
Pagi-pagi hari lagi kami bangkit bersiap untuk membeli tiket keretapi di Stasiun Keretapi Medan. Sebelum itu, kami sempat bersarapan di Restoran Residence Hotel. Walaupun tiada sarapan percuma, set-set promosi yang cukup murah boleh dipilih. Dengan hanya Rp 10,000, dapat kami bersarapan nasi goreng dan teh panas.
|
Bicara pagi Indonesia yang berkisarkan kenaikan harga bensin. |
|
Masjid Raya Medan atau juga dikenali sebagai Masjid Raya Al-Mashun. |
|
Panduan memasuki Masjid Raya Al-Mashun, Medan. |
|
Petugas Masjid Raya Medan di pintu hadapan. |
|
Senibina menarik Masjid Raya Medan. |
|
Gabungan senibina Timur Tengah, India dan Sepanyol dapat diliat di Masjid Raya Medan ini. |
|
Masjid Raya Medan yang mempunyai lapan penjuru. |
|
Becak motor di perkarangan Masjid Raya Medan. |
|
Becak motor yang menjadi ikon kota Medan. |
Dari Residence Hotel, kami keluar berjalan kaki melintasi Masjid Raya Medan. Untuk ke Stasiun Keretapi Medan, kita boleh menaiki becak motor yang menjadi ikon kota Medan ini. Becak motor ada di mana-mana sahaja. Pantang berdiri tepi jalan, ada sahaja becak motor yang menanyakan tujuan kita. Gua check Google Maps, jarak perjalanan dari Masjid Raya Medan ke Stasiun Keretapi Medan lebih kurang 2KM sahaja. Oleh kerana bajet yang ketat, kami memutuskan untuk berjalan kaki sahaja membelah kota Medan menuju ke stasiun. Dalam perjalanan, ternampak Istana Maimoon yang tersergam indah. Masa yang terhad membataskan kami untuk singgah di Istana Maimoon.
Kami melalui deretan-deretan kedai di bahu jalan utama kota Medan ini. Gua pernah terbaca yang makcik-makcik dari Malaysia banyak yang menghabiskan masa membeli-belah di Pajak Ikan atau Pasar Ikan. Dikesempatan itu, kami pun cuba la mencari di mana lokasi Pajak Ikan tersebut. Tanya pak polisi dan orang tempatan, jumpalah kami Pajak Ikan ni. Kawasan Pajak Ikan ini merupakan deretan kedai yang menjual kain baju, kain bidang, telekung dan pelbagai lagi barangan tekstil. Kalau di Malaysia lebih kurang Jalan Tuanku Abdul Rahman la gitu. Nama je Pajak Ikan, barang basah tak dijual di sini.
Kami tak singgah pun di Pajak Ikan ini. Sekadar melaluinya sahaja. apa-apa pun tiket keretapi yang menjadi keutamaan dan harus diselesaikan terlebih dahulu. Lebih kurang 9.30 pagi, kami tiba di Stasiun Keretapi Medan. Kelihatan ramai penumpang di perkarangan stesen. Ada yang menunggu dan membeli tiket keretapi. Terdapat perkhidmatan keretapi laju yang yang dikenali sebagai ARS yang menghubungkan Lapangan Terbang Kualanamu dan Stasiun Keretapi Medan ini. Gua suruh adik gua beratur beli tiket keretapi ke Tanjung Balai. Untuk warga asing seperti kami yang berasal dari Malaysia diwajibkan menyerahkan passport semasa urusan pembelian tiket. Harga tiket jurusan Medan-Tanjung Balai berharga Rp 20,000 setiap seorang dan waktu keberangkatan pada pukul 12.40 tengahari.
|
Kedai buaian. |
|
Bersungguh makcik ni bagi panduan ke Pajak Ikan. |
|
Deretan kedai baju di kawasan Pajak Ikan. |
|
Pelbagai jenis kain, tudung dan telekung. Orang perempuan syok la mai sini. |
|
Bermacam jenis kain. |
|
Tiba di Stasiun Keretapi Medan. |
|
Jadual keretapi pelbagai jurusan di Stasiun Keretapi Medan. |
|
Kaunter pembelian tiket. |
|
Harga tiket keretapi Medan-Tanjung Balai berharga Rp 20,000 atau lebih kurang RM 6.00 seorang. |
Selesai urusan pembelian tiket, kami balik semula ke Residence Hotel. Kami singgah semula ke Pajak Ikan dalam perjalanan pulang. Adik gua sibuk nak tengok kain la bagai. Jiwa orang perempuan memang macam ni bila jumpa syurga membeli-belah ni. Belek sana-belek sini last-last beli baju sepasang je. Kalau gua sorang-sorang memang tak berhenti dah Pajak Ikan ni. Nak beli fridge magnet tak jumpa sampai ke sudah di Medan ni.
