Iklan

23 April 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking : Wilayah Persekutuan Labuan

Sambungan dari 180 Hours Trans Borneo : Brunei (Tamu Kianggeh & Masjid Omar Ali Saifuddin)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Bertolak dari Jeti Serasa di negara Brunei dengan menaiki feri ekspress, gua tiba di Terminal Jeti Antarabangsa Labuan lebih kurang jam 6.30 petang.

Kenapa harus ada nama 'antarabangsa' kat situ tu? Macam lapangan la terbang pulak. Jangan pelik. Ini kerana Terminal Jeti Labuan ini menjadi hub pengangkutan laut terutama bagi mereka yang ingin ke Brunei dan Kota Kinabalu. Oleh kerana itu siap dengan perkhidmatan imigresen dan kastam lagi bila naik bot atau feri di sini.

Tergesa-gesa gua mencari surau turun dari feri. Belum sempat solat Asar. Surau pula ada di tingkat atas terminal feri Labuan ni. Mujur ada banyak papan tanda, senang nak mencari surau. Tak payah tanya orang pun.

Hangpa nak dengar satu cerita tak masa abang pi surau Terminal Feri Labuan tu?

Surau dia sunyi ja di tingkat atas. Masa abang sampai tak ada sapa dalam surau. Dengan yakinnya abang ambik wuduk dan angkat takbir. Tengah nak ambik mood khusyuk dalam solat tu la katakan, tiba-tiba abang dengar ada bunyi pintu dibuka dan abang perasan ada orang masuk.

Tiba-tiba, abang rasa ada sesuatu yang mencuit abang semasa abang tengah duduk tahiyat awal..

"Bang ! Kiblat salah bang !"

"Sini betulnya"

* pekup muka laju-laju sambil baca Astaghfirullah.

Siap solat Asar, abang tak boleh move on lagi dengan peristiwa di surau tadi. Seterusnya gua merayau mencari hostel bajet untuk bermalam di Wilayah Persekutuan Labuan ini. Gua pikir nak tidur sekejap sahaja, pagi esok dah nak naik feri ke Menumbok pulak. Gua turun di Labuan ini sebagai transit saja untuk ke negeri Sabah.

Azan Maghrib berkumandang sedang gua berjalan melilau di sekitar bandar Labuan. Gua berhenti solat Maghrib di suatu surau kecil tidak jauh dari terminal feri tadi. Macam biasa, jam 6.00 petang dah Maghrib. Kena pandai adjust masa bila berada di bumi Borneo ni. Tak sama seperti di Semenanjung, masuk waktu Maghrib pukul 7.00 lebih.


Bendera Wilayah Persekutuan Labuan.

Kedai bebas cukai di Labuan juga seperti di Langkawi yang menjual coklat dan rokok.

Senja melabuhkan tirai di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bandar Labuan yang bersih.

Selesai solat gua sambung perjalanan mencari hostel bajet. Kot-kot la ada hostel bajet untuk backpackers ke kan kat Labuan ni. Gua pernah search saat-saat akhir ada satu tempat dinamakan Labuan Backpacker Hostel. Gua pun semangat la jalan kaki pi tengok tapi awat tak ada pun. Dah tutup barangkali.

Gua cuba jugak tanya hostel dan hotel yang ada di Labuan ni paling kurang pun nak RM 50 untuk semalam. Ada juga hotel yang dah penuh kerana minggu tersebut adalah minggu cuti sekolah. Gua ingat nak tidur sahaja di surau kecil tempat gua solat petang tadi, tapi pintu pagarnya pula terkunci. Hampir satu bandar Labuan gua ronda malam itu mencari hotel. Oleh kerana bajet yang ciput, gua cuba mencari rumah tumpangan yang murah-murah sahaja kalau ada.

Bandar Wilayah Persekutuan Labuan merupakan salah sebuah bandar yang terbersih di Malaysia. Memang bersih pada mata pandangan gua. Ia juga merupakan salah satu bandar yang mesra pejalan kaki di mana anda tidak berasa takut untuk berjalan di bahu-bahu jalan. Keadaan di sini boleh dikatakan amat selamat. Kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, gua takut lagi berjalan di Kuala Lumpur seorang diri pada waktu malam.

Jam 11.00 malam gua masih melilau mencari hotel murah. Kalau tak ada, gua ingat nak bermalam di Terminal Jeti Labuan sahaja malam itu sementara menunggu waktu Subuh. Sebelum tu, gua pekena teh tarik dan makan malam di salah sebuah restoran mamak yang ada di Labuan ini. Kebanyakan kedai di sini ditutup awal sekitar jam 7.00 malam. Suasana pekannya agak mati pada waktu malam.

Kelihatan pekerja-pekerja syarikat perkapalan dan industri minyak singgah di Labuan ini membeli barangan keperluan harian mereka. Kalau nampak pekerja denagn uniform Petronas dan syarikat-syarikat minyak lain itu memang biasa.

Di suatu sudut lain dalam bandar Labuan, kelihatan minuman-minuman keras banyak dihidangkan dan diminum secara terbuka. Mengikut penduduk temapatan, arak memang mudah didapati dan murah oleh kerana status Labuan sebagai pulau bebas cukai.

Alhamdulillah, rezeki si musafir. Gua jumpa sebuah rumah tumpangan bernama Melati Inn. Biliknya pula semua dah penuh, tetapi brader yang bertugas bagi gua tumpang tidur di lobi hotel. Katanya takut orang mabuk ganggu kalau tidur di luar. 

Memang ramah dan bagus brader ni. Sembang macam-macam dengan gua malam tu. Gua siap tumpang mandi dan caj telefon di Melati Inn ini. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Labuan dan masih tercari-cari tempat menginap, boleh la menginap di Melati Inn ini. Antara bilik termurah di bandar Labuan boleh didapati di sini. 

Promosi sikit.
Menumpang tidur di lobi Melati Inn Labuan.

Melati Inn Labuan yang penuh disewa sekolah kanak-kanak cacat malam tu.

Pagi-pagi sebelum subuh gua dah bangun dan solat Subuh di surau berhampiran. Jarak dari Melati Inn ke surau tempat gua sembahyang Maghrib semalam memang sangat hampir dengan Terminal Jeti Labuan. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Waktu Subuh pun awal. Pukul 5.00 pagi dah masuk waktu Subuh.

Gua meninjau suasana pagi bandar Labuan selepas solat Subuh. Sempat pekena nasi lemak bungkus daun pisang bersama segelas teh tarik di restoran mamak berdekatan. Kedai-kedai lain belum buka, yang ada hanya kedai mamak. Bukan main laku mamak kalau buka kedai di Labuan ni. Pekerja-pekerja kapal semua bersarapan di sini. 

Gua sambung meronda lagi selesai sarapan. Rupanya ada tempat pendaratan ikan oleh nelayan tempatan Labuan. Segar-segar dan murah ikan-ikan yang baru naik dari laut. Pengunjung pula terdiri dari orang tempatan dan anak-anak kapal. Depa mendapatkan bekalan bahan mentah di sini jugak. Tengok memang syok, tapi gua memang tak beli la sotong ke ikan ke.


Lepak kedai mamak di Labuan ni seusai Subuh.

Jangan pelik kalau nampak banyak pekerja beruniform di Wilayah Persekutuan Labuan ni.

Utusan Borneo.

Bandar Labuan yang bersih dan indah di waktu pagi.

Teksi Labuan bewarna putih hijau.

Jalan yang agak lengang di waktu pagi sekitar bandar Labuan.

Kedai-kedai masih lagi belum beroperasi seawal pagi.

Nama asal Labuan dulunya adalah Victoria. Oleh itu banyak tempat bernama Victoria.

Meronda-ronda kawasan bandar Labuan di waktu pagi.

No plat Labuan.

Hangpa cari tengok kalau ada sampah di tepi-tepi jalan Labuan.

Papan tanda arah yang mesra pengguna di Labuan.

Stesen minyak Esso yang ada di Labuan agak daif.

Kanak-kanak sekolah yang menginap di Melati Inn.

Terminal Jeti Antarabangsa Labuan.

Antara bandar terbersih di Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan.

Sinar mentari memancarkan sinarnya menerangi bandar Labuan. Pukul 6.00 pagi dah cerah.

Surau kecil tempat gua solat Maghrib dan Subuh. Tiada tandas di sini.

Feri-feri ekspress yang berlabuh di jeti Labuan.

Pelabuhan Labuan yang sibuk dengan kapal-kapal besar.

Lorong Bunga Tanjung.

Melati Inn Labuan tempat gua menginap.

Bot bot nelayan Labuan yang berlabuh.

Bot laju.

Kapal-kapal minyak yang berlabuh di Labuan mengambil bekalan makanan.
















Pengunjung bebas memilih ikan.

Nama apa tak tau ikan ni.

Berbagai jenis ikan ada di sini.

Ikan-ikan segar yang baru sampai di jeti nelayan Labuan.

Pilih yang mana berkenan di hati. Ikan di pasar nelayan Labuan dilonggok segar.

Mai pilih ! Mai pilih ! Mai pilih !

Ikan-ikan segar.

Udang segar yang baru naik dari laut.

Pasar nelayan Labuan yang sibuk di waktu pagi.

Hanpa nak cari ikan apa semua ada di pasar nelayan Labuan ni.
Penunjuk arah tempat-tempat menarik di Wilayah Persekutua Labuan.

Berjalan kaki ke Terminal Feri Labuan mencari tiket feri ke Menumbok.
Pulau Labuan yang juga merupakan zon bebas cukai sama seprti di Langkawi.
Tiket-tiket feri turut ada dijual di kedai-kedai berhampiran Terminal Feri Labuan.

Terminal Feri Antarabangsa Labuan tempat gua menaiki feri ke Menumbok.

Diskaun 50 % bagi tambang feri penumpang Sarawak - Labuan -Sabah. Gua pun dapat diskaun.

Tempat membeli tiket di Terminal Feri Labuan untuk ke Menumbok.

Dah puas gua meronda bandar Labuan pagi tu, gua segera kembali ke Melati Inn. Gua tumpang mandi dan berdear dari Melati Inn. Terima kasih tidak terhingga lah kepada brader yang sudi menumpangkan gua seketika malam di sini. kalau tak memang tidur di Terminal Jeti la nampaknya. Gua terus ke Terminal Jeti Labuan untuk membeli tiket ke Menumbok iaitu suatu pekan kecil di daerah Beaufort. Di sini ada juga feri yang terus ke Kota Kinabalu, tapi gua sengaja turun di Menumbok. Saja nak tengok kawasan.

Orang yang beratur membeli tiket ramai sekali. Mungkin disebabkan faktor hujung minggu di mana orang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. ada yang nak ke Brunei, ada yang nak ke Sarawak, dan ada yang nak ke Sabah. Untuk membeli tiket feri, kad pengenalan diri diperlukan bagi warganegara Malaysia untuk menikmati diskaun tambang separuh harga. Ini berikutan pemberian subsidi kerajaan bermula 1 Januari 2013. Macam gua nak ke Menumbuk, harga tambang bot laju adalah sebanyak RM 15. Setelah diskaun, hanya RM7.50 sahaja perlu dibayar.

Bersambung ke 180 Hours Trans Borneo : Menumbok / Beaufort


// Catatan Travelogue 180 Hours Trans Borneo //

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...