Sambungan dari
Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 16 : Bangkok
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Dari stesen bas Sai Tai Mai di Bangkok, jam 7.30 malam, kami bertolak menaiki bas menuju ke Hat Yai. Sebelum itu, kami sempat solat Maghrib di surau stesn bas Sai Tai Mai ni. Bagi yang muslim, tak perlu risau nak solat di mana kerana di Sai Tai Mai ni ada disediakan surau yang agak luas. Bas VIP setingkat yang kami naiki penuh dengan penumpang. Ada abang-abang tentera yang turut menaiki bas bersama dengan kami ke Hat Yai. Tidak seperti bas-bas yang pernah kami naik di Thailand sebelum ini, bas Bangkok-Hatyai ni cun dan dalam kondisi tiptop. Kerusi cantik dan aircond pun sejuk. Dah tak ada istilah berkepam dan berkuap dalam bas ni seperti masa
Cambodia-Thailand Overland Project dulu.
Dalam perjalanan dari Bangkok ke Hat Yai yang jaraknya hampir 1000 KM, bas berhenti sebanyak dua kali di hentian rehat. Satu hentian tak berapa pasti di mana dan satu lagi dekat-dekat Segenting Kra. Penumpang bas boleh turun dan boleh beraktiviti bebas selama setengah jam. Nak makan ka nak pi tandas ka masa tu lah. Hentian rehat di Thailand ni konsepnya sama seperti RnR lebuhraya kita di Malaysia, tapi yang bezanya di Thailand lebuhraya mereka percuma dan tiada bayaran tol yang dikenakan. Jalan di sana pun luas macam lebuhraya dengan dua lorong sehala. Gua dan Maddin dalam bas kerja dok tiduq la, dah tak tahu nak buat apa. Sedar-sedar dah sampai hentian rehat.
|
Hentian rehat RnR di Thailand. Lebih kurang sama dengan RnR di lebuhraya Malaysia. |
|
Sedar dari lamunan tidur. Dah cerah rupanya. Bas menghampiri bandar Hatyai. |
|
Bas menurunkan penumpang di beberapa stesen awal sebelum Hatyai. |
Sedar-sedar dari lamunan tidur, hari dah nak siang. Punya la lena tidur dalam bas. Bas yang kami naiki berhenti di beberapa buah stesen untuk menurunkan penumpang dalam perjalanan menuju ke bandar Hatyai. Lebih kurang jam 11.00 pagi baru kami tiba di Stesen Bas Hatyai. Penumpang diarahkan untuk turun dan mengambil beg masing-masing kerana ini adalah hentian terakhir.
Oleh kerana hari kami tiba di Hatyai jatuh pada hari Jumaat, kami harus mencari masjid untuk solat Jumaat. Di depan Stesen Bas Hatyai, ada banyak tuk-tuk dan motorsikal yang menyambut penumpang keluar dari stesen bas. Berhampiran stesen bas jugak ada beberapa buah warung kecil yang menjual makanan halal antaranya adalah pulut ayam. Gua dan Maddin yang agak kelaparan rempat dulu pulut ayam sorang sebungkus sebelum mencari pengangkutan ke Lee Garden Plaza.
Kenapa kena ke Lee Garden Plaza dulu? Kami kena beli tiket bas untuk balik ke Kuala Lumpur dari Hatyai ni. Di depan Lee Garden Plaza, ada sebuah pejabat Konsortium Bas Ekspress. Bagi yang nak balik Kuala Lumpur, boleh beli tiket bas di sini. Gua dan Maddin memilih untuk balik pada hari yang sama, tapi di sebelah malam selepas Maghrib. Tiket bas Hatyai - Kuala Lumpur dibeli dengan harga 400 Baht seorang dan bas dijadualkan agak bergerak jam 7.00 malam. Dalam satu hari, ada beberapa trip perjalanan bas dari Hatyai ke Kuala Lumpur. Saja kami nak balik di sebelah malam, nak meronda bandar Hatyai dulu waktu siang ni.
|
Tuk-tuk merah gaya Hatyai. |
Kami menaiki tuk-tuk berwarna merah yang terdapat di hadapan stesen bas Hatyai. Sebelum naik bincang dulu harga elok-elok dengan pakcik drebar. Nego punya nego, dapat la naik tuk-tuk ke Lee Garden Plaza dengan bayaran tambang sebanyak 20 Baht seorang. Dalam tuk-tuk tu dia tak bawa penumpang lain dah, hanya kami sahaja. Sebenarnya kalau larat boleh sahaja berjalan kaki untuk ke Lee Garden Plaza. Tapi oleh kerana cuaca panas terik dan masa yang agak terbatas, kami putuskan saja untuk menaiki tuk-tuk.
