Iklan

03 Jun 2014

Bajet Keseluruhan Cambodia-Thailand Overland Project

Assalamualaikum w.b.t sahabat sekalian. 

Baru gua teringat gua tak catit pun bajet keseluruhan Cambodia-Thailand Overland Project yang telah berlangsung hampir setahun yang lepas. 

Perjalanan yang memakan masa hampir seminggu ini bermula dari Phnom Penh dan berakhir di Kuala Lumpur melalui jalan darat. Mod pengangkutan seperti bas dan keretapi digunakan untuk merentasi negara-negara terbabit. 

Antara tempat persinggahan kami adalah di kota Siem Reap dan kota Bangkok sebelum hentian terakhir kami di ibukota Kuala Lumpur. 

Pada asalnya kembara ini hendak dibuat secara solo, oleh kerana ramai sahabat dan rakan taulan yang ingin turut serta, maka jadilah trip berkumpulan seramai lima orang. 

Bajet masing- masing tak banyak, hanya RM 500 sahaja ada di dalam poket. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kami berjaya menamatkan pengembaraan backpacking bajet ini.

Kisah permulaan berkaitan Cambodia-Thailand Overland Project, April 2013 boleh dilihat disini.


Royal Palace, Phnom Penh

Ayaq tebu Phnom Penh di malam hari



Sempena PRU yang lepas.

Bayon Temple.



Bajet Keseluruhan Cambodia-Thailand Overland Project

*Kos perbelanjaan selama seminggu semasa mengharungi perjalanan merentasi bumi Cambodia dan Thailand. Tidak termasuk makan dan minum.


Hari Pertama | Kuala Lumpur - Phnom Penh, Cambodia

  • Sewa Tuk-Tuk sehari : $ 20 USD (Bahagi 5 orang = $ 4 USD seorang)
  • Bayaran masuk Cheung Ek Killing Field : $ 5 USD
  • Bayaran masuk Tuol Sleng Genoside Museum : $ 2 USD
  • Check-In Capitol Guesthouse, Phnom Penh : $ 3 USD seorang (1 malam)
  • Tiket bas ke Siem Reap : $ 7.50 USD

Total :  $ 21.5 USD

Hari Kedua | Phnom Penh - Siem Reap

  • Check- In Popular Guesthouse, Siem Reap : $ 9 USD seorang (2 malam)
  • Tambang Tuk-Tuk Siem Reap Night Market - Muslim Family Restaurant : $ 1 USD seorang

Total :  $ 10 USD

Hari Ketiga | Angkor Wat, Siem Reap

  • Sewa basikal sehari : $ 1 USD 
  • Bayaran masuk Angkor Wat : $ 20 USD
  • Tiket bas Siem Reap - Poipet (Sempadan) : $ 5 USD

Total :  $ 26 USD

Hari Keempat | Cambodia- Thailand Border Crossing

  • Tambang Tuk-Tuk sempadan Aranyaprathet (Thailand) - Stesen Keretapi Aranyaprathet : 100 Baht (Bahagi 5 orang = 20 Baht seorang)
  • Tiket Keretapi Aranyaphrathet - Bangkok : 48 Baht
  • Bas mini Bangkok (Hualampong Station - Khao San Road) : 7 Baht
  • Check-In V-Merry Guesthouse, Bangkok : 110 Baht seorang (1 malam)
  • Internet Simkad @ 7-Eleven : 100 Baht

Total :  285 Baht

Hari Kelima | Bangkok (Pasar Keretapi Maeklong)

  • Tambang Bot Teksi Phra Athit Pier - Saphhan Taksin : 15 Baht
  • BTS Station - Wong Wian Yai  : 15 Baht
  • Tambang keretapi Wong Wian Yai Station - Mahachai Station : 10 x 2 Baht = 20 Baht (Pergi balik)
  • Tambang feri Mahachai - Ban Laem : 6 Baht 
  • Tambang keretapi Ban Laem Station - Maeklong Station : 10 x 2 Baht = 20 Baht (Pergi balik)
  • Tambang bas mini Thaksin Monumen - Sai Tai Mai (Southern Bas Station) : 14 Baht
  • Tambang Bas Ekspress Bangkok - Surat Thani : 413 Baht

