Iklan

Memaparkan catatan dengan label Berbasikal Lipat di Taman Saujana Hijau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berbasikal Lipat di Taman Saujana Hijau. Papar semua catatan

24 Ogos 2015

Berbasikal Lipat di Taman Saujana Hijau, Putrajaya

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Dikenali juga sebagai 'Bandar di Dalam Taman, Putrajaya terkenal dengan keindahan lanskap taman-taman awamnya. Di dalam Putrajaya sahaja terdapat lebih dari beberapa buah taman dengan keunikannya yang tersendiri. 

Antara taman taman menarik yang ada di Putrajaya adalah :
  • Taman Botani Putrajaya
  • Taman Wetland
  • Taman Warisan Pertanian
  • Taman Seri Empangan
  • Taman Cabaran Putrajaya
  • Taman Ekuestrian Putrajaya
  • Taman Saujana Hijau

Pengenalan bukan main skima. Nak cerita pasal berbasikal lipat di Taman Saujana Hijau ja sebenarnya.

Jarang sekali abang nak ke Putrajaya semata-mata untuk beriadah. Kalau lalu pun mesti ada tujuan. Kebetulan minggu lepas hantaq orang ke KLIA2 pagi-pagi buta, jadi dengan kesempatan yang ada tu abang singgah la di Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, Putrajaya ni. 

Abang sampai pun dah dekat pukul 10.00 pagi. Orang semua pakat dah balik joging baru abang sampai tengah-tengah panas. Dengan basikal lipat yang sedia dibawa di dalam bonet kereta, jadi abang pun gigih la berkayuh meninjau jodoh apa yang menarik di Taman Saujana Hijau ni.

Untuk sampai di Taman Saujana Hijau ni, hangpa kena cari dulu di mana terletaknya Presint 11 Putrajaya. Taman ni dekat-dekat Balai Polis Presint 11 kalau tak salah. Kalau dah sampai dekat-dekat situ, jumpa la nanti penunjuk arah lokasi ke taman ni. 

Kalau tak tahu sangat boleh rujuk Google Maps. Taip ja Taman Saujana Hijau.





Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Taman Saujana Hijau ini. Ianya percuma untuk orang awam. Parking pun tak payah bayar rasanya sebab abang pun tak jumpa tempat parking yang betul ! Abang tengok ramai yang parking dekat lorong kecik tepi jalan berhampiran Balai Polis Presint 11, abang pun terjebak masuk la parking sekali.

Nak feeling-feeling di taman-taman Eropah tapi tak mampu? Nak tipu member acah-acah dah sampai dekat Kundasang

Bagi kaki fotografi sinilah tempat dia. Masa abang pergi tempoh hari tak ada sangat orang waktu tu, mungkin dah lewat kot semua pakat dah balik. Yang abang nampak ada la segerombolan pengapit-pengapit pengantin dengan mekap tebal bergambar di bawah sinaran mentari yang terik. Cair mekap.

Pengantin tak buat sesi bergambar pun, pengapit yang lebih. Hewhewhew.
*gelak gedik

Baiklah. Kembali kepada tajuk asal. 

Taman Saujana Hijau Putrajaya merupakan sebuah taman lanskap flora dan fauna berkeluasan lebih dari 40 hektar. Taman di sini dibahagikan kepada 3 kawasan utama iaitu Bustan Orientalis, Bustan Eropah, dan juga Bustan Inggeris.

Natang apa pulak 'Bustan' ni? Dekat rumah tak pernah dengaq pun perkataan ni. 'Bustan' di sini bermaksud taman dalam bahasa Parsi. Omputih panggil 'garden'.

Abang berpeluh teruk apabila mengayuh basikal lipat naik bukit turun bukit yang ada dalam Taman Saujana Hijau ni. Tapi tidaklah sesukar berbasikal lipat ke Bukit Fraser. Awek-awek pulak dok jeling tersengih-sengih melihatkan seorang brader gemuk sedang termengah-mengah mengayuh basikal lipat yang comel itu. 

Malu tertunduk. 
*Panas cek woi ! Hangpa tau apa !

Katakan hangpa dah pancit berjoging atau berkayuh, mesti nak cari tempat selfie rehat kan ? Dalam Taman Saujana Hijau ni, ada beberapa pondok wakaf atau gazebo yang boleh kita berhenti rehat dan berteduh. 