Tuk-tuk merah membawa kami menyusuri bandar keriangan Hatyai. Layan jugak duduk belakang melihat trafik yang sibuk tengahari ni. Betul-betul tuk-tuk berhenti di depan Pejabat Konsortium Ekspress yang bertentangan dengan Lee Garden Plaza. Terus meluru kami masuk ke dalam untuk urusan pembelian tiket bas Hatyai-Kuala Lumpur. Mujur ada lagi tiket balik di sebelah malam. Kalau tidak terpaksa bermalam di Hatyai semalaman dulu. Dinasihatkan pada mereka yang bercadang untuk balik menaiki bas dari Hatyai ke Kuala Lumpur supaya membeli tiket bas lebih awal. Kalau lambat sat lagi bas penuh.
|
Melayan pemandangan bandar Hatyai dari belakang tuk-tuk. |
|
Maddin duduk terbongkok dalam tuk-tuk Hatyai yang sempit ni. |
|
Lagi tuk-tuk merah Hatyai. |
|
Van ni memang selalu ada depan pejabat Konsortium Bas Ekspress Hatyai. |
|
Lee Garden Plaza, Hatyai. Pejabat Konsortium Bas Ekspress betul-betul bertentangan pemandangan ni. |
Dah selesai urusan pembelian tiket bas, kami tumpang letak bagpack kami di pejabat Konsortium Bas Ekspress ni sebelum mencari masjid untuk solat Jumaat. Tak larat nak usung backpack besaq-besar ni merata-rata. Di pejabat ini jugak disediakan tandas dan bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Siap ada surau sekali. Boleh tanya kakak-kakak petugas kaunter yang fasih berbahasa Melayu dan juga Siam di mana tandas dan surau yang terdapat dibahagian belakang pejabat. Kami mandi dan membersihkan diri dulu, tukar pakaian apa yang patut sebelum ke masjid. Sempat lagi makan pulut ayam yang dibeli tadi.
Kami tanya akak kaunter mana masjid yang terdekat di bandar Hatyai ni untuk solat Jumaat. Katanya boleh pergi ke Masjid Pakistan, masjid sama yang kami singgah masa
Cambodia-Thailand Overland Project dulu. Jam menujukkan jam 12.00 tengahari. Dah hampir nak masuk waktu Zuhur di Hatyai. Terhegeh-hegeh la kami mencari tuk-tuk merah untuk membawa kami ke Masjid Pakistan. Kalau nak jalan kaki boleh jugak, tapi lambat. Tambang tuk-tuk sama macam tadi, 20 Baht seorang.
Masjid Pakistan ini terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Hatyai. Kalau turun tren di Stesen Hatyai nak ke Masjid Pakistan ni dah tak jauh dah sebenarnya. Tanya orang-orang tempatan pun depa tau kat mana Masjid Pakistan ni. Kenapa ia dinamakan Masjid Pakistan? Ini kerana penduduk-penduduk muslim yang berasal dari Pakistan yang membuka dan membina masjid ini suatu masa dulu. Tapi waktu kami pi tak nampak sangat orang Pakistan. Ada la seorang dua, yang lainnya semua adalah minoriti muslim tempatan yang berbangsa Melayu.
|
Pintu gerbang masuk Masjid Pakistan, Hatyai. |
|
Masjid Pakistan Hatyai yang diasaskan pada tahun 1937, dan dibina semula pada tahun 1991. |
|
Ruang solat Masjid Pakistan, Hatyai. Jemaah mula memenuhi ruang solat. |
|
Minoriti muslim tempatan. |
|
Masjid Pakistan, Hatyai. |
|
Bacaan khutbah Jumaat dalam bahasa Siam. |
|
Warna hijau putih yang menjadi warna asas Masjid Pakistan, Hatyai. |
|
Selesai solat Jumaat di Masjid Pakistan, Hatyai. |
|
Thai-Pakistan Friendship Association. |
|
Tuk-tuk merah Hatyai pun turut berkunjung ke Masjid Pakistan. |
Seusai solat Jumaat, kami berjalan kaki menuju Pasar Kim Yong atau juga dikenali sebagai Kim Yong Market. Kim Yong Market ni merupakan salah satu pasar harian yang terdapat di bandar Hatyai ni. Macam-macam ada di sini. Buah-buahan ada, kerepek-kerepak ada, mainan budak ada, baju ada, souvenior ada dan macam-macam lagilah. Hangpa cakap nak apa hampir semua ada. Pelancong-pelancong luar terutama dari Malaysia banyak yang datang ke Pasar Kim Yong ni. Bershopping sakan depa.