Jalan pergi 2 KM dan jalan balik 2 KM, keseluruhan 4 KM kami berjalan hari ini. Berpeluh jugaklah satu badan. Balik-balik hotel dah lebih kurang jam 11.00 pagi. Waktu untuk check-out adalah pada jam 12.00 tengahari di Residence Hotel ini. Dah siap mandi dah berkemas kami check-out jam 11.45 pagi. Dah mandi wangi-wangi dengan galas backpack takkan nak jalan kaki lagi ke Stasiun Keretapi Medan. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan bcak motor. Keluar dari Residence Hotel, ada banyak abang-abang becak yang sedang menunggu. Tanya pada sorang abang berapa harga tambang ke Stasiun Medan, katanya Rp 25,000. Nego punya nego dapat la Rp 20,000. Katanya jalan ke Stasiun Keretapi Medan agak jauh. Kena pusing sana-sinilah. Padahal dia tak tahu kami dah jalan kaki pergi balik tadi dari sana.
|
Kembali ke Pajak Ikan pulang dari Stasiun Keretapi Medan. |
|
Pilih kak pilih. Bermacam pilihan kain. |
|
Tuan kedai yang berbangsa India. Jangan pelik kalau depa cakap Indonesia. |
|
Baju kelawar. |
|
Abang tu dah tenggelam dalam lautan kain. |
|
Jangan tanya gua tu kain apa, tu kain apa. Gua tak tahu. |
|
Mereka tetap bercakap bahasa Indonesia walaupun sesama bangsa. |
|
Jenis borong. Kena beli lebih 3 helai. |
|
Pak polisi. |
|
Kelab Penyokong Barisan Nasional cawangan Medan. |
|
Istana Maimoonyang tak sempat singgah. |
|
Residence Hotel. Room for backpackers, Rp 70.000 sahaja. |
|
Naik becak motor ke Stasiun Keretapi Medan. Boleh nego harga punya. |
|
Bag sumbat sekali di ruang kaki. |
|
Kedai buaian tadi. |
|
Abang becak motor yang ramah. |
|
Persaingan perkhidmatan becak motor yang agak sengit di kota Medan ini. |
|
Becak motor menurunkan penumpang di hadapan Stasiun Keretapi Medan. |
|
Becak motor yang menjadi nadi pengangkutan utama di kota Medan. |
|
Pintu masuk Stasiun Keretapi Medan yang agak bersih dah tersusun. |
|
Kedai-kedai kecil berhampiran stesen. |
|
Kaunter pemeriksaan tiket keretapi. |
|
Tak jemu duduk lama-lama dekat Stasiun Keretapi Medan ni. Hiks. |
Sampai di Stasiun Keretapi Medan, kami terus ke kaunter pemeriksaan tiket untuk masuk ke terminal keretapi. Ada banyak jalur atau jurusan dari stesen ini. Antaranya menuju ke utara seperti Belawan dan Tanjung Balai di arah selatan. Seperti biasa, tanya orang itu ini baru jumpa keretapi Putri Deli yang dicari. Setiap tiket sudah tertulis nombor gerabak dan tempat duduk. Jadi tak boleh lepak duduk sesuka hati dalam keretapi ini. Setiap bangku dikongsi dua orang dan keseluruhan gerabak adalah berhawa dingin. Tidak seperti keretapi Tanah Jawa semasa trip
Trans-Java, walaupun kelas bisnes tapi berpeluh satu badan terperap bertemankan tingkap sahaja.
