Iklan

Memaparkan catatan dengan label Berbasikal Lipat ke FRIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berbasikal Lipat ke FRIM. Papar semua catatan

30 Disember 2015

Berbasikal Lipat ke FRIM Kepong

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Dah habis cerita Backpacking Bajet Penang, kita cerita pasal basikal lipat pulak.

Sebenarnya dah lama dah cerita ni, tertangguh sampai la ni baru abang dapat kongsi.

Kisahnya taklah sehebat mana, cuma nak cerita pengalaman berkayuh basikal lipat dari rumah abang di Segambut ke FRIM. Buat malu budak-budak sekolah yang kayuh basikal ja.

Hangpa pernah dengar tak FRIM? Sebut betul-betul. FRIM. 

Kalau orang kampung belah-belah Kedah sana nu dah sah-sah tak tahu. Tapi lagi malu kalau orang Kolumpo sendiri yang tak tahu.

FRIM dengan nama penuhnya Forest Research Institute Malaysia atau nama Melayunya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang terletak di Kepong ini adalah sebuah institusi penyelidikan perhutanan tropika terkemuka di dunia.

FRIM merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang paling popular di Malaysia. Kampus utamanya di Kepong menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti rekreasi untuk pengunjung termasuk jelajah denai alam, mandi-manda air terjun, aktiviti pendidikan alam, tapak perkhemahan dan perkelahan, taman botani dan arboreta. Salah satu tarikan utama ialah Titian Kanopi FRIM sepanjang 150 m dan 30 m dari aras tanah.

Nampak skima bukan? Ayat atas ni abang salin tampal dari laman web FRIM. Hiks.




Sebenarnya entah macam mana boleh terlajak ke sini lepas pekena roti canai pagi-pagi. Jarak dari rumah abang ke FRIM ni lebih kurang 8KM ja. Nak pi tempat lain tersasar tempat lain.

Dah kata ronda sarapan pagi cari roti canai, sarung sandal je lah kayuh basikal lipat. Dah alang-alang terlajak sampai Kepong, saja la abang teringin nak masuk tinjau dalam FRIM. Tengok apa yang ada. Dah lama kiranya abang tak masuk dalam ni sebab kena bayar nak masuk sekarang ni.

Untuk pengetahuan, bagi pelawat luar yang nak masuk ke dalam kawasan FRIM ni, ada kadar bayaran tertentu yang dikenakan. Nak masuk kayuh basikal secara perseorangan, kadar bayaran masuk adalah RM3 seorang.

Kalau mai naik kereta, bayaran masuk adalah sebanyak RM5.00 sebuah kereta termasuk pemandu. Kiranya RM4.00 untuk kereta dan tambahan RM1.00 untuk setiap penumpang. Kalau ada 4 orang penumpang dalam kereta tu maka jadi la RM8.00. Sumbat la berapa orang pun dalam tu., setiap kepala dicaj RM1.00.

Iklan sewa basikal depan FRIM.

Nak masuk ke dalam kawasan FRIM, ada beberapa pintu yang hangpa boleh ikut. Boleh ikut pintu utama atau pun masuk melalui Taman Botani Kepong yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari pintu utama. 

Jangan ingat nak lari. Dua-dua pintu masuk pun kena bayaq. Ada petugas atau pak guard yang menjaga pintu masuk.

Abang ikut masuk pintu utama FRIM. Ada pondok pak guard di situ. Kelihatan kereta berderet-deret menunggu giliran untuk masuk.

Walaupun kena bayar RM3, sebelum-sebelum ni ada 2-3 kali jugak abang lolos tanpa bayaq apa-apa. Kali ni pun abang guna helah yang sama.

Abang kayuh buat selamba buat-buat tak tahu bila melintasi pondok pak guard di samping berselindung di sebalik kereta. Jangan toleh kiri kanan. Tengok depan ja. Kalau buat ramah angkat tangan siap la dia panggil sat lagi kena bayar.


Penunjuk arah kawasan FRIM.

Bila lepas pondok pak guard anda akan tiba di kawasan rimbunan pohon-pohon hutan yang redup. Kira legalah. Terlepas bayar RM3.

