السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Nampak? Bukan main panjang tajuk catatan. Saja la bagi nampak gempak sikit.
Kali ni saja abang nak kongsi kisah kayuhan basikal abang ke Genting Sempah beberapa hari sebelum masuk bulan puasa hari tu.
Asalnya plan dan misi nak berkayuh ni sebenarnya untuk mencari lempeng di pekan Janda Baik yang hangat diperkatakan tu. Ya, lempeng. Ramai orang kata yang Lempeng Janda Baik ni 'power' tapi 'power' macam mana abang pun tak tahu sebab abang tak berkesempatan untuk mencuba lagi.
Oleh kerana lebih sayang ke tidur, abang mula kayuh pun bila dah masuk waktu tengahari. Lepas Zuhur baru abang sampai di Sri Gombak. Matahari terpacak atas kepala waktu tu. Abang sampai di kawasan RnR Genting Sempah pun dah lewat petang. Terpaksa la lupakan hasrat nak cari Lempeng Janda Baik tu. Dekat Genting Sempah tak ada lempeng, buah berangan banyak la orang jual !
Kayuhan dengan
fatbike ni bermula dari rumah abang di Segambut, Kuala Lumpur hingga ke RnR Genting Sempah. Jarak keseluruhan pergi dan balik ada la dalam +/-70 KM. Kalau sebelum ni abang pernah cuba kayuh dengan MTB (mountainbike) biasa, tapi kali ni abang saja nak cuba pulak bawa
basikal Fatbike XDS Warlord merasa panjat bukit.
Bukan basikal yang merasa, tapi abang yang merasa ! Baru hangpa tau apa itu erti penyesalan. Seksa woo !
*Menyesal sat ja, 2-3 hari lepas tu rindu nak buat lagi.
Abang berkayuh bukan ikut Lebuhraya Karak, tapi ikut Jalan Gombak-Bentong Lama menuju ke RnR Genting Sempah. Jalan ni kereta tak banyak dan teduh dengan pokok-pokok hutan yang merimbun. Kereta memang tak ada tapi lebih takut kepada geng-geng monyet yang ada.
Seperti biasa, tiada teman berbasikal yang mengikut. Rancangan minit akhir ni berlangsung dengan kayuhan solo melayan perasaan je lah. Abang lebih selesa dengan cara macam ni. Risau jugak abang takut kena 'paw' ke apa. Tapi abang tawakkal ajelah. Semua yang berlaku dengan izin-Nya.
Dengan cuaca panas terik hari tu, berapa kali gua berhenti rehat tengah-tengah hutan Jalan Gombak Lama tu. Nasib baik bawa stok bekalan air masak dalam botol. Tapi tak cukup jugak! Extrajoss pun ada tapi tak beri kesan. Berbuih mulut kekeringan sementara nak sampai RnR Genting Sempah.
Jalan Gombak-Bentong Lama ni kalau pada hari Sabtu dan Ahad, memang ada ja geng-geng basikal yang berkayuh waktu pagi-pagi. Kalau macam kes abang yang mula kayuh waktu tengahari ni, boleh selisih dengan depa je lah masa tengah jalan.
Depa dah seronok layan 'downhill' turun bukit, kita baru nak merasakan apa itu perit mendaki. Bukit dia lanjut ja dan tak nampak tinggi, tapi kalau kayuh baru hang dapat rasa.
Masa kayuh tu baru hang akan fikir,
" Kenapalah aku buat kerja ni? Kenapa la aku tak lepak rumah tengok TV ja ?"
Agak psiko kiranya kalau kayuh sorang-sorang naik bukit ni. Kalau ada geng bersembang tak jadi masalah. Kalau sorang-sorang ni macam-macam la bermain di minda.