Keretapi ini akan berhenti dari satu stesen ke satu stesen yang lain untuk mengambil dan menurunkan penumpang seperti Komuter di Malaysia. Pada awalnya memang tak penuh satu gerabak, tapi bila dah berhenti di stesen lain, penumpang mulai masuk dan memenuhi setiap ruangan kerusi. Satu benda yang gua suka berkenaan keretapi di Indonesia ini adalah bila berhenti setiap stesen, pasti ada penjaja yang masuk ke dalam keretapi menjual makan dan minuman. Cakap nak makan apa semua ada. Pecal ada, lemang ada, mee segera ada. Puas gua geleng kepala dan mengangkat tangan menolak jualan mereka. Kadang-kadang bila ramai sangat penjaja masuk boleh jem dalam keretapi tu !
|
Keretapi Putri Deli yang berulang-alik di antara Medan-Tanjung Balai. |
|
Jalur 3. Keretapi Putri Deli. Tak ada kelas bisnes atau eksekutif. Semuanya kelas ekonomi. |
|
Memang tak jumpa orang Malaysia yang naik keretapi dari Medan ke Tanjung Balai ni. Kami je yang gigih nak naik. |
|
Awal perjalanan, seat masih kosong. |
|
Keretapi bergerak meninggalkan kota Medan. |
|
Macam-macam gaya ada dalam keretapi ni. Setiap bangku ada soket elektrik sendiri. |
|
Nenek dan cucu. |
|
Nak unjur kaki dan baring pun boleh kalau tak ada orang sebelah. |
|
Promosi peniaga lemang. |
|
Penjaja mulai masuk ke dalam keretapi bila berhenti di setiap stesen. |
|
Dodol pun ada. Makcik depan kami nego sampai setengah harga ! |
|
Makcik jual pecal dalam keretapi. |
|
Lepas makan boleh tengok bersepah daun pisang dan bekas makanan di lantai. |
|
Penjaja akan keluar tergesa-gesa bila keretapi bergerak meninggalkan stesen. |
|
Makcik depan gua pun pekena pecal. Macam-macam bau ada dalam keretapi ni. |
|
Gua suka merayau ke sana ke sini. |
|
Dah kenyang, abang tadi baring kembali. |
|
Semua tertidur selepas kekenyangan. |
Kami tiba di Tanjung Balai lebih kurang jam 5.00 petang. Walaupun hanya 200 KM sahaja, tapi masa perjalananan hampir 4 jam setengah. Oleh kerana bukan kota tumpuan pelancong, tak banyak yang diketahui berkenaan dengan Tanjung Balai ni walaupun ada berita-berita 'nakal' berkenaan tempat ini. Kota Tanjung Balai selalunya menjadi transit untuk ke Pelabuhan Klang, Malaysia melalui jalan laut. Oleh kerana kos penerbangan yang jauh lebih murah dan cepat, tak ramai yang menggunakan perkhidmatan feri di sini. Selalunya yang berulang-alik melalui jalan laut ke Malaysia adalah penduduk tempatan yang bekerja di Malaysia.
Kami disambut oleh beratus becak motor yang menunggu di hadapan pintu Stasiun Keretapi Tanjung Balai. Macam nak terkam orang gua tengok semua berebut pelanggan. Memang rimas betul masa keluar dari stasiun menepis pelawaan becak motor ini. Kami berjalan kaki dahulu mencari tempat penginapan walaupun tidak tahu arah mana yang dituju. Dah jauh kami berjalan, ada sebuah becak motor menghampiri menanyakan arah tujuan kami. Katanya dia boleh cadangkan tempat penginapan yang murah dan selesa untuk kami pada malam tu. Kesian punya pasal, kami pun naik lah becak motor tersebut. Pemandu becak motor membawa kami ke Ananda Hotel, kira-kira 10 minit dari Stasiun Keretapi Tanjung Balai. Harga tambang becak pula Rp 15,000 selepas nego. Katanya hotel ni sangat bagus padahal gua tahu dia pun ada komisyen bawa pelanggan ke hotel tersebut.
Harga bilik yang dilengkapi katil besar, tandas di dalam, berhawa dingin serta mempunyai TV ini kira-kira Rp 135,000 semalam. Bilik terletak di tingkat atas dan agak besar. Kami sampai di hotel dah nak hampir waktu Maghrib. Bersebelahan hotel terdapat masjid yang agak besar dan menarik. Gua sempat berjemaah Maghrib di sini. Selepas Maghrib kami mencari makan malam. Sebelum itu, gua sempat menanyakan
Kak Ija Zahri cara membeli tiket feri di Tanjung Balai. Kak Ija Zahri ni selalu kayuh basikal di Sumatera ni. Datang naik feri dari Pelabuhan Klang. Selalunya mereka yang datang dari Malaysia ke Tanjung Balai akan membeli tiket pergi dan pulang. Kes kami pulak, kami nak beli tiket sehala dari Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang. Cari info di internet pun tidak banyak membantu. Kak Ija mencadangkan suapaya menghubungi pejabat syarikat feri malam tersebut. Gua ingatkan boleh beli
direct di jeti esok pagi rupanya tidak. Gua cuba la telefon pejabat syarikat feri tersebut, malangnya tidak berjawab. Mungkin dah tutup.