Gua dan Maddin meronda di Pasar Kim Yong. Tak ada benda apa nak dibeli pun. Ni kalau bawa orang perempuan cukup syok la depa. Banyak juga peniaga-peniaga di sini adalah wanita muslim tempatan yang bertudung. Rasa macam masuk pasar belah-belah Malaysia pulak. Ada yang suruh rasa kerepek itu ini. Gua dan Maddin terhenti di suatu kedai yang menjual souvenior. Ada macam-macam jenis cenderamata ada di sini. Borong fridge magnet untuk dibawa pulang balik Malaysia sebagai kenang-kenangan nanti.
|
Pemandangan sekitar bandaraya Hatyai. |
|
Poster filem cara Thailand. |
|
Yang pasti ini adalah bank. |
|
Poskod Hatyai. |
|
Meronda-ronda sekitar bandar Hatyai tanpa arah tuju. |
|
Cuaca panas dan hangat di Hatyai. Basah habis satu badan. |
|
Mencari Pasar Kim Yong di bandar Hatyai. |
|
Buah-buahan yang dipasarkan di Pasar Kim Yong. |
Dah puas meronda Pasar Kim Yong, kami berjalan pulang kembali ke Lee Garden Plaza. Duduk melepak depan tangga Lee Garden Plaza melihat suasana petang bandaraya Hat Yai. Kami masuk ke dalam restoran Mcdonalds yang terdapat di dalam Lee Garden Plaza. Kawalan keselamatan agak ketat di sini. Pengunjung akan diperiksa badan dan bag akan diimbas sebelum dibenarkan masuk ke dalam pusat membeli-belah tersebut. Cerita Indochina ni waktu bulan Ogos 2013. Ini berikutan kejadian letupan bom yang berlaku sebelum ini pada Mac 2012 yang telah mencederakan hampir 11 orang rakyat Malaysia. Masa trip gua ke
Krabi-Phi Phi Don-Phuket waktu bulan Julai 2012 dulu lagi ketat kawalan keselamatan di Garden Plaza ni. Polis di merata-merata tempat sekitar Lee Garden Plaza. Lagi lengang waktu tu tak ada orang. Sekarang semakin hari semakin baik. Pelancong dah mula berani datang ke Hatyai semula.
Gua dan Maddin melepak ambik angin aircond dalam Mcdonalds Lee Garden Plaza. Dah la tak order apa-apa, dah tu curi wifi percuma pulak. Boleh la online sekejap buat laporan apa yang patut. Dah bosan duduk dalam McD kami keluar semula ke perkarangan Lee Garden Plaza. Kelihatan banyak warung-warung kecil dibuka di kawasan sekitar. Ada makcik dan kakak-kakak muslim jual pulut mangga, pulut durian dan ayam goreng. Kawasan sekitar Lee Garden Plaza semakin meriah menghampiri Maghrib.
|
Pejabat Konsortium Bas Ekspress Hatyai. Dari dulu sampai sekarang muka akak yang sama. |
|
Warung-warung kecil di sekitar Lee Garden Plaza. |
|
Macam-macam makanan yang dijual di hadapan Lee Garden Plaza. |
|
Sotong kering bakar barangkali. |
|
Orang pi Hatyai selalu cari udang galah ni la. Tapi entah berapa lama dah dia dok perangat udang ni. |
|
Rabiah pulut mangga Hatyai. |
|
Panggung wayang di Hatyai. |
|
Bendera Thai berkibar megah di Hatyai. |
|
Pakcik jual sotong kering bakar tadi. |
|
Bas Konsortium Ekspress dah siap parking depan Lee Garden Plaza. |
|
Inilah dia pejabat Konsortium Bas Ekspress Hatyai. Boleh beli tiket bas di sini. |
|
Selain jual tiket bas, pejabat Konsortium Bas Ekspress ni jugak ada khidmat pengurup wang. Boleh tukar duit di sini. |
|
Suasana petang di sekitar Lee Garden Plaza. Meriah dengan pelancong dan orang ramai. |
Dah berkali-kali di bandar Hatyai, antara aktiviti wajib menghabiskan duit Baht sebelum menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur adalah makan. Antara tempat makan yang menjadi pilihan adalah warung di tepi jalan berhadapan dengan pejabat Konsortium Bas Ekspress. Kalau dulu ada nasi lemak dan teh tarik di warung ni, tapi sekarang dah tak ada. Gua dan Maddin cuba menu wajib sebelum berangkat iaitu Nasi Goreng Seafood Hatyai dan juga Cha Yen (Teh Ais). Layan jugak senja-senja makan nasi goreng seafood dan juga cha yen. Ramai jugak orang sampai tak cukup kerusi meja.