Total :  503 Baht

Hari Keenam | Surat Thani - Hatyai - Kuala Lumpur

  • Tambang Minivan Surat Thani - Hat Yai : 230 Baht
  • Tambang Tuk-tuk Stesen Bas Hat Yai - Lee Garden Plaza  : 10 Baht seorang
  • Tiket bas ekspress Konsortium Hat Yai - Kuala Lumpur : 430 Baht
  • Cenderahati Fridge magnet 2 ketul : 70 Baht

Total : 740 Baht


Kos Keseluruhan : ~ RM 400 (tidak termasuk makan minum dan tiket penerbangan pergi sehala)


01 Jun 2014

The Highlanders : Tunggangan Malam Jalan Lama Gombak - Bentong

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Kisah kali ini berkisarkan pengalaman melalui Jalan Lama Gombak-Bentong pada lewat tengah malam . Idea tercetus selepas sesi Lepaking Teh Tarik (LTT) oleh ahli-ahli The Highlanders Motorsport sebelum itu. Sebanyak 5 buah motorsikal turut terlibat dalam aktititi larut malam ini. Tujuan, untuk melihat dan merasai sendiri suasana malam Jalan Lama Gombak Bentong yang selalu diceritakan sebelum ini.

Aktiviti berlangsung lebih kurang jam 3.00 pagi. Sebelum itu, kami berkumpul di Restoran Bistari Plaza Damas bagi menunggu ahli-ahli The Highlanders lain. Ada yang dari Putrajaya, dan ada yang datang dari Shah Alam. Cukup ahli, kami terus bergerak ke stesen minyak BHP sebelum Tol Lebuhraya Karak. Ada yang nak tukar lampu, ada yang nak pasang kamera lah sebelum itu untuk merakamkan perjalanan malam tu.

Jalan lama Gombak-Bentong memang gelap pada malam hari. Tak banyak kenderaan yang melalui jalan ini siang mahupun malam hari. Kalau ada kenderaan yang lalu pun kebanyakannya adalah lori. Perlukan lampu yang terang untuk melalui jalan ini pada waktu malam. Ada pokok-pokok dan dahan tumbang yang berselerak di atas jalan. Kelihatan juga kereta yang di parking di bahu jalan berhampiran jalan masuk ke Balai Polis lama yang menjadi tempat kajian paranormal.

Apa yang terjadi malam tu? Semuanya baik-baik sahaja. Boleh tonton video untuk kepastian lanjut. Ada sesuatu yang dibincangkan di kedai makan selesai aktiviti :)



Setting lampu.


Diskusi selesai aktiviti.




Video


29 Mei 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking | Bajet Keseluruhan

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Alhamdulillah.

Semua yang berlaku dengan izin dan ketetapan Allah. Syukur dengan segala nikmat kesihatan dan urusan perjalanan yang dipermudahkan Allah s.w.t.

Dapat jugak gua menamatkan perjalanan pengembaraan (backpacking + bikepacking) solo merentasi bumi Borneo bermula dari negara Brunei Darussalam sehingga ke penghujung tanah Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat.

Bermacam-macam pengalaman dan ragam gua dapat jumpa sepanjang lapan hari perjalanan menggunakan pengangkutan awam dan motorsikal ini. Kebanyakan penduduk dan juga orang tempatan yang gua jumpa sepanjang perjalanan di Borneo ni banyak membantu dari segi logistik dan ramah-ramah belaka. Tak susah kalau nak cari sesuatu lokasi tu. Dipermudahkan urusan.

Tidak sukar untuk berkomunikasi dengan penduduk bumi Brunei dan Sabah memandangkan mereka juga menggunakan bahasa yang sama seperti kita di semenanjung. Motorsikal jenama Demak yang disewa juga tidak memberikan sebarang masalah bermula di Kota Kinabalu hingga ke Kundasang, seterusnya ke Kudat sebelum berpatah balik semula ke Kota Kinabalu. Kalau ikut kilometer, dah hampir 500 KM gua menjelajah dengan motorsikal Demak ni.

Pemandangan bumi Borneo yang bergunung -ganang sangat menakjubkan disertai dengan hutan hujan yang menghijau sangat memukau pandangan. Kalau ikutkan hati gua sebenarnya kalau boleh nak melepak duduk lama-lama menjelajah di Borneo ini. Insyaallah, ada kelapangan masa selepas ini mungkin boleh jejak lagi bumi Borneo. Banyak tempat yang sebenarnya masih tak sempat untuk dijelajahi lagi.

