Iklan

Memaparkan catatan dengan label Ada Apa di Balai Polis Lama Gombak?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ada Apa di Balai Polis Lama Gombak?. Papar semua catatan

15 Mac 2016

Siang Hari di Balai Polis Lama Gombak


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Waktu hujung minggu di rumah, bila tak tahu nak buat apa-apa macam-macam bermain di minda. Nak kayuh basikal lah, nak hiking lah, nak ride skuter lah semua ada. Akhirnya semuanya terkubur dan tinggal kenangan bila mana bangun lambat.

Rancang nak buat aktiviti seawal pagi selalunya tak menjadi bila berseorangan ni. Kalau ada geng gagah la jugak menepati waktu. Bila sorang-sorang ni dengan sesuka hati boleh ikut waktu sendirilah. Tak berjanji dengan sesiapa senang.

Musim-musim panas macam ni memang rasa malas woi nak keluaq waktu tengahari buta. Pukul 9.00 pagi dah rasa dah bahang panas dia sampai la ke petang. Pukul 6.00 pun dok panas lagi.




Lepas Zuhur baru rancangan tu datang sepintas lalu. Maklumlah baru lepas tukaq tayar dengan minyak hitam Yamaha Nouvo LC abang. Saja la nak 'test' selekoh Jalan Gombak-Bentong Lama. Dah lama dah abang tak lalu jalan ni. Dulu zaman jahiliyah selalu dok main malam-malam Jalan Gombak-Bentong Lama ni.

Abang gerak dari rumah dekat pukul 3.00 petang dah. Panas lit lat lit lat waktu tu. Terbakaq badan kalau tak pakai jaket. Lokasi yang dituju adalah Genting Sempah ikut Jalan Gombak Lama. Kalau dulu abang pernah cuba kayuh naik basikal tayar besar dari rumah ke Genting Sempah ni, kali ni tak larat dah naik basikal. Naik skuter la pulak.

Kenapa tak ikut Lebuhraya Karak? Ikut lebuhraya buat apa, abang bukan bawa superbike nak laju -laju pun. Ikut jalan hutan Gombak ke Bentong lagi syok. Redup disertai  dengan 'kona' patah lagi.

Bukan bawa laju pun main 'corner' Jalan Gombak-Bentong lama ni. Abang bawa 50-60 KM/J ja. Abang ingat abang dah cukup laju waktu tu. Tengan layan 'kona' elok ja orang asli naik motor EX5 takda mudguard potong sebelah.

Abang pun tak tahu nama apa tempat ni. Puncak Genting Sempah la kot nama dia. Boleh nampak Lebuhraya Karak di bawah.

Sebenarnya, abang ride tak sampai Hentian Rehat Genting Sempah pun hari tu. Abang berhenti di puncak Genting Sempah, tengok-tengok pemandangan Lebuhraya Karak di bawah seterusnya terus turun balik ke Gombak.

Di puncak Genting Sempah tu macam biasa bukan ada orang pun. Selalu kalau abang mai singgah memang abang sorang ja lah yang ada kat atas tu. Seram jugak kot la ada anjing ka orang samun mai sat lagi. Nak lari mana. Takkan nak terjun kot Lebuhraya Karak kot.

Tak lama kemudian ada geng-geng motor mai. Macam budak-budak sekolah lagi. Abang perhati ja dari jauh. Ni kalau ramai-ramai ni dengan abang sorang masak jugak ni kalau jadi apa-apa. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Tengok macam tak ada apa-apa. Depa baru balik mandi air terjun abang tanya. Sempat la beramas mesra sekejap kat puncak Genting Sempah tu. Abang pun blah tak lama lepas tu.


Cerun tinggi dengan Lebuhraya Karak di bawah. Gigih jugaklah bergambaq tengah-tengah panas ni.

Dari puncak Genting Sempah, abang menghala turun balik ke Gombak mengikut Jalan Gombak-Bentong Lama yang sama seperti waktu datang. Kalau waktu nak naik tak berapa syok kena pulas minyak, waktu turun bukit memang inzal berganda macam main basikal. Pulas minyak sikit ja sambil mengasah tayar melayan selekoh yang tak habis-habis.

Alang-alang dah turun tu ingat nak singgah mandi sungai ke apa dulu kat Sungai Pisang, tapi macam dah lewat pulak. Semayang Asar pun tak lagi. Jadi abang batalkan hasrat tu. Tak syok pulak kalau mandi sungai sorang-sorang.

Abang ambik keputusan nak singgah Balai Polis Lama Gombak masa nak balik tu. Sebelum ni pun abang pernah dah singgah masa kayuh basikal turun Genting Sempah, tapi waktu tu tak masuk tinjau bahagan dalam. Tengok dari luar ja.

Kali ni abang parking motor di luar dan masuk sendiri tawaf keliling kawasan Balai Polis Lama Gombak. Siang-siang ni berani la, kalau malam nak masuk sorang-sorang ni seram jugak.


Lokasi pintu masuk Balai Polis Lama Gombak. Ada pokok tumbang yang menghadang jalan masuk.

Di mana lokasi dan macam mana nak cari Balai Polis Lama Gombak ni? 

Balai polis lama ni terletak di sebalik celahan hutan tak jauh dari sebuah kuil India yang terdapat di Jalan Lama Gombak-Bentong. Kalau dari Gombak, ikut jalan hutan melalui kawasan muzium dan hospital orang asli dan anda akan jumpa kuil India di pertengahan jalan. Lokasi balai polis ni terletak di sebelah kiri sebelum kita jumpa kuil India. Kena perhatikan betul-betul oleh kerana dia sedikit tersorok.

Kalau dari Genting Sempah atau Bentong pulak, masa menghala turun ke Gombak ikut jalan lama anda akan jumpa kuil India dulu dan Balai Polis Lama Gombak ni berada di sebelah kanan jalan. Ada lorong kecik menuju ke balai polis ini dan ianya boleh kelihatan dari jalan besar.

Nah tengok peta bagi sapa yang nak tahu kat mana lokasi Balai Polis Lama Gombak ni lebih lanjut.



Balai Polis Lama Gombak di siang hari.

Mengikut kajian abang, ada yang menyatakan struktur rumah ini bukanlah Balai Polis Lama Gombak yang selalu diperkatakan tetapi sebenarnya adalah rumah staff penyelidikan Universiti Malaysia pada tahun 1964 dulu. Dekat-dekat sini memang ada fasililiti penyelidikan luar Universiti Malaya tak jauh dari kuil India. Jadi ada kemungkinan.

Orang-orang sini pun ada yang kata macam tu. Mereka kata entah kenapa Balai Polis Lama Gombak yang dapat nama padahal tu rumah tinggal staff penyelidikan UM suatu ketika dulu. Ada yang kata tiada apa-apa di sini sebenarnya dan kenapa banyak kajian paranormal diadakan di sini. Betul atau tidak wallahualam.

Ada yang menyatakan Balai Polis Lama Gombak ini adalah sebuah rumah tinggal staff penyelidikan Universiti Malaya suatu ketika dulu.

Pintu hadapan Balai Polis Lama Gombak dari jalan besar memang kita takkan perasan melainkan kalau kita perhatikan betul-betul. Ada pokok tumbang merentangi jalan masuk. Jadi motor ke kereta memang tak dapat masuk dalam ni. 

Kawasan Balai Polis Lama Gombak ni kelihatan agak bersih dan terjaga. Bila-bila datang pun rumput kawasan halaman segar menghijau dan kemungkinan ada yang selalu mesin rumput di sini. Kalau ikut blog-blog lain, ada orang yang jerat burung jugak di sini waktu siang hari. Tapi waktu abang pi hari tu sunyi sepi ja takda sapa-sapa.


Kawasan halaman Balai Polis Lama Gombak. Rumput kelihatan terjaga.


Sampah-sampah seperti botol minuman berselerakan di sekitar perkarangan Balai Polis Lama Gombak.

Denai kecil menuju ke bawah.

Pusing tawaf tengok keliling Balai Polis Lama Gombak.

Abang melilau pusing bahagian luar Balai Polis Lama Gombak ni ja. Tak berani masuk ke dalam. Dah la sorang-sorang ni. Yang kedengaran hanya bunyi burung dan unggas berkicauan. Pikir dua-tiga kali jugak sama ada nak masuk dalam atau tak sebelum tu. Kacau.

Keadaan Balai Polis Lama Gombak ni agak usang namun mempunyai 'seni' yang tersendiri. Dari luar pun kita boleh dah jenguk ke dalam melalui tingkap yang terbuka. Tempat ni nak buat penggambaran atau sesi fotografi pengantin pun layan jugak abang rasa. Lain daripada yang lain. Tapi sunyi sikit lah. Huhu.


Bahagian sudut kanan Balai Polis Lama Gombak. Tingkap-tingkap yang terbuka menampakkan bahagian dalaman.

Menuju bahagian belakang Balai Polis Lama Gombak.

Kawasan belakang Balai Polis Lama Gombak.

Ada batu-batu penanda di kawasan sekitar.

Penampakan mimik muka di bahagian dalam Balai Polis Lama Gombak.

Dinding-dinding Balai Polis Lama Gombak banyak diconteng dengan tulisan dan lukisan.

Jika diperhatikan, memang kena lukisan tu dengan keadaan Balai Polis Lama Gombak.

Pintu masuk Balai Polis Lama Gombak yang dihadangi pokok. Parking skuter di situ.

Dahan-dahan pokok tumbang berhadapan Balai Polis Lama Gombak.

Sebelah sana tak tinjau lagi.

Pokok-pokok besar.

Sudut lain Balai Polis Lama Gombak.

Keadaan sekitar Balai Polis Lama Gombak yang agak usang dan terbiar.

Boleh nampak sampai ke belakang.

Ada nampak apa-apa benda pelik dalam gambar Balai Polis Lama Gombak  ni boleh bagitahu abang.

Sampai 2-3 kamera jugaklah abang guna ambik gambar.

Kali ni bateri telefon ok, tak seperti kisah masa naik basikal tempoh hari.

Ok nak balik dah. 

Entah apa motif abang ronda Balai Polis Lama Gombak ni abang pun tak tahu. Saja berkeinginan nak tinjau-tinjau. Kalau nak pi waktu malam memang pakai tak pi dah. Dinasihatkan kalau tak pi tinjau-tinjau tu bawaklah teman takut jadi apa-apa.

Abang balik rumah semula dalam pukul 5.30 petang macam tu. terjumpa pulak makcik jual ayaq tebu & kelapa muda. Panas-panas macam ni balik pekena ayaq tebu dulu baru chara !

Alhamdulillah. Tak ada apa yang 'mengikut' balik ke rumah. Huhu.

*Ada nampak benda pelik ke apa-apa boleh bagitahu abang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...