Iklan

Memaparkan catatan dengan label Kayuhan Solo-Genting Highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kayuhan Solo-Genting Highland. Papar semua catatan

23 Mei 2011

Kayuhan Solo | Genting Highland


Assalamualaikum wbt. 

Diharap anda sihat khabarnya. Entry gua kali ni pulak berdasarkan pengalaman gua solo ride dari rumah gua di Segambut ke Genting Highland via Jalan Gombak. Ada juga yang tak tahu di mana pula Jalan Gombak? 

Haa ni gua nak cerita sikit ni. Jalan Gombak ni merupakan jalan alternatif ke Genting Sempah. Selalunya ramai yang tak akan ikut jalan ni disebabkan jalannya yang sempit dan berbukit. Hanya lori-lori besar sahaja yang melalui jalan ini. Pengguna yang ingin ke Genting Highland  dari Kuala Lumpur kerap kali akan memilih Lebuhraya Karak yang lebih luas dan selamat. 

Dibawah adalah highway Karak. Sayup2 mata memandang. Jalan Gombak kiri kanan dipenuhi hutan tebal. Hutan di mana  Helikopter Nuri TUDM dilaporkan terhempas.Ada Bran?
Solo ride gua ni merupakan acara wajib gua tiap kali cuti semester. Kali ini gua telah memilih Genting Highland sebagai sasaran matlamat gua. Mengapa Genting Highland dipilih? 

Sebab pertamanya dekat dari Kuala Lumpur , lebih kurang 50 KM jugaklah dari rumah gua di Segambut. Yang keduanya dah lama gua tak jejak kaki ke Genting Highland nih. Seingat gua kali terakhir jejak kaki di Genting Highland masa darjah 2 bersama keluarga. Umur sekarang 23 tahun, maka dah berbelas tahun jugaklah. 

Selalu tengok kat TV je lah masa Le Tour De Langkawi, apa yang ada kat atas sana, teringin gak rasa nak naik tengok apa yang ada atas sana (yang confirm kasino mesti ada, terbesar kot di Asia Tenggara).


Bergambar di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah. Di sini terdapat  simpang ke Genting Highland.

Perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi dari rumah. Berbekalkan gambaran awal yang diberikan oleh blogger dan Google Maps, dengan beraninya gua memulakan kayuhan. Pada masa itu, apa yang gua bawa adalah dompet yang mengandungi sedikit wang dan IC, botol air, dan hanset. Dalam perjalanan terdetik juga dalam hati, camna nanti kalau di-paw oleh sekian2 orang? Gua hanya mampu memanjatkan doa sepanjang perjalanan. Tiada kuasa dan upaya melainkan yang benar2 berkuasa. Perit rasanya meredah hutan di sepanjang perjalanan bermula dari Hospital Orang Asli,Gombak hingga ke Genting Sempah. Kadangkala terserempak monyet2 di tepi jalan yang seolah2 psycho gua suwuh berenti. Lori2 treler juga menyusur laju memecah keheningan hutan sekali-sekala. Di dalam hati terasa menyesal pun ada, sungguh perit hari itu mendaki di kala matahari di atas kepala. 

Di awal kayuhan ke puncak, berhampiran pos pengawal.

Tepat jam 2 petang, akhirnya gua sampai juga di Genting Sempah. Disini terdapat hentian rehat kepada pengguna2 lebuhraya. Gua berhenti solat dan makan dulu disini. Baru separuh perjalanan ni, puncak Genting yang lebih mencanak menunggu masa untuk ditawan. Selesai urusan makan minum, kayuhan diteruskan. Lagi perit yang ni beb. Segala kudrat gua perah hingga sampai ke puncak. Accomplish or dont begin menjadi azimat. Sambil2 tu amik gambar dulu. Bagi anak cucu tengok, atuk dulu dah sampai puncak Genting Highland. Senja melabuhkan tirai, maka gua pun sampai dengan jayanya. Sesuatu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Cuaca dingin Genting meredakan sedikit kekejangan otot semasa mendaki tadi. My Corratec beraksi cemerlang hari ini. Tiada tayar pancit atau failure yang direkodkan. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah.

Di rumah Segambut, sebelum memulakan kayuhan.

Selesai solat Maghrib di puncak, ekspedisi menuruni Genting Highland di malam hari melalui Batang Kali memang mengasyikkan. My Corratec meluncur laju di jalan yang gua sendiri pun tak jelas dihadapan. Hanya berpandukan lampu belakang kereta, sesekali gua memotong kereta dihadapan. Memang layan corner habis turun Genting ni. 

Ada juga brader2 motor lalu sebelah tanya " Sorang ke Bang?" jawabku selamba " A'ah". Terkedu mereka seketika. Mungkin dalam pala otak depa "Apa la mamat ni gila naik basikal turun Genting malam2 buta ni?". Ada yang menemani aku hingga ke simpang bawah dengan memberikan bantuan cahaya lampu motor mereka.

Dengan penuh bangga dan lagaknya, bergambar ketka mendaki with my Corratec.

Sampai dibawah (Batang Kali), gua dah tak larat nak kayuh balik. Pancit bai. Gua telefon abah gua mai jemput. Dengan senang hatinya, diorang pun datang la jemput aku. Sangkut basikal kat belakang kereta, kami pun bergerak ler pulang ke Kuala Lumpur. 

Dalam perjalanan pulang, dalam hati aku, 

"kerja giler apa aku dah buat hari ni??"

Tempat menaiki cable car ke puncak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...