|
Singgah solat Zuhur di sebuah surau menghala ke jalan Gombak Lama di Batu 10 kalau tak silap. |
|
Melepasi Hospital Orang Asli, Gombak. |
|
Bawa basikal tayar layan Jalan Gombak Lama pulak. |
|
Hari Sabtu dan Ahad, banyak jugak orang kayuh ikut jalan Gombak Lama ni. Kalau tengahri macam ni tak jumpa la. |
|
Batu tanda kilometer ke Bentong. Tapi gua syak salah. Bila sampai Genting Sempah nanti pun dia mula kiraan balik. |
|
Setiap kilometer yang dilalui satu penyeksaan. Lebih baik tak tunjuk. Buat psiko orang. |
|
Duduk lepak minum air sat sorang-sorang dalam hutan Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Sempah. |
|
Kalau 27 KM tu menghala balik turun ke pusat bandar Kuala Lumpur. |
|
Tengah-tengah kayuh terpandang lorong masuk ke Balai Polis Lama Gombak. Selama ni tak perasan. |
|
Dari Balai Polis Lama Gombak, jalan terus nanti jumpa sebuah kuil India. |
|
Kuil India yang dimaksudkan di tepi Jalan Gombak Lama. Kalau malam-malam lalu harum semerbak bau dia. |
|
Bukan hanya basikal tayar besar yang diuji, tuan basikal jugak turut diuji dengan tak cukup air. |
|
Kadang-kadang selisih dengan lori-lori besar di jalan Gombak Lama ni. Ada yang tanya ok ke tak. Siap pelawa angkut basikal naik lori kalau tak larat. |
|
Setiap dua kilometer rehat, memang lambat la nak sampai Genting Sempah. |
|
Salah sebuah pencawang telekomunikasi di bahu Jalan Gombak Lama ni berfungsi menggunakan generator. Tiap minggu akan ada lori minyak hantar bekalan minyak kat pencawang ni. |
|
Terdampar keletihan mengharungi saki baki perjalanan ke Genting Sempah. |
|
Dekat basikal ada air sebotol dah habis. Botol kemetot pun habis jugak. |
|
Menghayati panorama alam dan kicauan burung Jalan Gombak Lama. |
|
Jumpa jambatan ni kira tak jauh dah nak sampai Genting Sempah. |
|
Selisih dengan sekumpulan pengayuh yang baru turun. Diorang baru balik dari Janda Baik ! |
|
Lebuhraya Karak dapat dilihat dari atas jambatan Jalan Gombak Lama di celahan rimbunan pokok. |
|
Lebuhraya Karak di bawah. |
|
Nanti hangpa akan jumpa air terjun kecik belah kiri Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Sempah. Selalunya drebar lori mandi di situ. |
|
Lokasi rahsia ni kena masuk sikit dari jalan besar. Lebuhraya Karak sayup-sayup di bahagian bawah. |
|
Pemandangan dari puncak Jalan Gombak Lama. |
|
Hati-hati la sikit. Silap-silap boleh jatuh tebing terus ke Lebuhraya Karak di bawah. |
|
Nah GPS koordinat kalau nak cari kawasan ni : 3.345407, 101.77307 |
|
589 meter dari paras laut. Dah petang sayup baru abam sampai. Tak tercapat hajat nak cari lempeng Janda Baik. Hmm. |
|
Bukit bukau Banjaran Titiwangsa dari puncak Jalan Gombak Lama. |
|
Jalan Gombak Lama lebih mendatar dan tak mencanak sangat macam Lebuhraya Karak di bawah tu. |
|
Nak cari kawasan ni senang je. Kalau dari Jalan Gombak Lama, cari kabel voltan tinggi yang merentasinya. Ada lorong kecik untuk masuk ke dalam. Nanti hangpa jumpa la pemandangan macam ni. |
|
Masa untuk meneruskan kayuhan ke Genting Sempah. Lewat petang dah ni. |
|
Nampak 'flyover' naik ke Genting Highland tu kira dah boleh bersyukur dah. Turun bukit lepas tu la RnR Genting Sempah. |
|
Dari sini boleh 'downhill' layan perasaan sampai ke Genting Sempah. Kalau turun lajak lagi sampai Janda Baik tak payah kayuh dah. Balik nanti yang sakit. |
|
Sesi wajib bergambar dengan papan tanda arah Genting Sempah. |
|
Berhenti rehat di Stesen Petronas Genting Sempah beli air. Dapat air lega. |
|
Ramai yang cukup berminat dengan basikal tayar besar ni. Sempat sembang dengan seorang pakcik ni dari Temerloh. kali pertama dalam hidup dia nampak basikal macam ni. |
|
Gua kesian kat budak yang dok kibar bendera McD tu. Panas-panas ni penat woo! |
|
Parking depan McDonalds Genting Sempah. Gua pergi solat dekat surau RnR. |
|
Turun bukit tadi hang bukan main syok kan, nah rasakan masa nak mendaki naik balik. Kalau nak naik Genting terus je lalu 'flyover' tadi. Kita ambik kiri nak balik semula ke Gombak. |
|
Inzal berganda bila mana turun bukit ikut Jalan Gombak Lama ni. Percaya atau tak, ni la jalan yang hang ikut naik tadi. |
|
Sedap melayan selekoh patah Jalan Gombak Lama dengan basikal tayar besar. Setengah jam je dah sampai bawah Gombak balik! |
|
Singgah di Balai Polis Lama Gombak sewaktu turun. Nak masuk tengok dah nak dekat waktu senja masa tu. |
|
Ada scrambler sebijik di lorong masuk Balai Polis Lama Gombak dari jalan besar. Orang asli selalu masuk cari hasil hutan. |
|
Balai Polis Lama Gombak. Ada kayu yang menghadangi jalan masuk. Kawasan persekitaran agak bersih. |
Gua kayuh balik dari kawasan RnR Genting Sempah pun dah dekat pukul 6.00 petang. Lepak curi guna pakai wifi percuma sat dekat McD Genting Sempah sebelum tu. Tak boleh nak lajak lepak lama lagi, kalau tak bermalam la gua dalam hutan Jalan Gombak Lama tu.