Dah siap makan, elok bas ekspress Konsortium berwarna merah yang dijanjikan tiba. Bas ekspress Konsortium dua tingkat ni selalunya akan sampai awal dan akan parking dulu di tepi jalan berhadapan pejabatnya di Hatyai. Sebelum naik bas, boleh solat Maghrib dulu di pejabat Konsortium Bas Ekspress ni. 10 minit sebelum bas bertolak pada pukul 7.00 malam, drebar akan panggil untuk masukkan bag ke dalam ruang bagasi. Gua dan Maddin dapat kerusi di tingkat bawah bas. Setiap penumpang dibekalkan dengan selimut dan sebotol air mineral sebelum bertolak. Tepat jam 7.00 malam, bas bertolak meninggalkan bumi Hatyai menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam.
ลาก่อน Thailand !
|
Nindia Nasi Goreng Seafood Hatyai ! |
|
Nasi Goreng Seafood Hatyai. Layan habis. 50 Baht sepinggan. |
|
Selain nasi goreng, kueyteow goreng pun ada. |
|
Kalau teringin dan masih berduit, boleh cuba Laici Kang Hat Yai. |
|
Maddin muka ada seri bila nak naik bas balik Malaysia dah. |
|
Ini pun sama. Muka ada senyum menempuh perjalanan terakhir dari Hatyai ke Kuala Lumpur. |
|
Bas Konsortium Ekspress jurusan Hatyai-Kuala Lumpur yang selesa. |
|
Pusat-pusat urut di Hatyai yang tak jauh dari Lee Garden Plaza. |
|
Siap ada plug lagi dalam bas Konsortium ni. Boleh caj handphone. |
|
Selamat tiba di Masjid Jamek Kuala Lumpur. |
|
Solat Subuh sebelum kembali ke rumah masing-masing. |
Kami tiba di Stesen Puduraya Sentral pada jam 4.00 pagi. Bas hanya berhenti sekali sahaja, itupun di pekan Changlun. Abang drebar suruh makan siap-siap sebab bas dah tak berhenti dah lepas tu. Naik bas terus tiduq tak sedarkan diri. Sedar-sedar dari lena dah sampai kotaraya Kuala Lumpur ! Bas menurunkan penumpang di tepi jalan berhampiran Menara Maybank. Gua dan Maddin menapak berjalan kaki ke Jalan Masjid India. Ada apa? Sarapan dulu roti canai banjir di Selangor Mansion dekat Jalan Masjid India. Kalau orang Kuala Lumpur depa tau la tempat ni.
Lepak makan roti canai dan teh tarik segelas, elok azan Subuh berkumandang. Terus kami gerak ke Masjid Jamek Kuala Lumpur yang tak jauh dari situ. Seusai solat subuh, gua tengok Maddin sedang mencari-cari sesuatu. Selipar yang baru dibeli dari Chiang Mai hari tu hilang ! Lupa nak pesan kat Maddin suruh simpan elok-elok selipar tu lebih lagi kat Masjid Jamek ni. Memang kawasan dia la selipar atau kasut selalu hilang.
Maddin terus kecewa pagi tu. Selipar yang baru sahaja dibeli di Chiang Mai dua hari lepas, hilang pulak elok sampai di Kuala Lumpur. Memang bukan rezeki dia. Kami berjalan kaki ke stesen komuter Bank Negara. Gua balik ke Segambut, dan Maddin balik ke Shah Alam.
Tamat sudah pengembaraan backpacking kami selama 20 hari merentasi negara Indochina sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur melalui jalan darat. Bermacam halangan dan cabaran yang kami tempuh sepanjang perjalanan ini. Bermacam cerita menarik dan pengalaman yang kami dapat sepanjang tempoh pengembaraan Indochina 'Long Way Back' Overland Project ini. Daripada sekadar impian telah pun menjadi kenyataan. Moga ada sesuatu dapat kami ceritakan kepada anak cucu kami nanti dan menjadi inspirasi kepada orang di luar sana untuk terus keluar mengembara.
Indochina 'Long Way Back' Overland Project done !
// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //