Iklan

04 Mei 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking : Sepetang di Kota Kinabalu


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Balik dari Tamu Gaya, gua segera berkemas apa yang patut oleh kerana gua perlu check-out dari Bunibon Backpacker Hostel tempat gua menginap semalam. Untuk hari tersebut gua tak ada rancangan untuk ke mana-mana. Cuma melepak di Kota Kinabalu sahaja seharian. 

Selesai check-out, gua kendong bag menuju masjid di atas bukit berhampiran Australian Place iaitu Masjid Bandar Kota Kinabalu untuk solat Zuhur berjemaah memandangkan sudah masuk waktu Zuhur di Kota Kinabalu ini. 

Rupa-rupanya ada sekolah tahfiz di kawasan Masjid Bandar Kota Kinabalu. Kedudukan Masjid Bandar Kota Kinabalu di atas cerun bukit yang tinggi menampakkan pemandangan sebahagian bandar Kota Kinabalu dari sudut atas.

Selesai solat Zuhur, gua menuju ke KFC Jalan Bandaran yang tidak jauh dari Masjid Bandar Kota Kinabalu ni. Perut mula terasa lapar. Lagi pun ada kerja yang perlu dibuat dengan menggunakan komputer. Selama gua berada di Borneo bermula di Brunei, dalam bag gua ada laptop. 

Ke sana ke mari menggalas beban laptop di belakang. Berat jugak. Nak mengembara punya pasal. Kerja kena bawa sekali. Gua melepak di KFC Jalan Bandaran hingga jam 4.00 petang menyiapkan tugasan. 


Bunibon Backpacker Hostel

Bunibon Backpacker Hostel

Check-out dari Bunibon Backpacker Hostel.

Bunibon Backpacker Lodge yang menjadi tempat penginapan bajet gua di Kota Kinabalu.

Masjid Bandar Kota Kinabalu yang berada di atas bukit.

Ruang dalaman tempat solat Masjid Bandar Kota Kinabalu.

Masjid Bandar Kota Kinabalu yang terletak di atas bukit.

Terminal teksi dan minivan di hadapan Masjid Bandar Kota Kinabalu.

Terminal teksi dan minivan di Kota Kinabalu ini terletak berhampiran Bulatan Capitol.

Perkhidmatan teksi dan van yang membawa dan menurunkan penumpang di Kota Kinabalu.

Agenda selepas itu adalah mencari tempat penginapan yang sesuai untuk malam ini di Kota Kinabalu. Gua tak berapa suka menginap di sesebuah guesthouse atau hotel bajet yang sama tiap malam. Kalau boleh nak merasa juga guesthouse lain, yang mungkin lebih baik dari guesthouse yang kita duduk sebelum ni. Dengan itu kita dapat tengok dan nilai sendiri mana yang terbaik untuk dicadangkan kepada rakan-rakan.

Gua melilau dulu petang itu di sekitar kawasan Kampung Ayer, Plaza Kota Kinabalu dan Pasar Besar Kota Kinabalu. Sampai di hadapan Pasar Sinsuran, gua menanyakan bilik di A&J Budget Hotel, tetapi hampa kerana bilik sudah penuh ditempah oleh kerana cuti sekolah. A&J Budget Hotel merupakan tempat gua menginap tempoh hari semasa Kota Kinabalu Short Escape sewaktu cuti Raya Haji tahun lepas. Betul betul di hadapan Pasar Sinsuran. Boleh tahan murah bilik di sini.

Jalanraya di bandar Kota Kinabalu yang bersih.

Keaadaan jalanraya di Kota Kinabalu yang sedikit sesak pada waktu petang .

Bangunan-bangunan sederhana tinggi di Kota Kinabalu.

Pepohon redup di sepanjang jalan sekitar Kota Kinabalu.

Pasar malam berhampiran Le Meridian Hotel Kota Kinabalu.

Kedai makanan kering dan sejukbeku yang boleh didapati di sekitar Kota Kinabalu.


Pasar Besar Kota Kinabalu.

Peniaga di kaki lima Pasar Besar Kota Kinabalu.

Banyak orang Filipina di Kota Kinabalu berdasarkan gaya percakapan.

Jalan pesisir pantai Kota Kinabalu yang terdapat banyak pasar-pasar makanan laut.

Peniaga durian di sekitar Plaza Kota Kinabalu.

Plaza Kota Kinabalu. Gua tak cuba masuk dalam pun.

Di belah kiri jalan ada khemah-khemah tu semua jual makanan laut bila waktu petang.

Ramai pelancong yang datang ke sini menikmati makanan laut Kota Kinabalu.

Musim durian barangkali. Banyak orang jual durian di sekitar Plaza Kota Kinabalu.

Rumah-rumah kedai di Kota Kinabalu.

Suasana Kota Kinabalu di waktu petang.

Ada juga peniaga di atas jejantas Plaza Kota Kinabalu.

Apam balik Kota Kinabalu mari.

Yang ni jual apa tak tau. Kuih ke nasi goreng ? Ke bukan makanan ?

Pelancong luar meramaikan suasana petang di Kota Kinabalu.





Ada game pool dalam ni. Bunyi macam bergaduh di dalam. 


Peniaga buah-buahan di luar Pasar Besar Kota Kinabalu.

Berderet peniaga di luar kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu menjual buah petang-petang.

Rancak makcik ni kupas durian. Siap duduk bersila atas lori.

Gua dok perhati je dari atas depa dok makan durian.

Bak mai abang sebiji durian tu woi ! Teringin jugak !

Peniaga kuih muih dan air balang di Kota Kinabalu.