Bagi pengunjung luar yang tak ada basikal tapi nak berbasikal di dalam FRIM, anda boleh sewa basikal sama ada di luar atau di dalam kawasan FRIM. Selalunya sewa basikal di luar lebih murah berbanding di dalam. Harga pulak bermula sekitar RM6 sejam (luar) dan RM8 (dalam). Betulkan abang kalau salah.

Untuk sewa basikal di luar, boleh cari tengok papan tanda 'sewa basikal' sebelum pintu masuk utama FRIM. Ada banyak kedai-kedai luar tu. Abang cerita je, tapi abang sendiri tak pernah pi tengok. Huhu.

Kalau nak sewa basikal di dalam FRIM pulak cari Club House FRIM. Kalau hangpa tak tau sangat kat mana tempat tu boleh je ikut papan tanda yang ada di sepanjang jalan.

Untuk pengetahuan, perkhidmatan sewaan basikal hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Pi hari Rabu ke Khamis memang tak ada la !

Mai tengok gambaq ja lah !


Iklan sewa basikal lagi.

Peta lokasi FRIM. Nak cari denai ke apa boleh rujuk sini.

Seorang lelaki tua segak bergaya bersama basikal lipat Raleigh Ugonya berkayuh di dalam FRIM.

Lepas rimbunan hutan, baru jumpa padang FRIM.

Padang FRIM. Nostalgia kayuh basikal masa tingkatan 3-4 semata-mata nak main bola.

Jalan masuk ke Denai Engkabang. Ada macam-macam denai dalam FRIM ni.

Info menarik berkenaan rumah tradisional Melaka yang terdapat di dalam FRIM.

Persekitaran kawasan rumah tradisional Melaka di dalam FRIM.

Rumah tradisional ni asalnya dari Melaka dan dipindahkan ke FRIM pada tahun 1988.

Kayuhan basikal lipat secara tak sengaja ke FRIM.

Sungai kecil yang jernih di FRIM.

Jalan minitar tempat orang berjoging.

Bukan kabus, tapi kamera telefon abang yang tak 'power'.

Denai Engkabang. Basikal tidak dibenarkan melalui denai ini.

Kawasan perumahan staff FRIM.

Kuarters pekerja dalam FRIM pun dah moden. Dulu abang mai rumah kayu lagi.

Sungai Kroh di FRIM yang masih jernih.

Sungai Kroh di FRIM dibuka untuk aktiviti perkelahan.

Sesi bergambar kenang-kenangan bersama basikal lipat di FRIM.

Kalau abang sendirilah, tak bagi orang berkelah dan mandi-manda dalam kawasan FRIM ni. Sayang tengok air terjun tercemar.

Kawasan perkelahan Air Terjun Sungai Kroh di FRIM.

Kalau budak-budak kecik mandi dekat kawasan ni.

Iklan Titian Kanopi atau 'Canopy Walkway' di kawasan air terjun FRIM.

Papan tanda peringatan di kawasan perkelahan Air Terjun FRIM.


Tangga batu yang sedikit mendaki ke Air Terjun FRIM.

Usung basikal lipat sekali sampai air terjun.

Nampak air terjun FRIM belakang tu? Penampakan makhluk lain yang sedang bersenam.

Batu-batu besar tempat bertapa.

Kedinginan air terjun FRIM di waktu pagi.

Sempat rendam-rendam kaki dan basuh muka ja kat air terjun FRIM ni.

Jurukamera professional tidak melepaskan peluang untuk merakamkan keindahan susana pagi di sini.

Kalau abang bawa baju lebih ni dah sah-sah berendam.

Geng-geng senaman pagi sedang bermesyuarat tingkap berlatarbelakangkan air terjun FRIM.

Abang fotografi tadi dah menukar sudut pulak.

Boleh join makcik-makcik ni buat 'Tai Chi' pagi-pagi sambil menghirup bau air terjun FRIM.

Sampah berselerakan. Cadangan abang "Jangan bagi orang awam berkelah" !

Port berkelah boleh, port bersenam pun boleh !

Matahari mula meninggi. Turun balik ke tempat letak basikal.

Suasana hutan yang redup ditambah pulak bau dan desiran air terjun. Fuh !

Asalnya ada pondok wakaf dekat-dekat air terjun FRIM ni. Tapi tinggal tapak ja.

Gerai makan di tepi sungai berhampiran air terjun FRIM.

Nak sarapan pagi di sini pun boleh. Macam-macam menu ada.

Ada dua buah kedai makan yang beroperasi dekat air terjun FRIM ni. Satu jual ayaq ja, satu lagi jual makanan ja.

Pekena teh ais segelas. Dahaga kayuh basikal.

Layan jugak lepak sarapan kedai makan FRIM ni. Boleh tengok anak-anak ikan di tepi sungai. Tak, maksud abang anak-anak ikan betul.

Bahagian Latihan Perhutanan FRIM. Betul-betul depan padang.

Club House FRIM. Di sinilah tempat nak sewa basikal. Memandangkan abang pergi hari biasa, maka takda la khidmat sewa basikal pada hari tu !

Papan tanda arah dalam kawasan FRIM. Nak cari masjid ke, Titian Kanopi ke boleh ja rujuk kat sini.

Melilau mengayuh basikal lipat dalam FRIM tanpa arah tuju. Yang syoknya kayuh basikal dalam ni redup dan tak panas.

Jumpa sungai lagi.

Geng-geng joging pun ada.

Habislah kalau kaki-kaki hipster nampak pemandangan macam ni.

Tiba-tiba sampai di persimpangan Arboretum. Boleh tuju macam-macam tempat dari sini.

Macam macam ada di Zon H FRIM ni. Salah satunya adalah tapak perkhemahan Kem Perah.

Dalam perjalanan banyak persimpangan, di mana kita bertukar arah. Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan, di mana kita tersilap langkah.

Maksud 'Dipterocarp' adalah spesis pepohon kayu yang tinggi dan keras manakala 'Arboretum' pula bermaksud tempat di mana pokok-pokok ini ditanam untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Betapa indahnya 'kanopi' yang memayungi kita.

Ni pulak kawasan 'Non-Dipterocarp Arboretum'.

Kawasan selain pokok-pokok keras dan tinggi dipanggil 'Non-Dipterocarp Arboretum'.

Bermacam jenis lanskap pokok kita boleh lihat di dalam FRIM ni.

Port dekat pintu masuk FRIM ni selalu abang tengok pengantin ambik gambaq.

Motif jambatan kayu?

Pemandangan daun-daun berguguran macam ni pun kalau boleh jangan bagi geng hipster nampak.

Basikal lipat Raleigh Ugo menjadi teman bergambar di FRIM.

Ada mesin ATM dekat pintu masuk FRIM.

Sesi kenang-kenangan di pintu masuk utama FRIM. Dah dah la bergambar tu nak. Baliklah.

Abang tak ada arah tuju pun sebenarnya bila meronda mengayuh basikal lipat dalam FRIM ni. Saja la pusing-pusing melawat tengok keadaan setempat. Banyak jugak yang berubah. Dulu seingat abang kuarters pekerja dalam tu berdindingkan kayu, sekarang dah moden dah.

Pusing-pusing ronda air terjun FRIM, hari biasa ni orang tak ada sangat. Abang syak kalau hujung minggu ni mesti ramai. Kalau larat boleh panjat sampai atas ikut paip air yang besar tu.

Lepak pekena teh ais dulu sebelum kayuh balik. Dulu ada nasi lemak sedap dekat gerai makan air terjun FRIM ni. Lepas bantai off-road dengan MTB mesti makan sini. Tu dululah. Tapi sekarang tengok tuan kedai dah lain. Tak cuba la pulak abang nasi lemak yang sekarang ni.

Titian Kanopi atau 'Canopy Walkway' di FRIM ni abang tak naik pun. Jadi abang pun tak tahu nak cerita pasal tu. Tapi tiket boleh dibeli di kedai cenderamata FRIM dengan harga RM 5.00 untuk dewasa. Kalau ada kad pelajar bawa tunjuk jadi RM 3.00 ja.

Sekian sahaja kisah terlajak berkayuh ke FRIM. Cerita tak banyak. Nak tunjuk gambaq ja sebenarnya. Huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...