Iklan

17 Mac 2015

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 15 : Chiang Mai - Bangkok

Sambungan dari Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part  14 : Chiang Mai

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari baru di kota Chiang Mai. Hari ini jugak dah masuk hari ke-16 pengembaraan backpacking bajet yang bermula dari kota Ho Chi Minh dua minggu yang lalu. Hari ni juga merupakan hari terakhir kami di kota Chiang Mai ini. Sebenarnya, banyak aktiviti menarik yang terdapat di kota utara Thailand ini. Yang paling biasa hangpa tengok siapa yang mai Chiang Mai mesti masuk kandang harimau. Memang tak ada dalam perancangan kami nak naik gajah mahupun bermain dengan harimau di Kingdom Tiger walaupun itu adalah aktiviti wajib pelancong bila berkunjung ke Chiang Mai ini. Modal yang yang agak ketat ini harus digunakan sebaik mungkin kerana masih jauh lagi perjalanan kami untuk pulang ke ibukota Kuala Lumpur melalui jalan darat.

Oleh kerana itu, pagi pagi lagi kami dah bangun untuk merayau-rayau kawasan sekitar bandar Chiang Mai ini. Sebenarnya, banyak lagi kawasan yang kami belum jelajah lagi di kota Chiang Mai. Kalau nak ikutkan dua hari tak berapa cukup kalau nak meronda dengan berjalan kaki. Kami pun tak ada hala tuju nak ke mana, ikutkan saja ke mana kaki ini melangkah. Petang kemudian, kami akan menaiki bas ke Bangkok. Jadi kami ada masa seharian lagi di kota Chiang Mai di sini untuk diterokai.


Wat Phra Singh yang terletak berhampiran Lanna Guesthouse tempat kami menginap.

Akak ni tengah setting meniaga buah-buahan potong depan Lanna Guesthouse.

Berjalan kaki sekitar bandar Chiang Mai di pagi hari.

Waktu pagi yang nyaman dan trafik yang mula sibuk di Chiang Mai.


Tempat pertama yang kami jumpa bila merayau-rayau tu adalah Universiti Chiang Mai. Iya gua tahu ia bukan tempat lawatan ramai. Sebelum-sebelum ni pun gua pernah dengar je nama dia. Tak sangka jalan-jalan jumpa pulak universiti ni. Chiang Mai University ni merupakan salah satu universiti yang terdapat di wilayah utara Thailand. Apa yang gua perasan, di Chiang Mai ni ada banyak universiti dan pusat pendidikan tinggi. Jadi banyak la pelajar-pelajar yang inggal di kawasan sekitar. Sambil-sambil ronda tu usya jugak la kiri kanan kan, kot kot la terjumpa jodoh. Eh.

Ada banyak fakulti-fakulti Universiti Chiang Mai di tepi jalan besar. Antaranya fakulti perubatan dan kejuruteraan. Entah kenapa teruja sangat jumpa universiti ni gua pun tak tahu. Asal jumpa signboad fakulti je wajib bergambar dulu. Masa belajar kat UiTM tak macam ni pun. Lagi satu, kawasan persekitaran Universiti Chiang Mai ni rata ja. Tak ada bukit bukau macam UiTM atau UKM. Berpeluh ketiak kalau nak jalan kaki dari satu fakulti ke fakulti yang lain.

Fakulti Sains Perubatan, Universiti Chiang Mai.

Fakulti Kejururawatan Universiti Chiang Mai.

Universiti sendiri tak habis ronda, sibuk ronda universiti orang.

Bangunan-bangunan fakulti Universiti Chiang Mai.

Fakulti glamour budak-budak 'medic'.

Tak seserabut UiTM di Universiti Chiang Mai ni.

Asrama pelajar.


