السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Menjejak wilayah Melayu yang hilang di selatan Thai.
Awal bulan Februari lepas sebelum Tahun Baru Cina, gua menjejaki wilayah Satun dan Songkhla di sebelah selatan Thai. Kali ini bukan secara
backpacking, tetapi lebih kepada '
bikepacking' atau pun '
touring ride' dan sudah pasti skuter Nouvo LC gua menjadi peneman kembara di bumi Thailand ini. Seperti biasa, idea untuk memulakan tunggangan solo atau '
solo ride' ke wilayah selatan Thai ini adalah perancangan minit-minit akhir. Kalau sebelum ni
Kembara Duo Pantai Timur gua ajak member sorang, kali ni memang gua tak ajak sesiapa pun untuk projek kali ni.
"
One is better, two is the best "
Tiada batasan masa untuk kembara ke wilayah selatan Thai ini, namun begitu perkara yang membataskan perjalanan adalah modal atau bajet. Dengan bajet yang agak ciput, gua cuba untuk meminimakan perbelanjaan sepanjang perjalanan kembara selatan Thai ini. Tujuan utama adalah untuk menjejaki tempat-tempat menarik di selatan Thai di samping menyelami kehidupan masyarakat minoriti muslim Thai wilayah-wilayah yang mempunyai sisi laut yang berbeza, iaitu di wilayah Pak Bara (Satun) dan juga Songkhla.
Rancangan awal pada asalnya adalah untuk melawat dan menerokai kawasan sekitar Pak Bara sahaja, tapi entah bagaimana boleh terlajak menjadi trip kembara 4 hari 3 malam. Kisah kembara menjejak salasilah ini bermula dari pantai Pak Bara seterusnya menjelajah ke perkampungan muslim Tanyung Po, Kampung Tammalang sebelum ke wilayah Songkhla dan Hat Yai.
Walaupun serba serbi dalam kekurangan dan hidup di dalam kedaifan, layanan masyarakat muslim di sana cukup mesra dan bagus terutama sekali kepada orang luar. Ada yang mempelawa tidur di rumah mereka, ada yang berusaha menunjukkan jalan atau laluan yang betul dan bermacam lagi perkara menarik sepanjang perjalanan di bumi selatan Thai ni.
Laluan : Sik - Wang Kelian - Pak Bara - Chebilang - Tanyung Po - Tammalang - Songkhla - Hatyai - Sadao - Sik
Jarak : +/- 750 KM
Tempoh : 4 hari 3 malam
Bajet : +/- RM180
Sedikit info dari
Wikipedia dan petikan
akhbar berkenaan wilayah selatan Thai ;
Berkurun lamanya orang Melayu Nusantara menguasai rantau kepulauan Melayu ini sebelum kekuasaan mereka terhakis menerusi kedatangan penjajah-penjajah Barat. Selain penjajah Barat, kerajaan-kerajaan Melayu juga terpaksa berhadapan dengan kuasa penjajah serantau iaitu Siam yang senantiasa mengambil peluang untuk meluaskan wilayah mereka ke selatan Semenanjung Melayu.
Sebagai contoh, wilayah Satun yang sekarang ini sebahagian daripada Thailand pernah berada di bawah pengaruh kerajaan Kedah sehingga tahun 1813. Kesultanan Kelantan dan Terengganu pernah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pattani Besar sehingga dipecahkan oleh Siam pada tahun 1785.
Sempadan Malaysia-Thailand yang terbentuk pada hari ini bukanlah sempadan yang memisahkan wilayah sebenar orang-orang Melayu dan Siam. Sempadan ini telah dilukis melalui persetujuan pihak British, selaku pelindung kerajaan-kerajaan Melayu dengan pemerintah Siam, tanpa kerelaan sultan-sultan Melayu sendiri pada tahun 1909.
Bertitik-tolak dari peristiwa bersejarah ini, terpisahlah wilayah-wilayah Melayu di selatan Thailand dengan negeri-negeri serumpunnya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Wilayah Setul ditukar namanya kepada Satun, Singgora menjadi Songkhla, Terang menjadi Trang, Jala menjadi Yala dan Menara menjadi Narathiwat. Wilayah-wilayah ini kemudiannya menerima perpindahan orang-orang Siam yang agak ramai untuk menyeimbangkan populasi Melayu-Muslim dengan Siam-Buddha. Satun contohnya, mempunyai populasi Muslim melebihi 90% pada awal kurun ke 19 tetapi sekarang ini, populasi Muslimnya berkurangan kepada 65%.
Dasar Thesapiban
Setelah wilayah-wilayah selatan ini menjadi milik mutlak Siam pada tahun 1909, pemerintah Siam pada ketika itu mengenakan dasar Thesapiban kepada penduduk-penduduk di kawasan ini dengan harapan untuk mengasimilasikan orang-orang Melayu Muslim kepada budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha. Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Siam, Pibul Songgram yang memerintah Siam di antara tahun 1939 sehingga 1944.
Penduduk-penduduk Melayu dipaksa untuk menerima adat dan budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Bahasa Siam diajarkan di sekolah-sekolah dengan bahasa Melayu tidak diberikan perhatian langsung oleh pemertintah. Mujur sekali Dasar Thesapiban tidak memaksa orang-orang Melayu untuk meninggalkan Islam sebagai agama yang dianuti oleh mereka.
Apabila Siam menjadi Thailand pada tahun 1949, masyarakat Melayu telah dilabelkan sebagai ‘Thai-Muslim’. Jati diri masyarakat Melayu di selatan Thailand berjaya dihakis sedikit demi sedikit, dihakis menerusi Dasar Thesapiban ini. Kini, majoriti generasi muda Thai-Muslim di selatan Thailand tidak lagi fasih berbahasa Melayu dan lebih selesa menuturkan bahasa Thai.
Untuk bahagian pengenalan Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai ni kita layan gambar dulu, nanti gua cerita lebih lanjut dalam catatan berikutnya.
|
Lebuhraya Timur Barat dari Gerik ke Baling berlatarkan Gunung Kenderong. |
|
Beli insurans Siam di pekan Changlun. |
|
Pintu gerbang memasuki negeri Perlis. |
|
Menuju ke Wang Kelian dalam cuaca panas terik di negeri Perlis. |
|
Persimpangan Kaki Bukit menuju ke Wang Kelian. |
|
Pintu masuk sempadan Wang Kelian-Wang Prachan. |
|
Berhenti untuk pemeriksaan imigresen dan kastam Thailand. Tunjuk salinan geran motorsikal untuk buat surat pelepasan kenderaan. |
|
Kembara Selatan Thai bermula. Nouvo LC menjejaki wilayah Siam menuju ke Pak Bara. |
|
Akak 7E tolong mengkonfigurasi simkad Thailand. |
|
Cari simkad Thailand di 7 Eleven. |
|
Lepak depan 7E Thailand di pekan Chalung guna wifi percuma. |
|
Signboard kegemaran untuk bergambar ala-ala filem Bikers Kental. |
|
Selamat tiba di jeti Pak Bara setelah menempuh perjalanan dengan panas terik dari Wang Kelian. |
|
Singgah solat di Masjid Pak Bara yang bertentangan dengan laut. |
|
Pak Imam Masjid Pak Bara yang boleh kecek Melayu. Dia yang tolong tunjukkan bajet guesthouse di Pak Bara. |
|
Guesthouse bajet di Pak Bara. 200 Baht semalam. Tolong pakcik ni yang hidup susah. Nak berkomunikasi susah sebab pakcik ni tak pandai cakap bahasa Melayu.