Hang tunggu abang mai !

New Zealand Malaysia, Kundasang.

Motorsikal Demak berlatarbekangkan puncak Gunung Kinabalu.

Laluan perjalanan 

180 Hours Trans Borneo


  1. Bandar Sri Begawan (Brunei)
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Menumbuk
  4. Beaufort
  5. Kota Kinabalu
  6. Kundasang 
  7. Ranau
  8. Kundasang
  9. Kota Belud
  10. Kota Marudu
  11. Kudat
  12. Tanjung Simpang Mengayau -
  13. Kota Marudu
  14. Kota Belud
  15. Tuaran
  16. Kota Kinabalu


Bajet Keseluruhan 180 Hours Trans Borneo


*Kos perbelanjaan selama berada lapan hari di bumi Borneo. Tidak termasuk makan dan minum.

Hari Pertama | Kuala Lumpur - Bandar Sri Begawan, Brunei

  • Tambang Bas dari Brunei Airport ke Bandar Sri Begawan : $ 1 BD
  • Check-in KH Soon Hostel (dorm)  : $ 18 BD / malam
  • Tambang Bot dari Bandar ke Kampung Ayer  : $ 1 BD
  • Tambang Bot dari Kampung Ayer ke Bandar :  $ 0.50 BD
Total :  $ 20.5 BD


Hari Kedua | Bandar Sri Begawan - Wilayah Persekutuan Labuan

  • Tambang Bas dari  Bandar Sri Begawan - Muara (Terminal Jeti Serasa) : $ 1 BD
  • Tambang Feri Brunei ke WP Labuan : $ 17 BD
  • Tumpang tidur di Melati Inn : -
Total :  $ 18 BD



Hari Ketiga | WP Labuan - Menumbuk - Beaufort - Kota Kinabalu

  • Tiket Bot Laju WP Labuan - Menumbuk : RM 7.50
  • Tambang Minivan Menumbuk - Beaufort : RM 10.00
  • Tambang Minivan Beaufort : RM 12.00
  • Check in Bunibon Lodge Kota Kinabalu (dorm) : RM 30
Total : RM 59.50 


Hari Keempat | Kota Kinabalu

  • Check in Borneo Gaya Lodge Kota Kinabalu (room) : RM 69.00
Total : RM 69.00 

Hari Kelima | Kota Kinabalu

  • Check in Borneo Gaya Lodge Kota Kinabalu (dorm) : RM 25.00
Total : RM 25.00 


Hari Keenam | Kota Kinabalu - Kundasang

  • Sewa motorsikal di GogoSabah @ Wisma Sabah : RM 40 sehari x 2 hari = RM 80.00
  • Isi minyak di Likas : RM 5.00
  • Check-in Qistina Inap Desa, Kundasang : RM 30 semalam.
Total : RM 115.00


Hari Ketujuh | Kundasang - Kudat

  • Isi minyak di Kundasang  : RM 8.00
  • Tiket masuk 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau : RM 5.00
  • Tiket masuk Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang : RM 4.00
  • Isi minyak di Kundasang : RM 3.00
  • Isi minyak di Kota Belud : RM 4.00
Total : RM 24.00


Hari Ketujuh | Kundasang - Kudat

  • Isi minyak di Kudat  : RM 5.00
  • Tambang Teksi Kota Kinabalu - Airport (kes lambat) : RM 20.00
Total : RM 25.00



Kos Keseluruhan : $ 38.5 BD + RM 317.50 

= RM 417.50


Kos yang tertera tidak termasuk makan dan minum. Sebab apa selera makan semua lain-lain. Sebenarnya boleh jimat lagi kalau tidur di dorm sahaja dan naik bas. Tapi disebabkan faktor-faktor tertentu (kelewatan), terpaksalah berbelanja lebih sikit. 

Bajet bawah RM 500 pun dah boleh jelajah backpacking ke kepulauan Brunei dan Sabah dalam seminggu !

Siapa kata dengan bajet rendah anda tak mampu keluar mengembara? 

Gua dah buktikan. Bajet ciput buat cara bajet ciput. Anda sendiri yang merancang ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...