Iklan

Memaparkan catatan dengan label Penang-Sik Bikepacking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penang-Sik Bikepacking. Papar semua catatan

13 April 2014

Penang - Sik Bikepacking : Kampung Tupai, Sik


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Makan dah kenyang. Tenaga dah cukup. Solat pun sudah. Tunggu apa lagi, masa untuk mula berkayuh keluar dari Pulau Pinang. Jam menunjukkan tepat 2.00 petang. Matahari dah terpacak atas kepala. Peluh bersimbah-simbah. Panas sungguh. Gua naik feri untuk kembali ke tanah besar Butterworth dari Pulau Pinang. Tiada bayaran dikenakan sewaktu pulang. Tunggu feri dalam 15 minit dan terus bergerak menuju ke Butterworth.

Sewaktu pulang, bilangan kereta yang menaiki feri lebih kurang separuh sahaja. Tak penuh seperti waktu pagi. Mungkin dengan kehadiran Jambatan Kedua Pulau Pinang, pengangkutan feri semakin dilupakan. Bagi gua naik feri ni benda wajib kalau ke Penang. Menggamit nostalgia. Tak lengkap berkunjung ke Pulau Pinang kalau tak naik feri rasanya.

Sampai-sampai Butterworth, kayuhan dimulakan untuk pulang ke Kampung Tupai, Sik Kedah Darulaman. Jarak mengikut Google Maps lebih kurang 90 KM. Baru tahu erti penyesalan. Haha. Panas pun harung jugaklah. Melalui Lebuhraya Kulim-Butterworth di waktu panas memang mencabar. Berhenti beli air dulu di Petronas Perai sebelum menyambung kayuhan kembali. Lebih kurang pukul 5 baru tiba di persimpangan Kulim.

Agenda tergendala akibat hujan lebat di Sungai Karangan. Terpaksa melepak di Masjid Sungai Karangan dulu hingga lepas Isyak sebelum meneruskan kayuhan dalam gelap. Ditambah hujan renyai-renyai dan salakan anjing menambahkan lagi cabaran. Cerita-cerita rakyat seperti peristiwa 'Bukit Tiga Beradik' membuatkan hati sedikit gelisah dan meremang bulu roma. Kebun getah dan sawit kiri kanan jalan, jalan yang gelap, sejuk hujan dan kurangnya kereta melalui kawasan kayuhan membuatkan hati terpikir benda yang bukan-bukan. Alhamdulillah tiada peristiwa tayar pancit dan sebagainya. Kalau pancit pun gua tak bawa apa-apa peralatan atau pam, memang itulah sebenar-benar tawakkal malam itu. Gua selamat tiba di Kampung Tupai lebih kurang jam 1.00 malam pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan basah kuyup.

Tunggu feri tiba.

Laluan motorsikal ke feri.

Banyak ruang kosong dalam feri.

Selamat tinggal Pulau Pinang.

Budak-budak seronok la dapat naik feri.

Berehat menikmati bayu laut dari atas feri.


Hentian rehat RnR Penanti di Lebuhraya Kulim-Butterworth. Berhenti rehat.

Kayuhan dari Penang melepasi pekan Kulim .

Jalan ni gua adak seriau. Kereta laju-laju.

Pekena nangka madu dulu tepi jalan.

Perjalanan masih jauh.

Berehat dan berteduh dari hujan di Masjid Sungai Karangan.


Lampu suluh yang dibeli di pekan Sungai Karangan untuk menepuh gelap malam.

Sticker trademark Kampung Tupai.


Kampung Tupai, Sik Kedah. 







Jalan Kampung Tupai ke Kampung Joget.

Penang - Sik Bikepacking Tamat !


// Catatan Travelogue Penang-Sik Bikepacking //

11 April 2014

Penang - Sik Bikepacking : Street Art & Jetty Chew

Sambungan dari Penang - Sik Bikepacking : Masjid Kapitan Keling

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Dari Masjid Kapitan Keling, lebih kurang 100 m ada persimpangan menuju ke Ah Quee Street. Berpandukan Google Maps, gua berkayuh mencari Penang Street Art yang dikatakan tu. Sebelum ni gua tak pernah sampai lagi mana-mana lokasi seni jalanan di Penang ni. Rupanya memang ramai jugak pelancong di kawasan ni. Kena ambil nombor giliran untuk bergambar dengan arca hasil Ernest Zacharevic ni. 

Arca di salah sebuah bangunan di Ah Quee Street.

Arca Ah Quee Street.





Armenian Street.
Mural Ernest Zacharevic di Armenian Street.



























































Jetty Chew.



Lebuh Armenian.





Masjid Lebuh Acheh.




Beratur nak pekena Ais Kacang Penang Road

Ais Kacang Chowrasta yang terkenal.


Bersambung ke Penang - Sik Bikepacking : Kampung Tupai, Sik


// Catatan Travelogue Penang-Sik Bikepacking //

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...