Iklan

Memaparkan catatan dengan label Ada apa di Tanjung Dawai & Pantai Merdeka?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ada apa di Tanjung Dawai & Pantai Merdeka?. Papar semua catatan

13 April 2013

Ada apa di Tanjung Dawai & Pantai Merdeka?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Ada apa dengan Tanjung Dawai yang terletak 30 KM dari Sungai Petani, Kedah ini?

Selain menjadi tempat pengumpulan hasil laut, Tanjung Dawai juga menjadi akses kepada pengunjung yang mahu ke Pantai Merdeka. Kalau naik kereta nak kena pusing jauh kalau nak ke Pantai Merdeka. Maka dengan itu bot laju menjadi pilihan bagi pengunjung yang ingin ke Pantai Merdeka. Bayaran sebanyak RM 2.00 seorang dikenakan bagi yang mahu ke seberang sana. 

Oleh itu, ada apa pulak di sebelah Pantai Merdeka sana?  Pantai inilah yang seringkali diucap dan menjadi lirik lagu 'Cinta Pantai Merdeka'.

Pantai Merdeka ni jadi tempat lepak golongan muda-mudi di kala petang sambil menghirup angin laut. Ada pelbagai gerai yang menjual makanan serta minuman dan selalunya menjadi tumpuan anak muda di hujung minggu.

Pantai Merdeka di kejauhan dari Tanjung Dawai.

Masjid Tanjung Dawai berhampiran pantai.

Bot yang membawa penumpang ulang-alik dari Tanjung Dawai-Pantai Merdeka.

Ada kampung bersebelahan Masjid Tanjung Dawai.

Pemandangan senja di Tanjung Dawai.

Pemandangan matahari terbenam di Tanjung Dawai.

Bila siang berganti malam.

Nelayan Tanjung Dawai tengah pasang pukat.

Berkibar megah bendera lusuh negeri Kedah ditiup bayu laut

Masjid Tanjung Dawai di tepi laut di kala senja.

Berjalan-jalan di pesisir pantai Tanjung Dawai.

Jeti Tanjung Dawai. Dari sini boleh naik bot dengan bayaran RM 2.00 untuk ke Pantai Merdeka.

Bot laju dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka

Satu bot 10 orang penumpang sahaja dibenarkan naik.

Jaket keselamatan tak payah pakai. Masa perjalanan 2-3 minit ja naik bot ni. Tak sempat nak pakai pun.

Kanak-kanak bermandi riang di Pantai Merdeka.

Ni tengah tunggu giliran nak naik bot balik dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai la ni.

Pantai Merdeka di waktu petang hujung minggu.

Mai lepak mai di Pantai Merdeka. Macam-macam jenis makanan dan minuman diniagakan di sini.

ABC ada, laksa ada. Abang sempat pekena ABC di Pantai Merdeka ni.

Suasana petang di Pantai Merdeka. Bot yang akan membawa penumpang ke Tanjung Dawai berlabuh.

Balik ke Tanjung Dawai pun kena RM 2 seorang.

Matahari terbenam di Pantai Merdeka.

Laju bot Tanjung Dawai-Pantai Merdeka ni. Sat ja dah sampai seberang.

Ni la tempat dia nak beli belacan atau ikan kering. Sebelah jeti Tanjung Dawai.

Tengok orang mancing sementara tunggu azan Magrib 


Magrib di Masjid Tanjung Dawai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...