Jalan punya jalan, Maddin pulak sakit perut. Dia balik ke Lanna Guesthouse dulu untuk memerut. Mana taknya, pagi pagi lagi dah tibai Maggi sebagai sarapan. Berjalan la gua sorang-sorang lepas tu. Kalau hangpa nak tau, di kota Chiang Mai ni jugak ada stesen minyak Petronas macam di Malaysia ni. Tengok kaler hijau dia pun dah tau dari jauh. Hanya di sini je gua pernah jumpa stesen Petronas. Di sebelah Bangkok atau selatan Thai langsung tak pernah nampak. Untuk pengetahuan, harga minyak di Thailand adalah berbeza di antara satu jenama dengan jenama yang lain. Contohnya Petronas dan Shell, harga minyak mereka adalah berbeza, tidak macam kita di Malaysia di mana harganya seragam. Selain itu jugak, harga minyak di Thailand berubah-ubah setiap hari. Hari ni harga lain, esok harga lain pulak. Masa waktu gua pi Ogos 2013 dulu, harga pasaran semasa minyak di Thailand bagi RON 95 adalah sekitar 48 Baht (RM 4.80) seliter.

Stesen Petronas di utara Thailand.

Harga minyak semasa di Thailand. Hampir cecah RM 5.00 seliter.


Art Center Chiang Mai University.

Ronda punya ronda, keluar masuk 7 Eleven pekena air-cond, gua balik semula ke Lanna Guesthouse. Masa jalan kaki balik, gua banyak lalu kawasan-kawasan kuil atau wat Buddha yang ada dalam kawasan Old City Chiang Mai ni. Memang banyak betul wat yang ada sampai nama setiap satu pun gua tak ingat dan tak tahu. Yang gua ingat pun dekat-dekat Lanna Guesthouse di Rachadamnoen Road ada sebuah wat besar yang namanya Wat Phra Singh. Jangan keliru pulak dengar nama Singh. 'Singh' di sini dalam bahasa Siam bermaksud singa. Ada patung-patung singa yang mengawal bahagian pintu masuk wat Phra Singh ni.

Banyak pelancong asing dan sami-sami Buddha di Wat Phra Singh ni. Di perkarangan wat, penuh van-van yang membawa pelancong ke sini. Selain Wat Phra Singh, ada beberapa lagi buah wat yang terkenal di Chiang Mai ni. Antaranya adalah Wat Doi Suthep yang terletak 15 KM di luar kota Chiang Mai. Apa yang istimewa dekat sana gua pun tak pasti.



Salah sebuah wat di Chiang Mai dalam proses baik pulih.

Sesi bergambar pelajar-pelajar sekolah Chiang Mai. Yang duduk tersimpuh tu dah kenapa?

Menara-menara wat atau kuil Buddha di Chiang Mai.

Sesi bergambar awek-awek selesai.

Tugu peringatan Phraya Promwoharn.

Phraya Promwoharn.

Phraya Promwoharn, the Great Poet of Lanna.

Kepala naga di wat-wat Buddha.

Potrait Raja Bhumibol Adulyadej yang terdapat di mana-mana.

Bandar Chiang Mai yang bersih.

Penganut Buddha dengan aktiviti keagamaan mereka.

Menara Wat Phra Singh.

Wat Phra Singh yang menjadi tempat kunjungan pelancong dalam dan luar.

Ukiran patung-patung batu menghiasi Wat Phra Singh.

Senibina Wat Phra Singh.

Wat Phra Singh.

Parking kereta Wat Phra Singh.

Boleh masuk ke dalam Wat Phra Singh untuk melihat aktiviti sami-sami Buddha.

Deretan songthaew menunggu di luar Wat Phra Singh.

Songthaew merah yang terdapat di mana-mana di kota Chiang Mai ini.

Tuk tuk pun tidak kurang hebatnya di Chiang Mai.