Masa balik turun dari RnR Genting Sempah ikut Jalan Gombak Lama bukan main seronok. Percaya atau tak, itulah bukit yang hang rasa perit masa nak naik tadi. Tak payah dah nak berkayuh, layan 'kona' ja turun bukit sampai la ke kawasan Kuil India di tengah-tengah hutan tu. Dalam 20 minit pun dah boleh sampai.
Gua sempat singgah Balai Polis Lama Gombak yang dikatakan 'keras' dan 'mistik' tu waktu balik. Kalau dari kawasan Kuil India tadi tu dah tak berapa jauh dah.
Kalau dari Genting Sempah, masa kita turun ikut Jalan Gombak Lama, Kuil India akan berada di sebelah kiri jalan kita. Jalan depan sikit perhati tengok sebelah kanan ada lorong kecik terus ke sebuah rumah usang.
Kena lalu perlahan-lahan baru nampak, kalau laju tak perasan lorong ni. Ada pokok kayu tumbang atau sengaja diletakkan menghadangi rumah usang tersebut. Itulah dia Balai Polis Lama Gombak.
Gua saja singgah parking basikal dekat pokok tumbang tersebut dan ambik-ambik gambar kawasan sekitar. Gua ingat nak masuk tinjau Balai Polis Lama Gombak ni dengan lebih dekat, tapi pikir balik waktu ketika tu pun dah senja. Gua batalkan niat tu.
Maklumlah transisi waktu siang ke malam ni lah macam-macam 'ada'. Dah la sorang-sorang pulak tu. Kalau awal petang lagi gigih jugak la nak masuk tengok.
Dekat lorong masuk ke Balai Polis Lama Gombak tu ada sebuah motor scrambler. Gua syak orang asli punya sebab banyak orang yang cari burung di sini. Ada satu peristiwa pelik berlaku masa gua nak ambik gambar di sini. Terpulang pada hangpa nak percaya atau tidak.
Masa gua sandar basikal di batang pokok yang tumbang tu, gua ambik telefon Lenovo gua untuk ambil gambar kawasan sekeliling Balai Polis Lama Gombak ni. Ya, ambik gambar biasa je. Bukan jenis abang nak selfie-selfie ni.
Gua ambik telefon dan masa nak ambik gambar tu lah gua tengok telefon gua tu mati (off) dengan sendiri ! Padahal masa main wifi di McD tadi elok ja. Selama gua guna ni pun tak pernah lagi ada kes mati sendiri. Gua tak off pun seingat gua masa kayuh turun tadi. Siap ambik gambar dan video lagi masa turun bukit tu.
Ok. Itu tak apalah. Gua hidupkan semula (on) telefon gua. Mungkin kesilapan gua sendiri kot ter-off ke apa tadi. Telefon dah kembali hidup seperti sediakala dan gua tengok dengan jelas bateri masih ada 49% lagi. Gua pun buka aplikasi kamera nak ambik gambar tiba-tiba,
Tut ! Tut ! Tut !
Warning merah keluar suruh caj bateri. Tak pasal-pasal bateri terus surut jadi 7% !
Haih lain macam ni. Waktu nak ambik gambar senja-senja ni la kau buat hal telefon. Sebelum ni kau elok ja. Dengan bateri yang berbaki tu cepat-cepat la ambik gambar. Gua sempat snap la dua tiga keping gambar yang di atas tu. Boleh pulak main telefon senja-senja di kawasan Balai Polis Lama Gombak tu. Huhu.
Lalu, gua pun blah cepat-cepat dari lokasi kejadian bila hari semakin gelap. Gua sampai di Segambut lebih kurang pukul 8.00 malam. Masa kayuh balik, gua pikir-pikir balik adakah ianya berpunca dari masalah telefon ataupun 'masalah' di tempat kejadian ?
Mungkin ada pakar-pakar telefon boleh bantu abang?
Jeng ! Jeng ! Jeng !