Banyak pemandangan menarik dapat disaksikan bila ikut jejantas atas Kota Kinabalu ni.

Ni lagi meriah kuih muih dia !

Kumpulan pelancong membincangkan sesuatu. Tak tahu nak pergi mana dah kot dalam Kota Kinabalu ni.

Kota Kinabalu di waktu petang.

Sampai ke Maghrib jugak gua melilau petang tu melihat suasana petang di Kota Kinabalu sambil mencari penginapan yang sesuai. Ada member gua cadangkan supaya menginap di Borneo Gaya Lodge di Jalan Gaya. Gua pun teruslah ke sana selepas puas melilau petang tu.

Sampai di Borneo Gaya Lodge, gua terus tanya bilik apa yang ada. Katanya yang tinggal hanya satu bilik besar berharga RM60 semalam dan bilik dorm 10 orang (campur laki perempuan) yang berharga RM25 semalam. Gua minta kebenaran untuk tengok dulu kedua-dua bilik. Bilik dorm dah penuh dengan orang, bersepah penuh dalam tu.

Standard macam tu lah kalau masuk check in lambat. Gua masuk tengok bilik besar pulak selepas tu. Cantik. Ada aircond, katil king size. Dua tiga kali jugak gua pikir nak ambil dorm atau bilik ni. Oleh kerana gua bawa laptop, gua ambil keputusan untuk ambil bilik besar ni.

Dalam hati berat jugak nak ambil bilik ni disebabkan oleh kekangan kewangan. Tapi tak apalah, sekali sekala gua pikir. Inilah bilik paling mahal gua tidur selama di Borneo ni, RM60 semalam. Kalau kongsi berdua tak apa, ni solo pulak tu. Layan sahajalah.

Dapat bilik, gua mandi dan solat Maghrib. Bilik air di luar berdekatan dapur. Selesai solat, gua lepak main telefon dulu oleh kerana ada wi-fi percuma. Sedar-sedar dah pukul 1 pagi ! Gua tertidur. Letih sangat la kot menggalas beg ke sana ke mari di Kota Kinabalu ni.

Bangun-bangun perut dah lapar. Bersiap apa patut cari makan di bawah, sekitar Jalan Gaya. Kebanyakan kedai dah tutup. Yang bukak pun 2-3 kedai sahaja yang beroperasi 24 jam. Gua melepak di Restoran Azlina Sulawesi. Ada macam macam makanan di sini. Bakso, nasi goreng semua ada. Gua melepak sambil tengok bola. Ramai jugak orang. Kebanyakan nampak macam dari semenanjung. 

Dah kenyang, gua saja berjalan membuat rondaan malam di sekitar Kota Kinabalu. jam menunjukkan jam 3 pagi. Keadaan sedikit sunyi. Di Jalan Gaya, keadaan cerah diterangi lampu-lampu jalan. Di bawah pokok sepanjang Jalan Gaya, kelihatan ada orang tidur di bangku-bangku.

Melalui kawasan Pasar Sinsuran, kelihatan peniaga sedang membasuh warung-warung mereka. Keadaan di Kota Kinabalu boleh dikatakan selamat pada waktu malam. Tak berapa takut nak jalan seorang diri pada waktu malam.

Lebih kurang 4.30 pagi , gua kembali ke Jalan Gaya. kelihatan Restoran Azlina Sulawesi tadi agak penuh dengan umat manusia. Rupanya ada perlawanan bola Champion League. Kelihatan juga anak-anak mat saleh. Bersemangat bangun pagi buta tengok bola. Gua pun terjebak sekali sampai ke waktu Subuh.

Gua kembali ke hotel selepas itu. Solat Subuh dan baru tidur jam 6.30 pagi. Sedar-sedar dah pukul 10.30 pagi. Nak kena check-out pukul 12 tengahari. Bergegas gua kemas dan bersiap untuk check-out.


Untie ini ada je kat Borneo Gaya Lodge ni. Gemar menonton cerita Korea.

Borneo Gaya Lodge.

Borneo Gaya Lodge. Terasa seperti di rumah sendiri.

Borneo Gaya Lodge.

Restoran Azlina Sulawesi di Jalan Gaya yang dibuka 24 jam. Layan bola dulu.

Jalan Gaya.

Kota Kinabalu jam 3 pagi. Kelihatan peniaga pasar malam membersihkan warung-warung mereka.

Tengok bola Champion League dengan anak mat saleh di kedai mamak terdekat.

Layan Champion League pagi-pagi di Jalan Gaya. Bersungguh anak Mat Saleh layan sekali.

Rancangan gua adalah untuk ke Kundasang keesokan hari. Hari ini gua masih kena berada di Kota Kinabalu untuk menyiapkan tugasan yang masih belum belum siap. Kiranya malam ini gua kena bermalam lagi di Kota Kinabalu. Gua ambil keputusan untuk terus menginap di Borneo Gaya Lodge. Tapi kali ni gua ambil dorm sahaja. Nak jimat kos. 

Lepas check-out dari bilik tadi, gua terus bawa beg masuk ke dalam dorm. Dalam dorm gua tengok ada 2-3 orang mat saleh tengah terlentang main tab. Semua buat hal masing-masing. Gua letak beg di atas katil double decker tingkat atas, bawa barang berharga dan keluar. Nak duduk dalam tu lama-lama pun tak tahu nak buat apa. Jadi gua ambil keputusan untuk berjalan meronda sekitar Kota Kinabalu sambil mencari port untuk menyiapkan kerja tertunggak.



// Catatan Travelogue 180 Hours Trans Borneo //

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...