Gua balik ke Lanna Guesthouse jemput Maddin yang balik memerut awal-awal tadi lagi. Masuk tengahari ni lapaq nasi la pulak. Kami cadang nak cari makan di Masjid Baan Haw tempat kami pekena tomyam malam semalam. Dah jemu dok masak sendiri selama dua minggu. Asyik ulang menu yang sama, sardin dan telur. Dah masuk Siam ni, makanan halal bukan menjadi masalah. Tu yang kemaruk dok nak rasa makanan luar.Tapi sebelum tu kami kena selesaikan urusan pembelian tiket bas untuk ke Bangkok dari Chiang Mai dulu.

Sebenarnya ada banyak cara nak ke Bangkok kalau dari Chiang Mai ni. Kalau jenis kaya dan tak sabar boleh saja naik kapal terbang. Kalau rasa nak santai-santai dan ada banyak masa boleh pilih naik tren. Kami pulak pilih nak naik bas ke Bangkok. Cepat sikit masa perjalanan berbanding dengan tren. Kami beli tiket bas dari Lanna Guesthouse tempat kami menginap ni je. Mudah dan cepat. Tiket bas Chiang Mai ke Bangkok dibeli dengan harga 500 Baht seorang. Petang nanti akan ada 'songthaew' yang akan ambil kami di Lanna Guesthouse untuk dibawa ke stesen bas. Boleh saja kalau nak cari sendiri tiket di Stesen Bas Chiang Mai tapi banyak urusan sikitlah. 

Selesai urusan tiket bas, kami bergegas ke Masjid Baan Haw Chiang Mai. Di kawasan sekitar masjid ada beberapa buah kedai makan muslim yang beroperasi. Kami mencuba salah sebuah kedai yang peniaganya persis Melayu. Makcik kedai ni boleh la faham sikit-sikit bahasa Melayu asas. Ayam, daging dia tau la cakap. Kedai makcik ni ada menu nasi beriyani dengan gulai ayam. Gua dan Maddin pesan la sorang sepinggan. Layan sungguh dapat pekena nasi beriyani ni ! Tak cukup sepinggan, gua order lagi sepinggan. Baru 35 Baht sepinggan !

Puas hati makan kedai makcik ni. Tak lama kemudian datang la rombongan pelancong Malaysia datang makan kat kedai makcik ni. Selalunya dok dengar Maddin ja bersembang cakap Melayu ngan gua, kali ni baru dengar perbualan orang-orang Malaysia ! Baru dua minggu pun dah rasa rindu nak balik Malaysia. Tu tak duduk 2-3 tahun lagi kat UK ke mana.

Pekena nasi beriyani sebelah Masjid Baan Haw, Chiang Mai.

Maddin dengan gaya kurang sopan sebelum pekena nasi beriyani Chiang Mai.

Perut dah kenyang, kami melepak di Masjid Baan Haw betul-betul sebelah kedai makan makcik tadi. Ada aktiviti budak-budak mengaji waktu tengahari ni macam sekolah agama. Geng-geng pakcik pulak ada yang dok bersembang di antara mereka. Memandangkan Raya Haji yang akan disambut tak lama lagi, masing-masing sibuk berbincang urusan pembelian lembu korban. Ada salah seorang pakcik berbangsa Cina muslim yang juga seorang cikgu menegur dan bersembang dengan kami dalam bahasa Inggeris. Berbelit jugak lidah nak menjawabnya. Beliau jugak minta tolong Maddin tuliskan nombor dalam bahasa Arab di papan kenyataan. Sembang punya sembang, katanya lembu di Chiang Mai ni lebih mahal berbanding lembu kita di Malaysia. Seekor lembu di sini tidak kurang dari RM 4,500. Jadi setiap kali Raya Haji, masjid di sini akan korbankan antara 1-2 ekor lembu sahaja.

Masjid Baan Haw Chiang Mai yang menjadi pusat kegiatan masyarakat muslim di sini.

Menara tinggi Masjid Baan Haw Chiang Mai.

Kelas-kelas pengajian di Masjid Baan Haw, Chiang Mai.

Masyarakat muslim di Chiang Mai kebanyakan keturunan Hui yang berasal dari wilayah Yunnan, China. Sebab itu rupa semua lebih kurang sama.

Masjid Baan Haw yang banyak dihiasi tulisan cina. Syiar Islam di bumi Chiang Mai.

Maddin sempat beli Chicken Sausage sebelah masjid. Makan tak banyak mana, tapi syok membeli.


Kawasan sekitar masjid Baan Haw ni jugak dikenali dengan nama Halal Street Hilal Town.

Cari makanan halal di sini. Lorong Charoenprathet Road Lane dekat Pasar Malam Chiang Mai.

Lorong Halal Street Hilal Town yang terdapat deretan restoran muslim.

Lepak Thapae Gate buat kali terakhir sebelum berangkat ke Bangkok.


Menyusuri jalan-jalan kecil bandar Chiang Mai.

Sekitar Thapae Gate. 

Menunggu songthaew di Lanna Guesthouse.

Ruang lepak dan santai Lanna Guesthouse. Tunggu songthaew datang ambik jam 6.00 petang.

Skuter Yamaha Ego untuk disewa berhampiran Lanna Guesthouse, Chiang Mai.

Bergambiran kenang-kenangan depan Lanna Guesthouse.

Songthaew merah yang ditunggu-tungu tiba. Selamat tinggal Chiang Mai !


Dari Masjid Baan Haw, kami menyusur pulang ke Lanna Guesthouse melalui laluan malam semalam. Lalu jalan Pasar Malam Chiang Mai dan Thapae Gate. Kami kena check-out dulu dari Lanna Guesthouse jam 1.00 petang. Kemas-kemas beg, check-out dan tumpang letakkan beg di reception Lanna Guesthouse. Depa siap bagi tempat khas lagi untuk simpan beg. Kemudian baru sambung meronda semula. 

Jam 6.00 petang, songthew merah yang dijanjikan untuk mengambil kami di Lanna Guesthouse tiba. Kami antara penumpang terakhir yang diangkut. Dekat belakang songthaew dah penuh dah mat-mat saleh yang akan naik bas sekali dengan kami ke Chiang Mai. Maddin duduk berhimpit di bahagian belakang songthaew dengan mat saleh manakala gua duduk dengan selesanya di bahagian depan sebelah drebar. Songthaew ni memang disewa khas untuk membawa penumpang ke stesen bas. Tiada bayaran yang dikenakan.

Waktu petang dekat-dekat senja ni keadaan jalaranraya Chiang Mai agak sibuk dengan kenderaan. Waktu puncak barangkali, semua pakat baru balik kerja sama seperti kotaraya Kuala Lumpur. Songthaew kami tersangkut dalam kesesakan jalanraya hampir dekat setengah jam. Gua ingatkan drebar nak bawa kami semua ke stesen bas, rupa-rupanya dia turunkan kami di sebuah stesen minyak. Bas yang dijanjikan dah sedia menunggu dan dah penuh dengan penumpang. Kami yang naik songthaew tadi rupanya saki baki penumpang yang ditunggu.-tunggu. 

Tengok bas yang kami nak naik dari Chiang Mai ke Bangkok ni nampak tak berapa semangat nak naik. Keadaan bas nampak sedikit uzur. Jangkaan gua sebelum  ni, mungkin bas VVIP dua tingkat yang sedap
sikit. Bas ni pun dua tingkat juga, tapi ruang bawah bas memang tak ada siapa pun duduk kerana di situlah ruang meletakkan bag dan di bawah situ jugaklah ada tandas.

Nak tak nak terima sahajalah seadanya. Tapi majoriti dalam bas yang kami naik adalah pelancong asing, banyak mat-mat dan minah-minah saleh. Suasana awal perjalanan memang riuh dengan depa ni bersembang. Dah la aircond tak berapa nak sejuk, berkuap dan basah habis satu badan malam tu.



// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...