Iklan

07 April 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking : Pengenalan

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Fuh lama jugak abang tak buka blog yang bersarang ni sekian lama. Maaf sibuk sikit dengan aktiviti luar. Ini pun cerita baru-baru ini jugak. Trip backpacking ke Brunei dan Sabah yang tidak disangka-sangka ini membawa gua ke bumi Borneo lagi.

Kembara yang mengambil masa lebih kurang seminggu ini gua namakan sebagai projek '180 Hours Trans Borneo'. Nampak nama bukan main glamer bukan?

Walaupun kisah pengembaraan tak sehebat mana, nama projek haruslah gempak. Perjalanan '180 Hours Trans Borneo' ini bermula dari negara Brunei Dasussalam dan dari situ membawa gua sehingga ke tanah terhujung Borneo di daerah Kudat di negeri Sabah.

Mod atau jenis pengangkutan seperti biasa gua menggunakan pengangkutan awam darat dan air seperti bas dan feri. Untuk trip kali ni istimewa sikit sebab ditambah dengan sebuah motorsikal yang disewa di Kota Kinabalu. Ala-ala touring sikit kali ni.

Gua bagi hangpa layan gambar dululah untuk sesi preview '180 Hours Trans Borneo' ni. Nanti gua mula cerita di catatan yang berikutnya.


Laluan Perjalanan 180 Hours Trans Borneo

  • Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
  • Labuan 
  • Menumbok 
  • Beaufort 
  • Kota Kinabalu 
  • Kundasang 
  • Ranau 
  • Kota Belud 
  • Kota Marudu 
  • Kudat 
  • Simpang Mengayau



Peta perjalanan merentasi Borneo bermula dari Brunei Darussalam hingga ke Kudat, Sabah.

Touchdown Lapangan Terbang Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam.

Signboard atau papan tanda di negara Brunei semuanya dihiasi dengan tulisan jawi.

Perkampungan penduduk Kampung Ayer, Brunei Darussalam.

Pasar Tamu Kianggeh, Brunei Darussalam.

Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam.

Senja di Kampung Ayer, Brunei Darussalam

Surau

The Iconic of Masjid Omar Ali Saifuddin.

Kubah Emas Masjid Omar Ali Saifuddin.

Masjid Omar Ali Saifuddin.

Rumah moden Kampung Ayer

Kampung Ayer





























Kundasang, Sabah.


Kundasang, Sabah.





Kampung Luanti Fish Spa, Ranau.

Kampung Luanti Fish Spa, Ranau.




Pekan Nabalu.

Kabus sekitar persimpangan Bundu Tuhan.

Jalan menuju ke Kundasang.

Surau Kampung Mesilau, Kundasang.



Berhenti rehat di Kota Belud.

Dari pekan Kudat menuju ke Simpang Mengayau lebih kurang 30 KM lagi.

Nelayan Kudat.

Nelayan Kudat.

Aktiviti pagi sekitar Bandar Kudat.

Jalan kampung kecil menuju ke Simpang Mengayau.

Pemandangan pantai Simpang Mengayau dari atas puncak Tips of Borneo.

Tips of Borneo

Simpang Mengayau , Tips of Borneo. Tanah terhujung pulau Borneo di sebelah utara.

Simpang Mengayau chalet.


Kalau takda jalan offroad bukan Borneo namanya.

Simpang Mengayau pagi hari. Takda orang pun. 

Pantai Simpang Mengayau, Kudat.

Masjid Kota Belud, Sabah.

Sekian saja untuk catatan kali ni. Saja la promosi dulu.

Untuk catatan kali ni abang belanja gambar dulu sebab abang tak sempat nak menulis lagi. Insyaallah abang akan mula mengarang 2-3 hari lagi bila ada kelapangan.

Sibuk duduk hadap FYP lagi sekarang ni. Maklumlah, masih lagi bergelar seorang pelajar.


Bersambung ke Part 1 | 180 Hours Trans Borneo : Brunei 

// Catatan Travelogue 180 Hours Trans Borneo //

18 Mac 2014

Cambodia Thailand Overland Project : Tribute to Faris Hakim Hamzah

Assalamualaikum w.b.t. Catitan kali ini khas untuk sahabat rapat, Faris Hakim Bin Hamzah yang telah kembali ke Rahmatullah. Beliau adalah salah seorang geng atau ahli yang mengikuti perjalanan Cambodia-Thailand Overland Project bersama gua pada April tahun lepas. Pemergian beliau pada usia 24 tahun amat mengejutkan. Moga Allah mencucucri rahmat ke atas beliau. Al-Fatihah.

“ Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “

Dari-Nya kita datang,
Kepada-Nya kita kembali.

Allah lebih sayangkan mu sahabat.
Semoga Allah tempatkan dirimu dlm kalangan orang soleh.
Suatu hari nanti, kami pasti menyusulmu.

(1989-2013)
Al-Fatihah.







Cambodia-Thailand Overland Project Travelogue Video by Faris Hakim Hamzah










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...