|
|
Nama guesthouse tak berapa pasti kerana dalam bahasa Siam. Betul-betul tepi pantai Pak Bara. Pak imam masjid Pak Bara yang kenalkan dengan pakcik tuan guesthouse. |
|
Makcik jual aiskrim kelapa di pasar malam Pak Bara. Petang-petang meriah dengan orang ramai. |
|
Aiskrim kelapa di Pak Bara menghadap lautan Andaman. Nimat Allah yang mana kamu dustakan. |
|
Lepak minum Cha Yen (Teh Ais) di Pak Bara di sebelah malam. |
|
Minyak seludup bawah seat Nouvo LC yang diisi di Wang Kelian lagi. Harga minyak Thai mahal. |
|
Sesi bergambar terakhir sebelum meninggalkan Pak Bara untuk ke Chebilang. |
|
Harga minyak di Thailand berubah-ubah tiap hari dan berbeza di antara stesen minyak. |
|
Melalui Pekan Satun untuk ke jeti Chebilang. Payah nak nampak Nouvo LC di selatan Thai ni. |
|
Skuter comel yang popular di Thailand. |
|
Solat Jumaat di Masjid Chebilang. Khutbah dibacakan dalam Bahasa Melayu dan Siam. |
|
Masyarakat muslim Thai di Chebilang bercakap dalam loghat hilir Kedah. |
|
Perkampungan muslim di Chebilang. Walaupun tulisan Thai, kebanyakan masyarakat di sini berkomunikasi dalam bahasa Melayu loghat Kedah. |
|
Perkampungan Chebilang. kedai-kedai kecil yang baru dibuka selepas selesai solat Jumaat. |
|
Hasrat untuk membawa motorsikal ke Koh Sarai tidak tercapai kerana angin kuat. Penumpang menunggu bot di Jeti Chebilang ini untuk ke Koh Sarai. |
|
Menurut maklumat penduduk tempatan, batu-bata merah yang dihasilkan di Chebilang ini akan dihantar ke Langkawi menggunakan bot. |
|
Tempat membaiki bot dan kapal di jeti Chebilang. |
|
Melepak menyembang dengan makcik di Tanyung Po. Cakap Melayu belah-belah kita di Kedah. |
|
Abang Rasad yang mempelawa dan menumpangkan gua tidur semalaman di rumahnya di Kampung Tammalang. |
|
Sekolah kerajaan di Kampung Tammalang Hulu. |
|
Penduduk Kampung Tammalang kebanyakan adalah nelayan yang mencari rezeki dengan bot. |
|
Perkampungan Tammalang Hulu di wilayah Satun dihuni oleh masyarakat Melayu Thai yang rata-ratanya fasih berbahasa Melayu. |
|
Penduduk Kampung Tammalang yang ramah. |
|
Walaupun tiada ikatan persaudaraan, masyarakat muslim di Kampung Tammalang di sini melayan tetamu dengan cukup baik sekali. |
|
Bot yang berulang-alik membawa motorsikal dan penumpang di kampung Tammalang. Setiap motorsikal dikenakan tambang sebanyak 20 Baht. |
|
Kembara bersama Nouvo LC diteruskan ke wilayah Songkhla. |
|
Panas membahang sepanjang perjalanan dari Satun ke Songkhla. Singgah pekena Cha Yen (Teh Ais) dulu. |
|
Singgah mengisi minyak di stesen PTT Thailand. |
|
Kali pertama mengisi minyak di Thailand. Isi 100 Baht belum penuh tangki lagi. |
|
Selamat tiba di wilayah Songkhla. |
|
Pantai di wilayah Songkhla. Angin cukup kuat. |
|
Pemandangan kota Songkhla dari puncak Tang Kuan Hill. |
|
Aiskrim kelapa lagi turun dari Tang Kuan Hill. |
|
Definisi jalanraya sebenar. Walaupun jalan kampung, jalannya cukup rata dan tak ada lubang bersepah di bahu jalan. |
|
Pantai Samila yang menjadi tumpuan ramai hujung minggu. |
|
Kali kedua mengisi minyak di Thailand. Ada bermacam perisa yang boleh dipilih. Gua nampak nombor 95, yang tu gua pilih. |
|
Singgah di Khlong Hae Foating Market atau Pasar Terapung Khlong Hae tidak jauh dari Hat Yai. |
|
Bekas minuman unik yang terdapat di Khlong Hae Floating Market. |
|
Khlong Hae Floting Market yang berjaya dijejaki berpandukan Google Maps. Mula-mula sesat tanya orang Siam sendiri pun tak faham. |
|
Peniaga di Khlong Hae Floating Market ni kebanyakan adalah muslim. Semuanya bertudung dan berkopiah. |
|
Selamat tiba di Hatyai. Tersesat sehingga Stesen Keretapi Hatyai. |
|
Kembali pulang ke Malaysia melalui sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam. |