Iklan

Memaparkan catatan dengan label Ride Offroad Kuala Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ride Offroad Kuala Selangor. Papar semua catatan

21 September 2014

Skuter Off-Road | Menyusuri Jalan Pesisir Pantai Utara Selangor

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

Cerita beberapa bulan lepas. Saja nak menjelajah menyusuri jalan pesisir pantai utara Selangor selepas teracun melihat blog Dunia Dua Roda Ija Zahri. Seperti biasa, jentera yang digunakan adalah Yamaha Nouvo LC. Skuter Nouvo LC dikerah melalui jalan off-road tepi pantai bermula dari Kapar hingga ke Sekinchan. Sebenarnya, jalan pesisir pantai ini boleh dilalui hingga ke Hutan Melintang, Perak tapi masa agak membataskan.

Rancangan saat akhir ini berlangsung pada hujung minggu selesai program universiti di UiTM Shah Alam. Dari Shah Alam, gua terus bergerak menuju ke Kapar melalui Jalan Meru-Klang. Kemudian, gua cari jalan ke pesisir pantai melalui Kampung Perepat. Masuk ke dalam kawasan perkampungan sekitar dan cari jalan berhampiran pantai. Kebanyakan jalan adalah tanah merah dan diselangi dengan jalan berumput. Takdalah adventure sangat jalannya dan keseluruhan dapat dilalui dengan motorsikal.

Banyak tempat atau kawasan yang menarik bila melalui jalan pesisir pantai utara Selangor ni rupanya. Salah satunya adalah Stesen Janakuasa Elektik Sultan Abdul Aziz. Dari jauh boleh nampak dah cerobong asapnya. Gua memang betul-betul lalu kawasan ladang tebu di sebelahnya. Ikut sahaja jalan yang ada seterusnya akan tiba di Pantai Remis, Jeram.

Bukan Blue Pool Krabi. Hanya tali air dalam estet kelapa sawit berhampiran Kapar.

Melalui Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Abdul Aziz, Kapar.

Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Abdul Aziz di kejauhan.
Melalui kawasan tali air dan permatang.

Gigih melalui ladang tebu berhampiran Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Abdul Aziz.

Kebas punggung, berhenti berehat sambil menyembang dengan pakcik gembala.

Kandang lembu di tepi pantai Jeram.

Padang ragut yang luas.

Nouvo LC beraksi cemerlang di jalan off-road.

Pengkalan bot nelayan berhampiran Pantai Remis.

Menyusuri laluan berpasir sekitar pantai Remis.

Promosi Yamaha Nouvo LC sikit di Pantai remis, Jeram.
Dari Pantai Remis, Jeram gua berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan mengikuti jalan pantai yang berpasir. Gua ikuti sahaja jejak jalan-jalan kecil yang ada dihadapan. Sesetengah penduduk tempatan menggunakan jalan kecil di pesisir pantai Jeram untuk urusan harian. Oleh demikian, tidak sukar untuk menemukan jalan pantai yang bersambung terus hingga ke Sekinchan. Secara keseluruhannya, jalan pesisir pantai Selangor ini boleh dilalui dengan selamat dan mempunyai pemandangan yang menarik. Ada masa gua ingat nak sambung pulak laluan ini hingga ke Hutan Melintang, Perak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...