Dalam hati gua esok sajalah gua ikhtiar macam mana nak beli tiket feri balik ke Malaysia. Kami meronda berjalan kaki mencari makan malam tersebut. Kenderaan bermotor masih lagi banyak. Terdapat banyak kedai-kedai kecil yang menjual jus buah-buahan di kota Tanjung Balai ini. Kalau dah di Indonesia tak sah kalau tak singgah di Indomaret, macam 7E di Malaysia. Selalunya gua beli air Mizone 2-3 botol, buat bekal pulang ke Malaysia. Minat sungguh gua air Mizone ni. Murah pun murah.
|
Selamat tiba di Stasiun keretapi Tanjung Balai. |
|
Sesak dengan orang yang nak keluar dan pemandu becak motor yang merebut pelanggan. |
|
Turun dari keretapi, kami lepak dulu. |
|
Buah-buahan yang dijual di kaki lima jalan Tanjung Balai. |
|
Jalan yang agak kotor di Tanjung Balai. |
|
Pasar Tradisional Tanjung Balai. |
|
Naik becak motor lagi di Tanjung Balai. |
|
Tanjung Balai yang sesak dengan becak motor. |
|
Menikmati kota Tanjung Balai dengan becak motor. |
|
Selamat sampai di Ananda Hotel, Tanjung Balai. |
|
Semua bilik Ananda Hotel di tingkat atas. |
|
Nampak bersih dan terurus di bahagian luar. |
|
Hotel Ananda tempat kami bermalam. |
|
Dorsemer bermaksud cuci kereta. |
|
Hotel Ananda yang menhadap jalan |
|
Waktu hampir senja. |
|
Masjid bersebelahan Hotel Ananda. |
|
Sempat berjemaah Maghrib bersama penduduk tempatan. |
|
Kedai kek dan roti yang terdapat di Tanjung Balai. |
|
Murah-murah semuanya. |
|
Jus buah yang dijual dari atas motor. Rp 5,000 secawan untuk semua jenis buah. Puas hati & murah. |
|
Warung-warung makan yang terdapat di sekitar Tanjung Balai. |
|
makan malam kami. Nasi goreng ayam berempah. Rp 10,000. |
Betul kata orang, urusan perjalanan si musafir ini selalu dipermudahkan. Tengah-tengah cari kedai makan, ternampak sebuah premis syarikat Jetstar Ferry Services yang menjual tiket feri Tanjung Balai-Pelabuhan Klang. Sebenarnya ada 2-3 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan feri ulang-alik di antara Tanjung Balai dan Pelabuhan Klang. Syarikat Jetstar Ferry Services adalah salah satunya. Ada sorang petugas dalam tu sedang sibuk menguruskan dokumen-dokumen. Gua pun masuk lah tanya ada jual tiket feri balik ke Pelabuhan Klang tak. Ada katanya. Harga tambang feri adalah sebanyak Rp 390,000 setiap seorang (termasuk caj isi borang+cukai pelabuhan). Kami pun bersetuju. Banyar duit dan patutnya kena serahkan Passport dan Arrival Card untuk disimpan. Di atas mejanya berlambak passport penumpang Indonesia. Di sini mereka akan pegang passport dan tolong isi segala borang yang berkaitan. Tak boleh sesuka hati isi sendiri. Mesti melalui ejen
Gua minta balik passport dan tinggalkan Arrival Card sahaja kepada petugas tersebut. Katanya esok awal pagi mesti datang berkumpul di sini dan serahkan semula passport untuk urusan dokumentasi. Bila mana ditanya jam berapa feri akan bertolak, dia pun tak berapa pasti. Katanya sekitar jam 10.00 pagi tapi wajib berkumpul jam 7.00 pagi di pejabat tersebut. Selesai urusan, kami keluar dengan perasaan sedikit lega. Gua ingatkan boleh main serbu je jeti tempat naik feri. Rupanya kena beli tiket di pejabat syarikat feri.
Bersambung ke
Kembara Trans Sumatra (Part 9) : Tanjung Balai - Pelabuhan Klang
// Catatan Travelogue Kembara Trans-Sumatra //