Selepas berjaya menjejak puncak kota keriangan Genting Highland bersama Yamaha Nouvo LC ni bersama abah gua, ketagihan untuk ride lagi semakin menjadi-jadi.
Minggu lepas, gua ditemani abah gua sekali lagi mengadakan sesi tunggangan atau ride, lokasinya terletak agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk edisi ride kali ini, kami membawa diri ke Bukit Fraser atau Fraser Hill yang terletak di Raub bersempadan dengan pekan Kuala Kubu Bharu. Ride kali ini bukan sahaja berdua tapi kali ini disertai oleh seorang rakan gua masa gua kerja sambilan di kedai kasut Crocs dulu.
Rakan gua bukan dari kalangan geng skuter, tapi dia layan Yamaha FZ150i. Tapi tu tak menjadi satu hal.
"We are bikers, we are brothers"
Kami bergerak dari Kuala Lumpur pada hari Ahad, lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. Laluan perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur melalui Ulu Yam seterusnya hingga ke Batang Kali. Dari Batang Kali, perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Kubu Bharu.
Dari pekan Kuala Kubu Bharu, baru kita akan jumpa jalan untuk ke Bukit Fraser. Nanti kita akan melalui Empangan Sungai Selangor pulak lepas tu. Panorama di sini memang menarik. Angin bertiup agak kuat semasa kami berhenti rehat di sini. Air empangan berwarna biru jernih dan cantik.
Depan lagi anda akan melalui kawasan santuari ikan Sungai Chilling, tempat perkelahan yang terkenal bagi pencinta alam. Seterusnya, anda akan melalui jalan yang berbengkang -bengkok, sedikit mendaki berpuluh kilometer jugaklah. Jaga-jaga dengan tanah runtuh di kiri kanan jalan.
Akhir sekali sebelum jumpa Bukit Fraser anda akan sampai ke suatu persimpangan yang dipanggil 'Gap'. Jalan sehala bermula dari sini hingga ke puncak Bukit Fraser. Dari Gap ke puncak Bukit Fraser lebih kurang 8 kilometer lagi. Jalannya mencanak naik hingga ke atas. Kami sampai di puncak lebih kurang jam 12.00 tengahari.
Mari tengok gambar !!
Yamaha Nouvo LC gua. Bersiap sedia melayan kona Bukit Fraser.
Bersama dengan rakan semasa kerja sambilan dulu. Dua-dua gadis ye nak naik Bukit Fraser.
Jalan dari pekan Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser.
Berhenti sat di atas jambatan berhampiran Empangan Sungai Selangor melihat pemandangan.
Dari pekan Kuala Kubu Bharu, kita akan jumpa jambatan ni dalam perjalanan ke Bukit Fraser.Tak jauh dengan Empangan Sungai Baru.
Panorama Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Telefon gua tak lawa ambik gambar.
Ayah gua acah-acah menikmati pemandangan bersama air tasik Empangan Sungai Selangor yang membiru.
Jentera yang terlibat dalam ride ke Bukit Fraser. Yamaha Nouvo LC, SYM VTS 200 dan Yamaha FZ150i.
Sesi bergambiran di Empangan Sungai Baru, Kuala Kubu Bharu
Di persimpangan Gap menuju ke Bukit Fraser. Masa dulu kena tunggu sejam sekali sebelum naik. Sekarang laluan baru sehala.
Alhamdulillah. Selamat tiba di puncak Bukit Fraser.
Lawa bunga-bunga dekat atas Bukit Fraser ni. Lanskap yang menarik.
Taman permainan kanak-kanak diselubungi kabus berhampiran medan selera Bukit Fraser.
Medan selera di Bukit Fraser mengadaptasi senibina kolonial Inggeris.
Geng skuter 585 beraksi di Bukit Fraser.
Menara Jam Bukit Fraser yang terletak di bulatan berhampiran balai polis.
Sesi bergambar lagi di Menara Jam Bukit Fraser.
Kabus menyelubungi Bukit Fraser selepas hujan. Sejuk hingga ke tulang.
Rumah Penginapan Persekutuan Bukit Fraser.
Baca peta Bukit Fraser dulu yang dicetak di rumah.
Yamaha Nouvo LC di puncak Bukit Fraser.
Bersama ayahanda di Allan's Water, Bukit Fraser.
Kenangan di Bukit Fraser bersama jentera Yamaha Nouvo LC abang.