Tak payah susah hati nak cari dekat mana, papan tanda pun banyak kalau hangpa nak cari Bustan Orientalis ka, Bustan Eropah ka atau Bustan Inggeris. Ikut je laluan trek yang ada. Yang pasti hangpa takkan tersesat hingga ke Klang.


Awal permulaan. Lepas parking kereta di tepi tangki air, baru abang kayuh basikal masuk ke dalam Taman Saujana Hijau ni.

Papan tanda penunjuk arah di Taman Saujana Hijau. Nak cari Bustan apa boleh rujuk sini.

Dinasihatkan untuk datang seawal pagi atau petang di Taman Saujana Hijau. Kalau tidak, terbakar macam abang tempoh hari.

Kedudukan Taman Saujana Hijau yang tinggi menampakkan pemandangan sekitar Presint 11 Putrajaya.

Jumpa geng basikal di Taman Saujana Hijau. Abang angkat tangan tapi tak dilayan. Maka berlalulah abang dari situ sambil tertunduk malu.

Pemandangan indah laluan trek Taman Saujana Hijau.

Ada bangku tempat melepak. Pantang nampak kalau kaki-kaki selfie ni.

Taman Saujana Hijau yang sesuai untuk sesi riadah hujung minggu bersama keluarga.

Sampai jugak abang di Taman Saujana Hijau dengan basikal lipat.

Bukan di Kundasang tapi di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.

Tengah-tengah panas ni tak boleh lepak lama sangat ambik gambar. Kalau petang ka mesti cun ni.

Sambil selam, sambil minum ayaq. Sambil kayuh, bawa sekali drone.

Pepohon konifer yang dijaga rapi di Taman Saujana Hijau.

Gambaq basikal lipat mewakili diri abang di Taman Saujana Hijau.

Pukul 10.30 pagi tak selisih dengan orang langsung.

Ok. Janji janji. Gambar terakhir basikal lipat.

Pagar kayu. Larangan untuk duduk atau bersandar di sini. Mungkin sebelum ni pernah patah dek di duduk orang ramai.

Taman atau Bustan Eropah di puncak bukit yang terdapat di Taman Saujana Hijau.

Ada sebuah 'pavilion' kecil di Bustan Eropah.

Bustan Eropah terletak atas bukit. Tadi bukan main susah menolak basikal naik bukit. Sekarang suka hati bila turun bukit.

Dalam kawasan ni la Che Ta tangkap gambaq kahwin dulu. Tahu pulak abang.

Meronda lagi dalam Taman Saujana Hijau.

Berbelang tangan gigih kayuh tengah panas.

Pepohon pain dan konifer di Taman Saujana Hijau.

Ni kalau hujan, mendung ada kabus-kabus sikit lawa ni.

Abang sempat la ronda habis Taman Saujana Hijau ni tapi tak dan nak ambik gambaq semua tempat. Macam Bustan Inggeris ada banyak bunga-bungaan, Bustan Orientalis semestinya banyak pepohon buluh. Setiap Bustan menonjolkan ciri-ciri yang tersendiri.

Sebelum balik, abang terbangkan drone/multirotor untuk ambik gambaq 'aerial view' Taman Saujana Hijau. Abang lepak dekat-dekat bukit Bustan Eropah untuk dapatkan pemandangan yang lebih tinggi.

Sambil menyelam sambil minum ayaq. Sambil mengayuh, sambil-sambil terbang.

Drone/Multirotor : Blade 350 QX3
Kamera aksi : SJCAM SJ4000 Wifi.

Meh tengok pandangan Taman Saujana Hijau dari udara.




Abang tak ada monopod nak selfie.

Di tebing puncak bukit Bustan Eropah.

Jemput-jemput pisang.

Ada perasaan berada di Eropah tak?





Gigih angkut basikal naik tebing bukit.



Panas terang tang tang. 







































Sekian sahaja untuk kisah riadah di Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya minggu ini. Bertemu lagi di lain masa.

Harap-harap abang boleh jelajah lagi habiskan senarai-senarai taman menarik yang ada di Putrajaya lepas ni. Syok pulak rasanya berkayuh basikal lipat sambil menikmati pemandangan taman yang menghijau.

Ayat skima habis !

Adios !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...