السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Bersambung lagi penceritaan berkisarkan pengembaraan dua sahabat di bumi asing Indochina iaitu di bumi Vietnam. Cerita di Mui Ne masih belum tamat. Hari ni merupakan hari ketiga dan juga merupakan hari terakhir kami berada di Mui Ne. Kami akan bergerak ke Hoi An pula petang harinya dengan bas. Jadi pagi hari terakhir di Mui Ne kami gunakan sebaik mungkin.
Motorsikal yang disewa semalam sepatutnya dipulangkan pada jam 11 pagi ini. Kami gunakan sebaik mungkin masa di awal pagi untuk meronda daerah lain Mui Ne yang tidak sempat kami jelajahi semalam. Kami meronda perkampungan nelayan sekitar Mui Ne dan melihat kehidupan masyarakat setempat. Kelihatan pasar pagi di suatu kawasan dan kanak-kanak dengan sesi persekolahannya di sini.
Isi minyak motor (gasoline) di pekan Mui Ne. Minyak memang mahal di Vietnam. Kami isi 100, 000 Dong (~ RM 15) baru nak penuh tangki. |
Makcik jual durian Vietnam. |
Buah limau Vietnam. |
Buah tembikai pun ada. |
Berniaga di tepi jalan berhampiran perkampungan nelayan Mui Ne. |
Warung yang menjual sarapan pagi berhampiran sekolah. |
Warung-warung kecil di sekitar sekolah di pekan Mui Ne. |
Pasar basah Mui Ne. Kami tak masuk pun ke dalam. Cuma meronda di luar. |
Ikan segar timbang kilo. |
Mesyuarat tingkap pagi. |
Berniaga limau dari atas motor. |
Stesen minyak Vietnam. Kami isi lagi untuk penuhkan tangki motor sebelum dihantar kembali. |
Pasir pantai. |
Nak balik ke guesthouse di pekan Mui Ne sempat berhenti lagi. |
Pantai di mana nelayan menurunkan hasil tangkapan. |
Angin yang sangat kuat. |
Muncul makcik ini entah dari mana. |
Tangga untuk turun ke pantai. |
Bot-bot nelayan Mui Ne tengah 'parking' di tengah laut. |
Tempat melepak sambil tengok laut. |
Pelancong pun banyak bertenggek di sini. |
Menatap Yamaha Sirius yang disewa sebelum dipulangkan kembali. |
Orang korea barangkali yang bergambar ini. |
Kisah anak beranak di pantai Mui Ne. |
Melihat ombak menghempas pantai Mui Ne. |
Penduduk tempatan Mui Ne. |
Mat saleh melepak minum pagi. |
Hari terakhir di pekan Mui Ne. |
Jalan pesisir pantai menuju pekan Mui Ne. |
Jeep Mat Saleh tadi. |
Pasar besar Mui Ne. Yang ni pun kami tak sempat singgah. |
Menghampiri pekan Muine. |
Kami kembali semula ke guesthouse untuk berkemas dan seterusnya check-out jam 12.00 tengahari. Oleh kerana banyak masa lagi, kami meronda sekali lagi pantai Mui Ne. Kali ini air pasang dan ombak kuat. Memang tak boleh berjalan di tepian pantai. Mandi pantai lagilah tak boleh. Kami melepak di hadapan resort di hadapan guesthouse kami menghadap laut Mui Ne. Angin memang kuat sungguh. Si Izz sempat lelap setengah jam atas tembok batu dia baring tuh. Gua kerja amik gambar sana-sini. Tak boleh nak tidur.
Jam 1.00 lebih, kami kembali ke guesthouse ambil beg yang ditinggalkan di hadapan rumah tokey Duy Vu Guesthouse. Memang baik orangnya. Motor yang kami sewa pun kami parking depan rumah dia semalam. Kami menuju ke pejabat syarikat bas yang telah kami tempah perjalanan ke Hoi An dua hari lepas. Setelah tunjukkan tiket dan buat pengesahan, kami diminta untuk menunggu bas di salah sebuah restoran berhampiran. Nak makan ke apa semua boleh. Tapi kami tak makan pun. Maklumlah. Sempat beli jajan dan air di kedai serbaneka saja di sini .
Check out dari Duy Vu Guesthouse. Melepak di hadapan rumh empunya guesthouse sementara menunggu bas yang dijadual tiba jam 2 petang. |
Tiket bas open tour kami di Vietnam. Cuma tunjukkan tiket ini di pejabat syarikat bas yang berkenaan untuk ke destinasi seterusnya. |
Masa yang banyak lagi sementara menunggu bas kami habiskan dengan bersiar-siar di pantai Mui Ne. |
Air pasang dan ombak kuat tengahari ini. |
Kalau semalam boleh berjalan di pantai Mui Ne, tengahari ini air laut naik hingga ke tebing. |
Sampan bulat di tengah laut. Kuat diorang ni dayung dari pantai hingga ke tengah. |
Resort orang. Segan nak tidur atas kerusi tu. |
Resort di hadapan Duy Vu Guesthouse tempat kami menginap di Mui Ne. |
Bas yang dijanjikan telah tiba di Mui Ne. Nama syarikat open tour bus 'Tan Hoang Long'. |
Selamat tinggal Mui Ne. |
Salah satu tempat paling menarik di Vietnam, Mui Ne. |
Sesi tunjuk duit Vietnam sementara masih banyak. Main ratus ribu tiap hari. |
Kami diminta menunggu bas di salah sebuah restoran berhampiran pejabat syarikat bas di Mui Ne ini. |
Bas dari Mui Ne ke Nha Trang tak penuh. Boleh pilih tempat sesuka hati. Mat Saleh selalu pilih port belakang. |
Pemandangan menuju ke Nha Trang. |
Matahari terbenam di Nha Trang. |
Jam 2.00 petang kami menunggu bas open tour yang dijanjikan untuk ke Hoi An dari Mui Ne. Bas akan berhenti di Nha Trang dahulu. Jarak perjalanan dari Mui Ne ke Nha Trang lebih kurang 5 jam. Jam 7.00 malam kami tiba di bandar Nha Trang yang terkenal dengan aktiviti lautnya. Penumpang yang ingin ke Hoi An akan diminta untuk menukar bas di sini. Dari Nha Trang ke Hoi An, sleeping bas padat dengan penumpang dan ditambah lagi dengan penumpang luar yang masuk dan duduk di laluan korridor dalam bas. Satu bas yang sepatutnya memuatkan 40 orang dah jadi dekat 65 orang. Kebanyakan yang masuk ini adalah orang tempatan. Rasanya depa ambil tambang murah bagi yang naik jenis ni. Ada mat saleh yang terpaksa berdiri sepanjang malam tak dapat tempat duduk. Penuh dengan orang. Gua dan Izz dah terperosok di katil bawah di bahagian belakang bas sekali. Dah la bas terlebih muatan, aircond pulak tak berapa nak sejuk. Memang berpeluh sepanjang malam. Risau naik bas ramai-ramai ni tengah malam. Jarak perjalanan bukannya dekat, mau dekat 12 jam perjalanan ! Subuh keesokkan pagi baru kami tiba di kota pelabuhan Hoi An. Boleh tercabut pinggang woi !
Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 5 : Hoi An