Iklan

Memaparkan catatan dengan label Kayuhan Solo-Batu Feringgi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kayuhan Solo-Batu Feringgi. Papar semua catatan

18 Jun 2011

Kayuhan Solo | Batu Feringgi

Antara koleksi solo ride aku adalah ke Batu Feringgi, Pulau Pinang. Waktu ni sekitar pertengahan tahun lepas di waktu aku menunutut ilmu diploma dulu. Memandangkan jarak rumah sewa aku di Permatang Pauh ke Jeti @ Butterworth takdalah jauh mana, sekitar 10 km sahaja, boleh dikatakan selalu jugak la aku ke pulau. Saja2 riadah waktu cuti Sabtu-Ahad. Jalan2 Ropewalk Pulau a.k.a Pasar Karat, Bukit Bendera, Padang Kota dah menjadi kebiasaan.
Di atas feri menuju ke Pulau Mutiara.
Suatu hari tu aku cadang nak ride jauh sikit ke Batu Feringgi. Saja fun ride sorang2 sambil usya anak2 mami. sambil2 tu singgah kt tempat2 tumpuan tourist cam Masjid Kapitan Keling, Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pasar Chowrasta dan sebagainya. Bertolak awal pagi dari rumah sewa menuju ke Jeti Butterworth. Nak ikut jambatan confirm2 psycho. Naik Feri enjoy sikit. Dapat hirup udara laut yang nyaman. jangan ingat basikal tak kena tambang. Kalau kereta kena RM 7.70, motor kena RM 2.00, basikal pulak kena RM1.20. Nak tak nak kena bayar gak.

My Corratec tersadai atas feri.
Layan je naik atas Feri ni. Sejuk je udara. Sume pun dok usya2 aku yang naik basikal. Pelik ke aku ni aku pikir. Panorama terbaik dapat dilihat atas feri ni. Lebih2 lagi bahagian atas tempat penumpang. Feri pun banyak yang beropersi pada siang hari. Kaler kuning lah biru lah. Sekali sekala nampak gak obor2 kat permukaan laut tu.

Feri warna kuning yang menjadi trademark  Pulau Pinang. Setiap feri diberi nama pulau.
Nak sampai ke Pulau Mutiara ada la marina kalau korang perasan kat sebelah kiri, tempat kapal2 mewah berlabuh. Depan sana sikit ada kapal mewah lagi besar untuk korang yang ada duit lepak sana. Kapal Star Cruise ni dia dari Langkawi ayah aku kata. Singgah semalam dua kat Penang sebelum gerak ke Singapore.

Star Cruise yang berlabuh di Penang, selalu nampak kapal mewah ni.
Sampai kat pulau gua pun mula la kayuh. Lapar punya pasal, pi pekena Nasi Kandaq Line Clear ngan Ais Kacang kat2 area Pasar Chowrasta dulu. Pasar Chowrasta ni terkenal dengan jeruk dia. Macam2 jeruk korang leh jumpa kat sini untuk buat souvenior. Tak sempat lak nak snap gambar aritu. Kat2 situ jugak kalu korang rajin round ada banyak kelab2 malam ngan pub. Ada port geng2 beca lepak. Nak naik dipersilakan, spare duit je. Dah macam ejen pelancongan dah aku sembang ni.

Beca Pulau Pinang. Jangan lepaskan peluang bila berkunjung ke Penang. Port ni berhampiran  Pasar Chowrasta.

Mesti cuba bila berkunjung ke Penang. Dekat lorong2 berhampiran  Pasar Chowrasta.  Kerabat diraja Britain pun mai makan sini. Siap ada gambaq lagi.

Berhadapan masjid Kapitan Keling.

Pasu kucing. Hanya di Penang.

Nasi Kandaq Beratur ada kat sebelah kanan aku dalam gambar ni. Dibuka malam sahaja.

Dah kenyang, kayuh punya la kayuh sampai lak kat Tanjung Bungah. Bunyi kayuh tu cam dekat, mau berbelas kilometer gak la kalau nak sampai. Solat dulu kat Masjid Tanjung Bungah. Rilek2 jap tengok suasana baru kembali berkayuh ke destinasi. Jalan ke Batu Feringgi agak sempit dan berliku. Kena aware sikit kereta yang agak laju. Pemandangan cukup menyamankan. Angin laut bertiup dikelilingi hutan sepanjang jalan ke Batu Feringgi memberikan kudrat tambahan. Skali skala men-skitch truck atau bus yang ada. Indah sungguh hari itu.
Panorama Masjid Terapung Tanjung Bungah. Dibina selepas kejadian tsunami yang melanda  pada tahun 2004 .

Tatkala air laut surut. Bot2 kecil terdampar .


Nama yang diciplak dari Kelantan. Kat Penang pun ada Pantai Cahaya Bulan.

The Ship. Restoran mewah di kawasan tumpuan pelancong Batu Feringgi.

Pantai Batu Feringgi.

Suasana syahdu melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t

Balik ke Jeti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...